Anda di halaman 1dari 32

INTERAKSI ANTARA TAMADUN DI ASIA (KEBAIKAN DAN KEBURUKAN)

MAKSUD INTERAKSI
Menurut

Kamus Dewan edisi ketiga, interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain. Interaksi juga bermaksud tindak balas antara dua atau beberapa pihak.

KESAN INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Positif

Negatif

Kesan Positif : (Tamadun Islam,Yahudi,Kristian)


Beberapa

kesan positif telah dikesan semasa zaman kemunculan Islam di Tanah Arab Dalam Perlembagaan Madinah (Sahifah Madinah) yang digubal oleh Nabi Muhammad saw,di Madinah hakhak orang Kristian dan Yahudi serta penganut-penganut agama lain telah diberi perlindungan. Di Andalusia (Sepanyol), muncul ramai penulis dan ahli intelektual daripada

Kesan Positif : (India, Cina)


Agama

Buddha disebarkan ke Negara China melalui interaksi ini. Astronomi India turut diperkembangkan di Negara China oleh ahli-ahli astronomi India Terdapat kemahiran teknologi membuat gula daripada tebu dari India telah diperkembangkan kepada orang-orang China. Antaranya ialah teknologi pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan, penggunaan kompas dan lain-lain. Selain itu, usaha-usaha penterjemahan buku-buku koleksi

Kesan Positif : (Islam, China)


Pedagang-pedagang

Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini Interaksi ini menyebabkan perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita tempatan. Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama Islam di negara China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam tempatan Cina Mempelajari mengenai kompas,teknologi percetakan, teknologi bahan letupan dan pembuatan kertas. Turut berlaku dalam teknologi logam dan pembuatan tembikar

Kesan Positif : (Islam, Melayu)


Hubungan

antara tamadun Islam dengan tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang amat ketara melalui perdagangan. Kesan positif yang penting ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban dan Mataram. Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu.

Kesan Positif : (China, Melayu)


Melahirkan

kesan positif dalam kemahiran dan teknologi serta kebendaan. Tamadun China membawa teknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera, pembuatan tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu berlaku melalui dua cara iaitu secara aman dan secara konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, imigrasi dan hubungan diplomatik. Contohnya kemuncak hubungan

Kesan Positif : (China, Jepun)


Sumbangan

yang penting ialah dari segi agama dan tulisan. Agama Buddha dari Negara China telah dikembangkan dalam Tamadun Jepun. Ajaran-ajaran Buddha ini telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan

Di

samping agama, tulisan adalah satu lagi kesan penting yang dibawa oleh Tamadun China ke Jepun Tulisan Cina telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun Ajaran falsafah Konfusianisme dari China turut diasimilasikan dalam tamadun Jepun. Ajaran Konfusianisme yang memberi penekanan kepada institusi keluarga telah memantapkan lagi institusi kekeluargaan Jepun. Interaksi antara tamadun China dengan Jepun telah berlaku secara aman dan penerapan tamadun China dalam Tamadun Jepun telah

Kesan Negatif : (Yahudi, Kristian, Islam)

Di Eropah misalnya hubungan antara orang-orang Kristian dengan Yahudi telah mengalami kemerosotan sejak awal. Kesan konflik tersebut maka berlakunya pembunuhan orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke-9 dan ke-18 Masihi. Perkara ini berlaku akibat daripada faktor-faktor perbezaan agama, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial. Islam dengan Kristian bertembung dalam zaman pertengahan di Eropah. Pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri ke atas orangorang Islam yang dikenali sebagai peperangan Perang Salib Peperangan tersebut telah mengorbankan ramai

Kesan Negatif : (India, Islam)


Terdapat

peristiwa-peristiwa yang mana orang-orang Islam dibunuh dan masjidmasjid dimusnahkan oleh raja-raja India yang beragama Hindu Keadaan yang sama juga berlaku kepada penganut-penganut agama Hindu dan kuil Hindu yang dimusnahkan oleh pemerintahpemerintah Islam Raja-raja Islam dalam Kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan mengharamkan beberapa upacara keagamaan Hindu. Aurangzeb merupakan raja Moghul yang bertindak keras terhadap penganutpenganut Hindu. Baginda telah mengharamkan pembinaan

