Anda di halaman 1dari 15

KUPASAN DAN KAJIAN TEKS DRAMA

(ANTOLOGI HARGA REMAJA)

SINOPSIS DRAMA

GELANGGANG TUK WALI

Drama ini mengisahkan Tuk Wali yang merupakan guru silat di Kampung Teluk Penyabung. Tuk Wali mempunyai dua orang anak murid yang rapat dengannya iaitu, Ripin dan Mariam. Tuk Wali pandai mengurut, menjadi tok mudim, menggali kubur, memandikan jenazah dan sebagainya. Iman dan siak kurang menyenangi Tuk Wali.Tuk Wali ingin menyerahkan keris warisan kepada murid kesayangannya iaitu Ripin. Ripin menolak penyerahan keris berkenaan kerana berasa dia belum layak menerimanya. Pada suatu hari, ketika Tuk Wali sedang tidur, Piee telah mengambil biola dan keris pusakanya. Tuk Wali tersedar, dan berlakulah pergelutan antara mereka. Keris itu terkena pada perut Tuk Wali. Piee berlari bersama-sama biola. Ripin datang menyelamatkan Tuk Wali. Tuk Wali sempat menyerahkan keris warisan itu kepada Ripin sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ramai menuduh Ripin membunuh Tuk Wali kerana keris itu ada di tangan Ripin. Manakala Mak Umi pula menuduh siak yang telah menikam suaminya.

TEMA DRAMA GELANGGANG TUK WALI

PERSOALAN GELANGGANG TUK WALI


1. Halangan yang terpaksa ditempuhi dalam usaha memelihara warisan bangsa. 2. Perasaan dengki dan dendam dalam kalangan masyarakat yang dapat menimbulkan suasana yang tidak harmoni. 3. Kegigihan generasi muda dalam mempertahankan seni silat. 4. Peranan keris dalam melambangkan kepahlawanan dan warisan masyarakat melayu.

WATAK DAN PERWATAKAN

GELANGGANG TUK WALI

Tuk Wali Wak Raja Waliudin Bin Raja Agus Salam. Guru silat di gelanggang depan rumahnya. Lingkungan 70-an. Aktif dalam kerja kemasyarakatan. Bersemangat waja. Pandai mengurut, menjadi tok mudim, memandikan jenazah & sebagainya. Kuat beribadah walaupun sibuk mengajar. Pemarah dan tegas. Meminati muzik (bermain biola)

WATAK DAN PERWATAKAN

GELANGGANG TUK WALI

Mak Umi Isteri Tuk Wali. Lingkungan 50-an. Mahir ilmu silat sewaktu muda. Penyabar & sering memberikan kata-kata nasihat kepada Tuk Wali. Penyanyang kerana masih menyayangi Piee yang menghisap dadah. Pandai melayani & menghormati tetamu.

WATAK DAN PERWATAKAN

GELANGGANG TUK WALI

Ripin Mahir ilmu persilatan. Anak murid yang dipercayai Tuk Wali. Lingkungan 30-an. Sangat bersemangat untuk membantu Tuk Wali mengekalkan warisan silat. Berfikiran matang kerana menolak pemberian Tuk Wali kerana tahu dirinya belum bersedia. Berjanji menuntut bela atas kematian Tuk Wali.

WATAK DAN PERWATAKAN

GELANGGANG TUK WALI

Mariam Murid wanita terbaik Tuk Wali. Lingkungan 20-an. Mahir ilmu persilatan. Sangat bersemangat untuk membantu Tuk Wali mengekalkan warisan silat. Hormat dan menyanyi Tuk Wali.

WATAK DAN PERWATAKAN

GELANGGANG TUK WALI

Piee Syafiee (nama sebenar). Cucu tiri Tuk Wali. Penagih dadah yang baru keluar dari pusat pemulihan. Suka mencuri. Sukar mengubah tingkahlakunya yang buruk. Bertindak kejam dengan menikam perut Tuk Wali.

LATAR GELAGGANG TUK WALI


Latar tempat: Di rumah Tuk Wali. Di gelanggang silat. Latar masyarakat: Masyarakat yang mengekalkan warisan budaya bangsa.

Di Teluk Penyabung.
Di kedai Haji Kodri. Latar masa: Pada waktu pagi.

Masyarakat yang cuba berselindung di sebalik agama.


Masyarakat yang kurang mengamalkan budaya bermusyawarah. Masyarakat yang menghormati golongan yang mempunyai kepandaian dalam seni mempertahankan diri.

Pada waktu petang.


Pada waktu malam.

PLOT
Binaan plot:

BINAAN PLOT

1. Peristiwa-peristiwa di dalam cerita ini dijalinkan mengikut kronologi.

2. Pada bahagian pengenalan atau eksposisi, penonton diperkenalkan dengan watak utama, iaitu Tuk Wali dan diikuti olah watak sampingan, iaitu Ripin (anak murid Tuk Wali) dan isteri Tuk Ripin yang bernama Mak Umi.
3. Plot terus berkembang dengan kunjungan siak dan imam ke rumah Tuk Wali dan berjumpa dengan Mak Umi. Mereka menasihati Tuk Wali supaya menghentikan kegiatannya mengajar silat sebaliknya lebih banyak beribadah.

4. Pada bahagian perumitan, Tuk Wali sudah mula rasa dirinya tidak dihargai oleh penduduk setempat terutamanya siak dan imam. Beliau menyerahkan keris perguruannya kepada Ripin tetapi ditolaknya.
5. Plot mencapai tahap kemuncak atau klimaks apabila siak mencabar Tuk Wali untuk beradu kekuatan. Pergaduhan diantara mereka berjaya dihentikan apabila Ripin masuk campur. 6. Peda tahap peleraian, Tuk Wali ditikam oleh cucu tirinya, Piee. Sebelum meninggal Tuk Wali sempat menyerahkan kerisnya kepada Ripin, iaitu murid harapannya.

PLOT
Teknik Plot: 2. Teknik konflik

TEKNIK PLOT

1. Teknik saspens : Pengerang memerihalkan peristiwa yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu. : Konflik luaran yang terdapat dalam drema ini merujuk kepada penentangan pendapat atau pemikiran antara watak Tuk Wali dengan Ripin. Tuk Wali beria-ia mengharapkan Ripin menjadi pewaris Keris Ganja Seiras Naga Berjuang tetapi ditolak oleh Ripin.

3. Teknik monolog : Pengarang berusaha menyampaikan fikiran atau menyatakan perasaan.

GAYA BAHASA

GELANGGANG TUK WALI

1. Dari segi pemilihan kata, pengarang telah memilih perkataan yang mudah difahami. 2. Bahasa kiasan. Contoh: Oooo! Waknya! Pukul tiga dah ni! Bersiap mengalahkan orang betina! 3. Pesonafikasi. Contoh: Wah, hebat betul, wak! Gugur iman janda-janda kampung hulu ini nanti!

4. Simile. Contoh: macam rimau tak ada gigi!, kawannya macam lalat
5. Bahasa Arab. Contoh: Assalamualaikum, Astaghfirullahalazim. 6. Metafora. Contoh: orang pangkal, kambing hitam. 7. Sinkope atau penyingkiran kata. Contoh: Awak ni nak pergi bersilat ke nk pergi menikah?

8. Peribahasa. Contoh: kambing hitam, ibarat burung dalam sangkar yang terbuka pintunya

NILAI

GELANGGANG TUK WALI

1. Nilai kemasyarakatan. Contohnya: sungguhpun kurang sihat namun Tuk Wali masih menerima undangan bersilat di majlis perkahwinan anak Haji Kodri. 2. Nilai jati diri yang kuat. Contohnya: Tuk Wali, Ripin, dan Mariam mempertahankan seni silat yang merupakan warisan budaya bangsa melayu. 3. Nilai keberanian. Contohnya: Tuk Wali berani melawan komunis dan menentang perompak. 4. Nilai kasih sayang. Contohnya: Ripin dan Mariam amat sayang kepada gurunya. 5. Nilai menghormati tetamu. Contohnya, walaupun tujuan kedatangan siak dan imam ke rumah amat menjengkelkan Mak Umi namun di tetap melayan mereka dengan mesra. 6. Nilai bertanggungjawab. Contohnya: Tuk Wali gigih memikul tanggungjawab mengajar seni silat kepada anak-anak muda di kampung itu.

PENGAJARAN

GELANGGANG TUK WALI

1. Kita hendaklah mempertahankan warisan budaya bangsa. 2. Kita hendaklah berani mempertahankan negara daripada ancaman musuh. 3. Kita hendaklah menghormati guru dan orang yang lebih tua daripada kita. 4. Kita hendaklah bijak menilai kemampuan diri sendiri. 5. Kita hendaklah berbakti kepada masyarakat. 6. Kita janganlah suka menabur fitnah dan berdendam. 7. Kita hendaklah menjauhi tabiat buruk seperti menagih dadah dan mancuri. 8. Kita perlulah berunding bagi menyelesaikan masalah yang timbul.