Anda di halaman 1dari 16

Konsep Perpaduan dan Integrasi

Konsep Perpaduan & Integrasi


Definisi Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Definisi Integrasi satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dlm sesebuah unit politik. Unsur Integrasi: 1. Integrasi Wilayah 2. Integrasi ekonomi 3. Integrasi kebudayaan 4. Integrasi sosial 5. Integrasi pendidikan 6. Integrasi politik

Unsur Integrasi
1. Integrasi Wilayah Tujuan: Mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur. Contoh: Malaysia Barat dengan Malaysia Timur Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia

2. Integrasi ekonomi Usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.
3. Integrasi kebudayaan Usaha untuk membentuk satu kebudayaan kebangsaan. 4. Integrasi sosial Usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial. Contoh : Sukan, pendidikan, perumahan, kesihatan

5. Integrasi pendidikan Tujuan: mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.
6. Integrasi politik Usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.

Konsep Segregasi
Definisi Segregrasi: Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara dari segi: 1. Tempat tinggal 2. Sistem persekolahan 3. Pengangkutan 4. Kemudahan awam Segregasi didasari oleh undang-undang. Contoh: Dasar Aparteid di Afrika Selatan.

Konsep Akomodasi
Definisi Akomodasi : Proses yang menyebabkan setiap kump etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup masing masing.
Diwakili dengan formula : A+B+C = A+B+C dimana A, B, C mewakili budaya. Negara yang mengamalkan konsep ini: Malaysia, Switzerland

Konsep Akulturasi
Definisi Akulturasi :
Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Unsur kebudayaan asing yang berbeza diterima dan diolah dalam kebudayaan sendir. Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.

Masyarakat tidak mudah mencapai tahap akulturasi kecuali budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat seperti pakaian Barat. Budaya yang tidak berbentuk kebendaaan seperti ideologi dan pemikiran sukar diterima. Contoh di Malaysia:

tali leher
ang pau Makanan hiburan

Konsep Asimilasi
Definisi: Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak/sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. A mewakili golongan dominan; Formula yang diwakili: B, C mewakili A+B+C=A
golongan minoriti

Contoh: Orang Melayu di Thailand Orang Jawa di Malaysia Orang Cina di Kelantan Baba dan Nyonya

Asimilasi dalam konteks budaya tanpa melibat kepercayaan atau agama

Sebab kejayaan: Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti sendiri dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti Banyak persamaan budaya antara kumpulan etnik Kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan etnik minoriti

Konsep Amalgamasi
Definisi: Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Terjadi dalam perkahwinan campur antara kumpulan etnik. Formula : A + B + C = D
A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan D mewakili amalgam, kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B, C

Pengalaman Malaysia
Konsep-konsep hubungan etnik sangat relevan di Malaysia.
Komposisi Penduduk Malaysia, 2000-2010 (Juta orang)
Jumlah Penduduk (Juta) Tahun 2000 Tahun 2005 Tahun 2010

Bumiputera
Cina India Etnik lain Jumlah Penduduk

14.56
5.58 1.63 0.27 22.04

66.1%
25.3% 7.4% 1.2% 100%

16.06
6.15 1.83 0.32 24.36

65.9%
25.3% 7.5% 1.3% 100%

17.95
6.52 1.97 0.35 26.79

67%
24.3% 7.4% 1.3% 100%

Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010

Keharmonian Etnik di Malaysia Rumah terbuka Perkongsian budaya seperti perayaan , makanan dan pakaian. Perkongsian kuasa seperti gabungan parti politik dan kontrak sosial

Perkongsian kesenian
Usaha memupuk perpaduan di kalangan rakyat: Jabatan Perpaduan Negara. Majlis Penasihat Perpaduan Negara Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan