Anda di halaman 1dari 36

PPK 223 KEMAHIRAN HIDUP DALAM PENDIDIKAN KHAS PENSYARAH TN HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI SALIM

Huraikan bidang-bidang kemahiran yang perlu diterapkan dalam kurikulum kemahiran hidup untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas. Rujuk kepada komponen-komponen Bidang Pengurusan Kehidupan dalam Kurikulum Kebangsaan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Rujukan
1. Baker,B.L. (1997). Steps to independence: Teaching everyday skills with special needs.(3rd. Ed.). Baltimore, MD: Paul H. Brookes. 2. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. http://manipulasialatan.blogspot.com/2010/04/penglibat an-motor-halus-dalam.html 4. http://www.scribd.com/doc/52404782/lingges 5. http://epkhas.ses.usm.my/

1. KOMPONEN PENGURUSAN KEHIDUPAN

4. KOMPONEN KEMAHIRAN HIDUP

BIDANG PENGURUSAN KEHIDUPAN

2. KOMPONEN KEMAHIRAN MANIPULATIF

3. KOMPONEN PENGURUSAN TINGKAH LAKU

1. KOMPONEN PENGURUSAN DIRI

SKOP

OBJEKTIF (membolehkan murid ):

Penting untuk menentukan penguasaan dalam bidang2 lain diperoleh dengan lancar dan sempurna.

Berdikari dan menjalankan aktiviti seharian. Menyediakan diri menghadapi situasi sebenar. Mengamalkan kebersihan dan kesihatan yang baik untuk dirinya serta persekitaran. Mengaplikasi pengetahuan di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan.

Latihan dan kemahiran perkembangan sosial, hidup berkeluarga, penjagaan diri, perkembangan peribadi dan pengurusan rumahtangga.

1.1 Urus Diri


Membolehkan murid a) Mengamalkan cara minum yang betul b) Peralatan yang digunakan : gelas c) Cara minum > Gunakan gelas yang bersesuaian dengan pelajar, > Letakkan gelas tadi di atas meja, > Isikan air ke dalam gelas, > Capai gelas dan bawa ke bibir mulut, > Tuang dan minum perlahan-lahan, > Letak semula gelas di atas meja. d) Adab sebelum dan selepas minum > Basuh tangan, > Duduk dengan cermat di atas kerusi di meja makan, > Tuang air ke dalam gelas, > Pegang gelas dengan betul, > Baca doa, > Minum dengan cermat dan senyap, > Basuh gelas selepas minum, > susun kerusi dan meja selepas digunakan.

1.2 Kebersihan dan Kesihatan


Membolehkan murid a) Menama dan melabel alat penjagaan diri dan fungsi i) Alat penjagaan diri > sabun > syampoo > berus gigi dan ubat gigi > bedak ii) Fungsi alat penjagaan diri > sabun digunakan untuk membersihkan badan > syampoo : membersihkan kepala (rambut) > ubat gigi diletakkan di atas berus gigi: menggosok gigi > bedak : disapukan ke muka dan badan

1.3 Penggunaan Tandas dan Bilik Air


Membolehkan murid a) Tahu adab2 sebelum, semasa dan selepas ke tandas (menurut Islam) > sebelum masuk tandas 1) Sebelum kita masuk ke dalam tandas, baca doa masuk tandas lebih kurang 6 atau 7 langkah sebelum masuk. 2) Jangan lupa untuk menutup kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada anggota badan kita. 3) Masuk tandas dengan kaki kiri terlebih dahulu. > semasa di dalam tandas 1) Jangan bercakap - cakap waktu sedang dalam tandas. (jangan sebut nama Allah, sahut salam, & selawat.) 2) Disunatkan berdehem 3 kali bagi yang membuang air kecil supaya keluar semuanya. 3) Cuci najis sehingga bersih. 4) Pastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum keluar. > selepas ke tandas 1) Keluar dimulakan dengan kaki kanan. 2) Baca doa keluar tandas.

1.4 Pengurusan Dalam dan Luar Bilik Darjah


Membolehkan murid : a) menyebut dan menyenarai alatan dalam bilik darjah. b) alatan2 yang terdapat dalam bilik darjah : - kerusi & meja : untuk pelajar duduk dan belajar - penyapu : utk menyapu sampah di lantai kelas - bulu ayam : utk membuang habuk di meja, almari, cermin dll - pemadam papan putih : mcuci papan putih sahaja - penyodok sampah : mengisi sampah sebelum dimasukkan ke dlm bakul sampah - bakul sampah : utk mengisi sampah kering sahaja - mop : mengelap lantai yg basah (menanggalkn habus halus) - tuala kecil : mengelap meja guru & murid / tumpahan kecil - baldi : mengisi air utk mencuci mop

1.5 Pengurusan Tempat Tinggal

Membolehkan murid : a) mengemas dan menyusun peralatan di setiap ruang/bilik

Sebelum : RUANG TAMU BERSEPAH

Selepas : RUANG TAMU KEMAS

Sebelum : BILIK KOTOR DAN BERSEPAH

Selepas : BILIK BERSIH DAN KEMAS

2. KEMAHIRAN MANIPULATIF

SKOP
Memberi fokus kepada perkembangan kefungsian tahap kemahiran motor kasar, motor halus dan pengamatan murid. Membantu murid dalam penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira). Melahirkan murid berkeperluan khas yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian, kemakmuran masyarakat dan negara.

OBJEKTIF
Boleh melakukan pergerakan koordinasi motor kasar, motor halus dan pengamatan. Boleh menggunakan peralatan dengan teknik yang betul. Boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran manipulatif dalam pengurusan kehidupan seharian secara berkesan. Boleh meluaskan daya kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan sesuatu bahan.

2.1 Kemahiran Motor Kasar


Melakukan pergerakan asas (berjalan)

1. Apabila murid boleh berdiri dan berjalan dengan memegang salah satu tangan guru, maka dia boleh diajar untuk berjalan sendiri. 2. Murid tersebut berdiri di satu sudut menghadap guru dan guru berdiri hanya satu langkah jauh dengannya. 3. Memberi arahan agar dia datang kepada guru dan memujinya kerana mencuba. Secara beransuransur bergerak lebih jauh dan memintanya berjalan beberapa langkah sendiri sambil memberi pujian kepadanya.

Bermain bola

Memanjat tangga

Membaling yoyo

2.2 Kemahiran Motor Halus


Melakukan pergerakan kemahiran motor halus dengan menggunakan alatan (memasukkan benda ke dalam satu bekas)

1. Menyediakan satu bekas dan beberapa benda yang berbeza saiz seperti guli, butang, bola ping pong. 2. Memberi arahan kepada murid untuk mengambil salah satu benda. 3. Seterusnya, memasukkan benda tersebut ke dalam bekas itu dan memberi pujian kepadanya jika dia berjaya. 4. Mengulang langkah 2 dan 3 sehingga semua benda dimasukkan ke dalam bekas.

Melipat kertas

Mencantum button

Menyambung titik Menggunting kertas

2.3 Pengamatan
Pengamatan Penglihatan (urutan)

1. Menyediakan beberapa benda dengan berbeza saiz. 2. Memberi arahan kepada murid untuk menyusunkan benda mengikut saiz dari kecil ke besar dan memujinya jika dia berjaya.

Pengamatan Penglihatan

Pengamatan Pendengaran

Deria Sentuh

3. KOMPONEN PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Memberi penekanan dalam meghapuskan masalah tingkah laku negatif murid. Memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang sedia ada. Bertujuan melatih murid mengurus emosi dan membina keyakinan diri.

SKOP

OBJEKTIF (Membolehkan murid) :

Mengamalkan dan mengekalkan tingkah laku baik yang sedia ada. Mengurus dan mengawal emosi untuk memahami diri dan orang lain. Meningkatkan kemahiran bersosialisasi dengan keluarga, rakan dan masyarakat. Menjaga keselamatan dan kesihatan diri, keluarga, rakan dan masyarakat. Bersikap positif terhadap pengajaran dan pembelajaran.

3.1

Mengenal Diri Sendiri

Membolehkan murid : a) bercerita tentang diri - nama? - tarikh lahir? - tempat lahir? - tinggal di mana? - suka makan /minum apa? - hobi? - cita-cita?

