Anda di halaman 1dari 9

Pengenalan

Kehidupan masyarakat Melayu tidak boleh terlepas daripada peraturan dan tindakan sosial yang perlu dipatuhi. Hal ini menyebabkan orang Melayu sangat popular dengan peraturan dan nilai yang terpaksa dipatuhi dalam sesebuah masyarakat. Peraturan dan nilai ini diadakan untuk memastikan anggota masyarakat menjadi orang. Anggota masyarakat membina nilai masyarakatnya sendiri berdasarkan kepada nilai-nilai yang dikongsi bersama. Oleh itu, nilai yang lahir dari individu itu tidak pula menimbulkan nilai yang bercanggah dengan nilai-nilai yang dikongsi oleh anggota-anggota masyarakat.

Konsep Nilai
Kamus Dewan Edisi Ke-4 ms: 1081, mendefinisikan nilai sebagai taksiran harga, harga sesuatu yang dibandingkan dengan harga yang lain, kadar nisbah, sifat ketinggian dan darjat, kualiti, mutu dan taraf. Daripada maksud mengikut kamus dewan jelas mengambarkan nilai adalah ukuran kepada sesuatu seperti sifat keperibadian dan sebagainya yang ada individu.

Nilai Masyarakat Melayu


Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati diri setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi. Justeru, terdapat pelbagai egen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu.

i.

Keluarga

Merupakan egen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat Keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat ii. Masyarakat

Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial Kawalan sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya iii. Kerajaan/Pemerintah

Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan harmonis Kejayaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinanyang diterajui oleh pemimpin yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah

Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. ( Pemikir AprilJun2003: 6)

Kepentingan Nilai
pemupukan nilai dalam masyarakat Melayu ialah bertujuan untuk membolehkan seseorang individu diterima dan dianggap sebagai anggota masyarakat peraturan sosial juga akan terbina melalui nilai-nilai sosial yang telah disahkan masyarakat. Untuk menjalankan kehidupan atau melakukan sesuatu dalam masyarakat seseorang anggota masyarakat itu akan merujuk dan memandukan diri kepada peraturan sosial maruah keluarga terutamanya maruah ibu bapa dapatterpelihara. Contohnya sekiranya anak-anak berkelakuan menyeleweng daripada nilaisocial masyarakat hal ini akan menyatakan kegagalan ibu bapa dalam mendidik anakanak dan sekaligus akan menjejaskan kedudukan ibu bapa dalam pa ndanganmasyarakat

Nilai Masyarakat Melayu Sebelum Kedatangan Islam


Masyarakat melayu mengamalkan fahaman Animisme; segala nilai dilakukan bukan kerana Allah Sebelum kedatangan Islam lagi masyarakat Melayu sememangnya patuh kepada pemerintah Terdapat jurang ketara antara pemerintah dgn rakyat. Raja dianggap jelmaan dewa Masyarakat tidak mempunyai ilmu bercorak falsafah dan tidak mementingkannya Peraturan dan undang-undang atas budi bicara raja

Nilai Masyarakat Melayu Selepas Kedatangan Islam


Nilai-nilai yang dilakukan juga kerana Allah Masyarakat melayu lebih taat kepada pemerintah kerana terdapat ayat perintah taat kepada pemerintah Perbezaan raja dan rakyat berkurang. Raja hanya dianggap khalifah yang diamanahkan oleh Allah untuk meminpin rakyat. Masyarakat melayu mula mementingkan ilmu yang berkaitan falsafah. Undang-undang berpandukan agama Islam

Kesimpulan
Daripada apa yang dibincangkan diatas dapat disimpulkan bahawa kedudukan nilai sebagai asas atau dasar yang amat penting dalam pembinaan budaya bagi sesuatu masyarakat. Nilai masyarakat Melayu dipandukan oleh agama Islam(Islam mendasari identiti Melayu)