Anda di halaman 1dari 16

MENUKAR BARINGAN PESAKIT

Pengenalan
TUJUAN 1. Memelihara alignmen badan yang betul 2. Memelihara integriti kulit 3. Menggalak ventilasi dan pengembangan paruparu 4. Mencegah kecacatan pada sistem otot dan tulang 5. Mencegah kontraktur 6. Mencegah kudis tekanan

Penaksiran
Pesakit 1. Tahap kesedaran: ikut dan faham arahan 2. Tahap keupayaan fizikal: membantu prosedur 3. Berat badan 4. Kehadiran alat-alat rawatan (tiub pengaliran dada, infusi intravena dan seumpamanya) Alat-alat Kenal pasti alat-alat perlu atau tambahan- sesuai, mencukupi dan selamat digunakan

Persekitaran Kawasan kerja yang selesa dan selamat: Lapang Bersih Pencahayaan mencukupi Ketinggian katil yang sesuai Kunci katil Privasi
Jururawat Prosedur ini memerlukan pembantu

1. Bahagian Terlentang
Keadaan
Renjatan Kecedaraan tulang belakang Pesakit yang tenat Lain-lain penyakit yang berkaitan

Kaedah dan langkah-langkah


Baringkan pesakit mendatar Letakkan sebuah bantal di kepalanya

5.2. SUPIN KE LATERAL (Tanpa bantal di belakang)


Alat-alat: 3 bantal IMPLEMENTASI Langkah-langkah prosedur

Kedua jururawat berdiri di kedua belah sisi katil

Silangkan kedua tangan pesakit ke dadanya dan rapatkan kedua kaki pesakit

Posisikan sebelah kaki ke hadapan, bengkokkan kedua lutut dan luruskan belakang

Masukkan kedua tangan jururawat


Jururawat A: bawah leher dan belakang pesakit Jururawat B: bawah punggung dan pertengahan paha pesakit

Beri isyarat (1,2 ) dan alih pesakit ke sisi katil (ke arah jururawat)

Rapatkan tangan pesakit yang di tengah katil dan silangkan sebelah kaki ke atas yang satu lagi

Beritahu pembantu berdiri di sisi bertentangan

Beri isyarat tolak/tarik kepada pembantu dan tolak pesakit ke kedudukan lateral

Beritahu pembantu pegang bahu dan punggung pesakit Masukkan satu tapak tangan di bawah badan pesakit di bahagian trokanter besar

Masukkan tapak tangan sebelah lagi di pangkal paha


Tarik keluar sedikit bahagian yang dipegang ke arah jururawat

Letakkan satu bantal di bawah kepala pesakit

Bengkokkan tangan bawah di sisi bantal

Bengkokkan tangan atas dan ampu dengan bantal secara memanjang di hadapan abdomen pesakit

Bengkokkan kaki atas dan ampu lutut dan buku lali dengan bantal secara memanjang (pastikan kedua kaki tidak bertindih)

Selesakan pesakit, kemaskan alat-alat dan unit pesakit dan cuci tangan

SUPIN KE FOWLER
Alat-alat: 1. 3 bantal 2. 1 papan kaki (foot board)

IMPLEMENTASI Langkah-langkah prosedur Rasional

Bantu alihkan pesakit ke atas bahagian katil

Tinggikan kepala katil 90

Letakkan bantal di antara belakang, leher dan bahu Memberi ampuan pada servikal

Letakkan bantal di kedua belah tangan secara memanjang dan di bawah kedua kaki secara melintang

Luruskan kedua kaki pesakit dan letakkan papan kaki di hujungnya

Selesakan pesakit

Kemaskan alat-alat dan unit pesakit

Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma dan mencegah jangkitan silang

Posisi Fowler

SUPIN KE SEMI FOWLER


Alat-alat: 1. 4 bantal biasa 2. 2 bantal kecil

IMPLEMENTASI Langkah-langkah prosedur Rasional

Bantu alihkan pesakit ke atas bahagian katil

Tinggikan kepala katil 15 - 45 Memberi keselesaan

Letakkan satu bantal kecil di kepala dan belakang pesakit

Selesakan pesakit

Bengkokkan kedua kaki dan letakkan satu/dua bantal di bawahnya secara melintang

Letakkan satu bantal di bawah setiap tangan secara memanjang (jika perlu)

Kemaskan alat-alat dan unit pesakit

Cuci tangan Meminimumkan mikroorganisma dan mencegah jangkitan silang

Posisi semi Fowler