Anda di halaman 1dari 30

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

PENDIDIKAN AL-QURAN APLIKASI MODEL KHATAM AL-QURAN J-QAF DAN PENILAIANNYA

Ahli kumpulan:
MOHD SALIMI BIN AHMAD MOHAMAD ZAINI BIN KHALIB SOLEHUDDIN AMIR HAMZAH BIN MOHAMAD SHOLEH AHMAD ZAWAWI BIN MOHAMAD YUSOFF MOHD NAZRI BIN ARSHAD MOHD RIZMEL BIN CHE ROS

APLIKASI MODEL KHATAM ALQURAN j-QAF DAN PENILAIANNYA


Tajuk ini membolehkan pelajar menguasai konsep,objektif, kepentingan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pengkhataman al-Quran j-QAF serta dapat membuat inferens dengan mengaplikasikan kaedah yang dipelajari dalam pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah.

KONSEP
j-QAF adalah suatu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan khusus dalam penajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini dilaksanakan di peringkat sekolah rendah.

1. Proses P & P al-Quran adalah proses berterusan (hingga khatam Al-Quran)

2. Oleh itu aspek bilangan guru dengan nisbah murid mestilah sesuai dan perlu diberi perhatian.

3. Kaedah talaqqi mushafahah perlu diaplikasikan dengan sebaikbaiknya.

objektif

Membaca al- Quran dengan lancar dan bertajwid .

Murid dapat mengkhatamkan alQuran 30 juzuk.

Kepentingan Khatam Al-Quran j-QAF


Khatam al-Quran j-QAF melalui proses talaqqi musyafahah adalah penting demi memastikan setiap murid diberi peluang sama rata untuk menguasai tilawah al-Quran dengan lancar dan bertajwid. Setiap murid diharap dapat menghatamkan bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam jangka masa 6 tahun berada di sekolah rendah mengikut tahap penguasaan individu. Namun bagi murid yang tidak menguasai bacaan alQuran berpeluang meneruskan pembelajaran menggunakan kaedah Iqra` dengan pemantauan dari guru dari masa ke semasa.

Pelaksanaan dan Penilaian Khatam Quran j-QAF

Pelaksanaan khatam al-Quran j-QAF terbahagi kepada dua iaitu program khatam al-Quran Model Setahun atau Model 6 bulan dan program khatam al-Quran Model Tasmik. Walaupun objektif kedua-dua model ini sama, namun kaedah pelaksanaannya berbeza di antara satu sama lain.

Program Khatam al-Quran Setahun atau 6 Bulan : > Ialah program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-Quran tahun satu dan aspek khatam al-Quran pada tahun 2 hingga tahun 6. > Program Khatam al-Quran Setahun dilaksanakan kepada pelajar Tahun Satu kemasukan mulai Januari 2011. (Sila rujuk Kurikulum Standard Sekolah Rendah).sebagai rujukan pelaksanaan. Manakala bagi pelajar tahun 2,3,4,5 dan 6 tahun 2011 akan meneruskan Program Khatam Quran Model 6 bulan di bawah kurikulum KBSR.

STRATEGI PELAKSAAN

Tempoh Pelaksanaan

Murid tahun 2 hingga tahun 6 akan mengikuti Model Khatam Al-Quran setiap tahun. Bagi bulan berikut dan seterusnya mereka akan mengikuuti kurikulum Pendidikan Islam berdasarkan sukatan pelajaran sedia ada

Peruntukan Waktu

Pengajaran dan pembelajaran berfokus kepada Tilawah al-Quran mulai Januari hingga Nov dengan peruntukan masa 4 kali seminggu. Dua waktu selebihnya digunakan untuk program Asas Ulum Syariah danJawi.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran .::.Semua murid membaca al-Quran menggunakan mushafRasm Uthmani .::. Setiap murid membaca al-Quran mengikut kedah talaqqi dan musyafahah. .::. Proses talaqqi dan musyafahah di dalam kelas dikendalikan oleh guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengajar dengan dibantu oleh sekurang-kurangnya seorang guru pembimbing yang boleh terdiri daripada guru GPI lain, guru akademik biasa, pentadbir sekolah, kaki tangan sekolah dan murid turus.

Iv. Merekod bacaan setiap murid di dalam Buku Rekod Bacaan al- Quran masing-masing. V. Panduan proses P&P boleh dirujuk dari contoh Model Pengajaran dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran. Vi. Murid yang tidak menguasai bacaan al-Quran hendaklah meneruskan pembelajaran dengan menggunakan kaedah Iqra`. Vii. Aktiviti-aktiviti pemulihan seperti kelas pemulihan atau kem al-Quran perlu diadakan kepada murid yang tidakdapat membaca (ummi) al-Quran. Viii. Agihan bacaan mengikut jadual dan hendaklah dirujuk dalam Model Pengajaran dan Pembelajaran Model Khatam Al-Quran.

Agihan Tugas
Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral , Penolong Pengarah Kurikulum, Penyelia Pendidikan Islam Negeri dan Daerah bertanggungjawab: a)Memberi taklimat pelaksanaan projek b)Memantau pelaksanaan projek c)Menyediakan laporan projek

Guru Besar bertanggungjawab:


a. Menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah. b. Mengadakan mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek dilaksanakan dengan sempurna. c. Memberi taklimat kepada guru dan pembimbing guru yang terlibat. d. Memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. e. Memantau pelaksanaan projek f. Mengesahkan laporan yang dibuat oleh guru dan dihantarke JPN selepas tamat pelaksanaan projek.

