Anda di halaman 1dari 52

Kelas: G3.3 Nama pensyarah: Encik Saiful Anuar b Alias Nama kumpulan: 1. Georgiana 2. Mohd Nasyat Safwan 3.

Naslianie 4. Siti Norfadziela

Rancangan

Malaysia

ialah

rancangan

lima

tahun

pembangunan kerajaan Malaysia.

Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan

daripada

zaman

pemerintah

British

di

Tanah

Melayu selepas Perang Dunia Kedua.

Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan

Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.

Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970.

Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia,


tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Senarai Rancangan Malaysia:


Rancangan Malaya Pertama: 1956 1960 Rancangan Malaya Kedua: 1961 1965 Rancangan Malaysia Pertama: 1966 1970 Rancangan Malaysia Kedua: 1971 - 1975; Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan sehingga 1990

Rancangan Malaysia Ketiga: 1976 1980


Rancangan Malaysia Keempat: 1981 1985 Rancangan Malaysia Kelima: 1986 - 1990Rancangan Malaysia Keenam: 1991 1995 Rancangan Malaysia Ketujuh: 1996 2000 Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 2005 Rancangan Malaysia Kesembilan: 2006 2010 Rancangan Malaysia Kesepuluh: 2011 - 2015

Rancangan

Malaysia

Pertama

(RMK1)

adalah

rancangan

pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966

1970)

ini

membabitkan

seluruh

Malaysia

termasuk Sabah dan Sarawak.

Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh


rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.

Rancangan ini mempunyai objektif seperti: Memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.

Meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.


Membangunkan ekonomi luar bandar. Mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan

ekonomi negara.

Mengurangkan pengangguran. Memajukan sektor perindustrian.

Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar


bandar:

Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperbaiki sosio-ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan pertanian.

FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi


penduduk luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara.

Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta


menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.

Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:

FELCRA

ditubuhkan

pada

tahun

1966

untuk

memulih

dan

memajukan projek tanah kerajaan.

MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.

Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam dengan lebih luas lagi.

Pembangunan bumiputera:

industri

dan

masyarakat

pedagang

RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur


semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan

dalam persekutan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.

Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.

Kerajaan

juga

meningkatkan
mewujudkan

kemudahan
lebih

pengangkutan
kawasan

dan

perhubungan

serta

banyak

industri

seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayang di Sabah.

Peristiwa berdarah:
RMK1 dilihat tidak begitu berjaya dalam mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah.

Kekurangan pelaburan dalam modal insan gagal untuk meningkatkan pendapatan keluarga luar bandar.

Di Semenanjung Malaysia, 90% isi rumah hanya mendapat kurang dari RM100 sebulan dan mereka kebanyakannya berada di luar bandar dan berbangsa Melayu.

Keadaan ini menyebabkan ketidakpuasan hati antara kaum dan tercetus peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa ini menyaksikan rusuhan kaum kerana perasaan tidak puas hati orang Melayu kerana masih lagi ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan.

Rancangan

Malaysia

Kedua

(RMK2)

merupakan

satu

rancangan

pembangunan

ekonomi

yang

diperkenalkan

oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orangorang Melayu.

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan


sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu.

Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,

sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei
pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.

Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan

dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam


ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

RMK2 meningkatkan penglibatan kerajaan di dalam ekonomi dengan sasaran utama menambah pegangan ekonomi orang-orang Melayu terutamanya di dalam bidang pengeluaran dan pelombongan. Bagi mengelak daripada menyekat pegangan ekonomi kaum Cina, rancangan ini memfokuskan perkembangan ekonomi yang lebih besar, supaya pada masa yang sama pegangan ekonomi kedua-dua kumpulan Melayu dan bukan Melayu dapat dikembangkan berdasarkan nilai mutlak selain meninggikan pegangan Melayu dalam nilai relatif.

Agensi-agensi kerajaan berikut telah ditubuhkan bagi memenuhi sasaran kerajaan di dalam RMK2:

Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) - berfungsi untuk menentukan harga padi yang
berpatutan supaya petani dapat menambah hasil pengeluaran mereka.

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)- berperanan memaju industri perikanan dan
menggalakkan nelayan menggunakan teknologi moden.

Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah(RISDA) - ditugaskan memberi


bantuan kewangan dan galakan kepada pekebun-pekebun kecil getah. Agensi kerajaan lain seperti FELDA meneruskan usaha dalam pembukaan tanah dan penempatan baru di negeri Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah.

Projek-projek pengairan juga telah dilaksanakan seperti di Sungai Muda, Kedah, Sungai

Kemubu, Kelantan dan di Sungai Kinabatangan, Sabah.

Pengindustrian:
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Majlis Amanah
Rakyat (MARA). Beberapa lagi agensi pula ditubuhkan seperti Perbadanan Nasional (PERNAS),

Perbadanan-perbadanan

Kemajuan

Ekonomi

Negeri

(PKEN)

dan

juga Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA).

PERNAS ditubuhkan bagi membeli perniagaan-perniagaan dan menyertai syarikat kerjasama dengan sektor swasta selain membangunkan industriindustri perintis yang akan dipegang sehingga golongan Melayu memiliki

modal yang mencukupi bagi mengambil alihnya kelak.

Sehingga akhir perlaksanaan RMK2, PERNAS memiliki lapan syarikat dengan pegangan 100% yang terlibat di dalam bidang insurans, perdagangan, pembinaan, hartanah, kejuruteraan, sekuriti dan perlombongan.

Syarikat

kerjasama

juga

ditubuhkan

dengan

pihak

swasta

bagi

membangunkan perusahaan perlombongan, pengkontenaan, pelancongan dan perundingan.

Parlimen turut meluluskan Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (Akta 156) sewaktu RMK2 yang memerlukan kesemua syarikat pengeluaran baru dengan M$100,000 atau 25 atau lebih pekerja diberi lesen oleh Menteri Perdagangan dan Industri.

Bagi mendapatkan lesen tersebut setiap syarikat perlu memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh kementerian itu, yang boleh

berubah-ubah.

Pengeluar-pengeluar berketurunan Cina amat tidak senang dengan pengenalan akta baru ini kerana mereka telah beroperasi sebelum

ini dengan kawalan yang minimum dari kerajaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan menyatakan bahawa akta tersebut tidak dirancang untuk mendatangkan masalah bagi sesetengah

kumpulan dan meneruskan perlaksanaannya.

Menurut

akta

ini,

syarikat-syarikat

swasta

dibahagikan

kepada tiga kumpulan, iaitu syarikat-syarikat yang diluluskan selepas 1 Januari 1972, syarikat-syarikat yang diluluskan

sebelum itu dan syarikat-syarikat yang beroperasi tanpa


lesen.

Kesemua syarikat yang tertakluk di bawah akta tersebut

dimestikan

menghantar

satu

rancangan

atau

cadangan

kepada kementerian bagi mencapai sasaran jangka panjang pemilikan syarikat sebanyak 30% bagi orang-orang Melayu

dan selebihya bagi bukan Melayu.

Cadangan yang diterima kemudiannya dipilih menjadi garis panduan bagi menjalankan kegiatan syarikat.

Sehingga RMK2, sektor perusahaan hanya bertumpu di pantai barat Semenanjung Malaysia.

Rancangan baru ini seterusnya membentuk kawasan perindustrian di pantai timur bagi mengekang masalah perpindahan penduduk dari desa ke bandar.

1975,

kegiatan

pengeluaran

membentuk

sebanyak

16%

daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia, iaitu kurang satu peratus daripada sasaran RMK2.

Sektor

ini

berkembang

dengan

perlahan

pada

tahun

1975

akibat kelembapan ekonomi sejagat pada tahun itu.

Hal ini berbeza dengan pertumbuhan 15% yang dicapai pada tahun 1974 yang melebihi sasaran sebanyak 12.5% setahun seperti yang

dicadangkan oleh RMK2.

Makanan, keluaran-keluaran kayu dan kimia membentuk majoriti sektor perusahaan ini.
Pertumbuhan ketara sektor pengeluaran sepanjang tempoh ini telah dikaitkan dengan usaha-usaha kerajaan menubuhkan kawasan perdagangan bebas. Pada tahun 1974, kawasan-kawasan tersebut diumumkan di negeri-negeri Pinang, Selangor dan Melaka. telah Pulau

Perusahaan yang terdapat di kawasan-kawasan ini kebanyakannya berasasakan elektronik, keluaran getah dan tekstil.[

Perlombongan:
Sehingga lewat 1970-an, Malaysia merupakan pengeluar

utama bijih timah dengan membekalkan sekitar 40% kepada

negara-negara bukan komunis di seluruh dunia.

Walau

bagaimanapun,

simpanan

bijih

timah

semakin

berkurangan.

Sumbangan sektor perlombongan kepada KDNK negara ini pula diramalkan jatuh sehingga 13% sepanjang RMK2 kerana berkurangnya simpanan bijih timah dan besi.

Tetapi, bauksit dan tembaga terus menyumbang kepada sektor

ini di awal 1970-an. Penglibatan kaum Melayu di dalam


perlombongan adalah sangat berkurangan dan sekitar 70% daripada sektor ini masih dikawal oleh orang-orang asing.

Ini merupakan warisan zaman penjajahan British.

Petroleum dan minyak mentah mula menyumbang dengan ketara ke dalam ekonomi Malaysia pada dekad 1970-an ketika pelantar dan loji penapis minyak yang baru dibina. Menjelang 1975, jumlah pengeluaran minyak mentah dicatat sekitar 90,000 tong sehari (14,000 m/h) dan kesemuanya oleh syarikat minyak Shell. Pada tahun 1974, hak eksklusif untuk memiliki, mengkaji dan mengeksploitasi petroleum di Malaysia diberikan kepada syarikat milik kerajaan iaitu PETRONAS. Tahun berikutnya, Petronas dianugerahkan hak tunggal ke atas pemasaran dan pengagihan kesemua keluaran petroleum dan peruntukan untuk mengawal syarikatsyarikat lain tanpa memiliki kepentingan hak milik di dalamnya tetapi melalui terbitan pegangan-pegangan pengurusan kepada Petronas.

Jumlah orang-orang Melayu yang terlibat di dalam sektor perlombongan


meningkat bermula pada tahun 1970 ketika kerajaan melaksanakan dasardasar merombak sistem ekonomi negara.

Semasa RMK2 dimulakan, kurang daripada 200,000 orang-orang Melayu

diambil bekerja di dalam industri perlombongan.

Menjelang tahun 1990, jumlah itu mencecah sehingga sejuta orang melebihi jumlah yang disasarkan pada asalnya.

Lesen-lesen melombong diperuntukkan khas kepada orang-orang Melayu sebagai usaha menambah pegangan mereka di dalam industri ini.

Kerajaan tampak berusaha keras meninggikan pegangan Bumiputera itu dengan memiliknegarakan beberapa syarikat perlombongan yang pernah

dimiliki orang-orang asing.

Menjelang

1989,

perbadanan

milik

kerajaan

mengawal

sekitar

60%

keseluruhan industri perlombongan.

Pertanian:

RMK2 menumpukan kepada usaha mempelbagaikan tanaman di Malaysia. Rancangan Buku Hijau dilancarkan pada tahun 1974 dengan tujuan mengurangkan kebergantungan Malaysia terhadap import makanan dengan menggalakkan petani-petani menanam sayur-sayuran seperti kacang panjang, cili dsb. dan menternak haiwan. Keperluan aktiviti pertanian lain seperti baja, benih dan racun perosak pula diberi subsidi. Penanaman dwimusim padi digalakkan supaya pesawah boleh menuai padi dua kali setahun sekaligus meningkatkan pengeluaran mereka. Lembaga Pertubuhan Peladang ditubuhkan pada tahun 1973 bagi menyelaras kerjasama dalam sektor perladangan di antara persatuan-persatuan peladang dan agensi-agensi kerajaan.

Pertumbuhan

sektor peladang-peladang kecil dipandang penting dalam membuka peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar kemiskinan di luar bandar. Oleh itu, beberapa agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah meluaskan saiz program pembangunan mereka. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah(RISDA) telah ditugaskan mempelbagaikan ladang-ladang pekebun kecil. Malah RISDA sendiri telah menetapkan satu sasaran untuk membangunkan kawasan sejumlah 150,000 ekar(610 km) sewaktu RMK2.

Dasar utama seterusnya ialah rancangan mempelbagaikan sektor perladangan dengan penanaman kelapa sawit. Ekonomi Malaysia sebelumnya terlalu

bergantung kepada getah.

Pada waktu puncaknya, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) mengeluarkan hampir separuh daripada keperluan getah sedunia.

Walau bagaimanapun, Zaman Meleset sekitar 1930-an telah menyebabkan harga

getah jatuh merudum dan secara langsung memberi kesan mendalam terhadap
ekonomi negara ini.

Maka, kerajaan berhasrat untuk mengelak daripada insiden sama berulang kembali dengan mempelbagaikan sektor perladangan.

Sungguhpun begitu, RISDA dilihat telah melampaui batas kemampuannya dalam


percubaan mengambil semula tanah secara tergesa-gesa dan kemudiannya dibangunkan sebagai ladang kelapa sawit.

Menjelang penghujung RMK2, hanya 40,000 ekar (160 km) sahaja telah

dibangunkan dengan separuh daripadanya ialah ladang kelapa sawit.

Kesihatan:
RMK2 meneruskan inisiatif sebelum ini dalam meningkatkan nilai
pemakanan melalui beberapa program.

Program terbabit termasuklah galakan menanam makanan berkhasiat, panduan pemakanan dan perancangan hidangan, selain peruntukan makanan bagi kumpulan-kumpulan yang kekurangan zat makanan.

Sungguhpun begitu, rancangan ini dirumitkan dengan kekurangan kakitangan perubatan.

Walaupun perancangan keluarga ditetapkan sebagai sasaran negara pada tahun 1964, usaha-usaha menggalakkannya dihambat oleh pengabaian kerajaan.

Kebanyakan berita kejayaan yang dicapai oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara berlaku sewaktu Rancangan Malaysia Pertama (RMP) dari tahun 1966 - 1970.

RMK2 berhasrat menambah 600,000 pengguna baru kaedah perancangan keluarga tetapi kemudahan dan kakitangan tidak diendahkan. Yang ironiknya, pada tahun 1984, Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad secara efektif meninggalkan polisi perancangan keluarga dengan melancarkan Dasar Kependudukan Negara yang mensasarkan jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2100 mencapai 70 juta orang.

Pendidikan: Pada tahun 1970, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dijadikan bahasa perantaraan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dari peringkat rendah hingga ke pengajian tinggi,


menggantikan bahasa Inggeris.

Peperiksaan

kebangsaan

yang

sebelum

ini

berpandukan

peperiksaan di Britain digantikan dengan peperiksaan tempatan dan banyak buku teks dalam bahasa Melayu diterbitkan.

Menjelang tamatnya tempoh rancangan ini, hampir kesemua sekolah aliran bahasa Inggeris telah diubahsuai untuk mengajar kurikulum berasaskan bahasa Melayu.

Pada tahun 1973, Pusat

Perkembangan Kurikulum ditubuhkan. Misi

utamanya ialah menyelaras projek merombak kurikulum yang sebelum ini dikendalikan oleh beberapa jabatan kerajaan.

Pusat ini juga bertindak merombak kurikulam sains dan matematik selain memulakan usaha baru meneliti kurikulum sains-sains kemasyarakatan.

RMK2 juga berharap untuk meningkatkan peluang pengajian dan latihan dalam bidang vokasional dan teknikal.

Walaupun ada beberapa percubaan, kemajuan dalam usaha memperbaiki kurikulum hanyalah sedikit sahaja.

Hal

ini

berlaku

kerana

penumpuan

lebih

diberikan

terhada

usaha

memberikan peluang pendidikan umum yang langsung tidak membuka ruang untuk latihan vokasioal dan teknikal.

Namun begitu, beberapa sekolah teknik dan vokasional telah didirikan sepanjang tempoh RMK2, tujuh daripadanya disiapkan pada tahun 1975.

Pengangkutan:

Penekanan diberikan khususnya terhadap usaha-usaha menaiktaraf gerabak sedia ada, laluan dan landasan kereta api serta kemudahan baik pulih. Perkhidmatan udara juga dikembangkan di bawah rancangan ini yang memberi peruntukan membeli peralatan kawalan pelbagai cuaca dan trafik malam selain latihan bagi kakitangan teknikal. RMK2 turut menyaksikan Penerbangan Malaysia-Singapura dipisahkan menjadi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Penerbangan Singapura (SIA). Sewaktu RMK2 juga pengkontenaan diperkenalkan di Malaysia bagi mempertingkat perkhidmatan pengangkutan. Rancangan ini menuntut penubuhan sebuah syarikat logistik kebangsaan bagi mengendalikan pengangkutan darat. Maka, pada bulan Ogos 1971, syarikat Kontena Nasional Berhad telah ditubuhkan. Pada bulan Disember tahun yang sama pula, M. V. Benavon menjadi kapal kontena pertama yang berlabuh di Malaysia, iaitu di Terminal Utara Pelabuhan Klang di Selangor.

Ketika

RMK2 terdapat dua buah pelabuhan di Malaysia iaitu satu di Pulau Pinang dan satu lagi di Klang. Rancangan ini menggariskan usaha menubuhkan dua buah pelabuhan baru di Semenanjung Malaysia. Tempat yang dipilih ialah Johor Bahru di Johor dan Kuantan di Pahang. Dua objektif utama projek pembinaan ini ialah untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap pengangkutan laut dan membawa pembangunan kepada negeri-negeri yang kurang membangun. Pelabuhan Johor siap dibina pada tahun 1977, manakala Pelabuhan Kuantan mula beroperasi pada tahun 1984.

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3) dijalankan dalam


tahun 1976-1980 semasa tempoh Dasar Ekonomi Baru (DEB) berlangsung. RMK3 mempunyai matlamat yang sama dengan RMK2 iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

Tumpuan utama: RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar. Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan

pembangunan

tanah

dipergiatkan

antaranya KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR.

Bandar-bandar baru ini dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah. Tanaman getah dan kelapa sawit juga telah dipertingkatkan dengan tujuan eksport.

Kesan: RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun. Keluaran dalam negara kasar (KDNK) juga telah meningkat

daripada RM12.308 bilion pada tahun 1970 kepada RM26.88


bilion pada 1980.

Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%.

Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal


dan kemahiran telah bertambah. Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar

kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% berbanding 59% pada tahun 1970.

Bermula dari 1981-1985 Peruntukan sebanyak 40 000 juta 57.9 peratus diperuntukkan untuk pembangunan ekonomi, 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8 peratus diperuntukkan untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam.

Objektif dasar penswastaan yang telah dilancarkan pada bulan Mac 1983 adalah bertujuan bagi;1. Mengurangkan beban kewangan kerajaan 2. Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja 3. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi 4. Pengagihan sumber secara cekap 5. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB

Antara projek penswastaan yang telah dilaksanakan ialah, Lebuhraya Utara Selatan kepada Syarikat UEM Bhd., TV3 oleh Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (STMB), Perkhidmatan Telefon kepada Syarikat Telekom Malaysia, Jabatan Pos, Desaru dan sebagainya.

Meningkatkan daya pengeluaran pertanian, Menambahkan dan mempelbagaikan asas perindustrian, Memodenkan sektor-sektor kewangan dan perkhidmatan Mempelbagaikan punca-punca pertumbuhan.

Kilang simen, yang diuruskan oleh Kedah Cement Sendirian Berhad Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh PERWAJA Sri Kemaman, Terengganu Pembuatan kereta iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad

Menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas. Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun 1983, dua buah program pula dilancarkan bagi mengkaji struktur perusahaan awam iaitu : 1. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia 2. Pelan Induk Perindustrian (PIP)

Menubuhkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 1981.

RMK-4 turut memberi penekanan dalam aspek strategi pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula rakyat(program-program pelajaran dan latihan untuk menambahkan bilangan Bumiputera yang terlatih, terutamanya di peringkat pelajaran tinggi.)

Kadar kemiskinan berkurang dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Dicapai hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat dalam tempoh 1971-1980 dengan kemajuan yang besar dicapai dari segi guna tenaga dan daya pengeluaran dalam sektor pertanian

KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8% setahun. Pendapatan per kapita turut meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada $3171 juta pada tahun 1980 kepada $4609 juta pada tahun 1985.

Bermula pada 1986-1990 Memberi penekanan kepada perpaduan negara Jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69,000 juta. 89.2 peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi, 6.5 peratus untuk keselamatan dan pertahanan dan 4 peratus untuk pentadbiran awam.

Meningkatkan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan kawalan) dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Menggalakkan sektor pertanian dan industri luar bandar.

Penekanan terhadap bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Perancangan dan pembangunan peringkat wilayah dan kawasan serta pembangunan bandar-bandar baru. Sektor pelancongan turut diberi perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta, menggalakkan pihak swasta menyediakan kemudahan pelancongan, menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

Pelaksanaan Dasar Penswastaan telah diperluaskan. Penggunaan teknologi komputer dan elektronik dalam proses perancangan dan pelaksanaan diperluaskan Sistem Pengesanan Projek Yang Disatukan Bagi Agensi-agensi Pusat (SETIA) telah dilancarkan.

Dua buah kementerian baru di peringkat persekutuan dan 46 buah jabatan, agensi dan pejabat cawangan telah ditubuhkan. Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Kementerian Kehakiman.

Kod etika perkhidmatan awam Kepimpinan melalui teladan Kumpulan meningkat mutu kerja Manual prosedur kerja dan fail meja Pusat pembayaran setempat Konsep pejabat terbuka Sistem perakam waktu Tanda nama, peti cadangan, pengurusan melalui mesyuarat Penggunaan sistem poskod bagi seluruh negara.

Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)(1991 - 2020) Wawasan 2020 (1991 - 2020) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)(1991 2000) Rancangan Malaysia Keenam (RMEn)(1991 1995)

Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada kadar 6.7 peratus setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5.0 peratus. Pertambahan bilangan tenaga kerja Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan golongan peniaga Bumiputera

Anda mungkin juga menyukai