Anda di halaman 1dari 8

INTERVENSI KAUNSELING KANAK-KANAK ( TERAPI BERMAIN )

Muhammad Safuan bin Razali Ahmed Ashraff bin Abdul Wahid Hanif Shaqirin bin Razali Zamir bin Abd. Rahman Aida Norfarahimah binti Ishak Nur Hidayah binti Samsudin

TERAPI BERMAIN
Teknik di mana cara ekspresi kanak-kanak yang semula jadi. Merujuk kepada sejenis psikoterapi dengan kanakkanak di mana seseorang menggunakan fantasi kanak-kanak dan makna simbolik permainannya sebagai medium untuk memahami dan berkomunikasi dengan kanak-kanak itu. Memudahkan orang dewasa untuk mengenali serta mengenalpasti masalah yang kanak-kanak alami. Bermaian juga merupakan salah satu pembelajaran untuk kanak-kanak

Terapi bermain ini juga sudah diperkenalkan sejak zaman Plato. Antara kata-kata Plato yang terkenal berkaitan dengan terapi ini ialah :

"you can discover more about a person in an hour of play than in a year of conversation."

TUJUAN TERAPI BERMAIN


Mengurangkan masalah tingkah laku dan emosi yang mengganggu kanak-kanak Membantu kanak-kanak belajar tingkahlaku positif Memperkembang kognitif Menolong kanak-kanak menggambarkan masalah yang dihadapi Memberi peluang yang baik dalam mewujudkan interaksi berkumpulan toleransi, bekerjasama, berkawan, penyelesaian masalah

KONSEP / CIRI CIRI MAIN


Aktiviti bermotivasi intrinsik & dilaksanakan untuk kepuasan Hendaklah dipilih bebas oleh kehendak peserta tanpa paksaan Bawa keseronokan & tiada tekanan Ada unsur khayalan bagi memenuhi keperluan/kepuasan bermain

CARA MENGGUNAKAN TERAPI BERMAIN


Kenal pasti kanak-kanak Putuskan sama ada anda perlu mengadakan sesi berasingan atau duduk bersama semasa waktu pembelajaran atau waktu rehat Dapatkan bahan-bahan Letakkan bahan di tempat yang mudah diambil Berjumpa dengan murid dan perkenalkannya dengan kawasan permainan Beritahu kanak-kanak tersebut tentang had dan tempoh sesi

Benarkan kanak-kanak tersebut memilih bahan yang mereka ingin bermain Gunakan teknik refleksi untuk respon kepada komen-komen murid Sebelum sesi berakhir, beritahu murid tentang masa yang tinggal Setelah masa tamat, cara memberitahu murid adalah seperti berikut : Masa untuk kita hari ini telah habis. Kita kena berhenti sekarang dan simpan mainan di tempat asalnya Beritahu murid bila sesi seterusnya akan diadakan

LANGKAH BERJAGA-JAGA

Terapi ini tidak boleh digunakan untuk menangani masalah perubatan atau biologi. Kanak-kanak yang mengalami masalah akademik pula perlu menerima penilaian psikologi atau neuropsikologi secara mendalam.