Anda di halaman 1dari 66

PENGENALAN KAUNSELING

Nor Yani binti Ahmad. Nasaruddin bin Ghazali Jabatan Ilmu Pendidikan

KAUNSELING
Perkhidmatan kaunseling terutamanya di persekitaran sekolah dan institusi pengajian tinggi amat menggalakkan. Kaunseling dapat memanfaatkan semua peringkat manusia dalam pelbagai keadaan

KAUNSELING
Bidang kaunseling dianggap sebagai bidang baru jika dibandingkan dengan bidang sosiologi, ekonomi dan psikologi. Jenis masalah yang dikemukakan adalah pelbagai (peribadi, interpersonal)

Definisi Kaunseling

Krumboltz (1965) Kaunseling ialah apa sahaja aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien.

Definisi Kaunseling

Persatuan Bimbingan Dan Personal Amerika (1980) Kaunseling ialah penggunaan prosedur kaunseling dan bidang lain berkaitan dengan sains tingkahlaku untuk membantu mempelajari bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah, membuat keputusan dengan pemilihan kerjaya pertumbuhan kendiri,perkahwinan keluarga, atau perkara interpersonal lain.

Definisi Kaunseling

Burks dan Stefflre (1979)-Kauseling merujuk kepada perhubungan profesional antara kaunselor terlatih dan klein.Perhubungan ini biasanya bersifat person-toperson, walaupun kadang-kadang melibatkan lebih daripada dua orang.Perhubungan ini dibentuk untuk membantu klien memahami dan menyatakan pandangan mereka tentang ruang hidupnya, dan mempelajari mencapai matlamat pilihan kendiri melalui pilihan yang bermakna dan bermaklumat setelah menyelesaikan masalah bersifat emosional dan interpersonal.

Definisi Kaunseling

Zainal Abidin (2002)-Kaunseling adalah satu perbincangan antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.

Perbezaan Antara Kaunseling Dan Psikoterapi


Psikoterapi lebih kepada pemulihan penyakit mental. Kaunseling lebih kepada membantu individu mengatasi kebuntuan atau kekusutan fikiran. Objektif kaunseling membantu individu mengatasi masalah pertumbuhan kendiri (personal growth).

Matlamat Kaunseling

Setiap individu mempunyai harapan yang berbeza mengikut perspektif mana dia melihat proses kaunseling yang telah dijalankan. Sebagai contoh individu yang meminta pertolongan daripada seorang kaunselor atau sesiapa yang diharapkan semuanya mempunyai persepsi yang berbeza tentang kesudahan yang diharapkan, selepas ia melalui proses kaunseling.

Matlamat Kaunseling

Perbezaan pendapat mungkin akan wujud, tetapi ini tidak harus dibimbangkan kerana pilihan terakhir yang menentukan apakah matlamat kaunseling adalah terletak kepada persetujuan antara klien dan kaunselornya. Mereka berdualah yang akan menentukan arah manakah perbincangan akan dilakukan.

Matlamat Kaunseling
Lima Matlamat Kaunseling.

Perubahan Tingkah Laku Perhubungan Yang Positif Pengurusan Diri Proses Membuat Keputusan Efektif Pencapaian Potensi

Matlamat Kaunseling
Perubahan Tingkah Laku.

Ia akan membantu dan mengalak klien membuat perubahan tingkah laku untuk kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan mengikut sebahagian besar ahli teori Diharapkan seseorang klien yang menghadapi kerunsing setelah berjumpa dengan kaunselor dapar merubah tingkah laku untuk berinteraksi dengan orang yang menimbulkan masalah dengan klien.

Matlamat Kaunseling
Perubahan Tingkah Laku.

Sebagai contoh seorang guru memberikan katakata atau respon yang negatif kepada pelajarnya.Ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar kurang berminat untuk mengikut pengajaran guru berkenaan. Dengan adanya sesi kaunseling pada guru berkenaan akan dapat merubah tingkah laku guru menyedari kesilapannya semasa menyampaikan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Matlamat Kaunseling
Perhubungan yang Positif.

Matlamat kaunseling juga akan membantu meningkatkan keupayaan klien memulakan dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang lain. Kehidupan kita sebahagian besarnya adalah berinteraksi dengan orang lain.

Matlamat Kaunseling
Perhubungan yang Positif.

Ada juga di kalangan klien yang tidak pandai untuk berkomunikasi atau klien mempunyai kemahiran berkomunikasi, atau mempunyai imej kendiri yang negatif. Dengan ini matlamat kaunseling ialah untuk meningkatkan kualiti cara klien berhubung iaitu berkomunikasi dengan orang lain.

Matlamat Kaunseling
Pengurusan diri.

Matlamat kaunseling juga dapat membantu keberkesanan klien menguruskan diri. Setiap orang akan mengalami kesulitan dalam hidup apabila ia membesar.Ekspektasi ibu bapa terhadap anaknya seringkali memberi kesan yang tidak dijangkakan.

Matlamat Kaunseling
Pengurusan diri.
-

Tingkah laku yang dipelajari semasa kesil tidak dapat membantu hidupnya.Dalam keadaan demikian kaunselor akan melatih klien menguruskan diri dengan lebih berkesan terutam dalam situasi baru dan tuntutan baru.

Matlamat Kaunseling
Proses Membuat Keputusan Efektif.

Kaunseling juga bermatlamat untuk membantu klien dalam proses membuat keputusan dengan rasional. Sesetengah orang akan membuat keputusan penting amat menyukarkan.Selain takut kepada tanggungjawab yang akan dipikul sebagai kesan daripada keputasan yang salah, Seseorang itu selalu membuat keputusan tampa memikirkan beberapa alternatif yang wujud. Matlamat kaunseling ini adalah untuk membantu klien membuat keputusan yang penting dalam hidupnya.

Matlamat Kaunseling
Proses Membuat Keputusan Efektif.

Matlamat kaunseling juga adalah untuk membantu klien berkembang secara positif dan mencapai potensi yang ada pada diri klien untuk dijadikan sebagai satu daripada matlamat kaunseling. Ia bermaksud untuk memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan minatnya ke tahap maksimun. Kaunselor menolong seseorang itu mempelajari caracara berhenti merokok iaitu dengan mengambil berat tentang kesihatan badan, dan mengatasi masalah malu atau perasaan segan yang tidak prodaktif

Matlamat Kaunseling
Pencapaian Potensi

Dapat membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien sering dijadikan sebagai satu daripada matlamat kaunseling.Matlamat ini bermaksud memberi peluang kepada klien mempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan minatnya ke tahap yang maksimum. Matlamat ini juga bererti klien diajar supaya meningkatkan keberkesanan peribadinya. Contoh, seseorang yang mempunyai perasaan gugup atau gementar apabila berada dikhalayak ramai boleh membantutkan cita-citanya. Peranan kaunselor dapat membantu klien untuk berasa yakin dan selesa apabila berdiri dikhalayak ramai.

Peranan Kaunselor
Bergantung kepada suasana tempat Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah.

Peranan Kaunselor
Ianya telah merebak ke pusat-pusat kaunseling awam seperti hospital, pejabat Agama Islam dan sebagainya. Terdapat di merata tempat di bandarbandar besar

Peranan Kaunselor

Contoh Sumbangan Kaunselor : 1) Sekolah membantu pelajar membuat pemilihan kerjaya 2) Penjara Membantu ahli penjara dalam proses mengintegrasikan ke dalam masyarakat 3) Pejabat Agama Islam Membantu suami isteri yang mengalami masalah rumah tangga

Peranan Kaunselor

Tumpuan kaunseling termasuklah soal fizikal, sosial, mental, emosi dan soal keperluan kerohanian.

Peranan Kaunselor
Mental

Sosial

Aspek Individu

Emosi

Fizikal

Kerohanian

Aspek yang meliputi keseluruhan individu

Peranan Kaunselor
Kesihatan Fizikal
Amat penting dalam proses kaunseling bagi meneroka hal-hal emosi atau psikologikal yang menyekat individu mengamalkan tabiat yang positif. Memotivasikan individu mengamalkan gaya hidup yang sihat

Peranan Kaunselor
Keperluan Sosial

Merupakan satu unsur yang memberi kekuatan kepada individu bagi mengelakkan daripada mengalami perasaan tersisih, kemurungan dan rendah diri

Peranan Kaunselor
Kesihatan Mental
Meransang proses pemikiran supaya keupayaannya menyelesaikan masalah meningkat dan lebih kreatif. Kegiatan mental yang kreatif merupakan petunjuk kepada kualiti hidup seseorang.

Peranan Kaunselor
Keperluan Emosi
Memberi kaitan dengan matlamat meningkatkan lagi kesejahteraan emosi individu. Menjadi tradisi bagi semua kaunselor

Peranan Kaunselor
Keperluan Kerohanian
Ianya menjadi bekalan asas bimbingan yang mencorakkan tingkah laku, gaya hidup dan nilai hidup. Kajian Myers (1992), - sekiranya wujud ikatan yang kuat antara kesihatan dan mental dalam kaunseling, ia akan memberi impak yang positif.

Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor Profesional


Keberkesanannya bergantung pada sikap ,kemahiran dan pengetahuan semasa berhubung dengan klien. Klien adalah individu yang unik dan berharga Klien boleh berubah Bagaimana individu yang efektif berfungsi Pengetahuan dan kemahiran menolong individu Kesanggupan melibatkan diri Mengenali diri

Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor Profesional


Klien Adalah Individu yang Unik dan Berharga

Kaunselor mesti optimis bahawa kliennya boleh berubah.Sekurang-kurangnya perubahan sikap ,struktur kognitif dan tingkah laku. Perubahan tidak boleh berlaku disebabkan beberapa faktor iaitu klien belum bersedia, pertukaran persekitaran, dan kaunselor belum dapat pengaruhi klien.Walau bagaimanapun berikan keyakinan kepada klien bahawa dia boleh berubah.

Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor Profesional


Bagaimana Individu yang Efektif Berfungsi

Kaunselor perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang prinsip-prinsip psikologi bagi memudahkannya berhadapan dengan klien agar segala pemasalahan klien dapat diterokai dan memberikan pandangan yang munasabah untuk membantu dan membuat keputusan bila kaunseling harus dihentikan.

Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor Profesional


Pengetahuan dan Kemahiran Menolong Individu

Tugas kaunseling adalah satu tugas yang memerlukan lebih daripada satu kesanggupan membina hubungan istimewa ,menghargai dan memahami klien , mempunyai keyakinan bahawa klien akan membuat perubahan serta berpengetahuan cara manusia efektif berfungsi.

Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor Profesional


Pengetahuan dan Kemahiran Menolong Individu

Kaunselor juga perlu menggunakan pelbagai pendekatan klinikal kerana setiap klien mungkin berbeza kaedah penyelesaiannya.Sebaik-baiknya belajar daripada kaunselor-kaunselor mahir dan mendalami ilmu agar menjadi kaunselor yang berkesan.

Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor Profesional


Kesanggupan Melibatkan Diri

Kaunselor perlu menunjukkan kesanggupan melibatkan diri dalam proses kaunseling.Ini mendorong kaunselor menumpukan sepenuh perhatian kepada alam pemikiran dalaman klien.

Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor Profesional


Kesanggupan Melibatkan Diri

Kaunselor juga perlu mempunyai emosi dan disiplin yang stabil dan menununjukkan bahawa tiada kelemahan untuk memahami dan menunjukkan keikhlasan kepada klien.

Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor Profesional


Mengenali Diri

Kaunselor perlu mempunyai konsep kendiri yang positif, berasa aman ,selesa dan selamat tentang dirinya.Selain itu, kaunselor juga perlu mempunyai minat sosial yang tinggi dan mempunyai motivasi yang kuat untuk bekerjasama dengan orang lain serta bersikap toleransi.

Ciri-Ciri Perlu Ada Pada Kaunselor Profesional


Mengenali Diri

Kaunselor juga perlu menambah ilmu ,membaiki diri dan pertumbuhan kendiri dan sekiranya tidak dapat membantu seseorang klien, dia perlu merujuk kepada pakar.Kaunselor yang terbaik adalah kaunselor peka dengan perasaannya sendiri, kelakuan dan pemikirannya. Barulah dapat memahami diri kliennya pula.Keikhlasan kaunselor memudah dan membantu klien percaya kepadanya.

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling di sekolah dan institusi pengajian tinggi pada kebiasaannya terbahagi kepada tiga : a) perkhidmatan pengajaran dan latihan b) perkhidmatan kaunseling c) perkhidmatan mengambil ujian

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling


a. Perkhidmatan pengajaran dan latihan

Bagi mereka yang memerlukan latihan, makluman atau kemahiran Contoh Pelajar sekolah perlu tahu tentang bahaya penyalahgunaan dadah, merokok atau sebagainya.

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling


a. Perkhidmatan pengajaran dan latihan

Memilih kerjaya kaunselor sekolah boleh memanggil individu tertentu yang berjawatan bagi sesi ceramah tentang peluang pekerjaan kepaada pelajar

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling


a. Perkhidmatan pengajaran dan latihan

Contoh-contoh lain dalam komponen perkhidmatan pengajaran dan latihan ialah: a) cara-cara pembelajaran yang berkesan b) persediaan menduduki peperiksaan c) pengurusan masa d) cara menghadiri temuduga

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling


b. Perkhidmatan Kaunseling

Bagi mereka yang memerlukan khidmat kaunselor dalam menyelesaikan sesuatu masalah contoh pemilihan kerjaya

Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling


c. PerkhidmatanMengambil Ujian

Kaunselor akan menyediakan ujian IQ, ujian personality dan minat kepada klien supaya mereka dapat memilih kerjaya yang sesuai dengan personality dan minatnya.

Kaunseling Kelompok
Apakah kaunseling kelompok?

Suatu proses perhubungan yang dinamis antara seorang dengan beberapa orang yang lain, yang memfokus kepada tingkahlaku dan pemilihan yang sengaja dan melibatkan fungsi-fungsi terapi (pemulihan).

Kaunseling Kelompok
Apakah kaunseling kelompok?

Fungsi terapi tersebut diwujud serta dimajukan dalam satu kelompok kecil secara berkongsi masalah peribadidengan beberapa orang rakan sebaya serta kaunselor.

Kaunseling Kelompok
Carl Rogers (1970)

mendefinisikan kaunseling kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionalkan seseorang mengikut kehendak ramai

Kaunseling Kelompok
Dyer dan Vocind (1973)

mengatakan bahawa kaunseling kelompok merupakan pertolongan sosial dan psikologi seseorang individu yang bertujuan supaya dia mengubah tingkah lakunya di samping berpengalaman baik dan sempurna. Dengan itu, dapatlah individu itu berdamping dengan individu yang lain dan persekitarannya.

Kaunseling Kelompok
Gibson dan Mitchell (1981)

Mentakrifkan kaunseling kelompok sebagai suatu proses pertolongan kepada seseorang klien supaya dia dapat menyesuaikan dirinya dengan hal sehariannya dari aspek perkembangan tingkah laku, perhubungan peribadi, nilai diri, sikap serta memilih kerjaya berdasarkan kemahiran yang ada padanya.

Kaunseling Kelompok
Jenis-jenis kelompok

Kelompok Bimbingan Kelompok Kaunseling

Kaunseling Kelompok
Kelompok Bimbingan

Kelompok bimbingan biasanya digunakan untuk penyebaran maklumat khususnya untuk pelajar-pelajar di sekolah atau di institusi pengajian tinggi.

Kaunseling Kelompok
Kelompok Bimbingan

Contoh-contoh tajuk yang kerap dibincangkan ialah : 1. pengurusan masa 2. menghadiri temuduga 3. kemahiran belajar 4. pemilihan kerjaya 5. persediaan peperiksaan

Kaunseling Kelompok
Kelompok Kaunseling

Fokus kelompok kaunseling ialah individu, tidak seperti kelompok bimbingan di mana tumpuan ialah kepada topik-topik tertentu yang hendak disebarkan.

Kaunseling Kelompok
Kelompok Kaunseling

Ahli kelompok kaunseling terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja dan tidak mempunyai struktur.

Kaunseling Kelompok
Kelompok Kaunseling

Peranan kaunselor ialah mewujudkan suasana selamat bagi ahli-ahli berbincang dengan tidak merasakan dirinya terancam oleh ahli-ahli yang lain.

Kaunseling Kelompok
Kelebihan Kaunseling Berkelompok

Memperolehi kemahiran sosial semasa berinteraksi dengan ahli-ahli berkelompok Kaunselor dapat memberi perkhidmatan yang teratur dan berkesan kepada satu kumpulan yang ditetapkan.

Kaunseling Kelompok
Kelebihan Kaunseling Berkelompok

Klien dapat memahami persamaan dan kelainan di antara ahli-ahli kelompok serta dapat berkongsi idea. Seseorang klien boleh menjadi sistem pembantu kepada ahli-ahlinya.

Kaunseling Kelompok
Kelebihan Kaunseling Berkelompok

Pendapat-pendapat bernas dapat dikumpulkan bersama. Bertambah yakin tentang persepsi diri sendiri.

Kaunseling Kelompok
Kelebihan Kaunseling Berkelompok

Dapat mempelajari kelemahan yang ada pada setiap ahli kelompok. Dapat mewujudkan tingkah laku yang positif hasil dari ransangan ahli kelompok.

Kaunseling Kelompok
Kelebihan Kaunseling Berkelompok

Memberi kesedaran dan pengetahuan baru kepada ahli-ahli kelompok. Melahirkan sifat-sifat yang baik seperti jujur, ikhlas dan bertanggungjawab dalam membicarakan sesuatu.

Kaunseling Kelompok
Kelebihan Kaunseling Berkelompok

Melahirkan semangat kerjasama dalam satu pasukan. Memahami diri sendiri dengan lebih mendalam.

Kaunseling Kelompok
Kerahsiaan dalam kaunseling.

Dari segi etika profesional, adalah menjadi tanggungjawab kaunselor memelihara kerahsiaan klien supaya hubungan baik yang telah dijalinkan tidak disia-siakan.

Kaunseling Kelompok
Beberapa prinsip kerahsiaan yang boleh membantu kaunselor

Tanggungjawab kaunselor menjaga kerahsiaan kliennya bukan muktamad, kerana ada situasi tertentu yang membolehkan kaunselor bertindak sebaliknya.

Kaunseling Kelompok
Beberapa prinsip kerahsiaan yang boleh membantu kaunselor

Kerahsiaan dipelihara sekiranya tidak menggugat hak individu lain atau hak orang ramai. Kerahsiaan bergantung kepada benda yang hendak dirahsiakan. Kalau sesuatu perkarayang dikatakan rahsia, tetapi sudah diketahui umum, kaunselor tidak lagi terikat dengan soal dikatakan rahsia, tetapi sudah diketahui umum, kaunselor tidak lagi terikat dengan soal kerahsiaan.

Kaunseling Kelompok
Situasi-situasi boleh mengecualikan kerahsiaan:

Klien membahayakan diri atau orang lain Klien sendiri meminta maklumat tentang dirinya didedahkan Mahkamah meminta maklumat didedahkan kaunselor mencurigai ada penderaan kanakkanak berlaku