Anda di halaman 1dari 30

Lambaian Malar Hijau Bersama Kita Berjuang

DR. SUPPIAH NACHIAPPAN 012-5270801 / 05-4506044

KPP1033 - Psikologi Pendidikan

Kuliah 6: Perkembangan Bahasa

OBJEKTIF
Selepas membaca bab ini, pelajar dapat: Menerangkan kepentingan bahasa. Menerangkan sistem organisasi bahasa. Menghuraikan perkembangan bahasa secara berperingkatperingkat Menghuraikan penerimaan bahasa dalam konteks pengaruh biologi dan persekitaran.

Kepentingan Bahasa
Bahasa adalah suatu bentuk komunikasi, sama ada bercakap, bertulis atau menggunakan simbol. Bahasa memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Bahasa mempunyai perkataan-perkataan yang digunakan dalam sesuatu komuniti dan mempunyai peraturan-peraturan tertentu. Bahasa-bahasa yang digunakan dapat menerangkan peristiwa-peristiwa lepas secara terperinci. Dengan penggunaan bahasa juga seseorang dapat merancang masa depan. Menurut Santrock (2004a), bahasa membantu menurunkan informasi dari satu generasi ke generasi yang lain. Sejak turun-temurun bahasa meninggalkan warisan yang kaya dengan khazanah budaya.

Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi pemikiran dan idea, mewujudkan dan mengukuhkan persahabatan individu dengan individu lain, hubungan budaya, malah persefahaman ekonomi antara negara dengan negara lain. Bahasa juga membentuk pemikiran dan emosi dengan mengenal pasti realiti pada seseorang pelajar, misalnya. John Stuart Mill pernah menyatakan bahawa, Bahasa adalah cahaya pada minda. Bahasa juga suatu wahana untuk menyatakan sentimen, perasaan, ciri-ciri nilai sesuatu masyarakat dalam melahirkan identiti sosial. Identiti sosial dalam konteks luas adalah suatu simbol yang berpengaruh tentang perjuangan sosial yang dimiliki oleh seseorang yang berkomunikasi dalam bahasa tersebut.

Bahasa dapat memberi peluang kepada pelajar untuk menuntut ilmu pengetahuan dalam mencapai kecemerlangan di sekolah dan di luar sekolah, khususnya dalam alam kerjaya yang bakal diceburinya. Ilmu pengetahuan adalah penting hari ini dan bahasa adalah antara faktor penting dalam persaingan.

Penguasaan bahasa dalam dunia hari ini adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan, khususnya dalam masyarakat industri. Dalam memperkatakan bahasa, pelajar yang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa mempunyai banyak kelebihan. Kemahiran-kemahiran dalam pelbagai bahasa membolehkan seseorang pelajar mempunyai persepsi dan penanggapan tentang diri, keluarga dan persekitaran hidup dalam perspektif yang luas.

Pelajar dapat menilai isu-isu dalam sesuatu komuniti, negara dan sebagainya. Pemahaman multibudaya akan memberi peluang untuk pelajar memantapkan pemikiran. Justeru, keadaan ini memberi inspirasi untuk terus memiliki kemahiran-kemahiran dalam penguasaan sesuatu bahasa. Bahasa akan melahirkan pelajar berfikiran rasional. Pelajar yang rasional menggunakan bahasa dalam pemikiran dan penyampaian idea dengan menaakul sebab-musabab sebelum menyatakan sesuatu. Renunglah apa yang akan berlaku sekiranya terdapat kekurangan dalam bahasa. Bahasa mengalami kemerosotan dengan kurangnya perbendaharaan kata, orang perseorangan yang kurang menyatakan atau mengekspresikan secara linguistik dan kata-kata yang tidak cukup untuk berkongsi idea dan perasaan dengan orang lain. Semua ini mengundang kepada tindakan-tindakan tanpa aksi melalui tutur katanya. Mungkinkah keadaan ini mengakibatkan keganasan di dalam dunia sekarang?

Dengan tidak ada kata-kata lagi manusia bertindak secara fizikal tanpa membuat perundingan menggunakan bahasa yang penuh dengan makna-makna. Pembelajaran bahasa akan memberi kebaikan-kebaikan akademik, kognitif dan budaya. Penggunaan bahasa dalam pembelajaran di dalam kelas akan menentukan kecemerlangan akademik pelajar. Apabila pelajar sedar kepentingan bahasa, maka mereka akan menggunakannya untuk menuntut ilmu pengetahuan menerusi kemahiran kognitif yang dimiliki sejak kecil lagi. Persekitaran hidup, tempat tinggal, budaya dan interaksi hidup dengan ahli keluarga, jiran tetangga, rakan sebaya, komuniti dan masyarakat menyediakan kemahiran-kemahiran bahasa yang maksimum. Bahasa juga akan melancarkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kualiti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi mantap dengan penguasaan kemahiran bahasa. Ini kerana bahasa menjadi wahana dalam pemilikan ilmu pengetahuan.

Dalam sesi latihan, ujian dan peperiksaan bahasa akan menjadi tunjang dalam penyampaian jawapan-jawapan kepada soalansoalan yang dikemukakan oleh guru dalam peperiksaan. Kecemerlangan pelajar hanya dijadikan kayu ukur menerusi penggunaan bahasa. Oleh itu, penguasaan bahasa yang baik sahaja dapat dijadikan pelajar berwibawa dari segi ilmu. Bahasa memberi identiti kepada bangsa itu sendiri. Bahasa mencerminkan siapa sebenarnya individu. Kejayaan individu pada masa depan akan ditentukan oleh penguasaan bahasa hari ini. Kemahiran berbahasa akan menentukan hala tuju pelajar dalam dunia akademik dan kerjayanya.

Perpaduan dalam pelbagai kaum seperti di Malaysia dapat dieratkan dengan penggunaan bahasa oleh semua kaum. Sebagai contoh, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat memupuk perpaduan di antara pelbagai kaum di Malaysia. Ini bermakna bahasa adalah lambang perpaduan bagi masyarakat yang berbilang kaum. Penguasaan bahasa penting untuk memperkayakan khazanah disiplin-disiplin ilmu yang lain seperti sosiologi, psikologi, sains, sejarah, geografi dan sebagainya. Tanpa bahasa ilmu pengetahuan tidak dapat berkembang. Tambahan pula, tidak ada juga penulis-penulis yang muncul kerana ketiadaan penguasaan bahasa.

Sistem Organisasi Bahasa


Setiap bahasa dibentuk daripada asas bunyi atau fonem. Istilah fonologi adalah sistem bunyi sesuatu bahasa termasuk bunyi-bunyi yang telah digunakan dan dicantumkannya. Fonologi membolehkan suatu asas untuk membentuk set-set perkataan daripada dua atau tiga dozen fonem. Unit asas bunyi di dalam suatu bahasa ialah suatu fonem, iaitu unit bunyi yang terkecil yang boleh kesan pada makna.

Morfologi merujuk kepada unit-unit makna yang terlibat dalam pembentukan perkataan. Suatu morfem ialah suatu unit makna yang minimal, iaitu suatu perkataan atau sebahagian daripada suatu perkataan yang tidak dapat dipisahkan ke dalam bahagian-bahagian yang kecil secara bermakna. Menurut Santrock (2004a), setiap perkataan dalam bahasa Inggeris dibentuk daripada satu atau lebih morfem.

