Anda di halaman 1dari 13

Akta dibawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung

1) Akta Kerja 1955


Akta Kerja 1955 adalah akta utama yang mengawal selia bidang pengajian pekerja di Semenanjung
Malaysia dan WP Labuan. Ia bertujuan menetapkan terma-terma perkhidmatan minima serta
peraturan-peraturan asas yang perlu dipenuhi oleh majikan. Ia juga menetapkan hak-hak dan
tanggungjawab majikan dan pekerja serta menetapkan tatacara penyelesaian (remedy) sekiranya
berlaku pertelingkahan dalam isu pengajian pekerja. Adalah penting bagi setiap kakitangan yang
bertanggungjawab dalam menguruskan isu-isu sumber manusia mempunyai pengetahuan yang
mencukupi keatas peruntukan-peruntukan Akta Kerja 1955. Ini boleh mengelakkan daripada
berlakunya salah tafsir peruntukan akta ini semasa penggubalan dan pelaksanaan polisi dan
peruntukan berkaitan sumber manusia. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta
akan peruntukan peruntukan penting Akta Kerja 1955 serta pemakaiannya dalam proses pengajian
pekerja dan pengurusan sumber manusia.

Pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 ialah semua pekerja yang menerima gaji tidak
melebihi RM2,000.00 sebulan dan juga semua pekerja manual tanpa had gaji. Jika anda seorang
pekerja asing yang sah penggajiannya di negara ini, anda juga dilindungi oleh Akta Kerja 1955.

Akta Kerja 1955 menggariskan terma-terma minima yang perlu ada dalam kontrak kerja seseorang
pekerja

Takrif Pekerja

Mengikut jadual pertama, pekerja adalah :

 Mana-mana orang tidak kira pekerjaannya yang telah memasuki kontrak pekerjaannya dan
perkhidmatan dengan seorang majikan di mana upah tidak melebihi RM2000 sebulan.
 Mana-mana orang tidak kira had gajinya yang telah memasuki perkhidmatandengan seorang
majikan pekerja kasar.

Takrif Majikan

 Mana-mana orang yang telah memasuki Kontrak Pekerjaan untuk mengkaji mana-mana orang
lain sebagai pekerja termasuk ejen dan pengurus.

Kewajipan Utama Majikan dibawah akta kerja 1955

a. Memberi notis bertulis


Memberi notis kepada pejabat tenaga kerja terdekat dalam masa 90 hari dari Tarikh
memulakan operasi perniagaan.

b. Daftar peraturan-peraturan kerja 1957


Majikan yang menggaji pekerja wajib menyelenggara dan menyimpan Daftar Pekerja yang
lengkap seperti dalam akta kerja 1955 yang perlu mempunyai butir-butir seperti : peribadi
pekerja, terma dan syarat-syarat perkhidmatan pekerja, gaji dan elaun, semua rekod yang
berkaitan disimpan di tempat pekerjaan untuk tempoh tidak kurang 6 tahun.
Hak-Hak Pekerja Di Malaysia

Berikut adalah antara hak-hak utama yang biasanya dinikmati oleh pekerja-pekerjadi Malaysia.

1.Hak Kepada Gaji Minima


Gaji Minima yang ditetapkan di Malaysia adalah RM1,200 sebulan di Semenanjung Malaysia dan
RM920 sebulan di Sabah dan Sarawak. Perintah Gaji Minima adalahterpakai kepada semua pekerja
di sektor swasta KECUALI pekerja domestik(pembantu rumah, tukang kebun rumah, dsb).

2.Hak Kepada Caruman KWSP Dan Socso


Adalah satu kewajipan bagi majikan untuk mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO/Socso). Ia adalah tabungan masa depan anda dan
perlindungan dari kemalangan di tempat kerja.

3.Kontrak Bertulis
Untuk kontrak kerja yang melebihi tempoh satu bulan, majikan wajib menyediakan kontrak bertulis
atau boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000 jika aduan dibuat ke Jabatan Tenaga Kerja.

4.Umur Persaraan 60 Tahun


Umur persaraan minima adalah 60 tahun. Majikan tidak boleh menetapkan umur persaraan yang
lebih rendah dari itu.

5.Pembayaran Gaji Pekerja


Gaji pekerja pada sesuatu bulan itu hendaklah dibayar selewat-lewatnya pada hari ke tujuh di bulan
seterusnya, kecuali majikan boleh memberikan alasan yang munasabah dan diterima oleh Jabatan
Tenaga Kerja.

6.Pemotongan Gaji
Pemotongan gaji adalah tidak dibenarkan sama sekali kecuali dalam hal-hal tertentu yang disebut
dalam Akta/Ordinan biarpun pekerja telah berikan keizinan.

7.Masa Kerja Dan Bayaran Kerja Lebih Masa


Jumlah masa kerja yang dibenarkan dalam sehari adalah 8 jam sahaja atau 48 jam seminggu. Jika
majikan meminta pekerja bekerja melebihi tempoh itu, maka kerjalebih masa perlu dibayar pada
kadar yang lebih tinggi yang ditetapkan oleh Akta/Ordinan.

8.Had Kerja Lebih Masa


Pekerja tidak boleh diarah bekerja lebih masa lebih daripada 104 jam sebulan.

9.Hak Kepada Cuti Tahunan Dan Cuti Sakit


Pekerja adalah berhak kepada cuti tahunan dan cuti sakit. Jumlahnya adalah bergantung kepada
tempoh perkhidmatan pekerja.

10.Hak Untuk Di Adili Sebelum Di Tamatkan Perkhidmatan


Majikan tidak boleh membuang pekerja tanpa sebab yang munasabah biarpun ada peruntukan
penamatan kerja dalam kontrak. Pekerja berhak diadili terlebih dahulu dan mengetahui mengapa dia
diberhentikan. Jika tiada justifikasi/alasan munasabah untuk ditamatkan kontrak pekerja, maka
pekerja boleh membuat tuntutan di Jabatan Perhubungan Perusahaan untuk dikembalikan ke
jawatan asal.

11.Pekerja Mempunyai Hak Biarpun Masih Dalam Tempoh Percubaan


Pekerja yang dalam tempoh percubaan mempunyai hak-hak yang hampir sama dengan pekerja yang
disahkan dalam jawatan. Pekerja yang dalam tempohpercubaan juga tidak boleh dibuang sesuka
hati tanpa sebarang justifikasi.

12.Hak Kepada Faedah Penamatan Perkhidmatan


Pekerja yang di bawah skop Akta/Ordinan juga berhak kepada faedah-faedah penamatan
perkhidmatan bila diberhentikan kerja.

13.Hak Tambahan Pekerja Wanita


Jenis pekerjaan di mana seseorang wanita dilarang melakukannya adalah seperti berikut:
i. Kerja bawah tanah
ii. Bekerja di sektor perusahaan/pertanian di antara pukul 10.00 malam sehingga 5.00 pagi tanpa
pengecualian daripada Ketua Pengarah Buruh.
iii. Pekerja wanita juga berhak kepada cuti bersalin dan elaun bersalin tertakluk kepada syarat-syarat
tertentu biarpun mereka telah berhenti kerja atau dibuang kerja.

14.Perlindungan Data Peribadi


Majikan hendaklah mendapatkan izin pekerja terlebih dahulu sebelum menyimpan maklumat
peribadi pekerja di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

HAK UTAMA PEKERJA DIBAWAH AKTA KERJA 1955

1) Hari Rehat Mingguan

Mendapat hari rehat mingguan iaitu 1 hari rehat dalam seminggu. Jika diarahkan bkerja pada hari
rehat tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar.

2) Hari Kelepasan Am Bergaji (cuti umum)

Minimum 11 hari kelepasan Am setahun iaitu 5 hari wajib :


 Hari Keputeraan Agong dan Sultan, Hari Pekerja, Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, Mana-mana
hari yang diwartakan hari kelepasan Am.
 Baki 6 hari kelepasan am lain perlu ditetapkan majikan awal tiap tahun.
 Jika pekerja diarahkan bekerja pada hari cuti tersebut, bayaran tambahan perlu dibayar.

3) Hari Cuti Tahunan Bergaji


Jumlah cuti tahunan :
1. Kurang 2 tahun perkhidmatan = 8 hari cuti
2. Antara 2 hingg 5 tahun = 12 hari cuti
3. Lebih 5 tahun = 16 hari cuti

4) Cuti Sakit Bergaji


 Tempoh Cuti Sakit bergaji :

Tahun Perkhidmatan Bilangan Cuti


Bawah 2 tahun 14
2 tahun hingga 5 tahun 18
5 tahun dan lebih 22
 Jika dimasukkan ke wad tertakluk pada tahun berkhidmat dan tidak melebihi 60 hari.
 Kuarantin kerana Jangkitan Covid juga turut dikira Cuti Sakit Bergaji berdasarkan tahun
perkhidmatan anda seperti yang termaktub dalam Seksyen 60F, akta buruh 1955]

5) Cuti Bersalin Pindaan 2019


 mendapat cuti bersalin swasta 90 hari yang akan berkuatkuasa 2021.
 Terhad kepada 5 orang anak yang masih hidup semasa Tarikh bersalin.

6) Bayaran Kerja Lebih Masa (Overtime OT)


 Pekerja berhak mendapatkan had gaji kerja lebih masa :
1) Bekerja di hari biasa = 1.5 kaliganda untuk setiap satu jam tambahan
2) Bekerja di hari cuti biasa = 2.0 kaliganda untuk setiap satu jam tambahan
3) Bekerja di hari kelepasan am = 3.0 kaliganda untuk setiap satu jam tambahan
 Had kerja lebih masa sebulan ialah 104jam.

7) Waktu Bekerja
 Pekerja tidak boleh bekerja terus 5 jam tanpa henti dan tanpa diberikan rehat sekurang-
kurangnya 30 minit lamanya.
 Tidak boleh bekerja lebih 8 jam dalam satu hari.
 Dan tidak boleh bekerja lebih 48 jam dalam seminggu.

8) Tempoh Pembayaran Gaji


 Tempoh bayaran gaji tidka boleh melebihi satu bulan
 Tidak lewat dari selepas hari ke 7 selepas hari terakhir bagi mana-mana tempoh gaji.
 Bagi penamatan pekerja, gaji hendaklah dibayar pada hari ianya ditamatkan.
 Jika pekerja meletak jawatan, gaji hendaklah dibayar tidak lewat daripada hari ketiga perletakan
jawatan.
9) Faedah Penamatan Kontrak

Peraturan peraturan kerja, faedah penamatan, memberi hak kepada pekerja mendapat faedah jika
telah bekerja :

 1-2 tahun = 10 hari gaji setahun


 2-5 tahun = 15 hari gaji setahun
 5 tahun & lebih = 20 hari gaji setahun

10) Ganti Rugi Notis


 Mana-mana pekerja yang berkhidmat bawah 2 tahun notice yang perlu diberikan adalah 4
minggu (1 bulan); kalau tahun ke 2 hingga 5 notice dia 8 minggu (2 bulan) & kalau lebih 5 tahun
notice 12 minggu (3 bulan).
 Jika tidak ikut, bererti majikan anda MELANGGAR akta pekerja 1955

11) Hak Pekerja Wanita

Jenis pekerjaan di mana seseorang wanita dilarang melakukannya adalah seperti berikut:
i. Kerja bawah tanah
ii. Bekerja di sektor perusahaan/pertanian di antara pukul 10.00 malam sehingga 5.00 pagi
tanpa pengecualian daripada Ketua Pengarah Buruh.

12) Gaji Minimum

 Mengikut Perintah Gaji Minimum 2020 berkuatkuasa 1 februari 2020


 Gaji minima bandar utama = RM1200
 Gaji minima selain banda utama = RM 1100

2) AKTA PAMPASAN PEKERJA 1952


Memberi pampasan kepada pekerja yang mendapat kemalangan di tempat kerja @ mendapat
kecederaan atau penyakit disebabkan pekerjaan.

Objektif: Pampasan kepada pekerja yang mengalami kecederaan dalam melaksanakan kerja mereka
dan kepada orang tanggungan pekerja dalam keadaan kemalangan yang menyebabkan kematian.

Ditadbir oleh: Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia

3) AKTA PEKERJAAN (SEKATAN) 1968


Bukan warganegara Malaysia perlu mendapatkan permit kerja yang sah sebelum mereka boleh
bekerja di dalam negara.
Kerja tanpa permit kerja yang sah adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Imigresen 1966.

4) AKTA KANAK KANAK DAN ORANG MUDA 1966 - JTK


Akta ini bertujuan untuk mengehadkan pengambilan kanak-kanak dan orang muda selaku pekerja.

Kanak-kanak – Umur 15 tahun kebawah

Orang Muda – Umur 15 hingga 18 tahun

Ia bukan sekadar menetapkan jenis pekerjaan yang boleh dilakukan kanak-kanak ini namun turut
merangkumi penetapan tempoh bekerja, bilangan harian pekerjaan serta tempoh rehat yang
disediakan.

bertujuan mengawal dan melindungi hak mereka.

 kanak-kanak tidak dibenarkan bekerja bagi tempoh di antara 8.00 malam dan 7.00 pagi kecuali
pekerjaan di tempat hiburan awam.
 orang muda pula, pekerjaan selepas 8.00 malam hingga 6.00 pagi tidak dibenarkan.
 Tidak boleh bekerja berdekatan mesin dan juga bawah tanah.
 Bekerja tidak lebih dari 6 hari seminggu.
 Tidak boleh kerja lebih 3 jam tanpa rehat selama 30 minit.

majikan pula yang memerlukan tenaga kerja kanak-kanak dan orang muda, perlulah melakukan
permohonan lesen daripada Suruhanjaya Buruh.

Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966


 Tindakan ini menghalang kanak-kanak daripada bekerja berhampiran bahan berbahaya dan
beracun.
 Tiada kanak-kanak (di bawah umur 15 tahun) atau orang muda (antara umur 15 tahun dan tidak
berumur 18 tahun) yang terlibat dalam mana-mana pekerjaan hendaklah dalam mana-mana
tempoh 7 hari berturut-turut diperlukan atau dibenarkan bekerja selama lebih daripada 6 hari .
 Untuk kanak-kanak hanya diperlukan untuk bekerja tidak lebih daripada 6 jam dalam sehari dan
untuk orang muda hanya dibenarkan bekerja maksimum 7 jam sehari.
 Tiada anak atau orang muda boleh atau dikehendaki / dibenarkan untuk terlibat dalam
pekerjaan bertentangan dengan Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 atau Akta Bekalan Elektrik 1990 atau dalam mana-mana pekerjaan yang
memerlukannya bekerja di bawah tanah.

5) AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN


KEMUDAHAN PEKERJA 1990 [AKTA 446] – JTK
Akta 446 ini bertujuan:

i. meliputi semua sektor pekerjaan;


ii. menetapkan standard minimum perumahan dan kemudahan, pekerja selari dengan
piawaian antarabangsa
iii. menangani elemen buruh paksa
iv. melindungi hak dan kebajikan pekerja berkaitan penginapan
v. meningkatkan kawalan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja
vi. mewujudkan penginapan pekerja yang lebih sistematik dan, kondusif bagi tujuan
perancangan pembangunan negara

akta ini terpakai pada majikan dan penyedia penginapan berpusat. Dan berkuatkuasa pada 1 Jun
2020.

6) AKTA USIA PERSARAAN MINIMA 2012


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi umur persaraan minimum dan bagi apa-apa perkara
yang berhubungan dengannya.

 Usia persaraan minima meningkat dari 55 kepada 60 untuk kakitangan awam dan pekerja sektor
swasta di Malaysia.
 Umur persaraan minimum seseorang pekerja adalah apabila pekerja itu mencapai umur 60
tahun.
 Akta tidak menghalang pekerja daripada memilih untuk bersara awal jika kontrak perkhidmatan
atau perjanjian kolektif membenarkan persaraan awal.
 Undang-undang baharu akan mengenakan denda RM10,000 atas mana-mana majikan yang
didapati bersalah menghendaki seorang pekerja bersara sebelum usia 60 tahun. Walau
bagaimanapun, undang-undang ini tidak menghalang pekerja daripada memilih untuk bersara
lebih awal daripada umur 60 jika kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif yang terpakai
untuk pekerjaan mereka membenarkan tarikh persaraan yang lebih awal.

7) AKTA AGENSI PEKERJAAN SWASTA 1981 ( Akta 246)


Akta mengawal aktiviti agensi pekerjaan swasta (APS) dan menjaga hak serta kebajikan pencari kerja.

Akta bawah Jabatan Tenaga Kerja Sabah


ORDINAN BURUH SABAH
Objektif penggubalan tersebut ialah untuk mengawal selia standard minima terma dan syarat
pekerjaan bagi pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di
negeri Sabah. Hal yang demikian bertujuan untuk melindungi pekerja dalam perkara biasa seperti
bayaran gaji, waktu berkerja, cuti sakit, cuti tahunan, faedah bersalin dan lain-lain. Hal yang
demikian semua majikan perlulah mengikut peraturan-peraturan yang dinyatakan. Seseorang
pekerja di bawah Ordinan tersebut merujuk kepada mana-mana orang yang tanpa mengira amaun
gajinya sebulan telah memasuki suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang majikan di mana
dia: Melakukan kerja kasar, melakukan pengendalian atau penyenggaraan apa-apa kenderaan untuk
pengangkutan, menyelia atau mengawasi pekerja lain yang menjalankan kerja kasar, diambil bekerja
dalam apa-apa keupayaan dalam mana-mana kapal yang didaftarkan di Malaysia. diambil bekerja
sebagai pembantu rumah.

Hanya terpakai untuk pekerja-pekerja di negeri sabah yang gajinya RM2500 dan kebawah sahaja.

Akta Bawah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak


ORDINAN BURUH SARAWAK
Ordinan Sarawak merupakan undang-undang buruh utama yang dikuatkuasakan di Sarawak yang
mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta. Hal yang demikian mengandungi
peruntukan mengenai hak-hak pekerja dan standard-standard minimum pengajian. Ordinan
tersebut bertujuan untuk mengawal selia standard minimum terma dan syarat pekerjaan bagi
pekerja dalam sektor swasta, sama ada berkesatuan atau tidak berkesatuan di negeri Sarawak.
Ordinan ini melindungi para pekerja dalam perkara seperti bayaran gaji, waktu bekerja, cuti
tahunan dan faedah bersalin, semua majikan hendaklah mengikuti peraturan-peraturan yang telah
dinyatakan.

Ordinan ini juga hanya meliputi pekerja yang mempunyai kontrak perkhidmatan dengan majikan
dan berpendapatan tidak melebihi RM2,500 sebulan, buruh kasar tanpa mengira gaji bulanan
mereka termasuk pekerja pemandu dan mekanik kenderaan bermotor. Pekerja yang diluar skop
ordinan tersebut perlu bergantung kepada kontrak pekerjaan atau menyertai kesatuan sekerja untuk
membuat tawaran bagi pihak mereka.

AKTA BAWAH JABATAN PERHUBUNGAN PERUSAHAAN


AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja serta
kesatuan sekerja dalam bentuk pencegahan dan penyelesaian apa-apa perselisihan atau pertikaian
di antara mereka. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula Mahkamah akan lebih meneliti tentang
soal ekuiti dan keadilan.

Di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, seseorang pekerja boleh membuat
representasi secara bertulis kepada Ketua Pengarah (Jabatan Perhubungan Perusahaan) untuk:
pemulihan kerja pada pekerjaan lamanya.

Jabatan ini atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai The Industrial Relations (IR) Department
akan mengaturkan satu sesi perdamaian (conciliation meeting) dengan harapan isu dapat
diselesaikan secara aman.

Jika satu kata putus tidak dapat dicapai melalui sessi ini, maka hal ini akan dirujuk kepada Menteri
Sumber Manusia yang akan meneliti kes sebelum membuat keputusan sama ada kes akan didengar
di Mahkamah Perusahaan atau tidak.

CIRI CIRI AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967


1. TERPAKAI di seluruh Malaysia, termasuk Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan.
2. Maksud ‘Pekerja‘ di bawah akta ini lebih luas dari Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh
Sabah/Sarawak. ‘Pekerja’ di bawah akta ini merujuk kepada mana-mana orang, termasuk
perantis, yang diambil bekerja oleh majikan di bawah kontrak pekerjaan untuk bekerja untuk
upah atau ganjaran.
3. Di bawah Akta ini tiada had gaji. SEMUA perkerja boleh buat representasi tidak kira berapa gaji
yang diterimanya.

Pindaan baru Akta perhubungan perusahaan :

1. Rujukan dari jabatan perhubungan perusahaan (jpp) terus ke mahkamah perusahaan


2. Pekerja dan majikan boleh diwakili oleh orang lain semasa proses runding damai
3. Kes di mahkamah perusahaan tetap diteruskan walaupun pekerja yang membuat aduan telah
meninggal dunia
4. Award pampasan akan dikenakan faedah
5. Keputusan mahkamah perusahaan boleh dirayu ke mahkamah tinggi
6. Kesatuan kerja dibenarkan membangkitkan perkara umum dalam perbincangan dengan majikan

Beza Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Dan Akta Kerja 1955

Namun, perbezaan terpenting antara kedua-dua akta ini adalah Akta Kerja 1955 menggariskan
terma-terma minima yang perlu ada dalam kontrak kerja seseorang pekerja, manakala Akta
Perhubungan Perusahaan 1967 mengawal selia hubungan antara majikan dan pekerja serta
kesatuan sekerja dalam bentuk pencegahan dan penyelesaian apa-apa perselisihan atau pertikaian
di antara mereka.

Dalam banyak perkara, pertikaian dalam Akta Kerja 1955 lebih bersifat kontrak (contractual &
pematuhan undang-undang), manakala untuk Akta Perhubungan Perusahaan 1967 pula Mahkamah
akan lebih meneliti tentang soal ekuiti dan keadilan.

JABATAN DIBAWAH JABATAN HAL EHWAL SEKERJA MALAYSIA


1) AKTA KESATUAN SEKERJA 1959
Objektif:

Akta untuk mengawal selia aktiviti kesatuan dan perkara berhubung dengan pertikaian kesatuan,
penggunaan dan pembekalan dana, penubuhan kesatuan, penubuhan Persekutuan Kesatuan
Sekerja. Akta ini mengawal kuasa kesatuan sekerja, pegawai kesatuan sekerja, ahli kesatuan dan
Pendaftar Kesatuan Sekerja.
Pelbagai fungsi atau peranan yang dimainkan oleh kesatuan sekerja antaranya ialah mewujudkan
saluran perhubungan di antara majikan dan pekerja, menjaga kebajikan dan faedah angota-
anggotanya dan mewakili anggota kesatuan sekerja dalam pertikaian perusahaan. Kesatuan
Sekerja juga berfungsi untuk mengadakan aktiviti yang dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran angotanya, memastikan kesatuan sekerja bergerak mengikut kehendak
undang-undang dan sebagainya. Umumnya tujuan utama penubuhan kesatuan sekerja dalam
sesebuah organisasi bertujuan untuk melindungi hak-hak dan kebajikan ahli-ahlinya daripada
ditindas oleh majikan dalam menetapkan polisi-polisi syarikat dan sebagainya.

Objektif utama Kesatuan Sekerja adalah:

 Melindungi kepentingan ahlinya.


 Mengawal selia perhubungan antara pekerja dan majikan mereka.
 Menjalankan tawar-menawar kolektif dengan pekerja untukmenyempurnakan Perjanjian
Kolektif.
 Mewakili pekerja dalam pertikaian perusahaan denganmajikan mengenai hal-hal disiplin.
 Mewakili pekerja dalam Mahkamah Perusahaan, MahkamahBuruh, dll.
 Menjalankan aktiviti lain untuk menggalakkan aktiviti sosial,rekreasi dan budaya di kalangan
ahlinya.
 Menggalakkan atau mengatur apa-apa tindakan perusahaanyang sah, termasuk mogok,
tertakluk kepada peruntukan AktaKesatuan Sekerja 1959.

Pendaftaran Kesatuan Sekerja


Untuk mendaftarkan kesatuan sekerja, syarat-syarat berikut perlu dipatuhi:

 Permohonan mesti ditandatangani oleh sekurang-kurangnya tujuh ahli dan pengalaman bekerja
1 tahun.
 Semua anggota kesatuan mesti bekerja dalam pekerjaan, tred atau industri yang sama.
 Semua anggota kesatuan juga mesti bekerja sama ada di Semenanjung atau Sabah atau
pun Sarawak. Jika kerja di semenanjung boleh anggotai kesatuan sekerja semenanjung sahaja
begitu juga Sarawak hanya Sarawak dan sabah hanya sabah.
 Selain itu, semua anggota kesatuan mesti berada dalam salah satu sektor sahaja iaitu swasta
atau awam. Tidak boleh campur swasta dengan awam.

AKTA BAWAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN


AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006 (Akta 652)
Dikuatkuasakan pada 1 September 2006. Akta ini bertujuan menggalakkan pembangunan kemahiran
dan perbaikkan keupayaan seseorang yang diperlukan untuk kerjaya melalui Latihan kemahiran.

