Anda di halaman 1dari 16

Teori pembelajaran secara kontekstual

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Budaya

Konteks yang Pelbagai Fizikal

Sosial

Psikologi
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Mengapakah pendekatan kontekstual perlu dalam pengajaran dan pembelajaran?

Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.

Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.

Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

16

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL


1. 2. 3. 4. 5. 6. Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian Boleh memindahkan kemahiran Boleh meneroka dan mendapatkan bukti Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit Dapat belajar secara kerjasama

Kelebihan pembelajaran Kontekstual


Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari. 17

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

GURU 1. Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya. 2. Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan. 3. Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

PEMBELAJARAN KONTRUKSTIVISME

Konstruktivisme

Pelajar belajar dan bina sendiri pemahaman yang bermakna tentang alam sekeliling mereka

Konstruktivisme:
Satu fahaman bahawa murid bina sendiri secara aktif pengetahuan atau konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima pengetahuan secara pasif dari alam sekeliling.

S6

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONTRUKSTIVISME


Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalansoalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah. Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama mereka. Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat membina asas pengetahuan yang mereka faham.

cabaran

KELEBIHAN PEMBELAJARAN KONSTRUKSTIVISME


LEBIH BERFIKIR LEBIH FAHAM LEBIH SERONOK LEBIH INGAT LEBIH BERKEMAHIRAN SOSIAL LEBIH YAKIN KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 1. Lebih Berfikir Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat kesimpulan. 2. Faham Kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baru dalam kehidupan dan situasi baru.

3. Ingat Setelah memahami sesuatu konsep, murid akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

4. Yakin Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. 5. Kemahiran sosial Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabarandanmasalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. 6. Seronok Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran.

PENGAJARAN MASTERI LEARNING DEFINISI

Tahun : 5 Tajuk : Mengurus jualan Subtajuk : Mendapatkan pesanan 1. Murid-murid perlu tahu cara-cara untuk mendapatkan pesanan dipasaran spt telefon, e-mel, borang pesanan dan majalah perniagaan. 2. murid-murid perlu menguasai i. cara-cara menggunakan e-mel untuk membuat pesanan

ii. Cara-cara mengisi borang pesanan 3. Murid-murid memilih cara yang sesuai untuk mendapatkan pesanan barang, tempat,masa dan kemudahan yang ada. 4. Murid-murid mendapatkan pesanan iaitu dengan mengambil bahagian dalam projek sebenar di sekolah seperti hari sukan.

KEBAIKAN

Mengesan pencapaian murid Mengenal pasti jenis murid Mengesan sama ada HP telah dikuasai atau belum Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran Menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan Menentukan keberkesanan kaedah p&p

Kelemahan
Mengambil masa yang lama, perlu menunggu murid-murid menguasai sesuatu tajuk. Mungkin menyebabkan sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan. sesuai untuk tahap murid yang lebih pandai.