Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SUKANEKA NAMA AKTIVITI

ALATAN 1. Belon 2. Gelung 3. Kon

CARA PERMAINAN 1. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap ahli dalam kumpulan perlu bergilir-gilir lari untuk mengambil belon dalam gelung. 3. Kemudian, murid-murid perlu berlari secara ziq-zaq melalui beberapa kon. 4. Murid-murid perlu melekatkan belon pada papan yang disediakan. 5. Murid-murid perlu menghabiskan belon dalam gelung agar semua belon dapat dilekatkan pada papan tersebut. 6. Pada akhir aktviti, guru menerangkan warna-warna belon yang telah dilekatkan pada murid-murid.

HASIL AKTIVITI 1. Murid-murid dapat meningkatkan daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot kaki ketika berlari. 2. Motor halus dan motor kasar digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti tersebut. 3. Murid-murid dapat bekerjasama dengan baik semasa aktiviti. 4. Murid-murid berasa gembira terhadap aktiviti yang dijalankan. KESELAMATAN 1. Murid-murid memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian dengan aktiviti. 2. Murid-murid memakai kasut yang bersesuaian dan bertutup. 3. Murid-murid berhati-hati ketika berlari dan membawa belon agar tidak jatuh.

KESIHATAN 1. Murid-murid berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebrang kecederaan semasa menjalankan aktiviti. 2. Murid-murid dapat meningkatkan penggunaan motor kasar dan halus. 3. Guru menjalankan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti. 4. Murid-murid dapat meningkatkan kekuatan otot kaki.

REFLEKSI KENDIRI 1. Murid-murid menjalankan dengan aktiviti dengan baik dan lancar. 2. Peralatan dan padang berada dalam keadaan baik. 3. Murid-murid memberikan kerjasama yang baik semasa menjalankan aktiviti. 4. Murid-murid berasa gembira dan memberikan maklum balas yang baik terhadap aktiviti yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai