Anda di halaman 1dari 6

PENDIDIKAN SEKSUALITI DI PRASEKOLAH

DEFINISI
Pendidikan seksualiti ialah keupayaan unutk memahami atau melahirkan perasaan seksual. Ia berfokus kepada aspek biologi, sosiobudaya,

psikologi dan kepercayaan dari dimensi kognitif, afektif


dan tingkah laku termasuk kemahiran untuk komunikasi secara afektif serta kemahiran membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab.

Ia meliputi enam teras iaitu :


perkembangan manusia Perhubungan perkahwinan dan kekeluargaan kemahiran diri kesihatan dan tingkah laku seksual masyarakat dan budaya.

KEPERLUAN PENDIDIKAN SEKSUALITI DI PRASEKOLAH


Memberi pengetahuan awal kepada kanak-kanak supaya mereka dapat

membezakan mana antara yang benar atau salah.


Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya , jadi ia sangat sesuai pada tahap kanak-kanak prasekolah supaya mereka tahu serba

sedikit tentang seks.


Walaupun ia tidak di ajar secara langsung, namun terdapat penerapan tentang pendidikan seks dalam matapelajaran lain seperti Pendidikan

Islam, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Contohnya, dalam matapelajaran Pendidikan Islam, guru boleh menegaskan


bahawa salah jika lelaki dan perempuan bukan muhrim berpegangan tangan. Ia haram di sisi agama Islam. Secara tidak langsung, pendidikan ini mengelakkan daripada berlakunya jenayah-jenayah seksual dalam kalangan pelajar.

Ibu bapa juga memainkan peranan dalam memberi pendidikan seksualiti kepada kanak-kanak seperti tidak membenarkan anak perempuan mandi bersama adik beradik lelaki yang lain. Ini perlu untuk mengelakkan berlakunya hubungan seksual antara saudara kandung lebih-lebih lagi jika perbezaan umur yang agak jauh antara mereka.

Pendidikan seksualti ini perlu untuk mengelakkan jenayah seksual seperti rogol, sumbang mahram, mencabul dan sebagainya.

Menjadi tanggungjawab utama ibu bapa dan guru mendidik anak-anak supaya dapat menjauhi situasi yang boleh menyebabkan mereka terjerumus seterusnya menjadi mangsa jenayah seksual.

Mereka perlu peka mengenai pendidikan seks agar mereka boleh memberi penerangan kepada anak-anak kerana tanggapan pendidikan seks perkara yang memalukan, perlu diubah.

Kanak-kanak perlu didedahkan soal jenayah seksual kerana ini membabitkan masa depan mereka. Berterus teranglah kerana ibu bapa individu paling hampir dan sesuai mendekati anak mereka.

Anda mungkin juga menyukai