Anda di halaman 1dari 24

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

DISAMPAIKAN OLEH : ENCIK AG NASRAN HARUN PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN KANAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH PITAS

OBJEKTIF CERAMAH
Memberi pengetahuan tentang penyakit Tangan, Kaki dan Mulut berkenaan tanda & gejala penyakit, cara perebakan dan cara pencegahan. Memastikan semua pengendali kanak-kanak tahu tentang cara pengurusan kanak-kanak yang disyaki menghidap penyakit ini.

PENGENALAN
Merupakan penyakit yang biasa menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang boleh dilihat seperti ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki dan kawasan lampin serta ulser di tekak dan mulut. Ia boleh disebabkan oleh virus coxsackie A16,A5,A9,A10,B2,B5 dan enterovirus 71.

PENGENALAN
Ia boleh menjangkiti ramai kanak-kanak dalam tempoh yang singkat jika tiada langkah pencegahan awal diambil serta menimbulkan keadaan panik di kalangan ibu bapa. Penyakit ini dikaitkan dengan amalan kebersihan diri yang rendah dan berada di tempat atau persekitaran yang sesak. Biasanya penyakit ini adalah sederhana dan ruam akan sembuh dalam masa 5-7 hari.

Kuman (Virus) - Enterovirus

TANDA DAN GEJALA


Dimulai dengan ruam dengan lepuhan berisi air muncul di tangan dan kaki (kebiasaannya pada bahagian jari) serta kawasan lampin. Ulser pula terbentuk di kawasan mulut (tekak, lidah dan tonsil). Pesakit juga boleh mengalami demam, sakit kepala, lemah tubuh dan hilang selera makan. PADA KETIKA INI, PESAKIT MUDAH MENJANGKITI ORANG LAIN.

TANDA DAN GEJALA


DEMAM SAKIT TEKAK

TANDA DAN GEJALA


ULCER PADA :-

TEKAK

MULUT

LIDAH

TANDA DAN GEJALA


RUAM DENGAN VESIKEL PADA KAWASAN:-

KAKI

TANGAN

KAWASAN LAMPIN

TANDA DAN GEJALA


SAKIT KEPALA HILANG SELERA MAKAN

KOMPLIKASI
Biasanya tidak serius TETAPI sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf (aseptic meningitis with headache, encephalitis or poliomyelitis-like syndromewith acute limb weakness) dan sistem kardiopulmonari (kegagalan sistem dan pendarahan)

CARA PEREBAKAN
Melalui kontak secara langsung dengan pesakit. Kontak melalui lelehan dari hidung dan tekak pesakit, air liur, cecair lepuhan atau najis pesakit.

PENCEGAHAN & KAWALAN


Amalkan mencuci tangan selalu menggunakan air bersih dan sabun: Menyediakan makanan, Selepas keluar dari tandas.

PENCEGAHAN
Menutup mulut dan hidung menggunakan tisu pakai-buang apabila batuk dan bersin. Pastikan tisu tersebut dibuang kedalam tong sampah.

PENCEGAHAN
Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti berus gig, sapu tangan, tuala, cadar, cawan, sudu dan garpu. Mandi dan tukar pakaian selepas pulang dari tempat kerja sebelum bermesra dengan bayi atau anak kecil. Cuci alat permainan, permukaan meja kerusi dan lantai yang dicemari air liur menggunakan larutan pembasmi kuman. Elakkan membawa anak ke tempat umum yang sesak seperti pusat membeli belah, pawagam, kolam renang pasar dan stesen bas.

TINDAKAN PENCEGAHAN OLEH GURU


Lakukan saringan kesihatan kanak-kanak sebelum memulakan pengajaran.Ini sebaiknya dilakukan di bilik khas yang terletak di luar kelas. Mereka yang mempunyai tanda HFMD harus diasingkan daripada kanak-kanak lain dan dihantar dengan segera ke hospital atau klinik berhampiran.Pastikan mereka sembuh sepenuhnya dan disahkan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar sebelum boleh kembali ke sekolah.

CARTA ALIR SARINGAN KANAK-KANAK


Kanak-kanak datang Disaring. Gejala?

Tiada.

Ada.

Diasingkan. Masuk kelas. Hubungi ibu bapa.

Bawa berjumpa doktor

Tidak.
Daftar dan maklumkan ke Pejabat Kesihatan terdekat. Pengasingan di rumah atau hospital.

Penyakit berjangkit?

Ya.

Sentiasa bersihkan permukaan yang disentuh oleh murid menggunakan larutan pembasmi kuman (contohnya Dettol dan Clorox) sekurang-kurangnya sekali sehari. Pastikan tandas dalam keadaan bersih dan jangan biarkan lampin bersepah didalam tandas.Buang lampin yang sudah digunakan kedalam tong sampah bertutup bagi mengelakkan dihurung lalat. Elakkan menyedia makanan berhampiran tandas.Penyimpanan makanan pula harus dilakukan dengan baik untuk mengelak dari serangan haiwan kacau ganggu.

Pengendali makanan harus mendapatkan suntikan Tifoid dan telah mengikuti kursus pengendalian makanan.Sentiasa pastikan mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak menghidap penyakit yang boleh merebak semasa meengendalikan makanan.

TINDAKAN KAWALAN OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH


Sekiranya didapati terdapat kanak-kanak yang menghidap penyakit berjangkit, tindakan penutupan premis boleh dilakukan dibawah Seksyen 18, Akta Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Dengan tujuan : i) Mengurangkan kontek pesakit dengan kanak-kanak lain. ii) Memudahkan kerja pembersihan dan disinfeksi premis. iii) Memudahkan kerja penambahbaikan premis mengikut nasihat yang diberikan.

LAMPIRAN
CARA PENYEBARAN PENYAKIT BERJANGKIT DI KALANGAN KANAK-KANAK
Sentuhan dengan kulit yang berpenyakit atau cecair tubuh. i) ii) iii) iv) v) i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) Chicken pox. Konjuntivitis. Kutu kepala. Kudis buta Kurap. Chicken pox. Demam selesema. Difteria Meningitis. HFMD. Influenza Demam campak (Measles) Begok. Batuk kokol (Pertussis)

Pernafasan termasuk kahak.

Pencemaran oleh najis.

i) Cirit-birit ii) Enterovirus. iii) Salmonella

SILA HUBUNGI KAMI APABILA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG PERTANYAAN

PPKPK AG NASRAN HARUN (019-8422123) PPKP VICTOR WILLIAM (014-5602412) UNIT KAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT, PEJABAT KESIHATAN DAERAH PITAS (088-611376)

Anda mungkin juga menyukai