Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
2. Murid lambat biasanya lemah dari segi mental. Mereka perlu bimbingan dan tunjuk ajar guru secara individu atau kumpulan kecil.
3. Murid bermasalah pembelajaran mempunyai rendah keyakinan dirinya. Pendidikan pemulihan dapat membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran dan seterusnya meningkatkan harga diri & keyakinan diri mereka 4. Murid lambat belajar lazimnya cepat kehilangan dorongan untuk datang ke sekolah. Mereka mungkin disindir atau disingkir oleh murid lain. Pendidikan pemulihan dapat mengurangkan kadar keciciran di kalangan murid yang lambat.
Menyertai aktiviti sosial di dalam dan di luar bilik darjah. Membina sifat keyakinan diri supaya mereka dapat berinterkasi secara berkesan dalam masyarakat. Meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas jika perlu. Menerima bahan pembelajaran yang lebih bermakna, iaitu lebih seimbang dengan kebolehan mereka. Menikmati pengalaman berjaya di alam persekolahan. Membina perhubungan yang sihat dengan guru kelas, guru pemulihan dan rakan sedarjahnya.
Masalah Pertuturan
Masalah pertuturan aka menjejaskan perkembangan bahasa seseorang murid dari segi lisan. Kecacatan mana-mana bahagian artikulator ( bibir, gigi, lidah, anak tekak, pita suara) akan menyebabkan murid kurang berupaya melafazkan bunyi dengan tepat. Masalah seperti ini menyebabkan murid gagal menyebut perkataan dengan tepat & bacaan mereka akan kurang sempurna.
Faktor Kesihatan
Masalah yang berkaitan dengan kesihatan adalah seperti berikut: Kekurangan makanan berzat akan menyebabkan keletihan dan kurang tumpuan terhadap pelajaran mereka. Keletihan kerana aktiviti fizikal: menolong ibu bapa di ladang, memasak, membasuh. Murid mudah hilang tumpuan di bilik darjah. Keadaan fizikal murid lemah menyebabkan murid mudah diserang penyakit lalu sentiasa tidak hadir ke sekolah.
Faktor Mental
Masalah mental mungkin disebabkan faktor berikut: Kesulitan yang dihadapi semasa lahir seperti kelahiran awal, penggunaan forsep, anoxia atau hypoxia (kekurangan oksigen). Kecederaan akal disebabkan kemalangan/ terjatuh dari tempat yang tinggi. Penyakit yang serang otak atau demam panas bagi tempoh yang lama.
Faktor Emosi
Mungkin timbul akhibat darpada keadaan keluarga yang kurang harmonis, ketibaan seorang bayi yang baru, kes dibuli/disingkir di kelas. Perkara seperti ini boleh menyebabkan perasaan kecewa kerana mendapat perhatian yang kurang. Murid yang dibuli/disingkirkan oleh rakan akan berasa kurang selamat. Mereka akan mula menarik diri daripada aktiviti kumpulan. Murid introvert, pendiam tidak yakin mengemukakan soalan. Semua ini akan menambahkan masalah pembelajaran mereka.
Cara Mengatasi
1. Guru menunjukkan kad gambar. Murid dikehendaki menyebut nama benda yang dilihat. 2. Guru menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan dan murid mengikuti guru. 3. Murid dikehendaki memadankan kad-kad perkataan dengan gambar. Selepas itu murid membaca kad-perkataan beberapa kali dengan bimbingan guru. 4. Murid cuba membaca tanpa dibimbing. 5. Setelah mahir membaca, murid akan menulis ayat di buku.
Cara Mengatasi
1. Guru memberi arahan. 2. Guru memainkan pita rakaman yang mengandungi arahan yang sama beberapa kali. 3. Guru menerangkan makna arahan ini. Contoh: Sila buka tingkap. Kemudian guru menyoal murid tentang apa yang dia harus lakukan. Sekiranya tepat jawapannya, barulah dia diminta melakukan arahan itu. 4. Murid memberitahu apa yang dilakukannya. 5. Perbuatan tersebut diulangi untuk mengukuhkan pembelajaran.
Cara Mengatasi
1. Guru menyediakan kad huruf yang berkenaan. 2. Guru meminta murid menulis huruf pertama dan membunyikanya, musalnya c. 3. Guru meminta murid menulis huruf yang menjadi pasangan yang keliru dan membunyikannya, misalnya e 4. Guru mengimbaskan kad huruf dan meminta murid membunyikannya. 5. Guru meminta murid menunjukkan sama ada huruf c atau e. 6. Guru meminta murid menuliskan c atau e. 7. Guru menyusun beberapa kad huruf dan diminta murid menunjukkan c atau e. 8. Aktiviti tersebut diulangi bagi huruf yang lain yang menjadi masalah
Cuba jelaskan bagaimana anda akan menbantu murid anda mengatasi masalah-masalah tadi
Latihan Harian
Boleh berbentuk lisan atau bertulis. Kesilapan dalam jawapan lisan atau lenbaran kerja boleh memberi gambaran kepada guru tentang jenis kemahiran yang belum dikuasai oleh murid.
Soal Jawab/Kuiz
Dapat memberikan petunjuk yang segera tentang kefahaman murid dalam topik yang disampaikan. Maklum balas yang segara penting bagi guru merancang aktiviti pemulihan.
Perancangan
Pengajaran
Penilaian
Tindakan Susulan
Pengenalpastian Murid
Dengan menggunakan cara: Pemerhatian Pentafsiran rekod prestasi Rekod profil Ujian Kertas & Pensil Latihan Harian, Soal Jawab/Kuiz Temubual dengan guru kelas & ibu bapa
Penganalisisan Masalah
Dengan memerhati cara murid menjalankan aktiviti pembelajaran Perbualan diantara guru dengan murid Ujian bulanan dapat memberi maklum balas dengan meneliti kesilapan yang kerap berlaku. Arahan amali dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana murid dapat mentafsir arahan guru dengan tepat. Ujian diagnostik.
Perancangan
Perancangan program pemulihan hendaklah berasaskan keperluan murid, iaitu aktiviti pembelajaran hendaklah bertujuan untuk mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti.
7. Aktiviti pemulihan hendaklah melibatkan penggunaan pelbagai deria agar meningkatkan kefahaman serta ingatan murid. 8. Bahan-bahan untuk aktiviti pemulihan hendaklah sesuai dari segi saiz dan rupa yang menarik. 9. Pengajaran pemulihan hendaklah dirancang bagi memastikan adanya penggabungjalinan di antara komponen berbahasa dengan komponen bukan berbahasa. 10. Urutan pengajaran seharusnya bermula daripada yang senang kepada yang susah. 11. Latihan hendaklah disediakan di hujung pengajaran bagi memastikan sama ada satu pengajaran itu telah mencapai objektifnya. 12. Strategi pengajaran hendaklah melibatkan murid secara aktif.
Pengajaran
Langkah selepas perancangan ialah pengajaran. Di kelas biasa, guru biasanya menjalankan pengajaran pemulihan ketika murid lain sedang menjalankan aktiviti pengayaan atau membuat lembaran kerja. Pengajaran pemulihan boleh dijalankan dengan menggunakan salah satu daripada teknik berikut:
Pengajaran kumpulan kecil. Murid dalam kumpulan kecil mempunyai masalah yang sama. Pengajaran rakan sebaya. Seorang murid cerdas boleh diminta membimbing seorang atau lebih rakannya yang menhadapi masalah menjalankan aktiviti P & P itu. Pengajaran individu. Perhatian & bimbingan diberi kepada seorang murid tertentu untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
Penilaian
Penilaian hendaklah dijalankan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan telah tercapai. Murid yang telah menguasai satu-satu kemahiran itu akan diberi pujian dengan tujuan meningkatkan keyakinan diri mereka.
