Anda di halaman 1dari 26

KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATUK

SIJIL SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN (SSK)

FOLIO 1

TOPIK 01:ASAS ELEKTRIK

DISEDIAKAN UNTUK :

PN. NORZALINA BINTI MOHD YUSOF


SSK 1033-ASAS ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD SHARUL NIZAM BIN SHARANI

NO MATRIKS: A08SSK17F006

21 JULAI 2017

1
ISI KANDUNGAN:

PERKARA MUKASURAT

1.Penghargaan 5
2.Pendahuluan 6
3.Objektif 7
4. Maklumat Tugasan

5.Pengenalan Sistem Tenaga 8


A.Hidro
Cara Penghasilan Tenaga Yang Berlaku
Sumber Asas Penghasilan Tenaga Elektrik
Yang Digunakan
Perubahan Tenaga Yang Berlaku 8-11
Gambarajah Proses Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Kebaikan/Kelemahan
Aplikasi Penggunaannya Pada Masa Sekarang
B.Gas Asli
Cara Penghasilan Tenaga Yang Berlaku
Sumber Asas Penghasilan Tenaga Elektrik
Yang Digunakan
Perubahan Tenaga Yang Berlaku
Gambarajah Proses Penjanaannya 12-14
Prinsip Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Kebaikan/Kelemahan
Aplikasi Penggunaannya Pada Masa Sekarang

2
C.Nuklear
Cara Penghasilan Tenaga Yang Berlaku
Sumber Asas Penghasilan Tenaga Elektrik
Yang Digunakan
Perubahan Tenaga Yang Berlaku 15-17
Gambarajah Proses Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Kebaikan/Kelemahan
Aplikasi Penggunaannya Pada Masa Sekarang
D.Arang Batu
Cara Penghasilan Tenaga Yang Berlaku
Sumber Asas Penghasilan Tenaga Elektrik
Yang Digunakan
Perubahan Tenaga Yang Berlaku 18-19
Gambarajah Proses Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Kebaikan/Kelemahan
Aplikasi Penggunaannya Pada Masa Sekarang

E.Magnet
Cara Penghasilan Tenaga Yang Berlaku
Sumber Asas Penghasilan Tenaga Elektrik
Yang Digunakan
Perubahan Tenaga Yang Berlaku 20-21
Gambarajah Proses Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Kebaikan/Kelemahan
Aplikasi Penggunaannya Pada Masa Sekarang

3
F.Solat(Matahari)
Cara Penghasilan Tenaga Yang Berlaku
Sumber Asas Penghasilan Tenaga Elektrik
Yang Digunakan
Perubahan Tenaga Yang Berlaku 22-23
Gambarajah Proses Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Kebaikan/Kelemahan
Aplikasi Penggunaannya Pada Masa Sekarang
G.Kimia(Sel Kering)
Cara Penghasilan Tenaga Yang Berlaku
Sumber Asas Penghasilan Tenaga Elektrik
Yang Digunakan
Perubahan Tenaga Yang Berlaku 24-25
Gambarajah Proses Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Prinsip Penjanaannya
Kebaikan/Kelemahan
Aplikasi Penggunaannya Pada Masa Sekarang
6. Rumusan 26
7. Lampiran 26
8 .Rujukan 26

4
PENGHARGAAN:

Assalamualaikum

Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk ASAS
ELEKTRIK. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini
merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek.Ribuan terima kasih saya
ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya menyiapkan
projek folio saya ini. Pertama sekali kepada Pengarah Kolej Komuniti Bagan
Datuk,Encik Zainuddin Bin Kasmuri kerana beliau telah banyak memberikan
bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.Sekalung penghargaan untuk
pensyarah subjek saya, Pn.Norzalina Binti Mohd Yusof kerana memberikan
tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu,saya
juga sangat menghargai jasa pensyarah subjek saya kerana memberikan
bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu
saya semasa saya susah dan senang. Jasa beliau akan saya kenang ke akhir
hayat.Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan
sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih
yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari
segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-
sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing.
Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai.
Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat
tidak akan saya lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya
dijalankan dan dibentangkan.

5
PENDAHULUAN:

Kehidupan manusia pada masa kini tidak dapat dipisahkan daripada


penggunaan teknologi seperti peralatan elektrik dan elektronik. Kebanyakan
aktiviti dan kehidupan harian tidak dapat dilaksanakan dengan lancar sekiranya
berlaku gangguan bekalan elektrik. Fenomena ini membuktikan bahawa
kewujudan tenaga elektrik adalah penting dan memberikan impak terhadap
kemudahan dan keselesaan manusia dalam menjalankan kerja-kerja harian.

Sektor industri juga memerlukan tenaga elektrik bagi menghasilkan pengeluaran


yang cekap, cepat dan berkesan. Mesin-mesin dalam sektor ini biasanya
memerlukan tenaga elektrik yang berkuasa tinggi. Tenaga elektrik adalah
merupakan sumber utama bagi penghasilan tenaga yang lain seperti tenaga
bunyi, cahaya, haba, kinetik dan mekanik.

Pembekalan tenaga elektrik kepada pengguna perlu melalui tiga peringkat


penting iaitu penjanaan tenaga elektrik di stesen janakuasa, penghantaran dan
pengagihan tenaga elektrik dijana di stesen janakuasa dan ditingkatkan
voltannya sebelum dihantar ke pencawang masuk utama di destinasi tertentu.
Voltan akan diturunkan terlebih dahulu kepada 415V / 240V sebelum diagihkan
kepada pengguna mengikut keperluan tertentu.

6
OBJEKTIF:

1.Folio ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenalpasti sumber-sumber


penghasilan tenaga elektrik. Ini akan dapat membantu saya membuat folio
dengan cara yang betul, jelas dan tepat.

2.Mengenalpasti sumber-sumber yang tepat dan benar. Malah, secara tidak


langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih diri saya dalam
membuat folio.

3.Memupuk sikap berdikari, bekerjasama dengan orang lain dan menghadapi


cabaran diri sendiri.

7
MAKLUMAT TUGASAN:

1: Berikut adalah sumber-sumber penghasilan tenaga elektrik:

A) HIDRO

i)Sumber asas penghasilan tenaga elektrik yang digunakan:

Tenaga Kuasa Hidro

Tenaga kuasa hidro merupakan tenaga yang boleh diperbaharui yang boleh
menjana elektrik. Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya
termasuk kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan tenaga
haba laut.

Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa hidroelektrik kerana ia digunakan


untuk menjana elektrik di kebanyakan negara di dunia. Tenaga kuasa hidro
bergantung kepada kitaran air. Memahami kitaran air adalah penting untuk
memahami kuasa hidro.

ii)Perubahan tenaga yang berlaku:

Kitaran Air

Tenaga suria memanaskan air pada permukaan, menyebabkan ia tersejat. Wap


air ini akan mengkondensasi menjadi awan dan turun semula ke permukaan
Bumi sebagai hujan. Air mengalir menerusi sungai menuju laut, di mana ia
tersejat dan kitaran air berlaku semula.

8
iii)Gambarajah proses penjanaan:

iv)Prinsip asas penjanaannya:

Tenaga Mekanikal (kinetik) Diperoleh Daripada Air Yang Bergerak

Jumlah tenaga yang ada pada air yang bergerak ditentukan oleh aliran atau
terjunannya. Kederasan air yang mengalir dalam sungai yang besar, membawa
suatu tenaga yang besar dalam alirannya. Air yang jatuh atau terjun dengan laju
dari satu titik yang tinggi, juga mempunyai banyak tenaga dalam alirannya. Ini
dipanggil sebagai tenaga keupayaan.

9
Sama juga, apabila air mengalir menerusi saluran paip (tenaga keupayaan),
kemudian menolak dan memusingkan bilah turbin (tenaga kinetik) untuk
memutarkan generator bagi menghasilkan elektrik (tenaga elektrik). Dalam
sistem sungai yang mengalir, daya arus berpunca dengan adanya, sementara
dalam sistem simpanan air, air dikumpulkan di dalam takungan membentuk
empangan, kemudian dilepaskan untuk menjana elektrik.

v)Kebaikan dan Kelemahan:

Kelebihan Tenaga Kuasa Hidro

Penjanaan kuasa hidro menghasilkan tenaga elektrik yang bersih, tidak


mempunyai kesan langsung pengeluaran pencemaran udara, tetapi empangan
kuasa hidro, takungan, dan operasi penjana boleh menyebabkan kesan alam
sekitar.

Kelemahan Tenaga Kuasa Hidro

Takungan air pada empangan menghalang migrasi ikan ke kawasan hulu tempat
mereka bertelur. Takungan air dan operasi empangan juga merubah sifat semula
jadi air seperti suhu, kandungan kimia, ciri ciri aliran, dan jumlah kelodak,
semuanya akan menyebabkan perubahan yang signifikan terhadap ekologi
(organisma hidup dan persekitarannya) dan batuan dan tanah dari hulu ke hilir
sungai.

Perubahan ini mempunyai kesan negatif pada tumbuhan dan haiwan semula jadi
dalam dan berdekatan sungai, dan dalam delta yang mana sungai mengalir ke
laut. Kawasan takungan air mungkin meliputi kawasan semula jadi yang penting,

10
kawasan pertanian, dan kawasan arkeologi, dan juga menyebabkan proses
penempatan semula penduduk setempat.

Gas gas rumah hijau, seperti karbon dioksida dan metana, juga akan terhasil
dalam takungan dan boleh dibebaskan ke atmosfera. Jumlahnya tidak menentu.
Pengeluaran dari kawasan takungan air pada kawasan tropika dan iklim
sederhana, mungkin sama dengan atau lebih banyak berbanding kesan rumah
hijau akibat pengeluaran gas karbon dioksida dari penjanaan elektrik yang sama
jumlah dengan menggunakan bahan bakar fosil.

vi)Aplikasi penggunaannya pada masa akan datang:

Disebabkan sumber kuasa hidroelektrik ialah air, stesen janakuasa hidroelektrik


mesti berada dekat dengan sumber air. Kawasan empangan juga boleh dijadikan
tempat rekreasi yang menawarkan aktiviti sukan air dan memancing.

11
B) GAS ASLI

i)Sumber asas penghasilan tenaga elektrik yang digunakan:

Gas Asli
Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas ini
terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama petroleum.
Komposisinya juga hamper sama, sebatian hidrokarbon terutamanya gas
Metana.

ii)Perubahan tenaga yang berlaku:


Proses penukaran gas asli kepada gas asli cecair ini berrmula di stesen
pengambilan gas yang sama. Proses ini melibatkan proses pengeluaran bahan-
bahan yang tidak diperlukan dari gas isian loji, mengekalkan tekanan aliran gas
ke loji dan mengukur pengambilan gas ke loji.

Unit pengasing gas asid untuk mengeluarkan sebatian karbon dioksida dan
sulfur dari gas yang akan dicairkan. Ini adalah perlu untuk menghalang
pembekuan karbon dioksida di dalam bahagian pencecairan di samping
mengelakkan kakisan peralatandan pencemaran barangan. Unit pengeringan
untuk mengeluarkan air dari dalam gas, dengan iti dapat mengelakkan masalah
pembekuan di bahagian pencecairan dan unit pemecahan.

Apabila gas asli cecair tiba ditempatnya, ia dimasukkan ke dalam tangki


simpanan yang ditebat. Sebelum ia dapat digunakan ia mestilah dipanaskan
menjadi gas semula. Gas tersebut kemudian disalurkan melalui paip kepada
pengguna.

12
iii) Gambarajah proses penjanaan:

iv) Prinsip asas penjanaannya:

Gas asli ialah gas yang terbentuk dalam lapisan magma di dalam bumi. Gas
ini terperangkap di dalam lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama
petroleum. Komposisinya juga hampir sama, sebatian hidrokarbon
terutamanya gas Metana.

13
v)Kebaikan dan Kelemahan:

KEBAIKAN

1.Murah

2.Lebih selamat berbanding petroleum dan arang batu

KEBURUKAN

1Pencemaran alam sekitar

2.Pencemaran udara

vi) Aplikasi penggunaannya pada masa akan datang:

1.Penghasilan tenaga elektrik di stesen janakuasa elektrik

2.Bahan bakar kenderaan

3.Gas memasak di dapur

14
C) NUKLEAR

i) Sumber asas penghasilan tenaga elektrik yang digunakan:

Tenaga nuklear, kadangkala disebut tenaga atom,ialah sejenis tenaga yang


mengikat nukleus sesebuah atom. Tenaga ini boleh dibebaskan melalui tindak
balas nuklear seperti pereputan radioaktif serta pembelahan atau pelakuran
nuklear. Selain itu, ia juga merujuk kepada teknologi atau industry tenaga
nuklear yang membolehkan penjanaan tenaga sekunder seperti tenaga elektrik.

ii) Perubahan tenaga yang berlaku:

Tenaga nuklear dibebaskan oleh tiga proses eksoterma, iaitu "Pereputan


radioaktif", yang melibatkan satu proton atau neutron dalam nukleus radioaktif
yang mereput lalu membebaskan sama ada zarah-zarah, sinaran
elektromagnet (seperti sinar gamma), neutrino atau kesemuanya sekali;
"pembelahan nuklear, yang membelah satu nukleus berat menjadi dua (atau
jarang sekali tiga) nukleus yang lebih ringan; dan "pelakuran nuklear, yang
menggabungkan dua nukleus atom untuk membentuk satu nukleus yang lebih
berat.

Pereputan radioaktif ialah satu tindak balas yang berlaku secara spontan, rawak
dan semula jadi. Pembelahan nuklear pula, yang tidak berlaku secara semula
jadi, telah digunakan secara meluas dalam penjanaan tenaga elektrik sejak
1950-an lagi. Sementara itu, pelakuran nuklear boleh berlaku secara semula jadi,
seperti dalam matahari, dan secara buatan. Walaupun proses itu telah dibuktikan
boleh dilakukan secara buatan, namun terdapat beberapa masalah seperti
kawalan terhadap tindak balas yang perlu diatasi sebelum proses ini boleh
dilakukan secara besar-besaran.

15
iii) Gambarajah proses penjanaannya:

iv) Prinsip asas penjanaannya:

Tenaga nuklear sebenarnya dihasilkan dengan menggunakan satu bahan


lombong besi iaitu Uranium. Pertama sekali loji tenaga nuklear adalah di Calder
Hall, Cumbria England pada tahun 1956. Selain dari itu, tenaga nuklear juga
digunakan oleh beberapa buah kapal perang dan kapal selam untuk
menggerakkan enjin kapal masing-masing.

Di Britain, Loji tenaga nuklear dibina berhampiran dengan kawasan pantai. Ia


dibina dengan tujuan menyejukkan stim dengan menggunakan air laut dan ia
akan dipam untuk melakukan proses penyejukan. Ini bermakna loji tersebut tidak
perlu menggunakan cooling towers untuk melakukan proses penyejukan
sepertimana yang digunakan oleh loji-loji tenaga nuklear yang lain. Orang ramai
telah mengetahui akan tenaga nuklear ini sejak tahun 1990an lagi, cerita tenaga
initelah berkembang ke seluruh dunia akan tetapi pada tahun 2005 ia agak
perlahan sedikit perkembangannya ini mungkin kerana dengan terhasilnya
sumber tenaga yang baru.

16
v) Kebaikan / kelemahan:

KEBAIKAN

1. Menjamin keselamatan pembekalan tenaga Negara

2. Dapat mengurangkan pencemaran gas karbon dioksida yang dilepaskan


semasa pembakaran arang batu.

KELEMAHAN

1. Boleh menyerang sistem genetik manusia yang mana membawa kepada


kanser dan penyakit-penyakit lain dalam tempoh jangkamasa panjang.

2.Kebocoran pada reaktor nuklear boleh menyebabkan bahan-bahan radioaktif


terbebas di udara.

vi) Aplikasi penggunaannya pada masa sekarang

Kebanyakan kapal laut tentera dan beberapa kapal awam (seperti kapal
pemecah ais) menggunakan pendorong marin nuklear, suatu bentuk pendorong
nuklear. Beberapa kenderaan angkasa telah dilancarkan dengan menggunakan
reaktor nuklear seperti RORSAT kepunyaan Soviet dan SNAP-10A kepunyaan
Amerika.

