Anda di halaman 1dari 17

IMPLIKASI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mohd. Alif Haiqal bin Tarmizi Fhenyius Duasin Jonathan Greygory Norsheila bte Abd.Rahman Nirwanah bte Darasin

DEFINISI SOSIOEMOSI
Perkataan sosio-emosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi, Menurut Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Oleh itu, sosio-emosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.

Perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah.

Perkembangan Sosio-emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai latar belakang majmuk yang mesra dan harmoni.

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosio-emosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang.

Guru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara aspek akan berlaku dalam pengurusan sosio-emosi terdiri daripada berikut:

Kepentingan Pengurusan Sosioemosi

a) Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. b) Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kesuluruhan c) Memberi tekanan mental kepada murid dan guru d) Murid rasa tergangggu dan tidak selesa e) Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran

INSTRUMEN UJIAN PERSONALITI


PERINGATAN: Bagi setiap penyataan, pilih "A" atau "B". Jangan tanda pada ruang kosong di hadapan penyataan.

BIL. 1.

PENYATAAN Pernahkah anda dianggap sebagai suka ambil tahu hal orang lain? Adakah anda suka melawat tempat-tempat baru? Anda suka bertemu dengan orang yang belum dikenali? Adakah anda suka berdikari Anda berasa senorok menyelesaikan masalah. Adakah anda ingin perkakas beroperasi? tahu bagaimana sesuatu

YA

TIDAK

2. 3. 4. 5. 6. 7.

Anda mengemari rancangan dokumentari di kaca TV.

BIL. 8.

PENYATAAN Adakah anda lebih suka novel-novel berbanding biografi dan buku-buku bukan fiction? Adakah anda berminat tentang hal-hal leluhur? Adakah rasa ingin tahu anda menimbulkan masalah bagi diri anda dan orang lain? Pada zaman kanak-kanak, pernahkah anda ditegur kerana terlalu banyak menyoal? Anda jarang membuka sesuatu alatan perkakas untuk mengetahui cara operasinya? atau

YA

TIDAK

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Adakah anda suka mengetahui pendapatan orang lain? Anda jarang membaca item-item gosip di surat khabar dan majalah. Anda biasanya lambat menerima berita gosip tentang kawan dan jiran.

Penerangan Skor Ujian Personaliti : Inkuisitif


Skor anda di antara 67% hingga 100% - Anda mempunyai rasa ingin tahu yang sangat tinggi. Orang lain mungkin menggangap anda sebagai penyibuk. Peluang mencapai cita-cita amat cerah dengan ciri ingin tahu yang tinggi.

Skor anda di antara 20 % hingga 66% - Anda mempunyai ciri ingin tahu yang sederhana. Walaupun banyak menyoal mungkin tidak digemari oleh orang lain tetapi sekiranya anda tidak menyoal, anda tidak akan mencapai apa-apa. Gunakan kemahiran menyoal dengan sebaik-baiknya.

Skor anda kurang daripada 20% - Anda menunjukkan minat yang amat sederhana tentang dunia di sekeliling anda. Sekiranya anda sangat berpuas hati dengan hidup dan anda tidak berasa marah dan frust kerana tidak mencapai citacita maka adalah bijak anda kurang mempunyai aspirasi dan cita-cita yang masih belum dicapai, sebaliknya adalah bijak meningkatkan rasa ingin tahu dan ambil tahu hal-hal dunia luar.

RUJUKAN
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel. Edisi ke -2. Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang.2008. Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. http://jmnasira.blogspot.com/ http://www.scribd.com/doc/17097218/-Murid-DanAlam-Belajar http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203102/ Tajuk%2010_Kanakkanak%20Berkeperluan%20Khas.pdf