Anda di halaman 1dari 11

NAMA: ARIEF MUZZAFAR BIN MAZLAN

MO I/C: 030804-12-0057
KELAS: 1 DVM DMB
TAJUK: PEMANTAPAN KESEPADUAN NATIONAL
MALAYSIA
NAMA PENYARAH: ENCIK EHSAN SAMSIH

1
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 3
PENGENALAN 4
1. PERPADUAN 5-6
1.1 KONSEP
1.2 DETIK PERPADUAN
1,3 DETIK PERBEZAAN
2. KESEPADUAN 7
2.1 KONSEP
2.2 DEFISIT
3. PENYATUPADUKAN 8-9
3.1 KONSEP
3.2 DASAR PERPADUAN
NEGARA
4. RESLEKSI 10
5. SUMBER RUJUKAN 11

2
PENGHARGAAN
Alhamdulillah ,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya , dapat
saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya . Saya
mengucapkan sepenuh penghargaan kepada;

Ustaz ehsan samsih ,


Pensyarahah penhayatan etika dan perabadan , di atas kepercayaan beliau
memberi tugasan ini kepada saya . Dimana beliau banyak membantu saya
sepanjang proses tugasan ini disiapkan .

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua ibu bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus
berusaha . Dan saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada
rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea saya
sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan . Dalam menyiapkan
tugasan ini , banyak yang telah saya pelajari sepanjang penyiapan kerja
kursus ini dilakukan . Ianya memberi saya seribu satu makna dalam
menimba ilmu ini .
Syukur Alhamdulillah .

3
PENGENALAN
Kursus ini mempersiapkan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban
yang wujud dalam masyarakat kepelbagaian etnik di Malaysia untuk
memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal mereka bagi menangani
kehidupan yang lebih mencabar. Pengisian kursus ini memfokuskan kepada
penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan
didedahkan dengan dinamika konsep etika dan peradaban yang menjadi
kekuatan kepada pembentukan negara Malaysia berdasarkan susur masa
evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial.
Kefahaman tentang pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat
kepelbagaian dibincangkan bagi meningkatkan penghayatan etika dan
peradaban ke arah pemantapan kesepaduan nasional dan bangsa Malaysia.
Peradaban acuan Malaysia perlu dikupas serta diperdebatkan dalam aktiviti
akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi
dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat
dipengaruhi oleh globalisasi dan perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi yang kompleks. Oleh kerana itu, penghayatan etika dan
peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial dan digerakkan pada
peringkat individu, keluarga, komuniti, masyarakat, dan negara. Justeru,
perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan pembangunan langsung
ekonomi telah membawa cabaran baru dalam mengukuhkan kelestarian etika
dan peradaban di Malaysia. 

4
1) PERPADUAN
1.1 KONSEP
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada
semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya
digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau
biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling
menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula,
terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan
sosial ataupun masyarakat

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu 
proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu
proses yang menyatupadukan seluruh masyarakatdan negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dannilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.

Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai
penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitubergabung menjadi
satu, sepakat dan sebagainya.Perpaduan atau µsolidarity ini juga dapat didefinisikan sebagai
satu prosesyang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap
anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cintadan
banggakan tanahair. Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagaisatu penyatuan
tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yangsepadu, kuat dan maju.

1.2 DETIK PERPADUAN


Detik perpaduan ialah perkara yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan
seharian masyarakat di Malaysia. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan
muncul perpaduan adalah detik-detik Ketika pergaulan di pasar, mengadakan
majlis perkhawinan , tempat makan, sokongan dalam sukan , memberi bantuan
ketika bencana , mengunjungi tempat percutian , menikmati cuti umum pelbagai
perayaan.

5
1.3 DETIK PERBEZAAN
Detik perbezaan ialah perkara yang membezakan antara kita dengan orang di
sekeliling kita , terutamanya budaya bangsa Malaysia. Perbezaan ini perlu dilihat
daripada aspek positif untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan antara
kaum. Contohnya seperti pemain badminton Negara lee zii jia yang merupakan
harapan Negara kita dalam sukan badminton, walaupun beliau berbangsa cina
namun semua rakyat dari Malaysia tanpa mengira banga menyokong beliau di
setiap pertandingan yang beliau sertai.

6
2) KESEPADUAN

2.1 KONSEP

Kesepaduan nasional dilaksanakan melalui tiga rangkai proses yang bergerak


serentak dipacu oleh tiga motivasi, iaitu perpaduan yang diidamkan, kesepaduan
yang dicapai dan penyatupaduan yang diusahakan. Tindakan membina Indeks
Perpaduan Nasional (IPNas 2018) adalah suatu usaha serius untuk memantau
pemantapan kesepaduan nasional. (Prof. Dr. Mansor Mohd Noor, 2019)

    Dalam konteks pemantapan kesepaduan di Malaysia, terdapat tiga lapisan


perpaduan yang perlu dicapai iaitu perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan.
Perpaduan ialah suatu bentuk kesatuan yang merupakan matlamat akhir yang
diidamkan dalam sesebuah negara yang berbilang etnik. Kesepaduan ialah keadaan
bersepadu dan menjadi kesatuan yang utuh. Keadaan yang dimaksudkan ialah
keadaan aman, stabil, makmur dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih
terdapat perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah
masyarakat. Manakala penyatupaduan ialan proses menyatupadukan iaitu usaha
berterusan pada peringkat semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit
sosial berwahanakan tapak integrasi berprinsipkan tawar-menawar, perundingan
dan mediasi

2.2 DEFITIS SOSIAL


defitis social bermakna kekurangan dalam konteks social yang memerlukan usaha
penyatupaduan yang berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan sosial
Defisit sosial ialah isu dan hal yang belum selesai perlu diusahakan
penyelesaiannya satu persatu, memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak,
perancangan dan pelaksanaan pelan Tindakan berasaskan
prinsip tawar-menawar , perundingan ataupun mediasi defitis social bermakna
kekurangan dalam konteks social yang memerlukan usaha penyatupaduan yang
berterusan untuk meningkatkan tahap kesepaduan social. Punca berlakunya defitis
social seperti etnisi, agama, kelas social dan lain-lain.

7
3) PENYATUPADUAN
3.1 KONSEP
Dalam kata lain penyatupaduan adalah suatu usaha berterusan di peringkat
semua lapisan masyarakat, bukan sahaja sebelum merdeka tetapi hingga
sekarang ianya terus dilaksanakan. Usaha ini tida boleh diberhentikan
kerana sifat kepelbagaian itu mengundang potensi konflik dan potensi
komersil sekali gus. Maka pemerintah mesti fokus terhadap hal ini. Dalam
kata lain, Malaysia adalah ‘work-in-progress’, justuru oleh kerana itu ianya
perlu dijaga seperti menatang minyak yang penuh. Konsep perpaduan yang
dicadangkan adalah ‘Perpaduan Dalam Kepelbagaian’. Keamanan dan
kestabilan negara yang kini dikecapi adalah kesepaduan sosial (social
cohesion), iaitu belum mencapai matlamat akhir yang diimpikan iaitu
perpaduan. Integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang
merapatkan masyarakat antara negeri dan wilayah bagi membentuk satu
bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya. Oleh itu, kesepaduan sosial
dan usaha integrasi nasional merupakan prasyarat untuk mencapai
perpaduan.

3.2 DASAR PERPADUAN NEGARA

Konsep perpaduan dalam kepelbagaian digunakan untuk melestarisasikan


keharmonian masyarakat majmuk di negara ini. Dasar ini menetapkan hala
tuju perpaduan negara dan bertindak sebagai pemangkin bagi pencapaian
Malaysia sebagai sebuah negara yang Bersatu padu, harmoni dan Makmur.

Kerajaan menerusi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah


melancarkan Dasar Perpaduan Negara Dan Rangka Tindakan (Blueprint)
Perpaduan Negara 2021-2030 yang menjadi dasar payung dalam usaha
berterusan memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam
kalangan rakyat.  ini merupakan dokumen rasmi kerajaan yang penting
untuk dijadikan panduan kepada semua pihak, tidak kira kementerian dan
agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan
masyarakat sivil serta seluruh rakyat Malaysia agar semua dapat memainkan

8
peranan masing-masing dalam menyemarakkan semangat perpaduan dan
membudayakan perpaduan dalam kepelbagaian.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata,
Dasar Perpaduan Negara merupakan satu dokumen strategi jangka panjang
dan usaha berterusan yang dirangka untuk menetapkan hala tuju perpaduan
negara dalam memupuk, mengukuh serta memelihara perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia.
“Manakala, Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 yang
dilancarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan tiga
aspirasi, 12 strategi, 41 anjakan strategik, serta menetapkan sasaran yang
hendak dicapai pada tahun 2030 dalam usaha membina dan mengekalkan
perpaduan negara.
“Sebelum ini, masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya di negara
ini berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang
selama ini menjadi pengikat perpaduan dan kesepaduan sosial rakyat
seluruhnya,” katanya.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata,
Dasar Perpaduan Negara diperkenalkan sebagai usaha kerajaan untuk
melahirkan bangsa Malaysia yang patriotik, demokratik dan berkeperibadian
tinggi, membangunkan identiti nasional yang mempunyai cita-cita sepunya
serta mengukuhkan ekosistem perpaduan negara.
“Kementerian Perpaduan Negara telah melaksanakan beberapa siri
konsultasi dan maklum balas rakyat secara berperingkat di seluruh negara
dalam usaha menghasilkan dokumen dasar, rangka tindakan perpaduan dan
pelan tindakan perpaduan yang menyeluruh dan terangkum,” katanya.
Menurutnya, sesi tersebut melibatkan pelbagai kumpulan sasar dan
pemegang taruh antaranya kementerian atau agensi kerajaan, badan bukan
kerajaan, pihak swasta, malah melibatkan rakyat di peringkat akar umbi.
“Sebanyak 55,583 maklum balas bertulis turut diterima menerusi sesi kajian
tinjauan yang dilaksanakan melalui kaedah bersemuka (QR code) dan secara
dalam talian menggunakan kaedah aplikasi WhatsApp, Laman Web KPN
dan e-mel.
“Maklum balas yang diterima ini kita analisis serta jadikan input dalam
penghasilan Dasar Perpaduan Negara, Rangka Tindakan (Blueprint)
Perpaduan Negara 2021-2030 dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-
2025,” katanya.

9
REFLEKSI
untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah
dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadikan negara ini bukan sahaja makmur dan
maju dalam semua bidang, tetapi juga mempunyai hubungan etnik yang harmoni
dan bersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem
persekutuan. Rakyat Malaysia ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang
terdiri daripada rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat hidup dalam
keadaan aman dan damai yang memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh,
sementara hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berada dalam
keadaan harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan. 

10
SUMBER RUJUKAN

1. SUMBER INTERNET
 https://kumpulan7mpu21032.blogspot.com/
 https://prezi.com/37h2zpxtg1th/perpduan-kesepaduan-dan-
penyatupaduan-satu-negara-satu-ka/
 https://anyflip.com/rbblx/ujad/basic
 https://sg.search.yahoo.com/yhs/
search;_ylt=Awrx5ZZ5zj9iEVAAMABP5At.;_ylc=X1MDMjExNDcwO
DU1OQRfcgMyBGZyA3locy1Ma3J5LW50BGZyMgNzYi10b3AEZ3By
aWQDRTNJQzAxWFRReHF3UW9iVkNUaWdtQQRuX3JzbHQDMA
RuX3N1Z2cDMARvcmlnaW4Dc2cuc2VhcmNoLnlhaG9vLmNvbQRwb
3MDMARwcXN0cgMEcHFzdHJsAzAEcXN0cmwDMzkEcXVlcnkDa2
VzaW1wdWxhbiUyMEtFU0VQQURVQU4lMjBOQVRJT05BTCUyM
E1BTEFZU0lBBHRfc3RtcAMxNjQ4MzQ4ODE0?
p=kesimpulan+KESEPADUAN+NATIONAL+MALAYSIA&fr2=sb-
top&hspart=Lkry&hsimp=yhs-
nt&param1=mT_Ow47yu9RBpz7TeZkdsczCguR9m7gndl9xEcg09SxZ
EV_RRbE_G0ldbHQr75kJjq5oeKyuBYdGNz09BjfKLoOlr0jWrJm6-
JDQls7PQWx2kX9SI-
9_jwmRBCwT98tKzSYVZ7dxiQQFpNsb6OentZiCJm5a_MLDbiizERn
0yhuN9KxbnWCGojDZrRM42WEg_2u1QYj7QgXiE2tvHplFP5JijobF
B4j3zutaki-
23U5CuNAEeo8gCvcuqUS32fvrVHu1P62t5Vv_ylNL4turcYDP5Q0QX
M7GWOn8UcUtSaGFUaKrW9CEYVv2oVNYQzkRMBP7oKlY2YURe
0BA1tfbZc9DSyttj-
cuF2wOEFaoEzQomUUPai95MJvEkT75zMpRqB0YetfAdQiVDLsNRf
-ssHop0g%2C%2C&type=YHS_STSRC2_59520_
%2459520_001536%24

11

Anda mungkin juga menyukai