Anda di halaman 1dari 12

TUTORIAL RBT 3119 MINGGU 1

Pengenalan kepada Perniagaan dan Keusahawan


Ahli kumpulan: So Li Sin Tay Soon Yong Nora Teu Pui Yee Evelyn Wong Wan Ying

Soalan 1

Bentangkan kepentingan perniagaan kepada masyarakat

Definisi perniagaan
Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihan yang dihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilang supaya mereka dapat diperoleh oleh pengguna terakhhir pada tempat dan harga yang berpatutan.
Vincent A. Gabriel (1995)

Definisi perniagaan
Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan dengan tujuan mendapat keuntungan.
Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa dan Abdullah Munsi b. Abdul Rahim (1999)

Perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atau perkhidmatan untuk mendapat keuntungan.
Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin (1998)

Definisi perniagaan
Perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang untuk tujuan mendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah.

Zumilah Zainalaludin (1999)

Perniagaan boleh didefinisikan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang atau alat pertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentuk faedah.

Norhayah Zulkifli et. al (1999)

Rumusan Definisi perniagaan

Perniagaan adalah semua kegiatan


melibatkan urusan beli dan jual barang-

barang atau perkhidmatan.

Kepentingan Perniagaan kepada Masyarakat

Memenuhi keperluan dan kehendak manusia Memperbaiki taraf hidup individu dan

masyarakat
Menyediakan peluang pekerjaan

Mengeratkan hubungan antarabangsa

Soalan 2

Banding beza antara perniagaan dengan keusahawanan

Pengertian peniaga dan usahawan


Peniaga ialah orang yang menjalankan kegiatan jual beli barangan atau melakukan kegiatan perkhidmatan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan dan mencapai matlamat peribadi.
Usahawan adalah orang yang berusaha untuk membuat sesuatu baru, merancang atau mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif), siap sedia mengatur serta mewujud pasaran dan sanggup menghadapi risiko.

Pengertian peniagaan dan keusahawanan Perniagaan adalah semua kegiatan melibatkan urusan beli dan jual barang-barang atau perkhidmatan. Keusahawanan adalah kebolehan dan kemampuan seseorang meneroka peluang peniagaan dan mengusahakan perniagaan serta memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.

Perbezaan peniagaan dan keusahawanan


PENIAGAAN 1. Seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan. 2. Kegiatan jual dan beli untuk mendapatkan keuntungan. 3. Menjual barangan sedia ada 4. Sentiasa berusaha menambah keuntungan 5. Keuntungan jangka pendek 6. Tidak sanggup menghadapi risiko KEUSAHAWANAN 1. Seorang usahawan juga seorang peniaga. 2. Kegiatan membeli, menghasilkan barang baru dan pasarkan untuk dapatkan untung. 3. Berusaha mencipta sesuatu yang baru 4. Mementingkan kejayaan dan kepuasan bukannya keuntungan semata-mata 5. Pentingkan untung jangka panjang 6. Sanggup hadapi risiko

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai