Anda di halaman 1dari 26

Disediakan oleh:

Zulaikha binti Omar Wan Nor Ifatin Illin binti Daud Tuan Nur Izzati binti Tuan Mohamad Wan Nurfarahiyah binti W. Liah PISMP SAINS SEMESTER 6

Kebanyakkan

tunbuhan berkayu boleh di awetkan terutama daun dan bunganya untuk dijadikan spesimen herbarium. Keadaan ini adalah paling sesuai dan boleh disimpan dengan lama jika disimpan dikendalikan dengan sempurna. Pengawetan dalam bentuk kering ini adalah sesuai untuk dijadikan bahan rujukan di makmal sekolah anda.

Bagi

mengumpul sesuatu jenis spesimen tumbuhan, kita terpaksa mengumpul beberapa bahagian pentingnya seperti contoh buah, daun dan bunga bagi membantu kita semasa peringkat (e) dan seterusnya. Jika tumbuhan itu bersaiz kecil, adalah lebih jika bahagian-bahagian akar dan struktur istimewa tumbuhan itu dimasukkan. Keratan spesimen yang diambil haruslah segar dan sihat.

Spesimen

perlu disusun mendatar di antara kertas akhbar lama. Pastikan bahagian-bahagiannya seperti daun dan bunga terbuka/terkembang untuk mudah dilihat. Bahagian daun pula perlu diselang-selikan antara bahagian yang terlentang dan tertiarap. Letakkan papan lapis di bahagian atas dan bawah susunan spesimen-spesimen itu. Untuk menambah tekanan, ketatkan ikatan susunan papan lapis atau tindih dengan pemberat

Bahagian-bahagian

daun dan bunga biasanya cepat kuncup dan layu, oleh itu kita terpaksa mengeringkannya dalam alat tekanan. Jika ini tidak dapat dilakukan, kita boleh mengeringkannya di dalam ketuhar pada suhu 45 60oc selama 3 6 hari. Jika ini juga tidak dapat dilakukan, kita boleh mengeringkannya dalam udara biasa tetapi kertas akhbar mestilah sentiasa ditukar selang sehari dan berat pemberat sentiasa ditambah selama kira-kira 2 minggu)

Nota:

spesimen yang belum mati sepenuhnya tidak boleh dikeringkan. Jika tidak, spesimen berkenaan akan layu semasa pengeringan. Bagi mengatasi masalah ini, kertas pembalut hendaklah disemburkan dengan larutan formalin 40%. Buangkan kertas yang sudah dilembapkan apabila penukaran berikutnya dilakukan.

Untuk

mengenal pasti spesimen, pengumpul perlu membuat rujukan sama ada pada buku atau pakar dalam bidang pengelasan misalnya muzium, universiti atau Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Nilai sesuatu koleksi herbarium bergantung kepada perlabelan yang tepat mengenai maklumat-maklumat berikut:

Nama saintifik/botani Nama tempatan/asal Nama bahasa inggeris Lokasi spesimen boleh ditemui Nama orang yang menemui/mengumpul Tarikh Warna asal dan bentuk bunga Jenis sama ada pokok renek, herba, memanjat atau sayuran Jika pokok warna batang, tebal kulit dan sebagainya Tarikh berbuah atau berbunga Jenis tanah tempat spesimen tumbuh Sifat tumbuhan seperti kaedah pendebungaan dan penyebaran biji benih

Label biasanya diletak pada satu sudut herbarium itu. Pastikan anda menomborkan setiap spesimen dan menyimpan salinan untuk rujukan (khususnya apabila anda ingin menghantar spesimen untuk dikenal pasti oleh pihak yang tertentu.

Untuk

memastikan herbarium tahan lama, ia hendaklah sentiasa disimpan dalam keadaan yang gelap, kering dan sejuk.

Spesimen yang kering disusun di atas kertas tebal dan terang (putih atau cerah) bersaiz 28cm X 43cm. Spesimen perlu dilekatkan pada kertas dengan menggunakan kertas pelekat atau bena. Kaedah ini baik kerana kita boleh memindahkan spesimen ke atas bahan lain tanpa merosakkan spesimen. Penggunaan gam tidak digalakkan kerana ia boleh merosakkan spesimen. Pelekat selofan pula kurang sesuai kerana ia mudah rosak dan bertukar warna serta hilang pelekatnya. Untuk mengelakka serangan perosak atau kulat, spesimen perlu dititikkan atau disapu dengan larutan merkuri klorida 2% di dalam alkohol.

Serangga

terdapat di sekeliling kita. Kebolehannya untuk hidup di berbagai-bagai jenis menjadikan ia berjaya sebagai satu kumpulan. Jenis afid, sebagai contoh terbatas kehidupan pada satu spesies pokok sebagai perumah ( Host ) sementara ada yang menjadikan beratus-ratus jenis pokok berlainan spesies sebagai perumah.

Sebagai contoh kutipan dengan cara-cara menyapu permukaan daun dengan jaring serangga (insect net) akan menghasilkan kutipan serangga-serangga di bahagian atas tumbuhan tersebut. Serangga-serangga di bahagian bawah tumbuhan tidak akan dapat dikutip untuk mewakili sepenuhnya tangkapan. Salah satu cara yang biasa digunakan ialah dengan menggunakan jaring (sweep net). Jaring ini digunakan pada permukaan-permukaan tumbuhan seperti rimbunan daun-daun, pokokpokok renik, semak-semak, rumput-rumput dan lain-lain lagi.

Bahan kimia bagi membunuh serangga yang sesuai ialah ethyl acetate. Ianya boleh diletakkan pada kapas atau bahan-bahan jerap (absorbent materials) di dalam sebuah botol (killing bottle). Walaupun ia terbakar tetapi ianya tidaklah sebahaya menggunakan sianid (syanide). Spesimen akan menjadi lebih lembut (relex) dan tidak tegang) walaupun ditinggalkan beberapa hari di dalam botol yang mengandungi ethyl acetate.

Serangga-serangga

yang berkulit keras biasanya dipin atau disemat. Serangga berbadan lembut seperti afid dan anai-anai boleh dibunuh dan disimpan dalam alkohol 70%. Alkohol isopropyl boleh digunakan jika ethyl alkohol tidak dapat diperolehi.

Larutan Hoods Ethyl alkohol air suling asid glacial acetik benzol Hoods

1485 ml 330 ml 83 ml 83 ml ---- larutan

Larva kupu-kupu atau rama-rama perlu disimpan dalam larutan KAAD sehingga ianya kembang sepenuhnya ( 30 minit hingga beberapa jam) dan kemudian barulah disimpan dalam alkohol 95%
Larutan KAAD : Kerosene Alkohol ethyl 95% asid asetik glacial diaxane

1 bahagian 10 bahagian 2 bahagian 1 bahagian

Serangga yang berkulit keras ( yang besar) boleh disemat dengan pin dari atas menembusi badannya. Jenis Coleoptera ( kumbang) disemat menerusi kepak kanannya. Lalat, lebah, rama-rama/kupu-kupu biasa disemat menerusi thorax dan pangkal kepaknya. Semua spesimen mesti disemat pada paras tinggi yang sama iaitu 1 inci dari atas hujung pin. Ini dapat ditentukan dengan menggunakan blok-blok penyemat (pinning block) .

Kupu-kupu dan rama-rama biasanya diletakkan di atas papan (spreading boads yang dibuat daripada kayu ataupun polystyrene) di mana kepak-kepak perlu diatur dan dikembangkan hingga ianya kering dan dalam kedudukannya yang diperlukan. Serangga-serangga kecil boleh ditenggekkan (mount) ke atas kertas tebal (cardbord points) dengan menggunakan gam. Serangga tersebut mestilah diletakkan dalam kedudukan di mana kepalanya berhadapan ke hadapan dan point hujung tiga segi cardboard tersebut berada di sebelah kiri pin.

Serangga yang telah disemat perlu dikeringkan sebelum boleh disimpan di dalam kotak-kotak serangga. Susun seranggaserangga tersebut di atas keratan polystrene dan masukkan ke dalam ketuhar pada suhu 45 C, keringkan sehingga beberapa hari. Serangga boleh juga dikeringkan di bawah matahari jika tidak terdapat ketuhar, tetapi mestilah diawasi dari dimakan oleh semutsemut perosak dan lainnya.

Tiap-tiap spesimen mestilah dilabel dengan nama tempat dari mana ianya dikutip berserta dengan tarikh kutipan dan juga nama pengutip, label-label mestilah kecil dan diletakkan lebih kurang 5/8 inci pada pin serta dilekatkan selari dengan specimen. Nota-nota tambahan seperti jenis, tumbuhan di mana ianya dikutip juga adalah perlu dan ini boleh ditulis pada lebel yang lain dan dilekatkan lebih kurang 1/2 inci pada pin di bawah label yang terdahulu tadi.

Specimen

yang telah dikeringkan dan dilabel perlu disimpan dalam kotak-kotak serangga yang khusus. Kotak-kotak itu selalunya dilapis gabus dan ditutupdengan kertas putih. Ianya seeloknya mesti kedap udara dan dapat menghalang perosak-perosak seperti semut, lipas atau gegat memasukinya. Ubat gegat (Naptelene) perlu dilekatkan dalam gulungan kain nipis di bahagian bawah di sebelah tepi kotak . Ini perlu diperiksa dan ditambah dari masa ke semasa.

Bahan 1. Serbuk Napthelene 2. Kloroform 3. Beechwood Creosolte 4. Minyak petrol

kuantiti 3 lb (1360 g) 1 lb 1 ib 4 1/2 pts.

spesimen yang kering mestilah dilembutkan sebelum ianya disemat atau ditenggek. Serangga-serangga yang kering boleh diletakkan dalam bekas yang tidak masuk angin (air-tight) di atas sekeping kertas tebal ataupun kertas jerap yang diletakkan di atas pasir basah. Letak sedikit (beberapa titik) asid karbolik pada pasir ini bagi mengelakkan kulat dari tumbuh. Spesimen-specimen akan menjadi lembut selepas 24 jam hingga 48 jam. Walau bagaimanapun adalah lebih elok sekiranya spesimen-spesimen disemat samasa ianya baru ditangkap dari ditunggu hingga ke saat-saat akhir dimana ianya perlu dilembutkan.

Anda mungkin juga menyukai