Anda di halaman 1dari 40

IMBUHAN

BACA DAN FAHAMI UNTUK PENAMBAHAN ILMU

Imbuhan meN Takrif

Imbuhan meN- ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata kerja, kata nama atau kata sifat, mewujudkan beberapa maksud. Bentuk imbuhan Imbuhan meN- boleh menjadi meN-, meN- -kan, meN- -i dan sebagainya. Imbuhan meN- adalah imbuhan kata kerja.
2

Imbuhan meN

Imbuhan meN- mempunyai awalan:- me, mem, meng, menge. Contoh: menanak, memberi, mengangkut, mengecas, menyiang Imbuhan meN- dapat dibahagikan kepada beberapa maksud tertentu.

Imbuhan meN

Melakukan perbuatan. Contoh:


Nazri memukul anjing gila. Kakak menyiang ikan.

Membuat. Contoh:
Adik membuat layang-layang daripada buluh. Ibu sedang mengacau dodol.
4

Imbuhan meN

Menjadi. Contoh:
Kulitnya melecur selepas terkena api. Enjin kereta itu membahang.

Mengeluarkan bunyi. Contoh:


Pencuri itu mengerang kesakitan selepas ditikam. Kucingnya mengiau apabila dipanggil.
5

Imbuhan meN

Menghala ke (arah, tempat). Contoh:


Pesawat itu menuju ke barat. Air sungai itu mengalir ke muara.

meN- + kata kerja satu suku kata


meN- menjadi menge- apabila bertemu

dengan perkataan satu suku kata. Contoh: mengebom, mengecat, mengeram, mengepos, mengekod

Abang mengepos surat. Pekerja itu mengecat rumah. Kerani itu mengekod data dengan komputer. Tentera mengebom perkampungan pemberontak.
7

Imbuhan meN- -kan


Imbuhan meN- -kan dapat membentuk beberapa maksud. a) menjadikan.

Contoh: Pengakap itu menyalakan api di hadapan khemah. Rajendran menghitamkan rambut dengan cecair khas.

Imbuhan meN- -kan


b) membantu orang lain.
Contoh: James membacakan ibunya surat itu. Saya membelikan buku untuk adik saya.

c) berkenaan dengan/mengenai.
Contoh: Datuk kerap menceritakan kisah zaman Jepun kepada kami. Ibu tersebut suka mengenangkan peristiwa kematian anaknya.
9

Imbuhan meN- -i
Imbuhan meN- -i boleh menghasilkan beberapa maksud. a) menjadikan.

Contoh:

Kakak menghiasi biliknya dengan bungabunga hidup. Dia mewarnai dinding dengan warna kuning.

10

Imbuhan meN- -i
b) melengkapi dengan/memberi. Contoh:

Menteri itu mengakhiri ucapannya dengan dua rangkap pantun. Dia memerahi kukunya.

c) mengusahakan/melakukan.
Contoh:

Suhaimi menziarahi kubur ibunya setiap pagi aidilfitri. Pak Mat selalu menasihati budak-budak nakal supaya berkelakuan baik.

11

Imbuhan beR Takrif

Imbuhan beR- ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja atau kata sifat, mewujudkan beberapa maksud.

12

Pelbagai maksud imbuhan beR Imbuhan beR- dapat bermaksud

mempunyai, menghasilkan, menaiki, mengerjakan, mengikuti, menganggap sebagai, dilakukan kerana diri, perbuatan saling berbalasan dan bilangan. ber- + mempunyai dapat bermaksud memiliki.
Contoh: Saya bertali leher merah sewaktu menghadiri majlis rasmi itu. Dia tidak berduit lagi kerana wangnya hilang.

13

Pelbagai maksud imbuhan beR ber- + menghasilkan dapat bermaksud

mendatangkan.
Contoh: Pokok rambutan kami berbuah lebat. Radionya tidak berbunyi sejak kelmarin.
ber- + menaiki dapat bermaksud pergi

dengan kenderaan/mengenderai/ menunggang.


Contoh: Bapa berkenderaan ke tempat kerja. Kami berbasikal ke sekolah.

14

Imbuhan di Takrif

Imbuhan di- ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja atau kata sifat, mewujudkan dua maksud.

15

Dua maksud imbuhan di Imbuhan di- yang diimbuhkan kepada kata

kerja dapat membentuk maksud pasif dalam ayat. Contoh:


Bola itu ditendang oleh Haris dengan kaki kirinya. Hadi berlari dengan laju apabila dikejar oleh seekor anjing.

Perhatikan: Kata kerja aktif bagi ditendang dan dikejar ialah menendang dan mengejar. Kata bantu oleh boleh digunakan untuk pelaku.
16

Dua maksud imbuhan di Imbuhan di- dapat digunakan untuk

menguatkan maksud pasif dalam kata kerja. Contoh:


Diperlajunya kereta yang dipandunya kerana dia sudah lewat ke pejabat. Kereta yang sedang diperlajunya terbabas.

17

Imbuhan teR Takrif

Imbuhan teR- ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata kerja, kata sifat atau adverba, mewujudkan beberapa maksud.

18

Pelbagai maksud kata berimbuhan teR Kata berimbuhan teR- dapat bermaksud

dilakukan dengan tidak sengaja, keupayaan, makna paling dan menggambarkan keadaan. teR- + dilakukan dengan tidak sengaja.
Contoh: Ranjit terpukul tiang gol sehingga menyebabkan kayu hokinya patah. Dia tersepak wang RM50.00 ketika berjalan di lorong itu.
19

Pelbagai maksud kata berimbuhan teR teR- + keupayaan juga bermaksud

kesanggupan. Contoh:

Parit yang besar itu terlompat oleh adik. Siapa sangka budak yang kurus itu termakan tiga pinggan nasi minyak.

teR- + makna paling juga bermaksud yang

amat sangat. Contoh:


Bangunan Berkembar Petronas dikatakan bangunan yang tertinggi di dunia. Menara yang tertinggi di Asia ialah Menara Kuala Lumpur.
20

Pelbagai maksud kata berimbuhan teR teR- + menggambarkan keadaan.

contoh: Dia sering terkenang akan ibunya yang telah meninggal dunia. Kerana terlalu rindu dia pun termimpi akan kekasihnya.

21

Imbuhan kan dan -i


Takrif

Imbuhan kan dan -i ialah akhiran yang dapat diimbuhkan kepada kata nama, kata kerja atau kata sifat. Akhiran kan mewujudkan dua maksud iaitu membuat untuk orang lain dan bersifat ayat suruhan. Akhiran i mewujudkan maksud lokatif (tempat) dan menjadikan.

22

Imbuhan kan dan -i


kan membuat untuk orang lain.

Contoh: Biar saya nyalakan api di dapur. Bapa membacakan ibu surat.
kan bersifat ayat suruhan.

Contoh: Tolong pulangkan buku saya itu. Masukkan barang-barang itu ke dalam kereta.

23

Imbuhan kan dan -i


Akhiran i pula membawa maksud: Lokatif (tempat)
Contoh: Kerusi itu saya duduki. Garisi ayat yang salah.
Menjadikan

Contoh: Bilik itu kamu terangi dengan cahaya pelita. Latihan itu akan kami mulai.
24

Imbuhan peN
Takrif

Imbuhan peN ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata kerja atau kata sifat, mewujudkan beberapa maksud. Bentuk imbuhan peNImbuhan peN boleh berbentuk tiga berdasarkan maksudnya, iaitu pe, peN an dan per -an.

25

Imbuhan peN
Imbuhan peN (pe, peng, penge dan

peny) dapat membawa maksud:

Orang yang melakukan sesuatu. Contoh: Encik Wahid Hashim ialah pengarang akhbar Utusan Malaysia. Siti Nurhaliza ialah penyanyi kesukaan ramai

26

Imbuhan peN

Alat / perkakas. Contoh: Kakak menyapu halaman dengan penyapu lidi. Setiap bangunan tinggi perlu ada pemadam kebakaran. Sifat / tabiat. Contoh: Allah Maha pengampun. Setiap orang tidak baik bersikap pendendam terhadap orang lain.

27

Imbuhan peN

Sukatan pada masa, saiz, jarak. Contoh: Kira-kira empat puluh peratus pelajar di sekolah rendah adalah lelaki. Besar batang pokok itu dua pemeluk.

28

Imbuhan ke
Takrif

Imbuhan ke ialah awalan yang apabila diimbuhkan kepada kata kerja, kata sifat atau kata sifat, mewujudkan beberapa maksud.

29

Maksud perkataan berimbuhan ke Kata nama terbitan

Terbentuk daripada gabungan imbuhan kedan kata dasar, seperti ke + tawa = ketawa; ke + tua = ketua; ke + mudi = kemudi Contoh:

Mesyuarat pertama Persatuan Bahasa Melayu itu untuk memilih beberapa jawatan ketua. Orang gila itu sentiasa ketawa sejak tadi.

30

Maksud perkataan berimbuhan ke Bilangan

Terbentuk daripada gabungan ke- dan bilangan sepeti ketiga, kelima, keseribu, kesejuta Contoh:

Dia mendapat tempat kedua dalam peperiksaan akhir tahun. Abdullah merupakan pengunjung yang kesejuta pameran itu.

31

Imbuhan ke- -an


Perkataan yang diterbitkan hasil gabungan

imbuhan ke- + kata dasar + -an, seperti kesabaran, keyakinan, kebakaran. Perkataan terbitan ini mewujudkan tiga maksud iaitu hasil perbuatan, keadaan dan menyerupai.

32

Imbuhan ke- -an


Hasil perbuatan

Contoh:

Keberanian pemuda itu terbukti apabila dia sanggup menyelamatkan orang tua yang kelemasan di dalam tasik itu. Kemalangan di jalan raya berpunca daripada kecuaian pengguna sendiri.

33

Imbuhan ke- -an


Keadaan

Contoh:

Kegelisahan budak itu akhirnya hilang apabila bapanya muncul. Keindahan ketika matahari terbenam sungguh cantik.

34

Imbuhan ke- -an


Menyerupai

Contoh:

Baju yang dipakainya itu kemerah-merahan. Warna air sungai yang tercemar itu kehitamhitaman.

Perhatikan, tanda sempang digunakan.

35

Imbuhan an
Takrif

Imbuhan an ialah akhiran yang apabila diimbuhkan kepada semua jenis kata, mewujudkan beberapa maksud. Maksud perkataan berimbuhan -an Terbentuk daripada gabungan kata dasar, kata nama, kata kerja, kata sifat atau adverba dengan akhiran an seperti bulan + an = bulanan; pukul + an = pukulan dan harap + an = harapan.
36

Imbuhan an
Hasil perbuatan Contoh: Tulisan pensyarah itu tentang ekonomi orang Melayu. Bungkusan yang dikirim oleh abang telah diterima oleh ibunya. Tempat Contoh: Orang ramai tidak dibenarkan melintasi kawasan larangan. Keluarga yang ramai memerlukan ruangan yang selesa.

37

Imbuhan an
Besar / luas Contoh: KLIA mempunyai landasan pendaratan pesawat yang panjang. Malaysia dan Indonesia dipisahkan oleh lautan. Tiap-tiap Contoh: Setiap pelajar di sekolah menduduki peperiksaan tahunan. Di negara maju terdapat banyak akhbar harian.
38

Imbuhan an
Benda/bahan Contoh: Ibu bersyukur apabila menerima kiriman wang daripada abang. Setiap makanan perlu bersih daripada kuman.

39

Semoga keberkatan Tuhan sentiasa bersama kita.


Maju Bahasa, Majulah Bangsa

Sekian, terima kasih.