Anda di halaman 1dari 18

Jenayah Digital

MOHAMMAD HAFIZUDDIN BIN AYAT

Jenayah digital atau jenayah siber adalah kegiatan-kegiatan melanggar undangundang yang dilakukan melalui komputer dan perkhidmatan internet ataupun perkhidmatan yang disediakan untuk tujuan salah atau jahat yang boleh merugikan dan menyebabkan orang lain menderita.

Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisye n telah berzaman menjadi alat yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, penyebaran maklumat melalui bahan-bahan media ini adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet.

Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, majalah dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan. Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.

Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.

Memudahkan fitnah disebarkan Boleh menyebabkan penipuan (penyampaian maklumat palsu) Menyebabkan orang lain menderita Menyebabkan berlakunya jenayah

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar : Penipuan Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer. Kecurian maklumat. Capaian secara tidak sah keatas sistem Menyalin perisian secara tidah sah. Pengintipan Judi siber Pornografi Penggodam atau "Hacker" Penyebaran virus

Sikap tamak dan inginkan keuntungan


Ada sesetengah orang ingin mendapatkan keuntungan dengan cara mudah dan cepat

kekurangan ilmu tentang komputer


Golongan yang kurang ilmu tentang komputer menjadi sasaran golongan penjenayah siber kerana mereka mudah terpedaya.

Kurang pemantauan daripada ibu bapa


Terdapat ibu bapa yang lansung tidak mamantau apa yang anakanak mereka lakukan melalui komputer. Terdapat juga anak-anak yang lebih mahir tentang komputer daripada ibu bapa menyebabkan ibu bapa sukar mengawal anakanak mereka.

Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang menjadi lumrah di negara membangun dan juga di kebanyakan negara maju.
Namun, pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia siber. Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.

Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif. Negaranegara seperti Cuba dan China mengamalkan penapisan maklumat secara total atau separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini. Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin merosakkan fikiran orang awam.

Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah :


Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya Berbeza takrifan jenayah Sikap manusia "Human attitude" Kepentingan ekonomi Kepentingan ketenteraan

Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya


Umumnya penjenayah siber adalah golongan berpengetahuan ataupun profesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya. jenayah lain seperti merompak, menculik dan sebagainya mungkin mudah dikenalpasti. tetapi bagaimana mengenali penjenayah siber? Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa, bagaimana, dan dari mana.

Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali, undang-undang yang di rangka untuk membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinya pun gagal mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York danWashington.

Bagi negara-negara islam, judi, pornography dan pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan jenayah dikebanyakan negara. contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh dan hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada keselamatan dan perdagangan. Berbagai bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker dan penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk dikuatkuasakan undang-undang siber. Di Malaysia yang terikat dengan janji tidak menapis internet terpaksa merelakan jenayah ini.

Jenayah siber sering dilakukan oleh manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja

Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.

Memberikan ilmu berkaitan komputer kepada pengguna. Ibu bapa mengawal aktiviti anak-anak berkaitan penggunaan komnputer Melengkapkan komputer dengan perisian yang dapat mengelakkan komputer daripada diceroboh.

jenayah siber sememangnya sukar diatasi Lundungi komputer sendiri bagi mengelakkan diri menjadi mangsa. Langkapkan komputer dengan perisian yang dapat melindungi sistem komputer Contoh : anti-virus, firewall, pop-up blocker, antispyware dan apa saja perisian keselamatan yang lain.