Anda di halaman 1dari 3

JURNAL MINGGUAN

JURNAL MINGGU TARIKH : PERTAMA : 30 JANUARI 2012 3 FEBRUARI 2012

ISU / MASALAH Minggu ini saya telah memulakan sesi pembelajaran & pengajaran (p&p) di semua kelas yang telah diaturkan seperti dalam jadual. Saya telah ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Bahasa Melayu & Kemahiran Hidup (kelas Melati) dan Matematik (kelas Kenanga). Matapelajaran yang lain pula ialah Pendidikan Jasmani (kelas cempaka), Pendidikan Moral ( kelas Seroja) dan Bahasa Inggeris (Kelas Kenanga). Secara keseluruhan, keempat-empat kelas terlibat dengan masa pengajaran saya dan kelas-kelas ini mempunyai tahap yang berlainan. Oleh yang demikian, saya perlu menyediakan bahan bantu belajar (BBM) yang berlainan dan pelbagai untuk membantu saya mendapatkan perhatian dan menarik minat mereka mengikuti sesi P&P. Pada minggu adalah agak mencabar kerana sistem baru yang diperkenalkan oleh JPN Perak. Terdapat banyak tugasan yang perlu di lakukan oleh para guru. Sistem yang diperkenalkan ini adalah sistem i File, I File ini terbahagi kepada 3 file iaitu profile murid, Ko kurikulum murid, dan catatan harian murid(kurikulum murid). Pada minggu ini juga adalah agak mencabar kerana pada sesi petang guruguru turut terlibat dalam membantu melatih pasukan sekolah untuk perlawanan sukan seperti hoki, bola baling, bola sepak dan sebagainya. Masa untuk persediaan saya mengajar adalah amat terhad.

PERASAAN Saya rasa sangat teruja untuk memulakan sesi P&P pada minggu pertama ini. Ini kerana walaupun saya telah biasa dengan karenah dan ragam murid-murid di sini, namun ini adalah pengalaman pertama saya mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup Jahitan dan matapelajaran Bahasa Melayu. Ini membuatkan saya rasa sedikit kekok kerana masih kurang berpengalaman dalam matapelajaran-matapelajaran tersebut. Walaubagaimanapun, saya yakin saya dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan secara beransur-ansur. Untuk menjadikan sesi P&P saya menarik, saya telah membuat pelbagai persediaan sepanjang cuti hujung minggu. Bagi matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik, saya telah menyediakan BBB seperti mencari gambar-gambar di internet, menyediakan persembahan powerpoint gambar dan menyediakan kad-kad

JURNAL MINGGUAN

bergambar, kad sukukata dan kad abjad serta lembaran kerja untuk saya gunakan semasa sesi P&P tersebut. Begitu juga dengan matapelajaran Kemahiran Hidup. Untuk matapelajaran Kemahiran Hidup, oleh kerana saya akan mengajar tentang alatan jahitan, seminggu sebelum p&p saya telah mencari dan mengenalpasti terlebih dahulu peralatan jahitan ada di simpan di setor untuk ditunjukkan kepada murid supaya mereka boleh melihat sesuatu yang maujud. Kepuasan tersebut ditambah lagi apabila semua BBB yang disediakan dapat digunakan seperti dirancang. Cuma saya agak kecewa kerana kemudahan untuk mencetak (printer) tidak berupaya menghasilkan cetakan yang sempurna dan memuaskan. Saya terpaksa menggunakan alat mencetak sendiri di rumah bagi penyediaan lembaran kerja kepada murid-murid dan ini kadangkala melambatkan juga tugas guru-guru pendidikan khas yang lain dalam menyiapkan lembaran kerja dan P&P mereka.

ANALISIS / MENILAI Sesi P&P berjalan seperti yang dirancang. BBB yang disediakan juga banyak membantu menarik perhatian murid untuk mengikuti sesi P&P. Tidak kesemua BBB saya buat atau beli baru. Ada juga BBB yang saya dapatkan dari BBB sekolah untuk memudahkan P&P saya. Penggunaan alatan menjahit yang sebenar yang saya gunakan di kelas untuk matapelajaran Kemahiran Hidup turut membantu dalam sesi P&P. Pertama kali masuk ke kelas, saya sukar mendapatkan respon secara lisan daripada beberapa orang murid tersebut. Semasa saya mengeluarkan alatan menjahit yang sebenar dan meminta setiap orang memegang dan menyebut nama setiap alatan yang dipegang, ia membuatkan mereka memberikan respon yang baik. Di samping itu tanyangan video mengenai jahitan juga menarik minat murid untuk belajar menjahit. Ekonomi token juga amat membantu saya dalam mengawal tingkah laku murid-murid dalam mendengar arahan dan tidak membuat gangguan di dalam kelas. Murid-murid amat teruja dengan token yang di beri dan menu ganjaran yang di janjikan. Untuk menyiapkan rancangan harian dan sisitem file yang banyak pula saya perlu pandai menyusun masa dan mencuri masa terluang untuk menyiapkannya jika tidak banyak perkara yang tidak dapat di selesaikan dan disudahkan.

KESEDARAN / HARAPAN Melalui pengalaman ini, barulah saya sedar bukan mudah untuk seseorang guru menyediakan BBB. Ia menuntut masa dan kreativiti seseorang guru dalam

JURNAL MINGGUAN

penyediaannya. Ada ketikanya pula, saya berasa buntu memikirkan apakah BBB yang perlu saya gunakan semasa sesi P&P. BBB adalah penting untuk menjadikan sesuatu sesi P&P itu menarik dan dapat diikuti oleh seluruh kelas. Setiap BBB yang digunakan pula perlu mengikut tahap kemampuan murid-murid. Bagi kemudahan mencetak pula, saya amat mengharapkan agar ia segera dibaiki bagi melancarkan kerja mencetak lembaran kepada murid. Adalah menjadi satu kerugian bagi murid-murid apabila kemudahan yang ada tidak dapat digunakan.

CADANGAN / TINDAKAN Selain membeli dan menyediakan sendiri BBB yang hendak digunakan dalam satusatu sesi P&P, saya juga boleh menggunakan apa yang telah sedia ada di kelas Pendidikan Khas sekolah ini. Dalam kebuntuan saya memikirkan BBB apakah yang patut saya sediakan, saya telah pergi melihat-lihat BBB yang ada. Ternyata banyak BBB yang boleh saya gunakan seperti carta,buku-buku rujukan tentang permainan dan aktiviti serta kad imbasan. Bagi menyelesaikan isu alat mencetak(printer) pula, saya dan beberapa guru yang lain telah memberi cadangan kepada GPK Pendidikan Khas untuk menghantar dan memperbaiki alat mencetak tersebut supaya ia kembali boleh digunakan dengan sempurna.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Tandatangan : Nama : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai