Anda di halaman 1dari 21

SIMULASI

DEFINISI
Simulasi berasal dari perkataan simulate yang bererti berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Dalam konteks P&P, simulasi dapat diertikan sebagai cara penyampaian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu.

KONSEP
Suatu situasi pembelajaran dalam keadaan yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi yang sebenar dengan tujuan menjalankan latihan penyelesaian masalah tertentu. Teknik ini digunakan untuk membolehkan murid-murid berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal.

Tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan.

Murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakon sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura dalam suatu keadaan yang diaturkan.

Jenis-Jenis Simulasi
Sosiodrama Main Peranan

sosiodrama
Sosiodrama adalah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap. Berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi atau isu berkonflik, mempunyai perwatakan yang menentang nilai sosial. Skirip lakonan biasanya disediakan terlebih dahulu untuk murid-murid yang dipilih berlakon supaya mereka dapat membaca dan membuat persediaan. Mengajar murid berikir cara menyelesaikan masalah berkonflik itu secara kritis dan

Membolehkan murid menunjukkan sikap dan perasaan melalui lakonan, menyusun idea dan melatih mereka bertindak balas secara spontan apabila berhadapan dengan situasi berkonflik yang sama. murid-murid yang dipilih untuk berlakon akan memainkan peranan masing-masing mengikut situasi yang digambarkan dalam skrip drama. Selepas berlakon, aktiviti perbincangan diadakan untuk menganalisis dan menilai watak-watak lakonan dan membuat

Main Peranan

Satu teknik mengajar dalam bilik darjah. Satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip. Murid membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang dibayangkan dengan secara spontan. Guru akan memberi keterangan ringkas mengenai objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi itu kepada murid-

Murid yang berminat berlakon kemudian dipilih untuk melakonkan situasi yang direka. Pelakon-pelakon dikehendaki memikirkan dan mengemukakan cara penyelesaian masalah yang timbul dalam situasi itu. Tempoh lakonan yang digunakan hendaklah pendek, biasanya di antara lingkungan 5-6 minit sahaja. Selepas selesai aktiviti main peranan, penilaian prestasi pelakon-pelakon dan rumusan cara penyelesaian hendaklah dibuat.

Melalui aktiviti ini, murid dapat mengukuhkan kemahiran peraturan dan melatih diri untuk berfikir secara spontan. supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin dalam situasi yang terkawal. Membolehkan pelajar memahami lebih mendalam akan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar.

Tujuan- Tujuan Simulasi


Untuk menguasai kemahiran Untuk membina pemikiran secara analitis dan kritis. Untuk membina sikap positif. Untuk mengaitkan isi pelajaran dengan aspek afektif. Untuk membawa situasi yang sebenar ke dalam bilik darjah. Untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

Prinsip-prinsip pelaksanaan simulasi


1.

2.

3.

Guru merancang situasi yang bermasalah & mewujudkannya secara bertulis atau lisan di dalam kelas. Penerangan ringkas mengenai masalah, peranan watak-watak dan tempoh masa sesi simulasi hendak diberi sebelum menjalankan aktiviti lakonan. Murid yang telah mahir dalam pertuturan dipilih sebagai pelakon.

4. Bagi aktiviti sosiodrama, skrip lakonan perlu disediakan & diedarkan kepada murid-murid yang dipilih untuk berlakon terlebih dahulu. 5. Alatan seperti topeng harus disediakan jika pelakon memerlukannya. 6. Ketika simulasi dijalankan, pastikan murid lain yang menjadi penonton menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap aktiviti lakonan.

7. Selepas sesi simulasi, guru harus meminta murid memberi pandangan tentang cara penyelesaian masalah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan. 8. Suatu rumusan perlu dicapai melalui perbincangan di antara murid pada akhir waktu pelajaran.

Langkah langkah pelaksanaan simulasi


Guru mewujudkan satu situasi bermasalah. Guru menerangkan secara ringkas tentang situasi bermasalah, peranan watak-watak & tempoh lakonan. Guru memilih pelakon-pelakon dari kalangan murid-murid. Murid-murid memainkan peranan mereka berdasarkan wataknya dalam sesi simulasi sambil menunjukkan cara penyelesaiannya. Guru berbincang dengan murid berkaitan prestasi para pelakon & cara menyelesaikan masalah. Guru membimbing murid-murid membuat rumusan.

KEKUATAN SIMULASI
Kaedah simulasi berguna untuk mencapai objektif kognitif aras tinggi seperti analisis, sintesis dan penilaian, juga pelbagai objektif afektif seperti sikap. Simulasi juga boleh mencapai pemindahan pembelajaran positif (positive transfer of learning) iaitu keupayaan peserta untuk mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh semasa latihan kepada situasi lain.

Dapat melibatkan pelajar secara aktif & mempertingkatkan motivasi mereka. Pelajar berpeluang memikirkan jalan penyelesaian masalah dengan cepat. Kemahiran pertuturan pelajar dapat dipertingkatkan. Pelajar dapat belajar dalam situasi yang menarik serta menyeronokkan. Pelajar dapat menghayati nilai-nilai yang baik dalam lakonan. Pelajar dapat menonjol bakat lakonan mereka.

Kelemahan simulasi

Perasaan gelisah mungkin timbul di kalangan murid yang tidak pernah mempunyai pengalaman berlakon. Prestasi pelakon yang kurang baik & menarik akan menimbulkan perasaan bosan di kalangan penonton. Kejayaan menggunakan teknik ini bergantung kepada persediaan yang rapi, pelakon-pelakon yang berkaliber serta dapat memberi penyelesaian secara spontan.

Hanya murid yang terlibat dalam lakonan sahaja dapat memperoleh pengalaman secara langsung & faedah-faedah lakonan. Penilaian prestasi pelakon & membuat rumusan tidak mudah dilakukan seperti yang diharapkan.

Rumusan

Ringkasnya, simulasi ialah: Menjalankan sesuatu aktiviti yang mencerminkan keadaan realiti. Melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa dalam sesuatu keadaan yang teratur. Masalah yang berlaku di alam sekitar seperti di kedai, jalan raya, pasar, sekolah, tempat awam serta mempunyai kaitan dengan diri murid dilakonkan. Sosiodrama & main peranan adalah contoh simulasi.

Sosiodrama ialah aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap, skrip lakonan disediakan terlebih dahulu. Main peranan ialah lakonan spontan yang boleh dilakukan dalam bilik darjah. Aktiviti lakonan ini biasanya berdasarkan kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul. Murid-murid membayangkan situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengikut situasi yang yang dibayangkan itu.

Anda mungkin juga menyukai