Anda di halaman 1dari 28

EDU3107 : BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

TEORI PEMUSATAN PERORANGAN (HUMANISTIK)

TEORI PEMUSATAN PERORANGAN

TEORI PEMUSATAN PERORANGAN


Rogers : manusia mempunyai desakan semulajadi untuk memajukan diri dan sentiasa bergerak ke arah kesejahteraan swadiri. Individu berupaya memberi penilaian positif pada pengalaman yang dirasakan positif dan nilaian negatif pada pengalaman yang dirasakan negatif Seseorang individu boleh menerima dan menolak pengalaman tersebut dan memberi erti yang bermakna dalam pembentukan konsep swadiri.

KONSEP SWADIRI

Kesempurnaan diri Esteem kendiri Kasih Sayang Keselamatan Fisiologi

SWADIRI
Existensialisme Falsafah utama Carl Rogers

Humanistik

Setiap insan ada potensi diri yang tertentu

untuk mencapai kesejahteraan hidup. Humanistik menjadi teras dalam pembinaan teori ini.

Terhasil

daripada persepsi individu berhubung dengan pengalaman hidup: positif/negatif Anggapan positif dalam interaksi memainkan peranan penting. Anggapan positif dapat diperolehi daripada orang lain Apabila individu diterima oleh orang lain,dia belajar dan menerima dirinya sendiri kesan daripada anggapan dan penghargaan terhadap dirinya. Anggapan penghargaan terhadap diri sendiri memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku

Jika syarat-syarat penilaian swadiri yang

dialami oleh seorang individu itu merupakan suatu pengalaman yang positif, maka individu akan mengalami anggapan penghargaan swadiri yang positif. Sekiranya negatif maka akibatnya negatif.

Keperluan swadiri individu dan desakan

organismanya perlu diambilkira. Jika desakan kehendak tidak dapat dicapai, maka individu akan memendam pengalaman tadi dari sudut negatif. Individu tersebut akan beranggapan bahawa desakan tadi tidak dapat diterima secara positif oleh orang lain. Ini boleh menimbulkan pembentukkan konsep swadiri yang negatif.

Mengikut Rogers, manusia mempunyai potensi

untuk berkembang ke arah yang positif jika berada dalam satu persekitaran yang efisien untuknya. Beliau juga menekankan perspektif fenomenologi iaitu bagaimana manusia melihat dirinya sendiri mengikut persepsinya terhadap realiti.

Biasanya, tenaga interaksi adalah lebih kuat

menentukan tingkahlaku, maka seorang individu akan terus menerima syarat-syarat penilaian yang telah dipelajarinya. Individu membuat demikian supaya dapat diterima oleh individu yang lain dalam interaksinya. Pada biasanya syarat-syarat penilaian ini lebih menguasai desakan-desakan rasahati.

Syarat-syarat

penilaian diterima sama ada daripada seorang individu atau masyarakat. Individu akan cuba menerapkan ciri-ciri desakan rasahatinya yang terpilih kepada syarat-syarat penilaiannya. Sekurang-kurangnya, sebahagian dari rasahati yang terpendam itu dapat diserap ke dalam syarat-syarat penilaian tadi. Konflik yang berlaku seperti ini disifatkan sebagai gejala tidak kongruen antara swadiri dengan pengalaman.

Konflik seperti ini merupakan ancaman dalam

pertumbuhan seseorang individu. Akibatnya timbul gejala- gejala kecemasan yang akan menghasilkan pula beberapa mekanisme helah bela diri. Seorang individu yang mengalami konflik seperti ini boleh memberikan gambaran persepsi yang berlainan daripada apa yang sedang berlaku.

Beliau juga boleh terus menolak pengalaman

rasahati tadi hinggakan persepsi terhadap dirinya terus dapat diterima. Sekiranya perkara ini berlaku dan dengan mekanisme helah bela dirinya yang begitu kukuh, seorang individu akan berdegil dalam kefahaman kesedaran pengalaman rasahatinya dan boleh terus menolak syarat-syarat penilaian swadirinya.

Manusia juga perlu menyeimbangkan antara

ideal swadiri dengan swadiri sebenar. Ini kerana, pada pandangan Rogers, masalah akan terjadi pada diri individu apabila ideal swadiri atau diri impian yang cuba untuk diperoleh oleh insan adalah berada dalam keadaan tidak seimbang dengan diri insan tersebut pada realitinya.

3 CIRI UTAMA KAUNSELOR

1.Keredhaan 2.Kejujuran 3.Empati

KEREDHAAN
Penerimaan tanpa syarat Berlaku apabila klien diterima seadanya dan tidak ada sebarang diskriminasi ataupun penilaian dilakukan terhadap diri klien.

KONGRUEN & KEJUJURAN


Ketulenan bermaksud seorang kaunselor adalah jujur semasa sesi. Kaunselor tidak akan memperkatakan sesuatu yang berlainan daripada bahasa tubuhnya kepada klien. penting agar saling kepercayaan dapat diwujudkan antara kaunselor dengan klien.

EMPATI
Kaunselor berjaya meletakkan dirinya di tempat klien Kaunselor faham dan peka tentang keadaan dalaman,pemikiran dan emosi yang sedang dirasai oleh kliennya. Empati menjamin pergerakkan ke arah hubungan yang akrab antara kaunselor dengan kliennya.

bersifat non-direktif
kaunselor tidak memberi jawapan,saranan,

atau membuat keputusan untuk klien Kesedaran akan timbul sendiri daripada diri klien hasil daripada empati yang ditunjukkan oleh kaunselor. Ini berlaku kerana kaunselor berjaya memasuki ruang rujukan dalaman klien dan memahami masalah klien secara mendalam.

Matlamat semasa sesi tidak diterapkan langsung

oleh kaunselor Klien yang memilih sendiri matlamat yang ingin dicapai. Dalam melaksanakan teori ini, kaunselor haruslah ikhlas dan mempunyai keinginan menolong yang sangat kuat supaya potensi sebenar klien dapat disedari oleh diri klien sendiri. Ini dapat membantu klien untuk bukan sahaja menyelesaikan masalahnya pada masa kini malahan juga membantunya untuk menyelesaikan permasalahan akan datang.

Pada asasnya, teknik dalam teori ini berorientasikan konfrontasi Kemahiran melayan dan mendengar sangat ditekankan Boleh disesuaikan dengan gaya hidup masyarakat Malaysia di mana pada dasarnya sifat teori ini yang mementingkan kemesraan dan empati semasa menerima klien sememangnya satu konsep yang boleh digunapakai

Anda mungkin juga menyukai