Anda di halaman 1dari 10

Refleksi

PENDIDIKAN SENI VISUAL Afiq Syawal Syida Ika Mida

Sepanjang kuliah berjalan daripada bulan Julai sehingga sekarang, pelbagai perkara telah kami pelajari disini. Terutamanya mata pelajaran PSV (pendidikan seni visual). Terdapat tiga peringkat yang kami tekankan dalam ruangan refleksi ini, iaitu, peringkat permulaan, peringkat pertengahan, dan peringkat akhir. Untuk semester ini, tiga peringkat ini telah menyempurnakan pemahaman kami tentang asas seni visual.

1. Peringkat permulaan
Kami telah mempelajari asas-asas seni visual yang terbahagi kepada dua iaitu prinsip rekaan dan unsur seni. Pada peringkat ini, kami diwajibkan untuk mengingati kesemua prinsip rekaan dan unsur seni tersebut. Bukan setakat itu sahaja, kami juga perlu mengingati setiap maksud prinsip rekaan yang terdiri daripada tujuh prinsip, dan unsur seni yang terdiri daripada enam unsur.

bagi memantapkan lagi pemahaman kami tentang prinsip rekaan dan unsur seni ini, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat pembentangan, dimana satu kumpulan memegang dua tajuk dalam prinsip rekaan dan satu tajuk dalam unsur seni. Kelas kami mengambil masa lebih kurang tiga minggu untuk menyempurnakan tugasan ini. Dengan pertolongan kedua-dua pensyarah kami, definisi setiap unsur dan prisip rekaan dapat kami fahami dengan lebih baik.

2. Peringkat pertengahan
Setelah itu, kami diberikan tugasan untuk membuat karya berdasarkan unsur seni dan prinsip rekaan yang telah dipelajari secara teori. Kebanyakan pembelajaran kami pada peringkat pertengahan ini lebih kepada amali. Pada peringkat ini, kami lebih memahami cara menghasilkan karya berdasarkan unsur seni dan prisip rekaan.

Contohnya, kami diberi tugasan untuk membuat arca mobail, dalam tugasan ini kami perlu tahu prinsip rekaan yang tepat untuk menghasilkannya iaitu imbangan. Selain itu, kami luga membuat beberapa kajian mengenai unsur seni seperti kajian rupa (membuat logo), kajian garisan, jalinan dan warna. Peringkat ini juga telah menguji daya kreatif kami untuk menghasilkan sesuatu karya yang baik dan bermakna.

3. Peringkat akhir
Selepas melalui proses tugasan amali, kami diberikan pendedahan mengenai cara mentafsirkan setiap karya yang telah dihasilkan. Setiap tugasan amali akan dinilai oleh pensyarah. Melalui proses ini, kami dapat mengenalpasti identiti atau cara setiap pelajar dalam menghasilkan karya mereka.

Selain itu, dengan mempelajari cara mentafsir lukisan atau karya tersebut kami dapat mengetahui emosi dan jiwa pengkarya melalui karyanya.

Contohnya, pelukis menggunakan warna panas dan lukisannya bermotifkan benda yang tajam seperti duri, itu menunjukkan pelukis tersebut dalam emosi marah ataupun ingin memberi amaran. Aktiviti yang kami lakukan untuk mempelajari tafsiran ini ialah kami perlu mengumpulkan kesemua hasil kerja setiap pelajar dan membuat pameran dibelakang dinding kelas, kemudian, setiap hasil kerja tersebut akan dinilai oleh pensyarah satu per satu.

Pembelajaran ini membolehkan kami memahami cerita atau maksud sesuatu karya.

HASIL KARYA PELAJAR

Anda mungkin juga menyukai