Anda di halaman 1dari 70

Bab 1

Pengenalan anatomi dan fisiologi


Disediakan oleh : PISMP BC semester 3 Tie Ping Ping & Wong Heu Ling

Anatomi
Anatomi ialah kajian terhadap strukturstruktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani ana bermaksud asingkan dan tome bermaksud memotong. Anatomi boleh dibahagi kepada dua bahagian: Anatomi mata kasar- mengkaji dengan mata kasar. Anatomi mikroskop atau histologi Kajian tentang tisu tubuh menggunakan microskop. Neuroanatomi Kajian tentang sistem saraf.

Fisiologi

kajian tentang fungsi struktur tubuh badan

Anatomi sistem

Konsep homeostasis dalam manusia

Homeostasis: proses kawal atau faktor fizikal dan kandungan bahan kimia persekitaran dalam yang malar.

Sebarang penyimpanan faktor fizikal atau bahan kimia daripada julat normal akan mencetuskan satu gerak balas homeostasis (mekanisme pembetulan) untuk mengembalikan keadaan ke julat asal yang norma. Mekanisme homeostasis memastikan keadaan persekitaran dalam berada pada tahap optimum untuk tindak balas biokimia sel.

Faktor yang perlu dikawal atur:


1. Suhu 2. Glukosa 3. Air 4. Urea 5. Ion Natrium 6. pH 7. Tekanan osmosis darah (dikawal oleh ginjal)

Struktur Ginjal

Arteri renal: membawa darah beroksigen dari jantung vena renal: membawa darah terdeoksigen dari ginjal kembali ke jantung.

Fungsi ginjal
Perkumuhan: ~ menyingkirkan bahan kumuh toksik (sebatian
bernitrogen) seperti: urea, asid urik, ammonia, kreatinina

Pengosmokawalaturan:
Mengawal jumlah isipadu air dalam bendalir badan Kepeketan ion dalam bendalir badan Mengawal tekanan osmosis iaitu kepekatan zat terlarut dan isipadu darah serta bendalir badan Mengawal kandungan elektrolit dan pH darah serta bendalir badan.

Struktur Nefron
Terdiri daripada struktur yang berikut: Kapsul Bowman Glomerulus Tubul uriniferus ( terdiri daripada: tubul liku proksimal, liku (gelung)Henle, tubul liku distal.)

* tubul uriniferus berakhir dengan duktus

pengumpulan dan air kencing yang dihasilkan akan disalurkan dari duktus pengumpul ke dalam ureter.

Mekanisme asas pengeluaran,penyimpanan dan pengeluaran tenaga


1.Respirasi dalam Penghasilan Tenaga 2.Pembebasan Tenaga dalam Respirasi Sel 3.Respirasi Anaerob

1.Respirasi dalam Penghasilan Tenaga

Respirasi dalam Penghasilan Tenaga


Respirasi

respirasi luar atau pernafasan

respirasi dalam atau respirasi sel

proses perrtukaran gas antara organisma dengan persekitarannya. Proses ini berlaku pada struktur atau organ respirasi tertentu.

proses biokimia dalam sel untuk menghasilkan tenaga. Respirasi sel melibatkan proses pengoksidaan dan pemecahan glukosa untuk

Respirasi dalam Penghasilan Tenaga

Tenaga diperlukan untuk: a. Pengecutan otot b. Pengangkutan bahan kimia c. Pengangkutan aktif d. Penghantaran impuls saraf e. Pembinaan sel baru untuk pertumbuhan f. Pengekalan suhu badan g. Perkumuhan h. Sintesis lemak, hormon, protein dan enzim Tenaga yang diperlukan berasal daripada

makanan yang telah dicernakan dan diserap ke dalam sel badan

Respirasi dalam Penghasilan Tenaga


Makanan seperti karbohidrat, lemak dan protein mengandungi tenaga kimia Tenaga kimia yang terperangkap dalam makanan perlu dibebaskan untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh badan Glukosa membekalkan tenaga dalam haiwan, manusia dan tumbuhan Bagi haiwan dan manusia, glukosa ialah hasil daripada pencernaan karbohidrat manakala bagi tumbuhan, glokosa ialah hasil daripada proses fotosintesis

Pembebasan Tenaga dalam Respirasi Sel


Hasil pencernaan karbohidrat, iaitu glukosa(substrat utama respirasi) dihantar ke sel badan. Oksigen yang disebut dari atmosfera(melalui respirasi luar) juga dihantar ke sel badan. Dalam sel badan, oksigen diguna untuk mengoksidakan glukosa dalam satu siri tindak balas kompleks yang dikawal oleh enzim. Proses pengoksidaan glukosa dalam sel badan boleh diringkaskan dalam persamaan kimia berikut: Glukosa + oksigen karbon dioksida + air + tenaga Atau

Pembebasan Tenaga dalam Respirasi Sel


Oleh sebab proses pengoksidaan glukosa ini melibatkan penggunaan oksigen, maka proses ini dikenali sebagai respirasi aerob. Respirasi aerob melibatkan pengoksidaan glukosa dalam kehadiran oksigen kepada karbon dioksida, air dan tenaga. Organisma yang menjalankan respirasi aerob disebut sebagai organisma aerob. Respirasi aerob berlaku secara perlahan-perlahan dan tenaga yang tersimpan dalam makanan dibebaskan sedikit demi sedikit. Dengan cara ini, hanya sebahagian kecil tenaga hilang sebagai tenaga haba untuk memelihara suhu badan. Sebahagian besar tenaga disimpan dalam molekul ATP (adenosine trifosfat) yang kaya dengan tenaga.

Pembebasan Tenaga dalam Respirasi Sel


Molekul ATP dibentuk melalui penambahan kumpulan fosfat tak organik kepada ADP (adenosine difosfat) ADP + fosfat + tenaga(daripada pengoksidaan glukosa) ATP Molekul ATP boleh digambarkan sebagai A P P P. Apabila ikatan () pada kumpulan fosfat yang terakhir terputus, banyak tenaga yang terbebas dibekalkan untuk aktiviti seperti pembinaan protein, pengangkutan aktif dan pengecutan otot. ATP merupakan sumber tenaga serta-merta dan ikatan fosfat boleh dipecahkan dengan cepat untuk membekalkan tenaga.

Pembebasan Tenaga dalam Respirasi Sel

Keseluruhan respirasi sel secara aerob boleh digambarkan sebagai C6H12O6 + 6O2 6CO2 + 6H2O ADP + P ATP

Respirasi Anaerob

Respirasi anaerob merupakan proses penguraian glukosa di bawah keadaan bekalan oksigen terhad atau tanpa oksigen langsung. Organisma yang menjalankan respirasi anaerob disebut organisma anaerob. Contoh organisma anaerob ialah bacteria dan beberapa jenis kulat. Otot haiwan vertebrat yang aktif mengecut juga boleh menjalankan respirasi anaerob. Respirasi anaerob dianggap sebagai penguraian glukosa tidak lengkap kerana tenaga masih boleh dibebaskan apabila hasil respirasi diuraikan.

Respirasi anaerob dalam otot manusia


Respirasi anaerob berlaku dalam otot manusia apabila sel otot manusia mengecut semasa aktiviti fizikal yang cergas. Semasa pengecutan otot sedang berlaku, darah tidak dapat membekalkan oksigen yang mencukupi dengan cepat. Kadar penggunaan oksigen oleh sel otot melebihi kuantiti oksigen yang dibekalkan kepadanya oleh sistem peredaran darah. Otot berada dalam keadaan kekurangan oksigen dan dikatakan mengalami hutang oksigen. Dalam keadaan ini, sel otot terpaksa berespirasi secara anaerob untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan.

Respirasi anaerob dalam otot manusia


Glukosa diuraikan kepada asid laktik dan tenaga (ATP) dalam keadaan ketiadaan oksigen. Glukosa asid laktik + ATP Atau C6H12O6 2C3H6O3 + 150 kJ glukosa asid laktik Respirasi anaerob hanya menghasilkan 2 molekul ATP atau 150 kJ tenaga berbanding dengan respirasi aerob yang menghasilkan 36 molekul ATP atau 1898 kJ tenaga. Oleh itu tenaga yang dihasilkan sewaktu respirasi anaerob adalah sedikit kerana penguraian glukosa tidak lengkap dan sebahagian tenaga masih terikat dalam molekul asid laktik.

Respirasi anaerob dalam otot manusia


Asid laktik yang terkumpul mengakibatkan kelesuan otot. Oleh itu asid laktik mesti disingkirkan. Orang yang sedang menjalankan aktiviti cergas terpaksa menghentikan gerakan ototnya. Setelah gerakan otot berhenti, orang tersebut akan bernafas dengan kuat dan tercungap-cungap untuk mendapatkan lebih banyak oksigen dari luar. Oksigen yang berlebihan ini kemudian diguna untuk mengoksidakan asid laktik yang terkumpul kepada karbon dioksida, air dan tenaga. Asid laktik + oksigen karbon dioksida + air + tenaga Proses pengoksidaan asid laktik berlaku di dalam hati

Respirasi anaerob dalam otot manusia


Sebahagian asid laktik dioksidakan untuk menghasilkan tenaga dan sebahagian lagi ditukar kepada glukosa yang seterusnya ditukar kepada glikogen untuk disimpan di otot. Apabila semua asid laktik telah disingkirkan melalui pengambilan oksigen tambahan selepas aktiviti cergas, hutang oksigen dikatakan telah dibayar.

Respirasi anaerob dalam otot manusia


Semasa menjalankan aktiviti cergas bekalan oksigen tidak mencukupi.

Glukosa Asid laktik + tenaga

Selepas aktiviti cergas, pelari bernafas tercungap-cungap untuk mendapatkan bekalan oksigen tambahan bagi membayar hutang oksigen

a) Asid laktik + oksigen karbon dioksida + air + tenaga b) Asid laktik glukosa c)

glukosa

glikogen (disimpan di otot)

Bahan Kimia Utama Badan


Unsur kimia di dalam sel
Sel

merupakan unit asas kehidupan. Oleh itu, sel mengandungi bahan kimia di dalam protoplasmanya. Pelbagai unsur terdapat di dalam sel. Unsur-unsur ini hadir dalam kuantiti yang berbeza dan dikelaskan ke dalam tiga kategori mengikut kepekatan relatifnya di dalam sel.

Kelas Unsur utama

Unsur-unsur di dalam sel

Unsur surih

Unsur Hidrogen Karbon Oksigen Nitrogen Natrium Kalium Magnesium Kalsium Fosforus Sulfur Klorin Zink Ferum Kuprum Mangan Kobalt

Simbol H C O N Na K Mg Ca P S Cl Zn Fe Cu Mn Co

Unsur ultrasurih

Unsur karbon, hydrogen dan oksigen terdapat dengan banyak di dalam sel kerana sel mengandungi kuantiti air yang besar dan kebanyakan sebatian yang terdapat di dalam sel terdiri daripada karbon, hydrogen dan oksigen. Sebatian yang terdapat dalam organisma hidup dibahagi kepada sebatian organik dan sebatian tak organik. A.Sebatian organik ialah sebatian yang mengandungi unsur karbon dan berasal daripada organisma hidup B.Sebatian tak organik tidak mengandungi unsur karbon kecuali sebatian yang mengandungi ion karbonat, oksida atau

Antara sebatian organik yang terdapat dalam sel ialah karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik. Sebatian organik disintesis oleh sel sendiri. Sebatian tak organik yang terdapat dalam sel ialah air, asid, bes dan garam mineral. Sebatian ini tidak boleh disintesis oleh sel sendiri tetapi diperoleh daripada persekitaran luar.