Kepentingan akta 652 :

i. Meningkatkan kualiti Latihan kemahiran


ii. Menyediakan tenaga kerja mahir untuk keperluang industry
iii. Memajukan Latihan kemahiran

AKTA BAWAH JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN
1) AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994
Akta ini bertujuan untuk memupuk dan menggalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan
dikalangan pekerja-pekerja dan juga mewujudkan organisasi dan langkah-langkah keselamatan dan
kesihatan yang berkesan. Akta ini mengandungi 15 bahagian.

Akta ini, adalah untuk mewujudkan budaya kerja yang selamat dan sihat dikalangan semua majikan
dan pekerja supaya keselamatan kesihatan dan kebajikan mereka adalah terpelihara.

Tujuan

 Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja.


 Melindungi orang-orang di tempat tersebut.
 Mengekalkan persekitaran pekerjaan yang sesuai dengan keperluan fisiologi dan psikologi
pekerja.
 Menyediakan kaedah pengurusan keselamatan dan amalan industry bagi meningkatkan
standard keselamatan dan kesihatan.

Akta ini terpakai di seluruh Malaysia serta merangkumi dan melindungi semua orang yang bekerja
dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta
kecuali : mereka yang bekerja diatas kapal perdagangan dan angkatan tentera.

Jika berlaku kemalangan, Majikan wajib memberitahu mengenai kemalangan, kejadian berbahaya,
keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan kepada JKKP.

3 prinsip utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

1. Self Regulation – Untuk menangani perkara berkaitan keselamatan, majikan perlu


membangunkan satu sistem pengurusan yang baik dan kemas.
2. Perundingan – majikan, pekerja dan kerajaan perlu berunding untuk menyelesaikan isu-isu
dan masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat pekerjaan.
3. Kerjasama – pihak majikan dan pekerja perlu bekerjasama untuk menjaga, memelihara dan
meningkatkan mutu keselamatan dan kesihatan

Akta ini diperkenalkan kerana terdapat banyak kelemahan dalam akta kilang dan jentera 1967. Yang
mana akta 1967 hanya melindungi pekerja di sektor perkilangan sahaja.

2) Akta Kilang dan Jentera 1967


Satu akta yang diperuntukan untuk mengawal pengilang bertanggungjawab dalam perkara yang
berkaitan keselamatan, kesihatan dan kebajikan serta pemeriksaan terhadap jentera/mesin dan
yang berkaitan dengannya.

 Memberi perlindungan dari segi kesihatan dan keselamatan bagi semua pekerja yang bekerja di
kilang tanpa mengira jantina
 Bidangkuasa akta itu meliputi semua kilang

AKTA BAWAH PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

AKTA PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA 2001 (AKTA PSMB 2001)


Akta untuk memperuntukkan dan memungut levi pembangunan sumber manusia (HRD) untuk
tujuan menggalakkan latihan dan pembangunan pekerja, perantis dan pelatih, bagi penubuhan dan
pentadbiran dana oleh perbadanan dan untuk hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

Sektor yang dilindungi Akta ini : Perkilangan, Perkhidmatan dan Perlombongan dan Penggalian.

AKTA BAWAH PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL PERKESO


AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969 (PERKESO)
Akta ini memperuntukkan perlindungan pekerja-pekerja yang diambil bekerja dalam kerja dan
kontraktor hendaklah mendaftarkan dan mencarum pekerja pekerja di bawah PERKESO.

Mengadakan peruntukan mengenai keselamatan sosial dalam kontingensi yang tertentu dan bagi
membuat peruntukan mengenai beberapa perkara lain yang berkaitan dengannya.

Kandungan utama akta ini :

 Semua majikan sektor swasta yang mengajikan walaupun seorang pekerja tempatan, wajib
mendaftar dan mencarum dengan perkeso.
 Semua pekerja tempatan yang bergaji rm2000 atau kurang sebulan, diliputi dibawah skim
perlindungan perkeso.
 Pekerja bergajilebih rm 2000 sebulan diberi pilihan mencarum dengan syarat majikan dan
pekerja terlibat bersetuju.
 Pekerja yang telah mencarum akan terus wajib mencarum dibawah prinsip sekali layak terus
layak.

AKTA KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA 1991 – Bawah KWSP (KIV dlu)
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukanundang-undang yangberhubungan dengan suatu skim
simpanan untuk persaraan pekerja dan pengurusan simpanan itu bagi maksud persaraan dan bagi
perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Anda mungkin juga menyukai