Anda di halaman 1dari 22

ASAS KAWALAN MOTOR

Definisi Kawalan Motor


Bidang pengajaran pergerakan manusia tentang mekanisme sistem biologi menghasilkan lakuan motor. Bidang kawalan motor mengkaji postur dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Bidang ini menjelaskan bagaimana berlakunya organisasi semua proses yang terlibat dalam mengawal pergerakan. Kawalan pergerakan dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi.

Jenis Lakuan Motor


Jenis-jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan oleh sistem biologi adalah a. Lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari) b. Lakuan motor berkemahiran (voluntari)

Lakuan Motor Tanpa Kemahiran (Involuntari)


Merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara luar kawalan. Pelaku tidak mampu memilih atau memodifikasikan lakuan yang terhasil. Pergerakan involuntari terhasil apabila situasi memerlukan pergerakan tersebut. Contoh : Pantulan lutut & Tarikan tangan atau kaki apabila terkena benda panas.

Mekanisme Pergerakan Involuntari


Rangsangan di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. Neuron sensori pada reseptor menerima rangsangan dan menukar rangsangan kepada impuls sensori. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah iaitu saraf tunjang. Di saraf tunjang impuls sensori bersinaps dengan neuron motor. Apabila sinaps ini berlaku impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Impuls motor kemudiannya dihantar ke sistem efektor. Apabila sistem efektor menerima maklumat impuls motor, pergerakan involuntari terhasil.

Lakuan Motor Berkemahiran (Voluntari)


Lakuan

motor berkemahiran merujuk kepada semua lakuan motor yang dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan. Pelaku memilih dan menentukan untuk melakukan sesuatu pergerakan. Lakuan motor ini dikenali sebagai pergerakan voluntari.

Mekanisme Pergerakan Voluntari


Rangsangan fizikal di peringkat periferi diterima oleh sistem reseptor. Neuron sensori terima rangsangan fizikal dan menukarkannya kepada impuls sensori. Impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat peringkat rendah. Impuls sensori yang diterima berhimpun di talamus. Talamus akan mengedarkan impuls sensori ke sistem saraf pusat peringkat tinggi di korteks sensori.

Mekanisme Pergerakan Voluntari

Setelah maklumat impuls sensori berada di korteks sensori, impuls sensori bersinaps dengan neuron sensori motor yang terdapat di korteks motor. Selepas berlaku sinaps ini, impuls sensori bertukar menjadi impuls motor. Beberapa pemporsesan integrasi sensori motor akan berlaku di korteks serebral. Selepas proses integrasi tersebut, impuls motor dihantar semula ke sarf tunjang dan seterusnya ke sistem efektor. Apabila sistem efektor menerima maklumat motor ini pergerakan voluntari terhasil.

Jenis Pergerakan Berkemahiran (Voluntari)


Semua

lakuan dalam pergerakan voluntari dikelaskan sebagai pergerakan berkemahiran. Terdapat dua jenis pergerakan berkemahiran iaitu : a. Kemahiran generik b. Kemahiran berobjektif

Kemahiran Generik
Kemahiran

generik ialah kemahiran pergerakan yang diwarisi manusia. Manusia dilahirkan dengan potensi untuk melakukan pergerakan asas seperti berjalan. Kemahiran generik berkembang melalui proses semulajadi seperti tumbesaran, kematangan dan penuaan.

Kemahiran Berobjektif
Kemahiran berobjektif ialah kemahiran yang dipelajari dan mempunyai objektif khusus. Contohnya, modifikasi teknik berjalan untuk memperolehi kelajuan di tahap optimum. Kemahiran berobjektif berkembang melalui proses fizikal seperti praktis (pembolehubah pembelajaran) dan latihan (pembolehubah prestasi).

Pengelasan Kemahiran Motor


Terdapat

tiga jenis klasifikasi kemahiran motor yang asas berdasarkan kriteria yang berbeza iaitu a. Kriteria Ketepatan lakuan b. Kriteria ciri pergerakan c. Kriteria stabiliti persekitaran

Ketepatan Lakuan
Kemahiran

motor kasar melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai otot utama seperti menendang bola, berlari dan angkat berat. Kemahiran motor halus melibatkan penggunaan otot-otot kecil sebagai otot utama seperti dart, memanah, boling padang dan menembak.

Ciri Pergerakan
Kemahiran diskrit permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kemahiran yang terlibat, seperti menangkap bola, menendang dan memanah. Kemahiran berterusan permulaan dan akhiran lakuan ditentukan oleh pelaku seperti berlari dan berenang. Kemahiran siri gabungan beberapa kemahiran diskrit yang menjadi satu kemahiran tersendiri seperti gimnastik, memandu kereta dan menunggang motosikal.

Stabiliti Persekitaran
Kemahiran luar kawal (open skill) dihasilkan dalam suasana yang berubahubah dan dipengaruhi oleh faktor luaran (persekitaran) seperti bermain badminton, berlayar dan menjaga gol. Kemahiran terkawal (close skill) dihasilkan dalam suasana stabil dan dipengaruhi oleh faktor dalaman (faktor pelaku) seperti bermain bowling dan melontar peluru.

FUNGSI SISTEM BIOLOGI


Persekitaan

berperanan menyediakan rangsangan yang relevan untuk penghasilan respon dan sistem biologi pula berperanan menerima dan memproses rangsangan tersebut bagi membolehkan penghasilan pergerakan.

FUNGSI SISTEM BIOLOGI


Asas

keupayaan manusia menghasilkan pergerakan daripada pergerakan mudah ke pergerakan kompleks ialah melalui kawalan pastur. a. Sistem Visual b. Sistem Vestibular c. Sistem Kinestetik atau Somatosensori.

SISTEM VISUAL

Sekiranya rangsangan diperolehi daripada semua reseptor pada masa yang sama, sistem biologi lazimnya mendahulukan rangsangan yang diperolehi oleh sistem visual. Terdapat dua sistem visual a. Sistem ambient pemain bola tampar mampu mengelak dari terkena bola yang direjam keluar. b. Sistem fokal walaupun dua pasukan memakai jersi sama warna, namum pemain dapat membezakan lawan dan kawan.

SISTEM VESTIBULAR
Sistem

telinga. Kawalan postur bagi penghasilan pergerakan amat bergantung kepada sistem vestibular. Sekiranya sistem vestibular mengalami kerosakkan, kawalan postur akan terjejas.

ini terletak di bahagian dalam

SISTEM KINESTETIK/SOMATOSENSORI
Maklumat kinestetik diperolehi daripada reseptor sendi, otot, kulit dan tendon. Reseptor menyampaikan maklumat kinestetik (proprioseptor). Sebagai contoh, dalam gimnastik, maklumat kinestetik membolehkan atlet sedar bahawa kepalanya berada di bawah daripada kaki ketika melakukan dirian tangan dengan mata dipejamkan.

PERANAN PERSEKITARAN
Segala

maklumat yang diperlukan bagi menghasilkan sesuatu lakuan motor wujud dalam persekitaran, dan sistem biologi hanya menentukan maklumat-maklumat yang relevan untuk diproses. Dua sumber maklumat : a. Rangsangan b. Daya Fizikal

INTERAKSI SISTEM BIOLOGI DAN PERSEKITARAN


PERSEKITARAN

pergerakan

mempengaruhi

SISTEM BIOLOGI