Anda di halaman 1dari 5

KONTRAK PEKERJAAN

Kontrak ini dibuat pada_2_haribulan__MEI___tahun___2021_____di antara

________________________________________Kad Pengenalan________________________

sebagai (Majikan)

dan_____________________________________Kad Pengenalan________________________

sebagai (Pembantu rumah)

 DENGAN INI BERSETUJU BAHAWA:

 1.       TEMPOH KONTRAK

 (a)     Kontrak ini bermula sebaik saja pembantu sampai di rumah majikan.

 (b)     Pembantu rumah akan bekerja untuk tempoh 1 tahun sehinggalah kontrak dibatalkan
oleh mana-mana pihak samada majikan atau pembantu disebabkan oleh pelanggaran mana-
mana syarat yang telah  dipersetujui.

 2.       TEMPAT BEKERJA

             Tempat bekerja sepanjang tempoh kontrak ialah di No29, Taman Impian, Jalan Changkat
Jong, 36000 Teluk Intan, Perak.

 3.       TUGAS DAN TANGUNGJAWAB PEMBANTU RUMAH

(a)     Akan mematuhi semua arahan majikan yang munasabah bersangkutan dengan tugas
dan tanggungjawab  sebagai pembantu rumah,

 (b)     Sentiasa menghormati, menjaga tingkahlaku dan tutur kata sepanjang bekerja;

 (c)     Sentiasa berpakaian kemas dan sopan;

 (d)     Sentiasa menjaga keselamatan individu dan juga hartabenda yang di


pertanggungjawabkan di bawah jagaannya,

 (e)     Tidak membenarkan sesiapa juga individu yang dikenali ataupun tidak dikenali
memasuki rumah majikan kecuali yang dibenarkan oleh majikan;

 (f)       Tidak meninggalkan kawasan rumah tanpa kebenaran majikan;

 (g)     Tidak mengambil, mengguna atau menyimpan apa-apa juga barang majikan kecuali
yang diberi kebenaran oleh majikan;

(h)     Tidak cuai dan lalai dalam menyempurnakan tanggungjawab yang diberikan;

(i)       Dapat mengikuti waktu dan jadual kerja yang telah di persetujui oleh majikan;  
 4.       TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

(a)     Sentiasa menjaga tingkahlaku dan tutur kata bila berhubung dengan pembantu rumah.

(b)     Bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan dan kebajikan pembantu rumah


sepanjang ia bekerja dengannya;

(c)     Tidak mengherdik, memukul atau mendatangkan kecedraan fizikal atau pun mental
terhadap pembantu rumah;

(d)     Menyediakan tempat tinggal, makan dan minum yang sewajarnya;

(e)     Memberikan (1) hari bercuti dalam seminggu.

(f)       Tidak memaksa pembantu rumah bekerja di hari cutinya melainkan dipersetujui


olehnya dan dibayar jumlah yang difikirkan sesuai oleh majikan;

(g)     Membayar gaji dengan penuh dan tepat pada minggu ke empat setiap hujung bulan;

  (h)       Tidak memotong atau mengurangkan jumlah gaji bulanan pembantu rumah;

(i)        Membenarkan pembantu rumah melakukan tanggungjawab agama yang munasabah.

  5.       GAJI

 Gaji RM50 sehari (8 jam sehari), over time RM10 sejam

6. CUTI

Pembantu perlu memberitahu awal 3 hari sebelum mengambil cuti, kecuali untuk cuti kecemasan.
Pembantu tidak akan dibayar gaji semasa cuti

7.       PENAMATAN KONTRAK OLEH MAJIKAN   

Majikan berhak menamatkan kontrak tanpa sebarang notis jika terdapat bukti  yang munasabah
pembantu rumah telah cuai menjalankan tugas dan tanggungjawab di atas atau atas sebab-sebab
lain.

8.       PENAMATAN KONTRAK OLEH PEKERJA 

Pembantu rumah berhak menamatkan kontrak tanpa sebarang notis jika terdapat bukti yang
munasabah majikan tidak mematuhi tanggungjawabnya sehingga menimbulkan ketakutan atas
keselamatan dirinya jika ia masih bekerja dan tinggal di rumah majikan.

Apa jua perselisihan pendapat berkenaan perenggan (6) dan (7) hendaklah dirujukkan
kepada undang-undang Malaysia berkaitan hal tersebut yang terpakai di masa ini.
 

    9.    PERLANJUTAN KONTRAK

           Perlanjutan kontrak hendaklah berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah dipersetujui di dalam
kontrak ini.         

    10.    UNDANG-UNDANG TERPAKAI

           Kontrak ini hendaklah sentiasa ditadbir oleh undang-undang Malaysia yang terpakai masa kini.

KONTRAK INI telah dipersetujui dan ditandatangani bersama diantara majikan dan pembantu rumah.

pada_____________________haribulan_______________tahun______________

 MAJIKAN                                                                      PEMBANTU RUMAH

__________________________                           ______________________________

Nama :                                                                          Nama :

Tarikh :                                                                         Tarikh :

SAKSI                                                                          SAKSI

___________________________                         ______________________________

Nama :                                                                          Nama :

Tarikh :                                                                         Tarikh :
Lampiran 1 jadual bekerja

6.00pg-9.00pg 12.00ptg-2.00 ptg 4.30 ptg – 5.30 ptg 7.00 ptg – 9.00
mlm
Isnin / sesi dialysis / /
Selasa / / / /
Rabu / sesi dialysis / /
Khamis / / / /
Jumaat / sesi dialysis / /
Sabtu (Jika diperlukan & akan dibayar gaji lebih masa)
Ahad

Waktu bekerja adalah 8 jam/sehari

Gaji sehari RM50 x 20hari = RM 1000

RM50 x 23 hari = RM1150

Over time = RM 10 / sejam

Lampiran 2 Skop Kerja

Pagi

- Membantu majikan untuk mengurus diri (mandi,pakai baju dsbnya)

- Basuh kain baju (mesin basuh)

- Sidai kain baju

- Menyapu dan membersihkan rumah

- Menemani majikan dan membantu apa yang perlu.

Tengah hari/petang

- mengangkat pakaian di jemuran

- melipat pakaian kering

- Menemani majikan dan membantu apa yang perlu.

Malam

- Iron baju
- Menemani majikan dan membantu apa yang perlu.

Anda mungkin juga menyukai