Anda di halaman 1dari 17

Analisis kajian kes

the mascot
by cathy anderson

AINA AFIFAH YAHAYA

NOORASMAD MAT RIPIN


NUR NADIA RAZALI

Sinopsis kes
Berdasarkan kajian, kes ini menceritakan tentang seorang guru pelatih bernama Cathy Anderson yang mengajar kanak-kanak berumur 11 hingga 13 tahun dan mendapat tutor bernama Mrs Clem.

Permasalahan berlaku apabila Mrs Clem memperkenalkan Cathy kepada muridmuridnya.

Mrs Clem berat hati untuk memberi peluang kepada Cathy untuk mengajar. Cathy berasa seolah-olah dilayan seperti maskot. Masalah lain timbul apabila Mrs Clem meminta Cathy mengajar tajuk pendidikan seksual dan memperkenalkan kepentingan St. Patricks Day kepada murid-murid secara tiba-tiba walhal Cathy tidak membuat sebarang persediaan.

ANALISIS TEKS: THE MASCOT (Masalah & Kekangan)

Mrs. Clem - Kerjasama - Mengganggu P&P - Campur tangan

Murid murid - Jabar - Isaac - Thomas - Juny - Tai

FAKTA, TEORI, PRINSIP DAN MODEL BERKAITAN

Konsep berkaitan
Model Disiplin Asertif Canter Model Skinners- Modifikasi tingkah laku Model Glassers- Terapi realiti Model Dreikurss- Model akibat logikal

Model Disiplin Asertif Canter


Model ini melatih murid untuk menerima kesan bagi tindakan mereka setelah diberitahu peraturan dan ditegur. Konsep asas:

Kedua-dua ganjaran dan hukuman adalah

berkesan.
Guru dan murid mempunyai hak masing-masing. Guru dan murid mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan optimum. Guru membimbing murid untuk menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Daripada petikan dan kaitannya

Cathy telah cuba menggunakan pendekatan model disiplin Canter dengan cara menegur dan menasihati secara berhemah agar Jabar kembali membuat tugasan yang diberi dan tidak mengganggu rakan lain. Sebagai guru baru, Cathy telah menunjukkan respon tidak menyukai tindakan Jabar kepada murid murid lain. Hal ini sekaligus secara tidak langsung telah menjadikannya satu peraturan kelas iaitu tidak boleh mengganggu murid lain dan tugasan hendaklah disiapkan.

Model Glassers

Terapi realiti
Model ini menekankan kepada tanggungjawab atas tingkah laku sendiri. Situasinya: Jabar tidak memberi perhatian dan terus bercakap walaupun telah diminta oleh Cathy untuk diam. Apabila Cathy memberitahu Jabar bahawa dia kecewa dengan sikap Jabar, Jabar terus keluar kelas tetapi kembali membuat bising apabila pulang ke kelas semula. Apabila Cathy menegur sekali lagi, maka Jabar keluar kelas dan diikuti Juny.

Tingkah laku Jabar didorong oleh firasatnya yang menyangka Cathy tidak menyukainya.
Situasi ini menyebabkan Jabar cenderung untuk bertingkah laku negatif ketika di dalam kelas.

MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F. SKINNER


- Guna teknik modifikasi tingkah laku - Guru rancang untuk ubah tingkah laku bermasalah kepada satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik atau kaedah yang sesuai.

- Guna peneguhan positif, negatif dan dendaan.

Good work tickets adalah satu pendekatan yang digunakan untuk menaikkan semangat murid untuk menyiapkan kerja. Ianya merupakan peneguhan positif. Rangsangan melalui good work tickets ini dapat meningkatkan tingkah laku yang diingini iaitu menyiapkan kerja dengan lebih awal.

Model Dreikurss

Disiplin bukan hukuman sebaliknya kawalan diri. Berdasarkan kajian kes, ia berkaitan dengan keperluan dalam menginginkan perhatian muridmurid. Sebagai contoh, Jabar mengganggu tumpuan rakan lain ketika Cathy memberi kerja. Selain itu, terdapat situasi di mana Mrs Clem mencelah dengan menyuruh Jabar mengambil science kit itu. Setelah mengambilnya, Jabar langsung tidak memberikan perhatian terhadap pengajaran Cathy.

Strategi penyelesaian kes


Guru perlu mengekalkan suasana pembelajaran yang positif supaya dapat mempengaruhi tingkahlaku positif daripada murid-murid.

Guru perlu mempelbagaikan aktiviti dalam p&p agar lebih seronok dan berkesan.
Guru perlu memberi peluang kepada murid untuk memperlihatkan kemampuan mereka tetapi jangan pula sampai terlalu memberi kepercayaan atau kuasa kepada mereka

Rumusan
Guru perlu merancang satu bentuk pengurusan disiplin bilik darjah yang berkesan iaitu sesuai dengan persekitaran bilik darjah masing masing. Cathy perlu merangka semula dan menyusun kembali pengurusan bilik darjahnya agar dia tidak lagi dilayan sebagai mascot oleh Mrs. Clem dan Jabar yang kurang menghormatinya sebagai guru.

Apa yang penting, sesuatu pengurusan bilik darjah yang berkesan tidak semestinya sesuai untuk semua situasi.