Kesan Negatif : (India, China)


Tamadun

India dengan tamadun China juga berlaku konflik terutama semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat Cina pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur Kemasukan agama tersebut telah mendapat tentangan cendekiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh dalam pentadbiran Dinasti Han. Sami-sami Buddha telah dikurung dan kuil-kuil Buddha dimusnahkan untuk menghalang perkembangan

Kesan Negatif : (Islam, China)


Berlaku

interaksi antara tamadun Islam dengan tamadun China pada tahun 751 masihi. Tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih Pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiyah mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara Chin Permusuhan antara orang Islam dengan orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi pihak yang bertentangan. Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di tenggara negara China telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati dengan kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan. Pada 876 masihi berlaku pemberontakan di Canton menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI ANTARA TAMADUN


Toleransi Nilai Pemikiran Keinsanan Geografi Institusi

kepimpinan

Interaksi Tamadun China dan India


Tamadun

ini telah berinteraksi kira-kira pada abad ke-2 sebelum masihi Penyebaran Agama Buddha ke China pada masa pemerintahan Dinasti Han (zaman Han Timur) merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun China dan India. Oleh kerana Buddhisme lahir dalam suasana budaya India, maka China juga telah berkongsi banyak persamaan dengan budaya masyarakat India. Selain itu, berlakunya persamaan dalam aspek kesusasteraan, kesenian, muzik dan sebagainya. Pada peringkat awal penyebaran Buddha di China,berlaku penentangan antara budaya dalam ajaran Buddha dari sudut kekeluargaan, politik,etika serta moral orang-orang China yang telah pun

Agama

Buddha kemudiannya telah mengalami proses penyesuaian dengan tradisi budaya China tetapi prinsip-prinsip asas ajaran Buddha tidak terjejas. Kesan interaksi positif antara tamadun China dengan India ialah beberapa alat muzik dan struktur muzik India diasimilasikan dalam tamadun China. Muzik dan tarian India telah menjadi tarian yang popular di istana dan di kalangan bangsawan China. Semasa Dinasti Tang ( 618-907), teknologi membuat gula dari tebu diperkembangkan pada zaman Tamadun China. Manakala kesan positif interaksi tamadun yang diterima oleh India pula terdapat ciptaan-ciptaan sains dan teknologi orang China yang telah berkembang di dalam masyarakat India. China juga mendapatkan khidmat ahli-ahli

Beliau

bertanggungjawab memperkenalkan sistem kalendar China yang lebih tepat daripada tahun 727 masihi Perkembangan dalam bidang kesusasteraan juga turut menerima kesan interaksi antara tamadun China dan India. Kewujudan pelbagai jenis puisi, cerita dongeng, kisah-kisah teladan,kias yang berkaitan dengan Buddha telah mempengaruhi tulisan sastera China. Selain itu, percampuran dan penyerapan bahasa Sanskrit dan Pali ke dalam bahasa China turut berlaku. Contoh yang paling ketara ialah kemunculan pengajian fonetik di zaman Dinasti Sui adalah kesan perhubungan tamadun China dan India. Selepas abad ke-10 masihi,

Interaksi Tamadun Islam dan China


Berlaku

pada awal abad ke-3 masihi dan telah adanya utusan dari Parsi dihantar ke istana kerajaan Wei. Orang-orang Arab menggunakan dua laluan penting untuk ke China iaitu : Laluan Sutera iaitu jalan darat yang merentasi Khurasan,Samarqand, Xinjiang hingga ke Peking Jalan laut yang digunakan pada abad ke-5 masihi merentasi laut Arab ke Benua Kecil India dan Kepulauan Melayu hingga ke Canton di tenggara China.
Terdapat

catatan yang menyatakan bahawa

Pada

pertengahan abad ke-7 masihi,ramai pedagang Arab telah menetap di daerah tenggara China seperti Kwang Cho (Canton),Chang Chow dan Chuan Cow. Hubungan perdagangan antara Arab dan China menjadi semakin rancak pada abad ke-8 dan mereka telah mendirikan masjid-masjid di kawasan Guangzhou dan Guanzhou. Selepas beberapa abad kemudian,munculnya beberapa tokoh Muslim tempatan seperti Wang Daiyu (1550-1658), Ma Zhu (1640-1711),Liu Zhi (1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Penglibatan tokohtokoh ini turut mempengaruhi hasil penulisan dan usaha penterjemahan selepas mereka. Buku pertama yang dihasilkan oleh

Penulis

China banyak menggunakan konsep-konsep yang sedia ada dalam ajaran Konfusianisme bagi memperkenalkan Islam kepada masyarakat tempatan. Terdapat persamaan elemen ajaran Konfusianisme dengan ajaran Islam seperti xiao (penghormatan kepada ibu bapa),zhong (kesetiaan),shu (altruisme) yang telah banyak membantu penulis-penulis China muslim memperkenalkan ajaran Islam kepada mayarakat China. Pada zaman Dinasti Tang (618-907),seorang sarjana China Muslim yang berasal dari Parsi iaitu Li Xun telah menyusun sebuah buku bertajuk Materia Medica : Seberang Laut sebanyak 6 jilid. Buku ini telah membincangkan mengenai 124 jenis ubat di Arab. Sementara itu seorang ahli astronomi Parsi iaitu Jamaluddin telah memberi sumbangan penting penciptaan kalendar baru untuk Kublai Khan pada tahun 1267 masihi Abjad Arab telah mula digunakan dalam Tamadun China ketika pemerintahan Dinasti Yuan. Kesan interaksi tamadun China,Tamadun Islam turut

Interaksi Antara Tamadun China dan Jepun


Interaksi antara tamadun China dan Jepun berlaku melalui perantaraan semenanjung Korea semasa zaman Raja Packhe yang memerintah Korea. Korea telah menerima pengaruh China sejak abad ke-2 masihi lagi. Raja Packhe telah meminta bantuan Jepun bagi mengatasi tentangan puak utara pada kurun ke-2 masihi. Penglibatan ramai tentera Jepun di Korea pada ketika itu telah menyebabkan unsur-unsur tamadun China yang terdapat dalam budaya Korea telah meresapi budaya Jepun. Kesan langsung tamadun China dapat dikesan dalam penggunaan tulisan. Sistem tulisan China telah memperkembangkan tradisi tulisan di Jepun. Tulisan China telah digunakan sebagai perantaraan komunikasi sosial dan penciptaan kesenian dalam masyarakat Jepun yang telah membawa kepada perkembangan intelektual.

Kompilasi puisi yang terkenal iaitu Manyoshu pada tahun 760 masihi turut memperlihatkan penggunaan gabungan perbendaharaan kata pinjaman China ke dalam perbendaharaan kata Jepun. Kesan interaksi ini dapat juga dilihat dalam aspek binaan. Contohnya dalam Bandar Nara telah dibina mengikut corak dan plan pembinaan Bandar Changan iaitu bandar pemerintahan dalam Dinasti Sui. Ajaran-ajaran Konfusianisme yang dibawa masuk ke Jepun turut menerima kesan serta perubahan. Konsep mandat dari syurga yang telah digunakan dalam memperkukuhkan institusi raja. Agama Buddha juga telah melalui satu proses asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun iaitu Shinto. Pada tahap ini Shinto telah mengiktiraf kewujudan dua dewa iaitu dewa-dewa luar dan dewa tempatan. Ajaran Buddha yang mementingkan ajaran dan konsep kasih-sayang,moral dan kerohanian telah memberi satu sumbangan penting kepada orang-orang Jepun. Pada abad ke-10 masihi ajaran Buddha yang

Secara

teologi, interaksi ini telah memberi peluang kepada perkembangan agama Hindu dan Buddha kepada masyarakat Asia Tenggara. Agama Hindu telah diterima sebagai agama yang penting dalam kerajaan-kerajaan awal di AsiaTenggara seperti di Funan,Angkor,Majapahit,Kedah Tua dan lain-lain. Mazhab agama Hindu yang banyak tersebar di Asia Tenggara ialah mazhab Saivisme, Vishnuisme dan Brahmanisme. Agama Hindu turut mempengaruhi sistem pentadbiran dan politik Asia Tenggara dengan kewujudan konsep devaraja. Konsep ini meletakkan kesucian seseorang raja setaraf dengan dewa. Mazhab agama Buddha pula yang berkembang di Asia Tenggara ialah mazhab Mahayana dan Hinayana (agama Buddha Theravada).

Interaksi Antara Tamadun India dengan Asia Tenggara

Agama

Buddha Mahayana adalah ajaran Buddha yang dipengaruhi oleh kepercayaan-kepercayaan kaum India. Srivijaya pernah menjadi pusat pengajaran dan perkembangan ajaran Buddha Mahayana seperti yang dilaporkan oleh I-Tsing seorang mubaligh agama Buddha dari China yang pernah singgah di Srivijaya pada abad ke-7 masihi. Sebahagian besar penduduk tanah besar Asia Tenggara iaitu di Thailand,Myanmar,Burma dan Laos menerima agama dari Mazhab Buddha Hinayana Kemunculan tulisan Sanskrit dan Pali yang berkembang di Asia Tenggara adalah kesan interaksi tamadun ini. Bahasa Sanskrit telah diterima menjadi bahasa penting di istana. Kitab-kitab agama Hindu iaitu Mahabarata dan

Aktiviti

penterjemahan dan penyalinan kitab-kitab ini telah dilakukan selapas wujudnya interaksi antara Asia Tenggara dengan tamadun Islam. Perkara ini kerana kitab-kitab diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi. Istilah-istilah sanskrit turut memperkayakan perbendaharaan kata masyarakat Asia Tenggara. Kemunculan banyak alat-alat muzik dan pengaruh dalam kesenian dan tarian juga adalah kesan daripada interaksi ini. Kedatangan dan hubungan masyarakat India dan penduduk Asia Tenggara secara amnya telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur secara meluas semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Makanan berasaskan roti dan kari juga dilihat sebagai kesan interaksi antara tamadun ini. Selain itu, tamadun India juga mempengaruhi sistem perundangan Asia Tenggara. Contohnya kaedah dalam undang-undang Hindu yang digunakan dalam Undang-undang Melaka dan Perundangan Majapahit.

Perkembangan

Agama Islam telah memberi sumbangan yang besar kepada perkembangan dan penerimaan tamadun Islam di kawasan Asia Tenggara. Asia Tenggara telah lama dikenali oleh pedagangpedagang Islam sejak abad pertama hijrah. Sebahagian besar pedagang-pedagang Islam datangnya dari Yaman iaitu sebuah kerajaan Arab yang bergiat penting dalam perdagangan. Snouck Hurgronje merupakan cendekiawan yang mengatakan bahawa Islam di Asia Tenggara datangnya dari India. Pendapat beliau telah mendapat sokongan daripada beberapa tokoh seperti D.G.E Hall, R.O Winstedt,Vlekke, Mouqutte,B.Harrison dan Bousquet dan masing-masing mengaitkan penglibatan pedagang-pedagang Islam dari Gujerat.

Interaksi Antara Tamadun Islam dengan Asia Tenggara

Interaksi Antara Tamadun Islam dengan Eropah


Bermula sejak terbentuknya pemerintahan Islam di Afrika Utara,Sepanyol dan Sicily. Pendapat tokoh tamadun menyatakan Sepanyol dan Sicily adalah merupakan pintu masuk Islam ke benua Eropah dan dianggap jambatan kemasukan tamadun Islam ke dalam tamadun Eropah. Proses interaksi ini berlaku dalam dua cara iaitu cara aman dan peperangan. Proses cara aman berlaku melalui perdagangan. Perang Salib yang berlaku dalam tempoh yang panjang antara orang Eropah dengan Islam merupakan interaksi konflik. Terdapat beberapa faktor berlakunya perang Salib ini.Antaranya ialah: Penindasan yang dilakukan oleh pemerintah Kristian kepada penganut Islam Ketidakseimbangan ekonomi Peranan paderi Kristian yang menyeru orang-orang

