Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

1. 2.
3.

Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin penyelaras Makmal atau tanpa kawalan guru. Pngguna adalah dilarang membawa komputter/ laptop atau peralatan ICT sendiri untuk digunakan di Makmal Komputer tanpa kelulusan daripada penyelaras Makmal atau Guru. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi. Semua pengguna Komputer dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam Buku log penggunaan komputer ( untuk pelajar )/ Buku Log Penggunaan Makmal ( untuk guru ) dengan mengisi semua ruang yang disediakan.

4.

5. 6.

Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal. Pengguna dilarang merosakkan sebarang peralatan atau harta modal makmal komputer. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

7.
8. 9.

10. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara.

11. Pengguna dilarang memuat turun atau menyimpan bahan-bahan yang tidak bermoral atau bahan-bahan yang boleh menyentuh senditiviti masyarakat kaum dan Negara. 12. Pengguna dilarang menonton video-video atau movie-movie yang tidak bermoral atau menyentuh senditiviti masyarakat kaum dan Negara.
13. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

14. Pengguna dilarang memindahkan sebarang komputer atau peralatan komputer pada lokasi yang sedia ada atau membawa keluar sebarang peralatan ICT dari Makmal. 15. Pengguna dilarang menggunakan komputer atau peralatan ICT yang terdapat dalam Makmal Komputer untuk tujuan perbuatan jahat seperti menggodam atau menyebarkan virus-virus komputer. 16. Pengguna dilarang memasang sendiri perisian-perisian kecuali mendapat kelulusan daripada penyelaras Makmal atau guru-guru yang mengajar. 17. Perisian berunsur permainan adalah dilarang kecuali permainan yang berbentuk pendidikan. 18. Penggunaan mesin cetak harus mendapat keizinan daripada penyelaras makmal atau guru bertugas; dilarang mencetak bahan-bahan yang tidak bermoral atau bahan-bahan yang menyentuh sentiviti masyarakat atau Negara. 19. Pengguna dilarang memadam, mengedit atau menggodam hasil kerja pelajar-pelajar lain yang disimpan dalam komputer.

20. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas atau juruteknik komputer. 21. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras makmal atau guru bertugas atau juruteknik komputer. 22. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.
23. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

24. Sebelum keluar pastikan kerusi/meja disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

Anda mungkin juga menyukai