Anda di halaman 1dari 31

WAJ 3112 (OLAHRAGA)

NORHASLINDA BINTI MOHD ANUAR NUR FADHILA FARHANA BINTI PIHAJATI SITI NORHAYATI BINTI MOHD BASAR (PISMP PEMULIHAN KHAS BM/MT SEMESTER 5)

ACARA OLAHRAGA (LARI BERGANTI-GANTI)

ISI KANDUNGAN
TAJUK DEFINISI LARI BERGANTI - GANTI SEJARAH LARI BERGANTI-GANTI GAYA DAN TEKNIK PENUKARAN BATON ZON PENUKARAN BATON LATIHAN ANSUR MAJU PENUKARAN BATON LATIHAN STATIK PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI UNTUK PERLUMBAAN PERLUMBAAN LARI BERGANTI-GANTI 4 5 6 - 14 15 - 17 18 19 - 22 23 - 24 25 - 30 SLIDE

DEFINISI LARI BERGANTI - GANTI

Di bahagikan kepada dua jenis iaitu 4 x 100 meter dan 4 x 400 meter. Selain itu, acara 4 x 200 meter (pelajar) dan acara khas 4 x 1600 meter juga boleh dijalankan. Menggunakan baton yang tidak kurang daripada 50 gram, panjang 28-30 cm, garis lilit 12-13cm dan berwarna

SEJARAH
Berasal dari Amerika Syarikat Punca-punca lahirnya acara ini : -Perjalanan kereta kuda jarak jauh (pony ekspress) di mana suratsurat atau berita-berita disampaikan dari satu tempat ke tempat lain -Perlumbaan dimulakan dengan seorang pelari membawa bendera & menyampaikan kepada pelari lain yang menanti di hadapan (dimulai di Universiti Pensylvania, Amerika Syarikat). -Permainan pasukan ahli bomba. Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari dengan pantas & menyentuh kereta bomba. Ini sebagai isyarat kepada ahli lain dalam pasukan untuk bersedia. Percubaan pertama dilakukan pada tahun 1893, di mana pasukan dipertandingkan dengan setiap pelari berlari sejauh suku batu.

GAYA DAN TEKNIK PENUKARAN BATON

GAYA DAN TEKNIK PENUKARAN BATON


Gaya selang seli tanpa pandang, gaya selang seli cara pandang dan cara pandang (4 x 400). Terdapat dua teknik penukaran baton iaitu teknik bawah - atas dan teknik atas bawah. Dalam gaya selang seli, aliran baton adalah kanan-kiri-kanan-kiri.

ALIRAN PENUKARAN BATON


Pelari pertama akan membawa baton dengan tangan kanan. Pelari kedua berdiri di bahagian luar, menerima baton dengan tangan kiri. Pelari ketiga berdiri di bahagian dalam lorong, menerima baton dengan tangan kanan. Pelari keempat berdiri di bahagian luar lorong dan menerima baton dengan tangan kiri

GAYA SELANG SELI TANPA PANDANG


Biasa digunakan oleh pelari dalam acara 4 x 100 meter Jika mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga perlu membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan Semasa menerima baton, pelari tidak menoleh ke belakang.

MENERIMA BATON GAYA SELANG SELI TANPA PANDANG

Pelari yang menunggu akan mula berlari sebaik sahaja sampai di tandaan. Pelari membawa baton memberi isyarat supaya pelari dihadapannya menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton. Baton diletakkan ke dalam penerima dengan tepat.

DUA CARA MENGHANTAR BATON

ALIRAN BATON: KANAN KIRI - KANAN

TEKNIK ATAS BAWAH

GAYA SELANG SELI CARA PANDANG


Biasa digunakan oleh pelari dalam acara 4 x 400 meter Semasa pertukaran baton, pelari yang menerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pembarian baton kepadanya.

ZON PENUKARAN BATON


Penukaran baton dilakukan di dalam zon penukaran baton yang panjangnya 20meter. Satu zon pecutan sepanjang 10 meter sebelum zon penukaran dibenarkan dalam acara 4 x 100 meter. Zon ini digunakan untuk pelari memulakan larian bila pembawa baton menghampiri titik tanda. Titik tanda pada amnya adalah 5 7 meter dari garis mula zon pecutan. Penukaran baton pada amnya berlaku pada jarak 12 16 meter dam zon penukaran

LATIHAN ANSUR MAJU PENUKARAN BATON


Latihan statik berpasangan Melibatkan dua peserta Peserta A perlu berada lebih kurang 1 meter belakang peserta B. Peserta A memberi isyarat kepada peserta B Peserta B menghulurkan tangan kanannya ke belakang. Peserta B menarik tangannya ke hadapan sebaik sahaja peserta A menepuknya dengan tangan kiri.

LATIHAN STATIK

Latihan Bergerak Berpasangan


Memerlukan 2 peserta Dilakukan sambil berlari anak (joging) Peserta A akan berlari ke hadapan Peserta B setelah baton kepadanya. Pesera B pula menghantar baton kepada peserta A.

Latihan Bergerak Berpasangan Asingkan kedudukan kedua-dua peserta dalam jarak lebih kurang 30 meter. Peserta A berlari dan apabila dia sampai di tandaan. Peserta B pula mula berlari. Peserta A terus mengejar peserta B untuk memberi baton kepadanya. Jarak tandaan bolehlah diubah mengikut kesesuaian.

(a) Latihan-latihan tersebut boleh dijalankan oleh 4 hingga 6 orang peserta di dalam satu barisan. (b) Semasa menjalankan latihan hendaklah menggalakkan memerhati kawan-kawan dan meneliti sama ada teknik atau cara yang dipraktiskan betul atau tidak.

PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI UNTUK PERLUMBAAN


Pelari pertama

(a) Dapat memulakan larian dengan baik (b) Pantas berlari di bahagian selekoh tetapi mungkin seorang yang kurang cekap semasa menerima baton.
Pelari Kedua

(a) Merupakan pelari yang terpantas di bahagian lurus. (b) Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kiri.

Pelari Ketiga

(a) Pantas berlari di bahagian selekoh. (b) Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanan. Pelari Keempat

(a) Tidak semestinya seorang pelari yang terpantas di dalam pasukannya. (b) Pantas berlari di bahagian lurus. (c) Merupakan pelari yang penuh keazaman dan tenang. Ciri ini perlu kerana mungkin terpaksa mengejar atau dikejar oleh pelari-pelari daripada pasukan lawan.

PERLUMBAAN LARI BERGANTI-GANTI


Lari berganti-ganti dan tukar tempat o o o o Memerlukan 4 orang. Peserta 1 dan peserta 3 membawa baton. Peserta 1 berlari membawa baton kepada peserta 2. Setelah menerima baton, peserta 2 berlari dan mencuit tangan peserta 3. o Peserta 3 terus berlari dan menyerahkan kepada peserta 4 yang akan memecut ke bahagian hadapan.

Kedudukan peserta dan arah larian lari bergant-ganti dan tukar tempat.

Lari berganti-ganti bentuk roda


Permainan dimulakan dengan peserta 1 setiap kumpulan berlari satu pusingan dan menyerahkan baton kepada peserta 2 yang sedang menunggu giliran yang telah ditinggalkan oleh peserta 1. Perlumbaan ini diteruskan sehinggalah kesemua peserta mendapat peluang untuk berlari.

Lari berganti-ganti mengelilingi skitel o Permainan dimulakan dengan peserta 1 setiap kumpulan berlari ke hadapan mengelilingi skitel. o Selepas itu berlari ke belakang kumpulannya untuk mengelilingi satu skitel lagi. o Peserta 2 akan meneruskan perlumbaan setelah menerima baton daripada peserta 1. o Semua peserta mesti menunggu giliran mereka di sebelah kanan kumpulan masing-masing. o Kumpulan yang terlebih dahulu menamatkan perlumbaan dikira pemenang.

Susunan pelajar dan arah larian lari berganti-ganti mengelilingi skitel

Lari berganti-ganti 30 meter


Gunakan gelanggang bola jaring dan anggaplah kawasan tengah gelanggang itu sebagai zon pertukaran baton (10 meter). Peserta dikehendaki berlari sejauh 30 meter dan 10 meter di dalam zon.

SEKIAN, TERIMA KASIH