Perkembangan

dan usaha penterjemahan buku-buku adalah kesan interaksi positif yang berlaku. Penterjemahan buku falsafah Greek telah menghubungkan orang-orang Eropah dengan tamadun Greek (Yunani). Hal ini kerana penterjemahan buku telah dilakukan dengan pesat semasa pemerintahan Bani Abbasiyah. Hasil penulisan orang-orang Greek meliputi bidang-bidang sains, sejarah, matematik, falsafah telah dikembangkan oleh cendekiawan Islam. Proses interaksi antara Islam dan Eropah berlaku secara aman pada awalnya,diikuti konflik apabila tercetusnya perang salib yang berlaku selama 200 tahun (antara abad ke-12 masihi hingga 14 masihi). Sebelum perang salib,Eropah berada dalam zaman gelap (abad ke-4 hingga ke-14 masihi)

Kemuncak

perkembangan tamadun Islam berlaku pada abad ke-10 hingga ke-12 masihi. Sepanyol menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan Islam di Eropah. Universiti-universiti Sepanyol di Cordova, Seville, Malaga dan Granada telah menjadi pusat pengajian terpenting kepada pelajar Kristian. Bidang-bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, matematik, astronomi dan seni muzik yang berkembang pesat di Sepanyol telah mempengaruhi pemikiran orang-orang Eropah. Orang-orang Islam Sepanyol telah menyumbang karya-karya penting dalam bidang seni muzik. Pada abad ke-12,karya-karya mereka telah diterjemahkan dalam bahasa latin

KESIMPULAN

Interaksi antara tamadun di Asia menunjukkan bagaimana orang-orang terdahulu menjalinkan hubungan diplomatik sehingga tercetusnya revolusi pembangunan dan peradaban sesuatu tamadun. Beberapa faktor positif telah dikenalpasti hasil pertembungan antara tamadun. Antaranya ialah : Sifat pemerintah dan pemimpin yang bertoleransi dan memerintah negara dengan penuh keadilan dan kesaksamaan Sikap golongan beragama seperti sami dan paderi yang sentiasa cuba mewujudkan suasana harmoni, memberi tafsiran yang sejagat dan cenderung kepada semangat keinsanan. Selain itu, tamadun sesebuah masyarakat bersifat keterbukaan. Elemen-elemen atau ciri-ciri tamadun luar yang diterima oleh sesuatu tamadun akan mengalami proses asimilasi dan penyesuaian. Sementara kesan negatif pula seringkali mewujudkan konflik antara masyarakat yang memilki tamadun yang berbeza. Konflik ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti teologi, ekonomi, sosial dan politik. Kesimpulannya,bagi tamadun yang lebih lama terbina akan mempengaruhi tamadun yang baru dan lebih bersifat receptive (penerima).

RUJUKAN
Internet : http://kejuruteraanbangunan.blogspot.com/2010/05/bab-6interaksi-antara-tamadun-dan.html http://www.perlis.uitm.edu.my/citu/images/stories/gallery/citu/ web/mal-india.pdf http://tamanilmu.com/downloads/RB_Pengajian_Tamandun_Isla m_2.pdf Buku : Penerbit Universiti Malaya,Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur,Universiti Malaya, 2001. Mahayudin Hj. Yahaya, Tamadun Islam,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2001. Azhar Hj. Mad. Aros,Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS),Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan, 2004. Sazelin Arif,Ahmad Ridzwan Mohd Noor,Nooraini Sulaiman,Mahadi Abu Hassan,Ali Hafizar Mohamad Rawi, Tamadun Islam dan Tamadun Asia,McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd., Shah Alam,Selangor Darul Ehsan,2007