Sebatian kimia Karbohidrat Protein Lipid Asid nukleik Air Unsur yang terdapat dalam sebatian kimia Karbon, hidrogen, oksigen Karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur, fosforus Karbon, hidrogen, oksigen Karbon, hidrogen, oksigen, fosforus, nitrogen Hidrogen, oksigen

Kebanyakkan unsur di dalam sel wujud sebagai ion. Misalnya, ion natrium, ion magnesium, ion klorida, ion kalium dan ion kalsium. Fungsi unsur-unsur bagi sel haiwan dan sel tumbuhan:

Unsur Hidrogen Karbon Oksigen Nitrogen Sulfur

Fungsi Kedua-dua sel haiwan dan sel tumbuhan Pembentukan sebatian organik seperti karbohidrat, protein, lipid dan asid nukleik

Kedua-dua sel haiwan dan sel tumbuhan Komponen bagi sesetengah protein Natrium Sel haiwan Mengekalkan tekanan osmosis dalam sel Membantu dalam penghantaran impuls saraf Sel tumbuhan Tidak diperlukan Magnesium Sel haiwan Terlibat dalam pembinaan protein Bertindak sebagai pengaktif (kofaktor) bagi sesetengah enzim Sel tumbuhan Diperlukan dalam sintesis klorofil Mengaktifkan enzim dalam sel

Unsur Kalsium

Fungsi Sel haiwan Membantu pembentukan tulang dan gigi Membantu pengecutan sel otot Sel tumbuhan Diperlukan dalam pembentukan dinding sel berselulosa Mengekalkan sifat separa telap pada membrane plasma Sel haiwan Membina hemoglobin dalam sel darah merah untuk mengangkut oksigen Diperlukan untuk pembentukan enzim respirasi Sel tumbuhan Diperlukan untuk sintesis klorofil Bertindak sebagai pembawa electron dalam mekanisme fotosintesis dan respirasi

Ferum

Unsur Fosforus

Fungsi Sel haiwan Membantu pembentukan tulang dan gigi Membantu pengecutan sel otot Diperlukan dalam pembentukan molekul adenosine trifosfat (ATP) yang kaya dengan simpanan tenaga Komponen penting asid nukleik (DNA dan RNA) Sel tumbuhan Membentuk biji benih dan bunga Mempercapatkan pembahagian sel Diperlukan dalam pembentukan ATP Mensintesiskan asid nukleik

Unsur Kalium

Fungsi Sel haiwan Mempengaruhi tindakan otot dan saraf Sel tumbuhan Menghasilkan karbohidrat dan buah Mengaktifkan enzim Sel haiwan Diperlukan oleh sel perut untuk sintesis asid hidroklorik dalam menetapkan pH perut dan memusnahkan patogen yang Berjaya masuk ke dalam perut Sel tumbuhan Pembebasan oksigen dalam proses fotosintesis

Klorin

Protein membentuk kira-kira 15% protoplasma dan merupakan komponen yang penting bagi struktur sel. Protein dibina daripada unit kecil yang disebut asid amino. Lipid boleh membentuk sehingga kirakira 15% protoplasma dan tidak larut dalam air Karbohidrat dihasilkan semasa fotosintesis dan wujud dalam

Konsep Keadaan Keseimbangan


Proses

Pengosmokawalaturan oleh

Ginjal Pengawalaturan Suhu Badan Pengawalaturan Aras Gula Darah

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal


Proses Pengosmokawalaturan merupakan proses keseimbangan kandungan air dan garam mineral, iaitu tekanan osmosis persekitaran dalam yang dibantu oleh hormone Komposisi bendalir badan lebih dipengaruhi oleh isi padu air kencing yang disingkirkan oleh ginjal berbanding dengan kuantiti isi padu air yang diambil oleh badan. Hormon yang terlibat dalam pengosmokawalaturan ialah: a. hormon antidiuresis (ADH) yang dirembeskan oleh cuping posterior kelenjar pituitary b. hormon aldosteron yang dirembeskan oleh bahagian korteks kelenjar adrenal. Perembesan hormone aldosteron juga dikawal oleh kelenjar pituitary.

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal

Hormon ADH mengawal ketelapan membran tubul berlingkar distal dan duktus pengumpul terhadap air. Hormon ADH menyebabkan kedua-dua tubul menjadi lebih telap kepada air. Akibatnya, lebih banyak air diserap semula ke dalam aliran darah. Hormon aldosteron mengawal atur penyerapan semula ion natrium di liku Henle Dalam proses pengosmokawalaturan, penyerapan semula air adalah lebih penting daripada penyerapan semula ion natrium. Apabila seseorang meminum terlalu banyak air, tekanan osmosis darah akan menurun. Sebaliknya apabila dia meminum air yang sedikit dan tidak mencukupi atau mengambil makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi, tekanan osmosis darah akan meningkat.

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal


Perubahan tekanan osmosis dikesan oleh osmoreseptor di dalam hipotalamus. Maklumat rangsangan dihantar ke kelenjar pituitary. a. Jika tekanan osmosis darah meningkat, rembesan ADH ditingkatkan b. Jika tekanan osmosis darah menurun, ADH kurang dirembeskan. Sebaliknya, kekurangan garam di dalam darah merangsang rembesan aldosteron yang meningkatkan penyerapan semula garam di tubul distal dan duktus pengumpul.

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal

Pengawalaturan kandungan garam dalam darah dibantu oleh hormon aldosteron. Apabila kandungan garam di dalam darah berkurangan, kelenjar adrenal akan dirangsang untuk merembes hormon aldosteron. Hormon ini akan bertindak ke atas tubul berlingkar distal supaya lebih banyak garam diserap untuk meningkatkan semula kandungan garam dalam darah. Sekiranya kandungan garam dalam darah bertambah, kelenjar adrenal tidak dirangsang. Oleh itu, hormon aldosteron tidak dirembeskan dan kurang garam diserap semula. Kandungan garam di dalam darah menurun ke julat

Proses Pengosmokawalaturan oleh Ginjal


Proses pengosmokawalaturan oleh ginjal adalah berasaskan kepada mekanisme suap balik negatif. Apabila tekanan osmosis darah kembali ke aras normal, osmoreseptor dalam hipotalamus tidak akan dirangsang, maka kelenjar pituitary juga tidak akan dirangsang. Kelenjar adrenal juga tidak dirangsang. Seterusnya hormon ADH dan hormon aldosteron tidak akan dirembeskan.

Pengawalaturan Suhu Badan

Pengawalaturan Suhu Badan


Manusia perlu mengawal atur suhu badan supaya suhu badan sentiasa kekal pada satu nilai yang tetap, iaitu pada sekitar 37 Celsius walaupun suhu sekeliling berubah. Pengekalan suhu pada satu nilai tetap adalah penting supaya tindak balas metabolism sel yang dimangkinkan oleh enzim dapat berlaku pada tahap optimum. Suhu yang terlalu tinggi akan menyahaslikan enzim manakala suhu yang terlalu rendah akan melambatkan aktiviti metabolism sel sehingga tidak dapat menampung kemandirian sel. Pengawalaturan suhu badan dilakukan dengan mengimbangkan haba yang hilang daripada badan dengan haba yang dihasilkan oleh badan

Pengawalaturan Suhu Badan

Haba dihilangkan dari badan melalui kulit, air kencing, tinja, hembusan nafas dan penyejatan peluh. Haba dihasilkan dalam badan melalui respirasi sel dan penyerapan haba dari persekitaran. Kulit memainkan peranan yang penting dalam mengawal atur suhu badan. Pada kulit terdapat reseptor yang peka terhadap perubahan suhu persekitaran luar. Reseptor ini disebut termoreseptor. Termoreseptor menerima rangsangan dan menghantar impuls saraf ke hipotalamus otak melalui saraf aferen. Pusat kawalan suhu dalam

Pengawalaturan Suhu Badan


Selain daripada menerima utusan daripada impuls saraf yang dihantar oleh termoreseptor, hipotalamus juga menerima utusan mengenai perubahan suhu badan daripada darah yang mengalir melalui otak. Selepas ditafsirkan, maklumat akan dihantar ke efektor seperti otot rangka, kelenjar peluh dan kelenjar endokrin melalui saraf eferen Pengawalaturan suhu badan dijalankan melalui beberapa cara fizikal dan cara metabolik.

Pengawalaturan Suhu Badan

Mekanisme suap balik negatif dalam pengawalaturan suhu badan manusia diringkaskan seperti berikut:

Pengawalaturan Aras Gula Darah

Pengawalaturan Aras Gula Darah


Kepekatan glukosa dalam darah seseorang yang normal ialah 90 mg dalam setiap 100 cm darah Sekiranya glukosa terdapat secara berlebihan dalam darah, air akan hilang dari sel secara osmosis. Kehilangan sir menyebabkan sel mengalami krenasi. Sebaliknya, kekurangan glukosa dalam darah akan menyebabkan sel mengembang, tekanan darah rendah, keletihan dan koma. Aras glukosa dikawal oleh organ hati dan pankreas Perubahan aras glukosa dalam darah dikesan oleh pankreas. Pankreas akan merembeskan hormon insulin atau hormon glucagon unutk membetulkan aras gula dalam darah kepada nilai normal. Terdapat dua jenis sel dalam kelompok sel Langerhans, iaitu sel alfa dan sel beta. Sel alfa () merembeskan hormon insulin manakala sel beta ()

Aras glukosa dalam darah menigkat


a. b. c. d.

Pengawalaturan Aras Gula Darah

e.

Apabila aras glukosa darah meningkat, sel alfa akan dirangsang untuk merembeskan hormon insulin ke dalam darah. Insulin diangkut ke hati melalui aliran darah. Di hati, hormon insulin merangsang sel hati melakukan gerak balas berikut: Menukar glukosa kepada glikogen untuk disimpan dalam hati Mempercepatkan kadar respirasi glukosa Menukar glukosa kepada lemak Menghalang pembentukan glukosa daripada glikogen Menghalang penukaran asid amino dan lemak kepada glukosa Hormon insulin juga merangsang sel badan yang lain (kecuali sel otak) untuk menggunakan glukosa dalam darah Gerak balas ini menurunkan aras glukosa ke aras normal semula

Pengawalaturan Aras Gula Darah


Aras glukosa dalam darah berkurang Apabila aras glukosa berkurang, sel beta dirangsang untuk merembeskan hormon glucagon ke dalam darah dan diangkut ke hati Di hati, hormon glukogen merangsang sel hati melakukan gerak balas berikut: a) Menukar glikogen kepada glukosa b) Melambatkan kadar respirasi glukosa c) Menghalang penukaran glukosa kepada glikogen Hormon glukagon merangsang sel badan yang lain untuk menggunakan lemak Gerak balas ini meningkatkan aras glukosa ke aras normal semula.

Adakalanya seseorang tidak dapat menghasilkan hormon insulin yang mencukupi. Aras glukosa dalam darahnya akan meningkat (hiperglisemia) dan glukosa akan dikumuhkan dalam air kencingnya (glikosuria). Dalam keadaan sedemikian, orang tersebut dikatakan telah menghidap penyakit diabetes mellitus. Seorang pesakit diabetes mellitus akan sentiasa berasa haus, penat, letih dan mengalami penurunan berat badan. Pesakit akan mati sekiranya tidak dirawat. Pesakit boleh dirawat dengan menyuntik hormon insulin untuk mengurangkan aras glukosa dalam darah dengan menukarkan glukosa kepada glikogen. Akan tetapi sekiranya terlalu banyak insulin diberikan, pesakit akan mengalami hipoglisemia yang menyebabkannya merasa gelisah, menggeletar dan hilang kesedaran. Pengawalaturan aras glukosa dalam darah menunjukkan