3.2 Emosi
Membolehkan murid : a) mengenal emosi2 asas b) antara emosi yang di alami oleh setiap orang : - gembira > pipinya terangkat, mata berbentuk bulan sabit serta bibir berbentuk perahu. - marah > Apabila kita marah seluruh tubuh kita bertindakbalas terhadap rangsangan emosi tersebut. Dalam konteks fisiologi, tubuh kita menggeletar, jantung berdegup kencang dan suara menjadi kuat. - sedih > Emosi sedih akan timbul bilamana seseorang dihadapkan pada keadaan yang mengecewakan, menggelisahkan atau muncul sebagai akibat penderitaan kerana luka atau sakit. - terkejut > semasa terkejut, degupan jantung akan bertambah dan kadang kala badan akan menggigil. - bangga > tercetus apabila seseorang itu dipuji kerana kelebihan yang dimilikinya oleh orang lain.

3.3 Tatasusila @ Adab


Membolehkan murid : a) menyatakan adab2 dan tatasusila bertingkah laku b) sifat menghormati > pertuturan > ucapan > permintaan c) cara bercakap yg sopan & melafazkan ucapan dgn suara, nada & irama yg betul: - bercakap yg sopan : mggunakan tutur kata yg lemah lembut, tidak menjerit / menengking. - reaksi muka mestilah manis & senyum (jgn masam muka / merenung tajam). - minta maaf dgn segera bila melakukqn kesilapan. - ucapkan terima kasih apabila menerima sesuatu.

3.4 Keselamatan Diri

Membolehkan murid : a) mengenali ancaman yang akan mendatangkan kemudaratan

4. KEMAHIRAN HIDUP

SKOP
Memberi fokus kepada kepada latihan-latihan dan kemahiran untuk membolehkan murid bermasalah pembelajaran berdikari. Menjalankan aktiviti-aktiviti seharian dengan lebih yakin.

OBJEKTIF
Boleh memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam aspek masakan, jahitan, pertukangan dan perkebunan. Boleh menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam komponen kemahiran hidup. Boleh mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh ke dalam kehidupan harian.

4.1 Masakan
Mengenal alatan dan menggunakan alatan dengan betul

1.

2.

3.

Guru memperkenalkan peralatan yang digunakan untuk makan. Contohnya pinggan, mangkuk, sudu, garfu, gelas dan sebagainya. Guru tunjukkan gambar dan memberi arahan kepada murid untuk memadankan gambar dengan objek sebenar. Murid menyebut peralatan yang dipadankan dengan gambarnya dan guru memberi pujian jika dia berjaya.

4.2 Jahitan
Mengenal pasti alatan jahitan

1.

2.

3.

4.

Guru menyuruh murid menyebut nama alatan jahitan yang telah dipelajari. Guru menunjukkan peralatan jahitan seperti gunting, jarum, benang dan kain dan diletakkan di hadapan murid. Murid mengambil alatan jahitan yang disebutkan dan menyerahkannya kepada guru. Jika murid berjaya mengingat nama alatan jahitan, guru memberi pujian kepada murid tersebut.

4.3 Pertukangan
Mengenal pasti alatan pertukangan

1. 2.

3.

4.

Guru memaparkan gambar peralatan pertukangan. Murid dan guru bersoaljawab tentang apa yang dilihat oleh mereka. Murid diminta menamakan semula peralatan pertukangan berdasarkan apa yang mereka lihat. Jika murid berjaya menamakan peralatan pertukangan, guru memberi pujian kepadanya.

4.4 Perkebunan
Menjaga pokok atau tanaman (cara penjagaan)

1. 2. 3. 4. 5.

6. 7.

Iklim dan tanah Pembajaan Cara penanaman Pengurusan air Cantasan pelepah (pelepah yang tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan pisau tajam) Menyokong pokok Kutipan hasil

Kesimpulan
Konsep kemahiran hidup penting dalam kalangan murid berkeperluan khas supaya mereka dapat berdikari dan bersosial dengan orang lain. Mereka boleh melakukan perkara yang sama dengan orang normal setelah memberikan latihan khas. Mereka akan lebih yakin dan boleh menyelesaikan masalah sendiri.

NOTHING IS IMPOSSIBLE!