Penyelidikan antarabangsa terus dibuat untuk penambahbaikan dalam teknologi


tenaga nuklear seperti dalam aspek keselamatan loji, penggunaan pelakuran
nuklear, dan kegunaan tambahan dalam proses pemanasan seperti pengeluaran
hidrogen,penyulingan air laut, dan untuk digunakan dalam system pemanas di
sesuatu daerah.

17
D) ARANG BATU

i)Sumber asas penghasilan tenaga elektrik yang digunakan:

Arang batu ialah sejenis pepejal hitam, yang digunakan sebagai bahan bakar
dengan meluas. Ia terbentuk dalam ekosistem melalui pengawetan tumbuhan
oleh air dan lumpur daripada pengoksidaan atau penguraian secara semula jadi.
Pepejal ini, yang merupakan batuan yang keras dan mudah terbakar (justeru
namanya,arang batu), mengandungi karbon dan hidrogen (serta sebatian
hidrokarbon), selain sebatian dan unsur-unsur lain, terutamanya sulfur. Ia digali
dari bumi melalui lombong arang batu, samada di bawah tanah atau secara
terbuka di permukaan bumi.

ii) Perubahan tenaga yang berlaku:

Stesen janakuasa menggunakan bahan api arang batu (tenaga kimia)untuk


menghasilkan stim. Stim memutarkan turbin dalam dinamo (tenaga kinetik). Ia
boleh menghasilkan tenaga elektrik, arang batu merupakan sumber yang tidak
dapat dikitar semula. Maka ia perlu dijimatkan.

iii) Gambarajah proses penjanaannya:

18
iv) Prinsip asas penjanaannya:

Haba dari pusat bumi yang memanaskan batu-batu yang berada jauh ke bawah
permukaan bumi. Air yang terperangkap dalam lapisan batu yang panas itu akan
keluar daripada permukaan bumi sebagai stim air panas atau gizar (pancutan
air) panas. Di stesen janakuasa arang batu, stim yang terperangkap di bawah
tanah akan disalurkan ke atas untuk memutarkan turbin dan dinamo untuk
menghasilkan tenaga elektrik.

v) Kebaikan / Kelemahan:

KELEBIHAN

1. Murah

KELEMAHAN

1. Memerlukan sistem kawalan pencemaran udara yang mahal (mercury, sulfur


dioksida).

2. Menyebabkan hujan asiddan pemanasan global.

vi) Aplikasi penggunaannya pada masa sekarang:

Arang batu menjadi sumber utama bagi penjanaan tenaga elektrik di seluruh
dunia. Pembakaran arang batu turut membebaskan karbon dioksida dan juga
jelaga-jelaga ke udara, sekaligus kegiatan ini dianggap sebagai penyumbang
utama terhadap pembebasan gas rumah hijau, selain pencemaran udara.

19
E) MAGNET (DINAMO)

i) Sumber asas penghasilan tenaga elektrik yang digunakan:

Dinamo ialah putaran magnet dalam gelungan wayar yang mengubah tenaga
kinetik kepada tenaga elektrik. Pada kebiasaannya dynamo dipasang pada roda
basikal untuk menyalakan lampu basikal.

ii) Perubahan tenaga yang berlaku:

Air sungai dari empangan disalurkan kebawah, kemudian turbin menggerakkan


dinamo dan tenaga elektrik terjana, tenaga daripada air terjun memutarkan
turbin.

iii) Gambarajah proses penjanaannya:

20
iv) Prinsip asas penjanaannya:

Dinamo mempunyai tiga bahagian iaitu magnet kekal, teras besi dan gegelung
wayar. Gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum, dinamo
dikendalikan atas prinsip aruhan magnet. Magnet di dalam dinamo basikal
berputar dalam satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik
pada gegelung wayar, teras besi pula mengembangkan medan magnet.

v) Kebaikan / Kelemahan:

KEBAIKAN

-Menghasilkan listrik dan bila dialiri listrik dapat berputar menjadi motor.

KELEMAHAN

-Biaya pembuatan jaringan distribusinya listriknya relatip lebih mahal.

vi) Aplikasi penggunaannya pada masa sekarang:

Apabila anda mengayuh basikal, magnet dalam dinamo basikal berputar dalam
satu arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik pada gegelung
wayar.

21
F) SOLAR (MATAHARI)

i) Sumber asas penghasilan tenaga elektrik yang digunakan:

Tenaga solar merupakan cahaya yang muncul dari matahari.Tenaga solar boleh
dimanfaatkan oleh salah satu cara yang paling umum dengan menggunakan sel
photovoltaic. Photovoltaic adalah teknologi tenaga solar yang menggunakan
sifat-sifat unit semikonduktor tertentu. Sistem photovoltaic adalah satu sistem
elektrik yang terdiri daripada pelbagai modul PV dan lain-lain komponen elektrik.

ii) Perubahan tenaga yang berlaku:

Panel suria rumah mengubah tenaga suria kepada tenaga elektrik.

iii) Gambarajah proses penjanaannya:

22
iv) Prinsip asas penjanaannya:

Bahan kimia seperti selenium, natrium dan kalium dapat ditukarkan kepada
tenaga elektrik apabila menerima cahaya. Solar yang terima cahaya matahari
akan hasilkan tenaga elektrik. Jika keamatan cahaya tinggi, arus elektrik juga
tinggi.

v) Kebaikan / Kelemahan:

KEBAIKAN

-Mesra alam

-Boleh diguna dimana sahaja

-Tiada pencemaran bunyi

KELEMAHAN

-Hanya boleh digunakan pada waktu siang

-Kos pengeluaran tinggi

-Memerlukan kawasan tanah lapang

vi) Aplikasi penggunaannya pada masa sekarang:

Kegunaannya semakin meluas tatkala kesedaran mengenai kos persekitaran


dan bekalan terhad oleh sumber tenaga lain seperti bahan api fosil yang semakin
terasa.

23
G) KIMIA (SEL KERING)

i) Sumber asas penghasilan tenaga elektrik yang digunakan:

Sel kering (bateri) diperbuat dengan menggunakanbahan kimia untuk


menghasilkan elektrik. Digunakan dalam jam, lampu suluh, radio, alat
permainan, kamera, dan lain-lain. Ianya adalah ringan serta mudah untuk dibawa
ke mana-mana. Kebiasaannya sel kering adalah tidak boleh di cas semula, tetapi
ada juga keluaran yang boleh dicas semula.

ii) Perubahan tenaga yang berlaku:

Tindak balas kimia yang berlaku antara elektroilit dengan bekas zink akan
menghasilkan arus elektrik.

iii) Gambarajah proses penjanaannya:

24
iv) Prinsip asas penjanaannya:

Dua elektrod yang digunakan hendaklah berbeza. Sel mesti mengandungi


elektrolit. Kedua-dua elektrod hendaklah bersambung untuk melengkapkan litar

v) Kebaikan / Kelemahan:

KEBAIKAN

-Mudah dibawa dan membekalkan arus tetap

KELEMAHAN

-Tidak tahan lama dan tidak dapat dicas semula

vi) Aplikasi penggunaannya pada masa sekarang:

Tenaga ini dapat ditukar kepada bentuk tenaga lain, misalnya kepada tenaga
haba atau elektrik. Selalunya bahan yang peka terhadap cahaya seperti litium,
selenium dan sebagainya digunakan untuk mengumpul tenaga menjadi padu
bagi menghasilkan haba yang kuat. Sebagai contoh tenaga solar ini digunakan di
kalkulator, kenderaan solar dan lain-lain.

25
RUMUSAN:

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan tugasan dalam tempoh masa
yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan dan
pengajaran yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah mempelajari
tentang sumber-sumber cara mendapatkan sumber elektrik di Malaysia. Selepas
melakukan tugasan, saya juga dapat tahu lebih mendalam berkenaan cara-cara
tenaga elektrik dapat dibuat. Akhir sekali, tanpa tenaga elektrik, kita tidak dapat
hidup seperti sekarang, banyakkan jimat tenaga elektrik untuk masa depan yang
lebih baik.

RUJUKAN:

1. Rujukan daripada sumber internet

a.https://ms.wikipedia.org/wiki/Penjanaan_elektrik

b.https://ahm80.files.wordpress.com/.../bab-3-sistem-bekalan-elektrik...

c.https://ms.wikipedia.org/wiki/Tenaga_nuklear

26

Anda mungkin juga menyukai