Anda di halaman 1dari 12

TEORI ETIKA YANG BERKESAN

Setiap teori mempunyai kekuatan masingmasing dan saling melengkapi. Dalam kebanyakkan hal,semua teori menyetujui prinsip umum yang patut diikuti. Walaubagaimanapun, THIROUC telah mengkritik prinsip yang telah dikemukakan. Dalam kajiannya, beliau telah mengenal pasti beberapa prinsip yang dianggap dapat merentasi semua teori etika.

Prinsip tersebut ialah : 1. Prinsip nilai hidup manusia. 2. Prinsip kebaikan dan kebenaran. 3. Prinsip keadilan dan saksama. 4. Prinsip kejujuran. 5. Prinsip kebebasan individu.

MARTIN dan SCHINZINGER (1992)


Beliau telah mengemukakan beberapa panduan untuk menguji keberkesanan satu- satu sistem etika : 1. Teori itu mesti jelas dan dihuraikan dengan konsep yang mudah difahami. 2. Mestilah konsisten. 3. Teori dan hujah tidak bergantung kepada maklumat yang salah. 4. Cukup komprehensif. 5. Berdasarkan pemikiran yang rasional.

Kepentingan Diri, Budaya dan Agama


1. Kepentingan diri dan Egoisme etika. Hampir semua teori etika menekankan nilai kepentingan diri. Setiap usaha untuk mendapatkan kepentingan diri mestilah diseimbangkan dengan tanggungjawab moral terhadap orang lain. Namun teori ini dicabar oleh THOMAS HOBBES (1588-1679 ) dan AYN RAND (19051982).

THOMES HOBBES dan AYN ROBBES


Mereka mengemukakan satu pandangan baru yang dikenali sebagai Egoisme etika. Egoisme etika dikatakan sebagai teori etika kerana ia melibatkan soal kemoralan dan soal egoisme. Egoisme dikaitkan dengan tugas utama setiap individu iaitu memaksimumkan kebaikan untuk dirinya sendiri. Teori ini menuntut manusia bertindak demi kepentingan diri sendiri dan tindakan itu boleh memberikan hasil yang terbaik bagi dirinya. Namun dalam kehidupan sebenar, kepentingan diri terpaksa dikorbankan. Orang yang mencari keuntungan dan kebaikan diri sendiri dari berbuat kebaikan terhadap orang lain dianggap sebagai tidak mencukupi kesedaran etikanya

Kesimpulan bagi teori ini.


Teori ini tidak mampu dipertahankan kerana? 1. Ia tidak memberikan satu kaedah yang konsisten. 2. Ia bertambah kompleks kerana kita tidak boleh hidup bersendirian. 3. Pergantungan antara satu dengan yang lain semakin perlu untuk memenuhi keperluan politik, ekonomi dan sosial.

2. Budaya dan Relativisme etika. Kita hidup dalam masyarakat yang pelbagai budaya dan ia menjadikan nilai etika bersifat relatif. Konsep Relativisme timbul, dan ia menekankan bahawa satu-satu tindakan itu dianggap beretika jika selari dengan kehendak adat,undang-undang dan nilainilai. Setiap tindakan itu dikatakan tidak beretika sekiranya ia melanggar kehendak adat, undang-undang dan nilainilai dalam masyarakat berkenaan. relativisme mengaitkan nilai etika dengan adat dan undang-undang sahaja.

Mengapakah pandangan tersebut diterima oleh sesetengah orang?


1. Penerimaan ini disebabkan undang-undang dan adat adalah perkara yang nampak dan jelas. 2. Nilai itu dianggap sebagai suatu yang subjektif diperingkat budaya. 3. Ahli antropologis menekankan wujudnya pelbagai nilai etika antara budaya.

3. Etika dan Agama. Etika dan kepercayaan mempunyai kaitan yang positif Agama diturunkan untuk mendorong manusia menjadi lebih sempurna dan mengawal manusia daripada terus terjerumus ke lembah kejahatan. Ia turut berfungsi mengukuhkan dan memantapkan lagi sistem etika dan nilai yang sedia wujud. Sistem etika dipengaruhi oleh agama. Misalnya Judeo Kristian sangat berpengaruh di kalangan masyarakat barat (Eropah, America Utama), Islam di timur tengah dan Asia. Hubungan antara etika dan agama boleh dilihat dari sudut psikologi. Agama menentukan standard etika yang tinggi meliputi semua aspek dalam kehidupan.

Setelah mengenalpasti hubungan antara agama dan etika, maka ia membantu untuk mengenalpasti keunggulan agama seperti berikut : 1. Etika agama mempunyai disiplin yang kuat dan ketat. 2. Etika agama bersifat mutlak dan universal. 3. Etika agama mempunyai kekuatan etika yang kuat.

Kegunaan Teori Etika.


1. Menyelesaikan dilema etika. a) Etika dapat membantu mengenal pasti isu etika sebenarnya. b) Menyediakan asas yang tepat tentang maklumat yang relevan bagi menyelesaikan masalah. c) Memberikan cara untuk menyusun kerelevanan pertimbangan etika mengikut susunan kepentingan. d) Mengenalpasti tindakan alternatif. e) Asas pemikiran terhadap isu etika. f) Pertingkatkan kebolehan mendapat pertimbangan dan penilaian yang seimbang. 2. Mengenalpasti obligasi etika.

Ringkasannya..
1. Etika keperibadian mulia menekankan sifat-sifat diri yang baik perlu ada dalam diri seseorang. 2. Tiga teori seperti Utilitarisme, teori wajiban dan teori hak asasi tergolong dalam kelompok teori tindakan betul. 3. Teori-teori etika boleh digunakan sebagai panduan oleh golongan profesional apabile berdepan dengan dilema etika. 4. Boleh diaplikasikan untuk mengenalpasti dan membuat justifikasi tentang tanggungjawab umum. 5. Mengkehendaki kita memberikan perhatian terhadap kebaikan dan hak seseorang.