Anda di halaman 1dari 30

Kepupusan flora dan fauna

Definisi
Menurut

kamus bahasa melayu edisi kedua (1996), flora membawa maksud `tumbuhan-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau pada suatu masa, fauna pula bermaksud `seluruh binatang yang hidup di suatu tempat. Kepupusan pula menurut kamus bahasa melayu bemaksud `habis lenyap. Kepupusan flora dan fauna boleh di definisikan sebagai kebinasaan atau kelenyapan tumbuhan dan haiwan semulajadi dari muka bumi.

Punca
Pemburu Haram

Pembakaran Hutan

Masalah pembalakan haram .

Peningkatan Suhu Dunia

Pembukaan Tanah Baru

Pencemaran

Masalah pembalakan haram

Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan antara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan haram juga menebang spesies pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan juga memusnahkan spesies tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ini juga akan menyebabkan binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati.

Pembakaran Hutan

Pembakaran

hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera akan menyebabkan spesiesspesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah

Pembukaan Tanah Baru

Pembukaan

kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesies tumbuh tumbuhan.

Pemburu Haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan Malaysia merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesies haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melaluinya. Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintanag ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal jumlah yang sedikit sahaja.

Keperluan barangan berasaskan haiwan

Gaya hidup manusia turut menjurus kepada kemusnahan haiwan. Semua sedia maklum, walaupun pelbagai undang-undang dan peraturan diperkenalkan, masalah memburu binatang untuk mendapatkan kulit, gading dan bahagian-bahagian badan binatang yang dikatakan memberi kekuatan pada manusia terus berleluasa.

Harimau, memerang, paus, badak, dan gajah adalah antara binatang yang diburu untuk tujuan tersebut
Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

Peningkatan Suhu Dunia

Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kes kepupusan flora dan fauna ini kerana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti dinasaour disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.

Pencemaran

Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faktor ini yang banyak menyebabkan hidupan akuatik kian pupus. Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mencemarkan laut. Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama haiwan ini.

Kesan-Kesan Kepupusan Flora Dan Fauna

Kitaran kehidupan akan terjejas

Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan mengalami kepupusan yang serius, ia turut menjejaskan kitaran kehidupan. Contohnya, haiwan yang diburu boleh menyebabkan kepupusan. Apabila tiada lagi harimau untuk mengawal populasi rusa dan kijang. Haiwan-haiwan ini terus membiak dan mampu merosakkan kawasan rumput di sekitarnya.

Hakisan tanah dan tanah runtuh

Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal dan pembukaan tanah baru mendorong tanah runtuh berlaku. Akar-akar pokok secara tidak langsung mencengkam tanah daripada runtuh. Akar-akar ini akan memastikan tanah sentiasa berada dalam kedudukan semulajadi. Tetapi apabila hutan dan pokok-pokok digondol, tiada lagi akar-akar yang mencengkam tanah. Apabila tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak lagi mampu untuk menampung segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh berlaku. Dahulu negara di gemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Genting Highlands dan Highlands tower. Jika diperhatikan kawasan sekelilingnya tidak banyak pokok dan ini menyebabkan hakisan tanah sekaligus tanah runtuh pun berlaku.

Mencacatkan pemandangan alam


Apabila flora dan fauna yang sebelum ini menyerikan alam semulajadi mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti gurun. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan serta hutan hujan tropika bertukar menjadi padang jarak padang terkukur. Sudah tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan alam semulajadi

Langkah-Langkah Mengatasi

Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan. Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi. Memperketatkan akta dan tindakan undangundang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di kawasan perlindungan hutan TAMAN NEGARA ) pemburuan haram atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti tumbuhan jenis orkid .

Masalah

pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang dibenarkan hanya 320.000 hekter. Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994. Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia )

Penguatkuasaan

kerajaan Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974 Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000 Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986 Peraduan menulis esei ,puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

Undang-undang oleh