Anda di halaman 1dari 19

Tenaga Dalam Kimia

Keupayaan elektrod piawai

Daya Gerak Elektrik


D.g.e. : ukuran perbezaan keupayaan di antara

elektrod-elektrod apabila arus yang mengalir adalah sifar. Bagi sel Daniel, d.g.e. apabila arus tidak mengalir ialah 1.10V.

Keupayaan elektrod

Apabila keseimbangan tercapai di antara tindak

balas di atas, satu beza keupayaan yang kecil terbentuk di antara elektrod logam dan larutan. Mn+(ak) + ne- === M(p)

Elektrod hidrogen piawai


Keupayaan bagi elektrod yang tunggal ini tidak

mungkin dapat diukur. Sistem elektrod disambung dengan sistem elektrod rujukan piawai (elektrod hidrogen piawai)

Keupayaan elektrod piawai

Elektrod hidrogen piawai


Elektrod platinum ini yang bersentuhan dengan

gas hidrogen pada tekanan 1 atmosfera, dibiarkan bersentuhan dengan larutan akueus ion H+ yang berpekatan 1.0 mol dm-3 pada suhu 298 K. Keseimbangan yang berlaku pada permukaan platinum adalah 2H+(ak) + 2e- == H2 (g) E = 0 Keupayaan elektrod hidrogen diambil sebagai sifar.

Keadaan-keadaan piawai
[ion] = 1.0 mol dm-3 (ii) Tekanan gas = 1 atm. (iii) Suhu =25C /298 K (iv) Elektrod platinum digunakan sebagai elektrod lengai bagi sistem setengah sel yang tidak melibatkan logam.
(i)

Keupayaan elektrod piawai, E


E bagi suatu unsur ditakrifkan sebagai D.g.e.

sel yang terbentuk apabila setengah sel unsur itu disambungkan dengan elektrod hidrogen piawai pada keadaan piawai.

Maksud E :

a) E yang bertanda negatif, misalnya E Zn2+/Zn = -0.76V menunjukkan: (i) elektrod zink menjadi kutub negatif apabila digabung dengan elektrod hidrogen piawai (ii) zink lebih mudah dioksidakan berbanding dengan H2. Ini bermaksud zink ialah agen penurunan yang lebih kuat daripada H2.

b) E yang bertanda positif, misalnya E Cu2+/Cu = +0.34V menunjukkan: (i) elektrod kuprum menjadi kutub positif apabila digabung dengan elektrod hidrogen piawai. (ii) ion kuprum lebih mudah diturunkan berbanding dengan H+. Ini bermaksud ion kuprum(II) adalah agen pengoksidaan yang lebih kuat daripada ion hidrogen.

Keupayaan redoks piawai


Keupayaan redoks piawai merupakan beza

keupayaan antara ion-ion yang berseimbangan dalam sistem redoks di mana kepekatan ion-ion adalah 1.0 mol dm-3 pada suhu 298 K. Oleh itu, E bagi sesuatu unsur , sebatian atau ion juga dikenali sebagai keupayaan redoks piawai.

Siri elektrokimia
Siri ini didapati dengan menyusunkan semua

sistem redoks mengikut tertib keupayaan elektrod bermula dengan nilai yang paling negatif.
Agen pengoksidaan K+ + e --> Na+ + e --> Ca2+ + 2e --> Mg2+ + 2e --> Al3+ + 3e --> Zn2+ + 2e --> Fe2+ + 2e --> Sn2+ + 2e --> Pb2+ + 2e --> 2H+ + 2e --> Cu2+ + 2e --> Ag+ + e --> Agen penurunan K Na Ca Mg Al Zn Fe Sn Pb H2 Cu Ag E/V -2.92 -2.71 -2.87 -2.38 -1.66 -0.76 -0.44 -0.14 -0.13 0 +0.34 +0.80

Kegunaan siri elektrokimia


1.

2.

Membandingkan kekuatan relatif agen pengoksidaan dan agen penurunan Fe3+ + e Fe2+ E = +0.77V Cl2 + e 2ClE = +1.36V Cl2 adalah agen pengoksidaan lebih kuat daripada Fe3+ Fe2+adalah agen penurunan lebih kuat daripada Cl-. Menghitung d.g.e. sel (a) Mendarab E dengan -1. Jika E adalah untuk t/b penurunan. Maka jika t/b pengoksidaan berlaku pada elektrod, E akan didarab dengan -1. Contoh: Zn2+ + 2e Zn E = -0.76V Zn Zn2++ 2e E = +0.76V (b) d.g.e sel/ Esel =E (pengoksidaan/kanan) - E (penurunan/kiri)

Latihan
Tentukan d.g.e sel berikut:
(a) Pt/ Fe3+ (ak), Fe2+ (ak)|| H +(ak), MnO4- (ak),

Mn2+(ak) / Pt
(b) Ni(p)/Ni2+(ak)|| Pb2+(ak)/Pb(p)

Meramalkan kemungkinan tindak balas Dari segi siri elektrokimia: Agen pengoksidaan di sebelah kiri siri elektrokimia dapat mengoksidakan mana-mana agen penurunan di sebelah kanan jika agen penurunan itu berada di atas agen pengoksidaan. penurunan Agen
3.

Agen pengoksidaan

Dari segi nilai d.g.e/ E keseluruhan

- Jika E keseluruhan adalah +ve, tindak balas

akan berlaku secara spontan. - Jika E keseluruhan adalah ve, tindak balas tidak mungkin berlaku. Latihan: a. Cr2O72 + Cl2 b. Br- + Mn2+ c. Pepejal AgCl digoncangkan dalam larutan 1.0 M larutan ferum(II) nitrat.

4.

Meramalkan kestabilan relatif ion akueus

Anda mungkin juga menyukai