Tindakan Susulan
Murid yang telah mencapai kejayaan akan dipindahkan ke kumpulan yang sejajar dengan kebolehannya. Murid yang masig lagi belum menguasai kemahiran tertentu akan dirujuk kepada guru pemulihan untuk pendidikan pemulihan yang lebih lanjut lagi.
Pengayaan
Konsep Pengayaan
Program pengayaan merupakan suatu rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid memperolegi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka. Aktiviti haruslah menarik & mencabar supaya dapat mengenbangkan sikap berdikari, sifat ingin tahu, daya cipta, serta bakat kepimpinan murid-murid. Aktiviti pengayaan disediakan untuk SEMUA murid murid cerdas, sederhana & lambat. Aktiviti tersebut dijalankan setelah murid menguasai satu-satu kemahiran yang asas.
2. Masa Program pengayaan boleh dijalankan dengan cara berikut: 1. Dalam masa tertentu pada setiap hari. 2. Setelah menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran. 3. Setelah menguasai keseluruhan kemahiran di dalam satu unit pembelajaran.
Dengan cara (1), murid daripada kumpulan cerdas, sederhana dan lambat akan menjalankan aktiviti pengayaan pada masa yang sama setiap hari. Dengan cara (2), murid yang telah menguasai suatu kemahiran akan terus mempelajari kemahiran berikutnya mengikut kebolehan mereka. Murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran akan diberi aktiviti pemulihan. Dengan cara (3), murid yang telah menguasai taraf pencapaian yang ditentukan di dalam suatu unit pembelajaran dibenarkan meneruskan dengan aktiviti pengayaan. Bagi murid yang belum mencapai tahap pencapaian tersebut, aktiviti pemulihan akan dijalankan.
Bacaan Tambahan
Tujuan: supaya murid dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang bahasa. Bahan bacaan boleh terdiri daripada kad bacaan, buku cerita, karangan murid, majalah kanak-kanak, potongan akhbar, risalah. Bacaan tambahan boleh dijalankan di dalam kelas atau perpustakaan. Guru berperanan sebagai pembantu kepada murid dengan memilih bahan yang sejajar dengan minat dan kebolehan murid. Murid digalakkan menyimpan rekod kemajuan membaca. Guru boleh mengemukakan beberapa soalan tentang bahan yang dibaca untuk mengetahui kebenaran rekod.
Kerja Projek
Projek merupakan suatu rancangan kerja yang melibatkan murid dalam suatu kajian terhadap sesuatu perkara yang dipelajari atau diminati. Kerja projek menggalakkan murid bertambah aktif, kreatif serta berinisiatif. Sifat bekerjasama dan bertukar-tukar pendapat juga dapat dikembangkan. Tempoh yang digunakan berbeza dari empat puluh minit hingga seminggu atau lebih.
Contoh Projek
Menyediakan carta cuaca. Mengumpul setem mengumpul poskad pelbagai ibu kota dan tempat bersejarah. mengumpul berbagai jenis daun kering. Menyiapkan zoo mini. Menyediakan akuarium yang mengandungi pelbagai ikan. Melabelkan barang di dalam kelas. Menghias kelas. Menyediakan buku skrap yang mengandungi gambar perdana menteri, raja & tokoh dari pelbagai negeri dsbnya. Melengkapkan setiap sudut pembelajaran seperti Sudut Bahasa, Sudut Sains, & Sudut Matematik.
Mengadakan lakonan berdasarkan petikan yang dibaca. Membersihkan dan menanam berbagai jenis tanaman di kebun sains. Membaut lawatan ke stesem memproses, kilang dsbnya yang berkaitan dengan topik pelajaran.
Aktiviti
Kumpulan 1: Rancangan satu aktiviti pemulihan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kumpulan 2: Rancangan satu aktiviti pemulihan bagi mata pelajaran Matematik. Kumpulan 3: Rancangan satu aktiviti pengayaan bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Kumpulan 4: Rancangan satu aktiviti pengayaan bagi mata pelajaran Matematik.