Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI DIALOG PERADABAN

Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban (2001) dialog peradaban sebagai perbuatan mendengar kepada kepercayaan, pengadilan, kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar belakang kepercayaan malah perbezaan keyakinan politik, kedudukan sosial dan kekuatan ekonomi. Chandra Muzaffar (2003) dialog peradaban sebagai interkomunikasi dan persefahaman antara tamadun berdasarkan kepada aspek penting iaitu pemahaman budaya masing masing tanpa rasa prejudis terhadap masyarakat daripada kaum lain Syed Hossein Nasr (2004) dialog antara tamadun tamadun lama yang melalui proses permodenan dengan pelbagai tahap yang mempunyai interaksi dengan tamadun Barat yang moden yang masih mengekalkan elemen agama dan kerohanian.

MATLAMAT DIALOG PERADABAN


Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban (2001) dialog peradaban berpotensi besar untuk menghindarkan konflik dalam komuniti peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan melalui persefahaman, saling percaya mempercayai dan meletakkan asas kukuh ke arah cara penyelesaian yang dipersetujui bersama Menyatakan sesuatu, untuk menjelaskannya dan menghadirkan isu tersebut di dalam kewujudan yang sepenuhnya. Menuntut kedua dua belah pihak memilih untuk bekerjasama daripada berkonfrontasi dan saling menyalahkan serta mengalahkan, bagi mewujudkan persefahaman tentang nilai, norma, pengalaman dan realiti budaya yang wujud.

CIRI CIRI DIALOG PERADABAN


Menurut Hashim Musa; (i) bersetuju atas segala perbezaan, yakni tidak boleh bersifat relativisme (ii) dialog peradaban bukan sebagai penilaian atau value judgement (iii) singkritisme hendaklah dielakkan (iv) hendaklah bersikap pluralisme Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban; (i) saling memahami nilai, norma, pengalaman sejarah dan realiti kebudayaan yang wujud (ii) bertoleransi terhadap pemikiran peradaban yang lain, iaitu sedia mendengar pandangan peradaban lain (iii) bersikap lapang dada dan terbuka terhadap pandangan semesta orang lain dengan akomodasi dalam perspektif diri.

CABARAN DIALOG PERADABAN


Semasa dialog berlangsung, isu yang diketengahkan hendaklah menguntungkan semua pihak supaya sesuatu peradaban itu dapat maju, bukannya berdialog tentang isu yang memberi kebaikan dan memanfaatkan sesuatu kelompok tertentu sahaja. Antara halangan dialog peradaban dijalankan dengan baik adalah; persepsi yang salah interaksi yang terhad kekurangan toleransi agama sikap fanatik dan perkauman ketidaksefahaman antara etnik dan adanya jurang pemisah polarisasi kaum atau bangsa sifat kepelbagaian budaya yang berpunca daripada perbezaan.