Anda di halaman 1dari 46

KESANTUNAN BAHASA MELAYU

DEFINISI & KONSEP KESANTUNAN BAHASA KESANTUNAN VERBAL KESANTUNAN NON VERBAL

OBJEKTIF PEMBELAJARAN
Mendefinisikan konsep kesantunan dalam konteks Bahasa Melayu. Memahami aspek kesantunan bahasa. Menghuraikan konsep kesantunan dari segi verbal dan non-verbal.

APA ITU KESANTUNAN BAHASA?

DEFINISI & KONSEP KESANTUNAN BAHASA


Kamus Dewan (2005)
Kesantunan (kata dasar: santun) = perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).
Berbahasa (kata dasar: bahasa) = mempunyai bahasa, memakai (menggunakan) bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa.

Dapatlah kita simpulkan bahawa secara umumnya kesantunan berbahasa bermaksud cara penggunaan bahasa secara sopan dan beradab.

Merangkumi beberapa aspek:


Pemilihan kata sapaan, nada, gerak laku dan gaya.

Kesantunan berbahasa mencerminkan kehalusan budi bahasa serta tingkah laku seseorang.

Berbeza merentasi budaya


Konsep kesantunan bergantung kepada pengertian berdasarkan budaya setempat dan kadangkala bertentangan dengan budaya lain.

Bermatlamat untuk membolehkan semua pihak dapat berkomunikasi dengan lebih berkualiti.

ASPEK KESANTUNAN

ASPEK KESANTUNAN
Kesantunan berbahasa tidak terhad kepada perlakuan linguistik, tetapi juga melibatkan perlakuan bukan linguistik.

Perlakuan linguistik:
Pemilihan dan penggunaan kata, frasa, ayat dan ungkapan.

Perlakuan bukan linguistik:


Mimik muka, gaya dan gerak anggota badan.

Kita akan mengkaji dengan lebih mendalam aspek kesantunan dari segi matlamat dan strategi seperti yang dijelaskan oleh Leech (1993) dan Brown dan Levinson (1987)

MATLAMAT KESANTUNAN
Leech (1993) menjelaskan bahawa kesantunan melibatkan perhubungan antara dua orang peserta yang dinamakan diri sendiri dan orang lain.
Diri sendiri si penutur. Orang lain audiens atau pendengar (spesifik dan tidak spesifik)

Leech menggunakan istilah kesantunan untuk membicarakan tingkah laku linguistik dan tingkah laku lain yang digunakan sebagai alat untuk memenuhi matlamat perbualan. Ada dua matlamat : beradab dan biadab.
Beradab: berbudi bahasa, berbudi pekerti halus. Biadab: tidak berbudi bahasa.

BERSAING
BERAMAHTAMAH

Matlamat perbualan bersaing dengan matlamat sosial. Matlamat yang biadab. Kesantunan negatif.

Matlamat perbualan sama dengan matlamat sosial. Beradab. Kesantunan yang positif

KOLABORATIF

Matlamat perbualan tidak peka terhadap matlamat sosial. Kesantunan adalah tidak relevan.

BERKONFLIK

Matlamat perbualan bercanggah dengan matlamat sosial. Tidak wujud kesantunan. Tidak beradab.

STRATEGI KESANTUNAN
Brown dan Levinson (1987) menggunakan istilah strategi kesantunan bagi mencapai matlamat dan kerjasama dalam perbualan.
Setiap manusia mempunyai face (muka) yang merujuk kepada imej kendiri individu. Berkaitan dengan emosi dan pemikiran sosial seseorang yang sentiasa menjangkakan dirinya diterima oleh khalayak.

Muka seseorang akan mengalami ancaman ketika seorang penutur menyatakan sesuatu kepada individu lain yang mengandungi ancaman terhadap harapan-harapan individu yang berkenaan dengan nama baiknya sendiri. Lazimnya ujaran disertakan dengan pembetulan bentuk bahasa untuk mengimbangi ancaman terhadap muka (face threatening act)
Penggunaan bahasa lebih lembut, atau membuat aduan dalam bentuk gurauan. Ini untuk tidak menyakiti perasaan orang lain.

MUKA POSITIF
MUKA NEGATIF

Keinginan individu untuk disukai, diterima khalayak ramai, atau menyedari keinginan pendengar untuk dihargai. Contoh: aduan mengenai seseorang boleh mengancam muka positif orang yang diadu.

Keinginan individu untuk mempertahankan hak, tidak bergantung dan diganggu oleh orang lain. Contoh: Melarang seseorang daripada makan sesuatu boleh mengancam muka negatif.orang yang dilarang.

Brown dan Levinson menggariskan 3 strategi yang boleh dipilih apabila seseorang mempunyai tindakan ancaman muka untuk dizahirkan. 3 strategi : berekod, tanpa berekod, tidak bertindak langsung.

BEREKOD

Ujaran ditujukan terus kepada orang tersebut. Kenyataan atau pertanyaan secara langsung. Ia tidak mengecilkan hati atau menjejaskan muka pendengar.

TANPA REKOD

Ujaran tidak terus ditujukan kepada seseorang. Kenyataan atau pertanyaan secara tidak langsung. Memberi tekanan kepada penutur kerana harus mengelak daripada mengancam muka pendengar.

KESANTUNAN VERBAL

Kebiadaban berbahasa

TERLALU SINGKAT
contoh: memo, notis, surat dan laporan yang terlalu singkat dan tidak kena masanya menggambarkan sikap yang tidak menghormati perasaan penerimanya.

KEMESRAAN YANG TIDAK DIINGINI


MENGAJAR-AJAR Ungkapan seperti sebagai orang yang bijak, tentu anda tahu.. yang mengandaikan seseorang tidak tahu apa yang jelas. Ini mencerminkan sikap merendahrendahkan penerimanya. Penggunaan penggilan peribadi yang tidak santun; abang/ kakak /adik

KEMARAHAN
Dijawab dengan nada kemarahan walaupun nada itu cuba dilindungi dengan katakata manis yang palsu.

SINDIRAN Penerimaan sindiran bukannya mudah walaupun berbentuk terbuka dan lembut. Hal ini boleh menyebabkan seseorang berasa tercabar.

TUDUHAN Tidak disertai bukti yang kukuh. Kebiadaban yang jelas.

SANGKAAN
PENGHINAAN CURIGA Nada ini sering dikaitkan dengan niat dan maksud yang ikhlas dan sebaliknya Penggunaan secara berterusterang jarang berlaku tetapi penghinaan yang tidak sengaja begitu lumrah. Misalnya, notis di pintu pejabat Dilarang masuk tanpa urusan Seseorang akan melakukan apa yang kita harapkan sebelum orang itu sendiri membuat keputusan sendiri. Boleh menyinggung perasaan atas persetujuan ramai yang dijangkakan, kami mengucapkan berbanyak terima kasih

PUJIAN YANG MENJULANG Mempunyai unsur yang kurang jujur. Contoh; Tanpa sumbangan tuan, mustahil kami dapat melaksanakan projek ini

MELEBIHLEBIHKAN PENGIKTIRAFAN Boleh mendatangkan kesan yang buruk. Antaranya pengunaan amat benar sangat terlalu betul

BERPURA-PURA Menggambarkan sikap seseorang yang melantik dirinya menjadi jurucakap orang lain. Seolah-olah lebih mengetahui. kita sedia maklum seperti yang anda ketahui anda pun pasti sudah faham

TERLALU MERENDAHKAN DIRI Menyampah apabila mendengarnya. Contoh, kami menjemput tuan sekeluarga ke teratak buruk kami untuk menikmati hidangan yang tidak sepertinya sedangkan rumah orang tersebit cantik dan hidangan makanannya hebat. Budi bahasa yang palsu dan hipokrit.

BERPUTAR-PUTAR Percakapan yang berbelit-belit sehinggakan penerima mengesyaki kepurapuraan. Contoh, Di atas segala kesilapan yang barangkali kami lakukan, dan jika ada kata-kata kami yang tidak sedap didengar, atau jamuan kami yang tidak seperti diharapkan, kami memohon jutaan maaf

Nama panggilan yang intim (hubungan rapat antara penutur dengan pendengar)
PAK CIK MAK CIK TOK ABANG/BANG

KAKAK/KAK

ADIK

TUAN

PUAN

CIK

SAUDARA/SAUDARI

SAYA/AKU

KITA

WARIS DIRAJA Raja Muda Perak Pangeran Muda Tengku Mahkota Pahang KETURUNAN NABI Syed Sayid

GELARAN AKADEMIK

KETURUNAN ORANG BESAR Megat, Puteri (Perak) Nik (Kelantan) Wan (Kelantan & Terengganu) Abang (Sarawak) Datu (Sabah) Awangku, Pangeran, Dayangku (Brunei Darussalam)

Professor Emeritus
Professor Madya GELARAN KURNIA Tun Toh Puan Puan Sri Datuk Seri Datuk Paduka Datuk Setia Datuk Patinggi

Tan (Kedah) Tun (Terengganu)

Sharifah
Syarif/ Syeikh/ Siti

Datuk Amar
Datin Paduka

Turut bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban


ORANG YANG DISAPA Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja Permaisuri Balu Raja Raja Muda / Tengku Mahkota PANGGILAN HORMAT Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Duli Yang Maha Mulia Yang Maha Mulia Duli Yang Teramat Mulia / Yang Teramat Mulia

Kerabat diraja karib


Bergelar warisan

Yang Amat Mulia


Yang Mulia

ORANG YANG DISAPA Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (wakil rakyat) Wakil rakyat yang mempunyai gelaran Tengku / Raja Tun, Toh Puan Yang mempunyai gelaran kurniaan kerajaan/ gelaran ikhtisas yang formal Ketua Hakim Negara

PANGGILAN HORMAT Yang Amat Berhormat

Yang Berhormat

Yang Berhormat Mulia

Yang Amat Berbahagia Yang Berbahagia

Yang Amat Arif

Hakim dan kadi


Mufti dan pemimpin Islam Ketua jabatan tanpa gelaran

Yang Arif
Sahibul Samahah Yang Berusaha

UNGKAPAN YANG BIASA ADA DALAM BAHASA ISTANA

Bersiram

Bahasa Umum :siram = menjirus air Bahasa Istana : siram = mandi


Bermaksud duduk di atas takhta/ singgahsana. Bahasa umum mayam merujuk kepada ukuran berat bagi emas.

Bersemayam

Keberangkatan Bermaksud mula meninggalkan sesuatu tempat/ majlis untuk pergi ke tempat lain atau pulang, Menjunjung titah Bermaksud mematuhi dan mengerjakan kata-kata/ perintah kerana amat memuliakan/ menghormati orang tersebut.

Bercemar duli

Bermaksud pergi/ berjalan bagi merujuk raja yang akan berangkat ke suatu tempat. Bahasa Umum : cemar = kotor, tidak bersih, tidak murni. : duli = abu atau debu yang melekat di kaki.

bahasa pasar (kegunaan harian) Tujuan : memudahkan perbualan dan pemahaman Berbentuk lisan dan tidak mementingkan pematuhan pada peraturan tatabahasa kerana lebih mengutamakan mesej yang ingin disampaikan. Wujud pencampuran unsur bahasa lain, dai segi kosa kata, ungkapan, struktur ayat dan sebutan Faktor : terdapat penutur yang kurang pandai berbahasa orang yang dilawan bercakap. Tidak wajar digunakan dalam penulisan.

Kesantunan Bukan Verbal (Bahasa Tubuh)

Manusia mendapatkan informasi dari manusia lain secara dominan melalui bahasa tubuh (55%), kemudian melalui nada bicara (38%) dan katakata (7%)

Bahasa Tubuh
Jarak dan ruang

Anggota badan

Komunikasi bukan verbal


Mata

1. Jarak dan Ruang

Jarak Intim
< 0.5m Hanya digunakan dengan orang yang intim

Jarak Peribadi
0.5m-1.5m Jarak interaksi dari teman baik dan merupakan jarak paling sesuai bagi membincang masalah peribadi

Jarak Sosial
1.5m-3m Jarak sesuai untuk urusan sosial

Jarak Publik
> 3m Jarak perkuliahan, interaksi dengan figur yang memiliki kekuatan

2. Mata

Kontak Mata
Kekalkan kontak mata dengan orang yang bercakap bermaksud kita memberi perhatian kepadanya.
Kontak mata yang kurang bermaksud tidak berminat. Kontak mata yang lama bermaksud kurang sopan.

Perilaku menatap

Tatapan Bisnes
Dengan mengarahkan pandangan mata ke arah ini mencipta suasana yang serius.

Tatapan Sosial
Hanya digunakan untuk pertemuan sosial (antara mata dengan mulut).

Tatapan Intim
Lelaki dan perempuan menggunakan pandangan ini untuk menunjukkan perhatian.

3. Anggota badan

Tangan 3. Anggota Badan (Tangan)

Tangan 3. Anggota Badan (Tangan)

Bila tapak tangan menghadap ke bawah, orang yang diminta merasa bahawa ia telah disuruh (orang yang diminta adalah dianggap orang bawahan).

Tapak tangan menghadap ke atas adalah gerak isyarat yang sopan dan tidak memaksa. Orang lain tidak akan merasa terancam.

Tapak tangan dikepalkan sementara jari terlunjuk, ia menggunakan simbolik bahawa pendengar haruslah patuh kepada arahan.

B A B

Mengambil kendali

Memberi kendali

Jabat tangan A B

Boleh dipercayai dan jujur

Isyarat tangan yang kurang sopan

Memberi maksud defensif and negatif

Kaki
Lengan bersilang juga menunjukkan sikap yang negatif
Bermaksud orang ini menarik diri dari percakapan

Kaki yang disilangkan merupakan tanda adanya sikap yang negatif atau defensif
Bermaksud orang ini bersikap cemas, diam atau defensif

Isyarat badan yang kurang sopan

Gunalah bahasa tubuh yang sopan dan sesuai

RUJUKAN
Abdull Sukor Shaari, Nurain Yusoff & Mohd. Isha Awang. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus dewan (edisi keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pease, A. (1988). Body language: how to read others thought by their gestures. London: Sheldon Press. Silappathikaram, T. (2006, Jun 18). Body language cartoon. Artmejeur. Dipetik pada 2012, Februari 1, daripada http://www.artmajeur.com/?go=artworks/display_mini_gallery&login=sila ppathikaram&mini_gallery_id=1027021&artist_id=25955&serie=1&disp_m =normal Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu 2. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.