Anda di halaman 1dari 30

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PJ DAN SUKAN (PJM 3112)

ISL 6 : UNDANG-UNDANG DAN PENTADBIRAN SUKAN

KAITAN UNDANG-UNDANG DAN SUKAN LIABILITI PERUNDANGAN DALAM SUKAN

UNDANG-UNDANG ??
Undang-undang diadakan untuk faedah masyarakat. Dengan perkataan lain, adanya undang-undang dapat menjamin ketertiban masyarakat; ia bererti orang dapat hidup dengan lebih bahagia. Tujuan utama undang-undang bukan untuk menghukum walaupun biasanya bila orang melanggar undang-undang, mereka harus dihukum.

KAITAN UNDANG-UNDANG DAN SUKAN

Sama seperti dalam kehidupan seharian, undang-undang juga penting dalam sesuatu kejohanan sukan. Dengan adanya undang-undang yang munasabah dan realistik akan dapat menjamin kelancaran perjalanan sesuatu kejohanan disamping berlansung dalam keadaan yang adil dan sistematik.

Umumnya terdapat dua jenis undang-undang dalam satu-satu pengelolaan sukan iaitu :
Undang-undang permainan Peraturan am kejohanan

Perbezaan peraturan am dan undangundang permainan

Peraturan am
Peraturan am ialah undang-undang yang di bina oleh pihak penganjur bagi mengawal sistem pertandingan dalam sesuatu kejohanan. Peraturan am lebih menekankan kepada pengelolaan sesuatu kejohanan. Secara terasnya peraturan am adalah saling lengkap melengkapi dengan undang-undang permainan. Sekiranya terdapat percanggahan antara peraturan am dan undang-undang permainan tentang perkaraperkara teknikal, biasanya undang-undang permainan akan diambil pakai. Pengecualian juga boleh di terima sekiranya terdapat perubahan dari segi jumlah pemain dan gantian atau lain-lain perkara yang telah mendapat persetujuan pengurus- pengurus pasukan.

Peraturan bergantung kepada pihak penganjur dan tiada piawai yang tetap. Dalam merangka peraturan am kejohanan berbagai faktor yang diambil kira faktor utama yang diambil kira ialah faktor sekitaran. Oleh itu kita boleh dapati peraturan am kejohanan ini akan berbeza antara tempat yang berlainan. Sebelum mengendalikan kejohanan jawatankuasa teknikal dan induk akan menyediakan satu set peraturan kejohanan yang akan menjadi rujukan setiap pasukan yang menyertainya.

Undang-undang permainan
Undang-undang permainan bertujuan untuk mengawal peraturan teknikal pertandingan ketika dalam permainan atau gelanggang permainan. Undang-undang permainan merupakan peraturan permainan atau pertandingan. Undang-undang permainan di guna pakai oleh semua badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa. Setiap disiplin sukan mempunyai badan induk antarabangsanya sendiri. Dengan kata lain undang-undang permainan merupakan undang-undang piawai atau standard dan di guna pakai dalam setiap permainan yang dianjurkan oleh badan sukan yang menganggotai badan induk persatuan sukan antarabangsa.

Contohnya :
Contohnya Undang-undang permainan bola sepak telah pun ditetapkan oleh Federation International deFootball (FIFA). Oleh itu setiap kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) yang merupakan persatuan sukan yang menganggotai FIFA perlu berlandaskan undang-undang yang telah di gariskan oleh badan teknikal FIFA.

Undang dan peraturan permainan telah di bina oleh lembaga teknikal bagi setiap persatuan-persatuan sukan antarabangsa. Mereka yang menggubal undang-undang permainan merupakan pakar-pakar yang berpengalaman luas dalam sesuatu permainan. Undang-undang permainan di bina berlandaskan beberapa faktor utama. Secara amnya faktor utamanya ialah keselamatan, keadilan, keseronokan dan etika pertandingan. Undang-undang permainan biasanya diterbitkan dalam bentuk buku.

Contohnya undang-undang permainan hoki terkandung dalam The Rules of The Game Of Hockey, guide for players and umpires yang di keluarkan oleh Lembaga Perundangan Persekutuan Hoki Antarabangsa (The Rules Board of Interational Hockey Federation).

TUJUAN PERATURAN AM DAN UNDANGUNDANG PERMAINAN

Tujuan Peraturan Am
Memberi panduan kepada semua yang terlibat mengenai perjalanan sesuatu kejohanan. Menjadi salah satu sumber rujukan utama sekiranya timbul sesuatu masalah dalam mengendalikan sesuatu kejohanan. Menjadi salah satu rujukan utama sekiranya terdapat bantahan terhadap mana pihak tertentu dalam mengendalikan kejohanan. Membolehkan kejohanan di uruskan dengan licin dan lancar.

Tujuan Undang-undang Permainan


Memastikan pertandingan dijalankan mengikut standard yang telah di tetapkan dimana-mana sahaja. Menjadi bahan rujuk kepada semua pihak sekiranya berlaku masalah teknikal dalam sesuatu pertandingan. Menjadikan rujukan utama kepada pegawai yang menguatkuasakan undang-undang permainan. Memastikan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan selamat serta mencapai objektif.

RINGKASAN

LIABILITI PERUNDANGAN DALAM SUKAN

Liabiliti ????
Sesuatu keadaan yang menjadi penghalang dan meletakkan seseorang atau satu-satu kumpulan dalam kerugian. Liabiliti juga memerlukan seseorang itu untuk bertanggungjawab.

Penyalahgun aan dadah

Judi

Rasuah

Liabiliti dalam sukan

Menggelapka n wang

Kemalangan

Kemalangan
Merujuk LA (law assistant) yang mengawal selia sesuatu yang berkaitan dengan. Menjadi tempat rujukan apabila berlaku sesuatu yang kemalangan yang di luar jangkaan dalam sesuatu kejohanan.
Contohnya, kemalangan Azizulhasni (pelumba basikal)

Penyalahgunaan dadah
Tidak boleh mengedar dadah atau menyalahgunakan dadah kecuali untuk tujuan perubatan. Menghisap morfin, ganja dan sebagainya adalah salah. Kesan :
Pemain boleh dikenakan denda/ tidakan undangundang atau kemenangan ditarik balik.

Menerima rasuah
Sama ada harta benda, wang, pangkat dan lainlain. Boleh dikenakan tindakan undang-undang yang membawa penggantungan jawatan/ penyertaan bagi atlet dan kehilangan hak keistimewaan.

Sekian, terima kasih


Disediakan Oleh : Loga Thasan A/L Sunthara Raju Siti Kholijah Binti Ismail Nur Zaihayu Binti Zainoddin Nurunnajwa Binti Ani Nurul Hidayati Binti Abu Hassan