Ketua Panitia Pendidikan Islam bertanggungjawab

Bertindak sebagai setiausaha

jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah. Mengadakan mesyuarat dan perbincangan bagi mencari guru pembimbing. Bekerjasama dengan guru Pendidikan Islam menyediakan keperluan pelaksanaan projek. Menyemak laporan.

Guru Pendidikan Islam Bertanggungjawab


a. Mengenalpasti guru pembimbing yang boleh dilibatkan dengan projek. b. Memastikan setiap murid memiliki Buku Rekod Bacaan Al-Quran. c. Membuat pengesahan bacaan setiapmurid seminggu sekali dalam Buku Rekod Bacaan Al-Quran. d. Memaklumkan sebarang masalah murid dan guru pembimbing kepada jawatankuasa pelaksana peringkat sekolah. e. Melaporkan pencapaian projejke Sektor Pengurusan Pendidikan Islam,Jabatan pendidikan Negeri dengan mengisi Borang Laporan Penilaian Projek Khatam AlQuran Model 6 Bulan.

Guru Pembimbing
a. Membantu dan membimbing murid sehingga khatam al-Quran b. Mencatat bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan. c. Mengenalpasti kelemahan murid dan membuat catatan dalam Buku Rekod Bacaan. d. Sentiasa berbincang dengan guru yang mengajar untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran


Model 6 Bulan Khatam Al-Quran menekankan penggunaan kaedah talaqqi dan musyafaha. Kaedah ini dilaksanakan melalui proses berikut: 1. Murid mendengar bacaan contoh dari guru 2.Murid membaca dengan bimbingan guru, pembimbing/ murid turus. 3.Guru, pembimbing/ murid turus membetulkan bacaan murid. 4.Guru, pembimbing/ murid turus mengesahkan bacaan murid dengan memberikan pujian atau mengiyakan.

Penilaian
Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan kepada murid bagi mengesahkan murid tersebutbenar-benar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing. Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan diakhir tahun bagi menentukan tahap pencapaian bacaan al-Quran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat untukmenilai murid.

Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut

Agihan Markah
1. Jumlah ayat : 60 markah 2. Kualiti bacaan : 40 markah
Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi yang dibaca oleh murid iaitu

Program Khatam Quran Model Tasmik

Model Tasmik Khatam Al-Quran ialah satuprogram membimbing dan merekod perkembangan bacaan al-Quran murid secara individu berdasarkan program yang telah diatur bagi membolehkan murid khatam semasa berada di sekolah rendah dan melaksanakan di luar jadual waktu.

Objektif a. Murid dapat membaca al-Quran dengan bertajwid. b. Murid dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzuk .

Kumpulan Sasaran
Semua murid beragama Islam tahun 2 hingga tahun 6 sekolah rendah.

Strategi Pelaksanaan
a.Semua murid hendaklah menggunakan al-Quran Rasm Uthmani. b. Setiap murid perlu mempunyai guru pembimbing yang dilantik oleh pihak sekolah.

c. Pembimbing boleh dilantik daripada sesiapa sahaja yang berkebolehan dan berkemampuan seperti guru Pendidikan Islam, guru-guru agama, ibu bapa, guru-guru akademik di sekolah, pelajar Maahad Tahfiz dan lain-lain. Murid yang telah khatam al-Quran boleh menjadi pembantu kepada guru pembimbing.

d. Guru pembimbing hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik.

e. Murid yang masih tidak dapat membaca al-Quran perlu dibimbing secara berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai. f. Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan AlQuran yang disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

g. Guru Pendidikan Islam hendaklah menilai dan mengesahkan pencapaian murid sekurangkurangnya sekali seminggu dalam buku rekod bacaan.

h. Guru Pendidikan Islam hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru pembimbig sebelum penilaian dilaksanakan.

i. Murid dikehendaki membaca al-Quran berdasarkan agihan muka surat yang dicadangkan seperti dalam model Tasmik.

j. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa terikat dengan agihan juzuk yang dicadangjkan. k. Bagi melaksanakan agihan yang dicadangkan murid digalak membaca al-Quran setiap hari supaya mereka tidak membaca banyak ayat dan bagi membolehkan tumpuan kepada kualiti bacaan. l. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada bila-bila masa samada di sekolah atau di rumah. m. Pihak sekolah hendaklah membuat penilaian dan menyediakan laporan kepada JPN.

Penilaian
Penilaian ringkas perlu dilakukan secara mingguan

kepada murid bagi mengesahkan murid tersebut benarbenar menguasai bacaan yang direkodkan oleh guru pembimbing.
Penilaian secara menyeluruh hendaklah dilakukan di

akhir tahun bagimenentukan tahap pencapian bacaan alQuran setiap individu. Guru boleh memilih mana-mana ayat untuk menilai murid. Penilaian ini hendaklah berdasarkan panduan berikut;

Agihan Markah
Jumlah ayat : 60 markah Kualiti bacaan : 40 markah

Markah jumlah ayat dikira berdasarkan jumlah ayat tertinggi

yang dibaca oleh murid iaitu:

Ayat tertinggi X60 _______________

Jumlah ayat keseluruhan

Sekian terima kasih