Beberapa perkataan pula mengandungi satu morfem sahaja (contoh: help). Manakala yang lain pula mengandungi lebih daripada satu morfem (contoh, helper, iaitu dua morfem, help+er, dengan morfem -er, bermaksud seseorang di dalam kes ini seseorang yang membantu). Dalam pada itu, bukan semua morfem adalah kata-kata yang terbit sendiri (contoh, -pre, -tion, dan -ing). Tegasnya, jika fonologi menerangkan urutan bunyi yang berlaku di dalam sesuatu bahasa, peraturan-peraturan morfologi pula menerangkan cara-cara bagaimana unit-unit morfem yang bermakna dapat dicantum atau dibentuk di dalam perkataanperkataan. Morfem juga mempunyai banyak tugas di dalam nahu seperti membentuk tense (contoh, dia berjalan lawan dia telah berjalan) dan nombor, iaitu bilangan (dia berjalan lawan mereka berjalan).

Sintaks terlibat dengan cara bagaimana perkataan-perkataan dicantum untuk membentuk frasa-frasa dan ayat-ayat yang boleh diterima. Ini bermakna sintaks adalah suatu peraturan yang mengurus susunan katakata dalam frasa-frasa dan ayat-ayat. Sintaks mempengaruhi keupayaan untuk memahami makna ayat yang ditutur atau ditulis. Menurut Goodman et al., (1981), konteks sintaktik boleh mewujudkan perbezaan dalam perkataan-perkataan sama ada ia disusun dengan betul. Secara khusus, sekiranya seseorang pelajar cuba memikir untuk mengekod ke dalam bahasa perlu dicungkil daripada lexicon dan menyusunnya menurut peraturan-peraturan sintaks (Schriefers, 1992). Sintaks dalam konteks ahli linguistik dan psikologi adalah sesuatu yang deskriptif, iaitu peraturan-peraturan yang sebenarnya digunakan dalam bahasa sebenar.

Ayat-ayat boleh dilihat dalam komponen-komponen nahu atau unit-unit struktural seperti kata nama, kata kerja dan sebagainya. Analisis seperti ini adalah pada tahap struktur permukaan. Menurut Leahey dan Harris (1996), tahap penguasaan nahu telah dikuasai oleh seseorang pelajar sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Latihan-latihan nahu diajar pada struktur permukaan melatih pelajar memahami komponen-komponen sintaktik pada struktur permukaan. Ilmu pengetahuan sintaktik adalah implisit pada masa kanak-kanak melangkah ke alam persekolahan. Guru-guru telah mengajar dengan gigih untuk memastikan murid menguasai ilmu pengetahuan sintaktik.

Menurut Santrock (2004a), semantik merujuk kepada makna perkataan dan ayat. Setiap perkataan mempunyai suatu set ciri-ciri semantik. Sebagai contoh, perempuan dan wanita mempunyai banyak ciri semantik tetapi berbeza secara semantik berdasarkan umur. Perkataan-perkataan mempunyai had semantik atas penggunaan dalam ayat-ayat. Dalam bahasa, semantik dapat melahirkan makna dalam ayatayat. Sekiranya tidak ada makna untuk dikomunikasi atau tidak difahami, maka tidak ada sebab untuk wujud sebarang struktur bunyi-bunyi atau konteks. Makna dianggap aspek bahasa yang paling sukar untuk belajar (Leahey dan Harris, 1996).

Dalam membincangkan makna perkataan secara psikologi, setiap perkataan mempunyai makna. Dalam bahasa pelajar dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Komunikasi yang efektif memerlukan kosa kata yang luas. Semakin banyak perkataan dikuasai oleh pelajar, semakin banyak idea dan pendapat dapat diungkapkannya. Menurut Santrock (2004b), penutur sesuatu bahasa tahu tentang makna beribu-ribu perkataan dan kesemuanya disetor dalam rangkaian semantik. Sebagai contoh, sebiji lemon adalah sejenis sitrus. Sitrus adalah suatu jenis buah-buahan. Buah sitrus tergolong dalam kategori makanan.

Terdapat juga banyak kategori makanan seperti biji-bijian, ikan dan daging. Ilmu pengetahuan semantik adalah penting dalam menghubungkan pemikiranpemikiran yang bermakna dan bagaimana pemikiran-pemikiran digabungkan dalam perkataan-perkataan yang menyampaikan idea-idea yang diingini oleh pelajar (Smith, 1998). Pragmatik merujuk kepada penggunaan bahasa dalam konteks-konteks yang berbeza-beza. Domain bahasa adalah luas.

Dalam situasi-situasi tertentu penggunaan bahasa akan dilihat sebagai demonstrasi ilmu pengetahuan tentang aspek pragmatik dalam kehidupan seharian melalui kemahirankemahiran berbahasa. Menurut Krause, Bochner dan Duchesne (2003), pragmatik adalah penggunaan bahasa dalam latar sosial. Ilmu pengetahuan pragmatik adalah berdasarkan pencapaian tujuan-tujuan menggunakan bahasa dan cara-cara yang sesuai untuk mengekspresikan dirinya dalam situasi-situasi tertentu.

Dalam penggunaan bahasa sebenarnya, konteks mungkin mengubah makna. Peraturan-peraturan pragmatik boleh dianggap kompleks dan berbeza-beza daripada satu budaya kepada budaya yang lain. Penggunaan perbualan dan ilmu pengetahuan dilihat dalam konteks bahasa. Contohnya, penggunaan bahasa dalam situasi-situasi yang sesuai seperti bertingkah laku dengan sopan seperti berinteraksi dengan guru. Apabila pelajar bergilir-gilir terlibat dalam perbualan adalah contoh pragmatik. Jadi, pragmatik mengkaji bagaimana konteks mempengaruhi interpretasi makna-makna dalam situasi-situasi termasuk faktor-faktor sosial, persekitaran, dan psikologi.

Pada dasarnya, pragmatik lebih terarah kepada ujaran-ujaran, iaitu ayat-ayat dan dalam konteks perbualan. Makna dalam ayat-ayat biasannya menyampaikan makna secara literal. Manakala, makna si pengucap adalah suatu konsep yang cuba disampaikan oleh pengucap. Keupayaan untuk memahami keinginan makna si pengucap adalah disebut sebagai keupayaan pragmatik. Dalam menentukan keupayaan pragmatik, ilmu pengetahuan tentang perbezaan sosial, status sosial di antara pengucap-pengucap yang terlibat, ilmu pengetahuan tentang aspek berbudaya seperti kesopanan dan ilmu pengetahuan linguistik.

Perkembangan Bahasa Secara Berperingkat-Peringkat


Perkembangan bahasa dilihat melalui tahap-tahap sejak bayi dilahirkan. Bayi mula membebel dalam tiga hingga enam bulan. Bayi mula mengeluarkan kata pertama pada usia sepuluh hingga tiga belas bulan. Kanak-kanak mula menggabungkan dua perkataan pada umur lapan belas hingga dua puluh empat bulan. Kanak-kanak mula mengetahui bahasa dan fungsinya dalam aspek komunikasi. Mereka mewujudkan frasa-frasa, iaitu menyebut lebih daripada satu perkataan. Peraturan-peraturan berbahasa mula dipelajari dengan tekun oleh kanak-kanak apabila mereka memasuki alam persekolahan. Apabila kanak-kanak melangkah ke alam sekolah rendah, mereka berkeupayaan untuk mewujudkan bunyi-bunyi bahasa dalam mencantumkan konsonankonsonan kompleks.

Tahap-tahap penguasaan bahasa yang bermula seawal bayi diteruskan oleh pelajar dengan peraturan-peraturan morfologi. Mereka menguasai tatabahasa dengan betul. Konsep memanipulasikan sintaks oleh pelajar dapat membantu menjana soalan-soalan dan klausa-klausa melalui struktur sintaks bahasa. Menurut Santrock (2004a), pada tahap penguasaan dua perkataan, ilmu pengetahuan semantik atau makna juga berkembang dengan kosa kata kanak-kanak meningkat daripada 8,000 kepada 14,000 perkataan. Kanak-kanak berumur tiga tahun berupaya untuk bertutur benda-benda yang tidak hadir secara fizikal. Peraturan bahasa termasuk fonologi (sistem bunyi), morfologi (mencantum unit-unit makna), sintaks (peraturan yang ditetapkan untuk membuat ayatayat), semantik (sistem makna) dan pragmatik (peraturan untuk menggunakan kata-kata dalam konteks yang berbeza-beza).

Tahap perkembangan bahasa kanakkanak berkembang apabila mereka belajar membaca dan menulis. Dalam urutan perkembangan, kanakkanak belajar menguasai kosa kata dan tatabahasa. Seterusnya, kanak-kanak menguasai ilmu penaakulan dan kemahiran analitik untuk memahami sesuatu keadaan atau penyelesaian masalah. Menurut Bloome et. al (2005), kanakkanak belajar menggunakan bahasa dalam bentuk wacana yang berhubungan. Mereka dapat menghubungkan ayat-ayat untuk mewujudkan deskripsi, definisi dan naratif yang bermakna. Pada tahap remaja kosa kata akan bertambah. Bentuk tatabahasa yang kompleks, pemahaman gaya bahasa, imageri dan metafora difahami dan digunakan dalam penganalisisan karya-karya kesusasteraan, khususnya.

Penerimaan Bahasa : Pengaruh Biologi dan Persekitaran


Setiap pelajar menggunakan bahasa. Pemahaman peraturanperaturan bahasa memberi ruang untuk mereka mewujudkan katakata dan ayat-ayat dalam bilangan yang banyak. Setiap pelajar telah menguasai ilmu pengetahuan bahasa secara langsung atau tidak langsung. Bagaimanakah pengetahuan tentang bahasa mempengaruhi kehidupan pelajar, khususnya? Adakah bahasa sebagai produk biologi? Adakah bahasa dipelajari dan dipengaruhi oleh pengalaman seseorang?

Pengaruh Biologi dan Persekitaran


Tahap penguasaan bahasa di kalangan pelajar di seluruh dunia mempunyai persamaan-persamaan dalam input bahasa yang mereka terima. Tetapi, bukti menunjukkan bahasa mempunyai asas biologi yang kukuh sejak zaman berzaman. Menurut Santrock (2004b), keupayaan untuk bertutur dan memahami bahasa memerlukan suatu alat vokal dan sistem saraf dengan keupayaan tertentu. Sistem saraf dan alat vokal nenek moyang berubah beribu-ribu tahun sehingga kini. Menurut Lachlan dan Feldman (2003) dan Pinker (1994), dalam masa evolusi, bahasa adalah suatu penguasaan mutakhir. Ia telah memberi manusia kelebihan daripada binatang-binatang dan peluang kehidupan yang baik untuk manusia.

Bukti menunjukkan bahawa terdapat bahagian-bahagian dalam otak yang digunakan untuk bahasa. Sekiranya mana-mana bahagian dalam otak tercedera, maka pertuturan bahasa akan terbantut. Menurut Chomsky (1957), manusia disyaratkan belajar bahasa pada masa-masa tertentu. Beliau menyatakan bahawa manusia sememangnya dilahirkan secara semula jadi dengan alat penguasaan bahasa (Language Acquisition DeviceLAD), iaitu suatu aspek biologi yang membolehkan kanak-kanak mengesan ciri-ciri dan peraturan-peraturan bahasa tertentu termasuk fonologi, sintaks dan semantik. Seterusnya, kanak-kanak mengikuti peraturan-peraturan seperti bagaimana membentuk kata jamak dan bertanya soalan-soalan.

Pandangan Behavioral dan Pengaruh Persekitaran


Sebilangan sarjana bahasa berpendapat penguasaan bahasa kanak-kanak di seluruh dunia membuktikan bahawa bahasa mempunyai suatu asas biologi yang kukuh. Pakar bahasa yang lain pula berpendapat bahawa pengalaman-pengalaman kanakkanak, bahasa yang perlu dipelajari secara khusus dan konteks di mana pembelajaran dijalankan mempengaruhi penguasaan bahasa (Goohuis-Brouwer et. al., 2004; Marchman, 2003). Menurut Behavioris, bahasa adalah suatu kemahiran pembelajaran yang dipelajari seperti bermain piano atau menari. Behaviouris membincangkan bahawa bahasa mewakili rangkaian respon yang dikuasai melalui peneguhan (Skinner, 1957). Perkembangan bahasa kanak-kanak amat dipengaruhi oleh interaksi dengan orang-orang lain. Kebanyakan kanak-kanak dimulakan asuhan dan didikan sejak dilahirkan lagi

Pendedahan seawal ini membolehkan kanak-kanak menguasai kemahirankemahiran bahasa. Menurut Berko Gleason (2000) dan Hoff (2003), sokongan dan penglibatan ibu bapa/penjaga dan guru-guru banyak membantu pembelajaran bahasa kanakkanak. Dalam pada itu, menurut Santrock (2004b), kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan status sosioekonomi yang rendah adalah tidak didedahkan untuk penglibatan dalam bahasa secara maksimum. Contoh, dalam kajian yang berfokus pada persekitaran bahasa bayi dan pengalaman hidup kanak-kanak dalam perkembangan kosa kata, didapati bayi yang menerima percakapan ibu lebih kerap telah menunjukkan kosa kata yang tinggi. Pada hari jadi kedua, perbezaan penguasaan kosa kata adalah meluas.

Selain itu, status sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi penguasaan kosa kata. Menurut Hart dan Risley (1995), didapati ibu bapa kanak-kanak yang berjawatan profesional membantu mewujudkan persekitaran kondusif untuk kanak-kanak menguasai kosa kata berbanding ibu bapa yang status sosioekonomi yang rendah. Ibu bapa berstatus sosioekonomi rendah kurang berbual, kurang berbincang peristiwa-peristiwa yang lepas dan tidak atau kurang menghuraikan dengan terperinci tentang sesuatu perkara atau peristiwa. Kesemua kanak-kanak telah belajar untuk bertutur dan menguasai semua bentuk dalam Bahasa Inggeris, misalnya.

Bahasa berkembang dengan baik apabila ibu bapa dan penjaga membantu mengekalkan perkembangan bahasa secara semula jadi dengan membekalkan persekitaran yang penuh dengan peluang untuk mengembangkan bahasa. Aktiviti-aktiviti dalam konteks perlu disediakan untuk pembelajaran dan penguasaan yang optimum. Ahli-ahli interaksionis menekankan sumbangan faktor biologi dan pengalaman dalam perkembangan bahasa. Ini bererti, pelajar secara biologi bersedia untuk belajar bahasa apabila mereka dan ibu bapa/penjaga berinteraksi. Apabila guru dan ibu bapa/penjaga melibatkan pelajar dalam perbualan, bertanya soalan-soalan dan menekankan aspek interaktif, maka kesan perkembangan bahasa adalah baik dan efektif.

Rumusan
Bahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Setiap pelajar memerlukan bahasa untuk berkomunikasi, membaca dan menulis. Bahasa mempunyai peraturan dan diorganisasi dalam lima sistem peraturan, iaitu fonologi, morfologi, sintaks, semantik dan pragmatik. Perkembangan bahasa ditentukan oleh faktor biologi dan persekitaran. Pelajar berinteraksi dengan pelajar lain. Mereka berinteraksi menggunakan bahasa. Kemahiran berbahasa harus dimiliki oleh kanak-kanak dan pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan. Penguasaan bahasa membantu dalam pemprosesan informasi yang diterima dan seterusnya disimpan dalam memori untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian oleh pelajar, khususnya.

Selagi Jiwa Dikandung Badan, Teruskan Perjuangan!

LAMBAIAN MALAR HIJAU Bersama Cigku Jo Dan Daneng