Pengawalaturan Aras Gula Darah

Jenis dan fungsi tisu utama


Sifat

dan fungsi tisu haiwan

Tisu ialah sekumpulan sel yang telah mengalami pengkhususan yang sama dan dengan itu mempunyai struktur yang serupa serta tersusun bersama-sama untuk melaksanakan satu fungsi khusus.

Terdapat empat jenis tisu yang berlainan pada haiwan, iaitu tisu epithelium, tisu otot, tisu penghubung dan tisu saraf.

Sifat dan fungsi tisu haiwan


Tisu Fungsi Tisu epitelium Membentuk halangan yang bersifat Terdiri daripada satu atau lebih daripada satu pelindung daripada jangkitan, kecederaan, lapisan sel bahan kimia, pendehidratan dan mengawal Tersusun rapat di antara satu sama lain tanpa atur suhu badan kehadiran ruang antara sel Mengasingkan sel-sel di bawahnya daripada Terdapat di permukaaan luar(kulit dan ruang medium di luar mulut) dan permukaan berongga di dalam badan Tisu epitelium mungkin mengalami (rongga salur pencernaan dan peparu) pengubahsuaian dari segi struktur dan fungsi untuk membentuk kelenjar yang merembeskan jus pencernaan di dalam salur pencernaan, misalnya mukus dan enzim. Menyerap bahan seperti makanan tercerna dan membenarkan pergerakan bahan merentasnya(misalnya penyerapan gas oksigen dan gas karbon dioksida di peparu) Melapik sesuatu permukaan atau rongga epitelium pada kulit Sesetengah tisu mengalami pengubahsuaian untuk membentuk kelenjar pada kulit, misalnya kelenjar peluh dan kelenjar sebum.

Sifat dan fungsi tisu haiwan


Tisu Tisu otot Tisu yang paling banyak di dalam badan Terdiri daripada sel otot dan gentian otot Fungsi Otot licin: membolehkan tindakan peristalsis melalui pengecutan dan pengenduran otototot di sepanjang lumen salur pencernaan Otot rangka: mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan tulang dan anggota badan Otot kardium: menyebabkan denyutan (a) Otot licin yang membentuk dinding organ dan jantung untuk mengepamkan darah ke salur-salur di dalam badan seluruh badan

(b) Otot rangka yang menyambungkan tulang dengan tulang

(c) Otot kardium (otot utamabagi jantung )

Sifat dan fungsi tisu haiwan


Tisu Fungsi Tisu saraf Menghantar impuls saraf Sel asas disebut neuron Menyelaras dan mengawal Terdiri daripada jasad sel dan aktiviti badan gentian saraf

Sifat dan fungsi tisu haiwan


Tisu Fungsi
Tisu penghubung Bergantung pada jenis tisu, setiapnya Terdiri daripada beberapa jenis sel yang mempunyai fungsi tertentu terpisah antara satu sama lain tetapi Misalnya, tisu penghubung bergentian, terbenam dalam matriks bersama-sama iaitu ligamen menyambung tulang dengan gentian dengan tulang lain, tendon Contoh: darah, tulang rawan, tedon, menghubungkan otot dengan tulang. ligamen Rawan tulang menutupi hujung tulang Rawan juga didapati sebagai ceper antara vertebra. Tulang pula terlibat dalam (a)Tisu darah pembentukan rangka badan dan melindungi organ badan. Tisu ini juga membentuk sel darah merah di dalam sumsum tulang (b)Tisu tulang Tisu darah seperti sel darah merah mengangkut gas oksigen dan gas karbon dioksida manakala sel darah putih berfungsi dalam sistem (a)Tisu rawan pertahanan badan.

Anda mungkin juga menyukai