Anda di halaman 1dari 7

Politik dan Sukan

Politik dalam sukan menjelaskan wujudnya campur tangan kuasa politik kerajaan dalam pengurusan dan pentadbiran sesuatu badan sukan. Kebanyakan pucuk pimpinan badan-badan sukan di negara kita dikuasai oleh ahli-ahli politik dan sektor korporat. Kuasa politik memberikan kesan besar terhadap perkembangan dan kemajuan sukan peringkat dunia.Ia boleh mengakibatkan keretakan hubungan antara negara kerana perbezaan ideologi dan ia juga boleh merapatkan hubungan negara-negara serta mewujudkan integrasi nasional. Isu-isu politik dalam sukan seringkali terjadi kerana perbezaan pendapat.Isu-isu yang sering berlaku adalah seperti perebutan kuasa dalam badan sukan,pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu pertandingan,kemerosotan prestasi atlet dalam sukan,displin atlet dan pegawai serta perkara yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan elaun.

Sukan Olimpik dipolitikkan


Pasukan bola sepak negara kita tidak berpeluang menyertai Sukan Olimpik di Moscow 1980, walau pun telah layak, kerana Malaysia menyertai Barat untuk memboikot sukan global itu atas alasan Soviet Union telah menyerang Afghanistan.

Sebagai balasannya sekutu-sekutu Soviet pula memboikot Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles kerana membantah pemulauan sukan itu di Moscow empat tahun sebelumnya. Malah, Iran di bawah rejim agama telah memboikot kedua-dua sukan itu atas alasan kuasa-kuasa besar telah campur tangan dengan hal-ehwal dunia, termasuk di negara-negara Asia Barat.

Disebabkan jutaan dolar yang ditaburkan untuk Olimpik ini, tidak memeranjatkan pelanggaran etika oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berlaku dengan berleluasa. Jenama terkenal dimunculkan di mana-mana, sehingga larian obor sendiri dikenali dengan nama Larian Obor CocaCola/Samsung. Nama seperti McDonald's dan Visa tidak dapat dipisahkan lagi dari sukan Olimpik. Setiap penganjur kini berlumba membuat keuntungan dengan menjual hak eksklusif kepada penaja korporat. Penganjur sukan ini mudah untuk mendapat keuntungan, antaranya melalui pelancongan, pembinaan dan pengangkutan. Pertandingan ini membuka ruang kepada IOC pula untuk mendapat imbuhan dari pihak yang berlumba menjadi penganjur.

IOC sebagai sebuah organisasi memiliki kuasa yang sangat luas dalam menentukan siapa yang menganjur dan peraturan lain kejohanan ini. Untuk mempengaruhi undi IOC, jutaan dolar dibelanjakan pihak korporat untuk membeli "hadiah" kepada anggota badan itu. Isu ini paling hangat diperkatakan selepas skandal sekitar Olimpik di Sidney pada tahun 2000 dan sekitar pemilihan Salt Lake City sebagai penganjur Olimpik Musim Sejuk 2002. Seorang pegawai Jawatankuasa Olimpik Australia mendedahkan perbelanjaan membeli undi untuk mendapatkan hak menganjurkan Olimpik di Sydney - dengan bantuan kerajaan Australia -mencapai A$28 juta. Pegawai Salt Lake City dilaporkan telah membelanjakan lebih AS$1 juta untuk membeli pelbagai jenis hadiah kepada ahli-ahli IOC, tidak termasuk belanja lain untuk memenangi hak penganjuran.

Politik dan sukan sepatutnya dipisahkan


Seharusnya, acara-acara sukan serata dunia terutamanya yang melibatkan penglibatan pelbagai negara tidak dijadikan medan politik. Ia adalah untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Temasya Sukan SEA yang bertujuan mengeratkan silaturrahim antara kita di rantau Asia Tenggara tetapi kerana politik, kontinjen kita menerima layanan buruk di Indonesia. Kita memang mengutuk tindakan berbau politik dari pihak negara jiran kita. Tetapi pemimpin politik kita tidak sepatutnya mengambil kesempatan itu untuk menimbulkan fitnah pula di kalangan rakyat sendiri.

Sukan tidak harus dipolitikkan, sama ada oleh pemangsa atau yang menganggap diri menjadi mangsa. Kita warga Malaysia tidak perlu melatah terhadap layanan buruk sewaktu di Indonesia. Kita mesti tunjukkan pada dunia bahawa kita merupakan masyakat madani dan bertamadun yang menghormati pelbagai masyarakat dunia ini. Kita tidak perlu hirau dengan segelintir pemimpin politik kita yang hanya pandai mencari publisiti politik tanpa mempedulikan nasib dan masa depan rakyat. Apabila tidak dipisahkan, sukan menjadi mangsa politik. Roketkini.com

Anda mungkin juga menyukai