Anda di halaman 1dari 5

Ordinan Buruh Sabah (Bab 67)

Objektif: Akta untuk mengawal selia standard minima terma dan syarat pekerjaan
bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di
negeri Sabah.

Ditadbir oleh: Jabatan Tenaga Kerja, Sabah.

1. Ia melindungi pekerja dalam perkara seperti bayaran gaji, waktu bekerja, cuti
sakit, cuti tahunan, faedah bersalin, dll. Semua majikan hendaklah mengikuti
peraturan-peraturan yang dinyatakan.

2. Seorang ‘Pekerja’ di bawah Ordinan ini merujuk kepada:

a. Mana-mana orang yang, tanpa mengira pekerjaannya, telah memasuki


suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana
pendapatannya tidak melebihi RM2500 sebulan; atau
b. Mana-mana orang yang, tanpa mengira amaun gajinya sebulan, telah
memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana
dia:
i. Melakukan kerja kasar
ii. Melakukan pengendalian atau penyenggaraan apa-apa kenderaan
untuk pengangkutan;
iii. Menyelia atau mengawasi pekerja lain yang menjalankan kerja kasar;
iv. Diambil bekerja dalam apa-apa keupayaan dalam mana-mana kapal
yang didaftarkan di Malaysia;
v. Diambil bekerja sebagai pembantu rumah.

3. Kewajipan utama majikan adalah seperti berikut:


a. Setiap pekerja hendaklah diberi kontrak perkhidmatan bertulis yang
mengandungi terma dan syarat pekerjaan, termasuk peruntukan
berkaitan dengan penamatan kontrak;
b. Menyenggara daftar tenaga kerja berkenaan dengan butir peribadi
pekerja, bayaran gaji dan potongan gaji;
c. Gaji perlu dibayar tidak lewat daripada hari ketujuh selepas hari terakhir
mana-mana tempoh gaji.

4. Terma dan syarat minimum pekerjaan


a. Waktu kerja normal: Waktu kerja normal hendaklah tidak -
i. melebihi lima jam berturut-turut tanpa tempoh rehat yang tidak
kurang daripada tiga puluh minit;
ii. melebihi lapan jam dalam satu hari;
iii. melebihi rangkuman 10 jam sehari

b. Cuti: Berhak mendapat cuti tahunan, cuti sakit dan cuti umum bergaji.
c. Cuti Tahunan: Lapan hari cuti tahunan bergaji untuk pekerja yang
berkhidmat kurang daripada dua tahun; 12 hari cuti tahunan bergaji untuk
pekerja yang berkhidmat dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada 5
tahun, dan 16 hari bagi mereka yang berkhidmat lebih daripada lima
tahun.

d. Cuti Sakit: 14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji untuk setiap tahun kalendar
bergantung kepada tempoh perkhidmatan dan, jika perlu dimasukkan ke
hospital, jumlah cuti sakit bergaji yang boleh diberi adalah sehingga
agregat 60 hari cuti sakit bagi setiap tahun kalendar.

e. Cuti Umum: Setiap pekerja berhak mendapat cuti bergaji pada kadar
bayaran biasanya dalam mana-mana satu tahun kalendar pada 15 hari
cuti umum yang digazetkan seperti yang dinyatakan di bawah Ordinan
Cuti (Sabah), (Bab 56), lima daripadanya adalah:
i. Hari Kebangsaan;
ii. Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong;
iii. Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sabah;
iv. Hari Pekerja; dan
v. Hari Malaysia.

f. Bayaran Kerja Lebih Masa: Bayaran minimun untuk kerja lebih masa
adalah satu setengah kali kadar jam pada hari bekerja biasa, dua kali
kadar jam pada hari rehat dan tiga kali kadar jam pada cuti umum.

g. Hari Rehat: Hari rehat satu hari penuh dalam setiap minggu kerja.

5. Peruntukan istimewa untuk perlindungan pekerja wanita berkaitan dengan


kerja waktu malam dan faedah bersalin:

a. Pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja dalam mana-mana kegiatan


perusahaan atau pertanian antara jam 10 malam dan 5 pagi, melainkan
mendapat kelulusan terdahulu Ketua Pengarah Tenaga Kerja;
b. Pekerja wanita berhak mendapat cuti bersalin bagi tempoh tidak kurang
daripada 60 hari berturut-turut.

6. Penamatan Kontrak Perkhidmatan


a. Tempoh notis penamatan perlu dinyatakan dalam kontrak perkhidmatan
dan jangka masanya hendaklah sama untuk kedua-dua majikan dan
pekerja.
b. Jika tempoh notis tidak dinyatakan dalam kontrak, peruntukan berikut
terpakai:
i. Notis empat minggu jika pekerja telah diambil bekerja kurang
daripada dua tahun pada tarikh notis diberikan;
ii. Notis enam minggu jika dia telah diambil kerja untuk dua tahun
atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun pada tarikh
tersebut;
iii. Notis lapan minggu jika dia telah diambil kerja untuk lima tahun
atau lebih pada tarikh tersebut.
Implikasi Utama

Semua pekerja di bawah Ordinan ini perlu diberi kontrak perkhidmatan bertulis
mengandungi terma pekerjaan.

Akta Bidang Utama Implikasi kepada Majikan

Ordinan Gaji RM 2500 ke Beri kontrak perkhidmatan kepada


Buruh bawah setiap pekerja.
Sabah (Bab
67) Gaji dibayar dalam 7 hari pertama
bulan berikutnya.
Untuk
Pekerja
dalam Waktu Bekerja 1. Waktu bekerja normal tidak
negeri melebihi 8 jam sehari atau 48 jam
Sabah dan dalam seminggu.
dalam 2. Tidak melebihi 5 jam berturut-turut
kategori tanpa rehat 30 minit.
kerja A.1 3. Tidak melebihi rangkuman 10 jam
hingga 2 di sehari
atas
Cuti Tahunan Faedah cuti tahunan minimum
bergantung kepada bilangan tahun
dengan syarikat:
Kurang daripada 2 tahun -----8 hari
2 tahun ke atas tetapi kurang
daripada 5 tahun -----------12 hari
5 tahun ke atas – 16 hari.

Cuti Sakit 14 hingga 22 hari cuti sakit bergaji.


60 hari kemasukan ke hospital
termasuk cuti sakit bergaji.

Cuti umum 15 Hari yang digazetkan sebagai cuti


umum

Pengambilan Tidak dibenarkan bekerja dalam


pekerja wanita: kegiatan perusahaan atau pertanian
Larangan kerja antara 10 malam hingga 5 pagi.
waktu malam

Perlindungan Cuti bersalin minimum 60 hari.


bersalin utk Bagi pekerja wanita yang bekerja
pekerja wanita mengikut kadar gaji harian atau
mingguan – Elaun adalah
berdasarkan Kadar Bayaran Biasa
atau bayaran minimum RM6.00
sehari, mengikut mana-mana yang
lebih tinggi.
Bagi pekerja wanita yang bekerja
mengikut kadar gaji bulanan – Elaun
adalah berdasarkan kadar gaji
bulanan.

Notis Tempoh notis minima berdasarkan


penamatan bilangan tahun bekerja dengan
syarikat:

Kurang daripada 2 tahun ------ Notis 4


minggu
2 tahun atau lebih tetapi kurang
daripada 5 tahun ------------- Notis 6
minggu
5 tahun ke atas ------ Notis 8 minggu

Bekerja pada 1. Kurang daripada separuh waktu


hari rehat untuk bekerja normal ---------------- Gaji 1
pekerja hari pada kadar bayaran biasa.
berpendapatan 2. Lebih daripada separuh tetapi
mengikut kadar tidak melebihi waktu bekerja
harian atau normal ---Gaji 2 hari pada kadar
kadar jam bayaran biasa.

Bekerja pada 1. Kurang daripada separuh waktu


hari rehat untuk bekerja normal ---------------- Gaji
pekerja separuh hari pada kadar bayaran
berpendapatan biasa.
mengikut kadar 2. Lebih daripada separuh tetapi
bulanan tidak melebihi waktu bekerja
normal ---Gaji 1 hari pada kadar
bayaran biasa .

Bekerja pada 2x Kadar bayaran biasa untuk setiap


hari rehat untuk hasil kerja
pekerja
berpendapatan
mengikut kadar
hasil

Bekerja pada 2 X kadar bayaran sejam


hari rehat untuk
 
semua pekerja
melebihi waktu
bekerja normal

Bekerja lebih
masa pada hari Hari kerja biasa -- 1.5 x kadar jam.
biasa

Bekerja pada
cuti umum Cuti umum:-------------3 x kadar jam

Anda mungkin juga menyukai