Anda di halaman 1dari 25

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN

KEMENTERIAN VOKASIONAL,
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA.

NOTA KURSUS 1
SEMESTER SEMESTER 3 SVM SESI 2018
JABATAN JABATAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
PROGRAM TEKNOLOGI ELEKTRIK / SVM
KOD / KURSUS ETE 3012 LUKISAN TIGA FASA
01. MENGENAL PASTI SPESIFIKASI DAN KEPERLUAN LUKISAN
KOMPETENSI
TIGA FASA

KOMPETENSI 1. MENGENALPASTI PROSEDUR PEMASANGAN DAN


UNIT PENGUJIAN PENDAWAIAN SATU FASA

Pelatih mestilah mampu:


 Mengenal pasti spesifikasi dan keperluan lukisan tiga fasa.
HASIL  Melukis lukisan susun atur.
PEMBELAJARAN  Melukis lukisan tiga garisan / rajah skematik.
 Melukis lukisan tiga fasa.
 Mengesan (inspect) lukisan tiga fasa.
TARIKH
ETE 2033/K 01/PP
NO KOD 01-03 KOD JPK
EDISI MEI/2017
MAKLUMAT CALON

NAMA

NO.KAD
PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

TAJUK/TITLE : SPESIFIKASI DAN KEPERLUAN LUKISAN TIGA FASA

TUJUAN/PURPOSE :
Tujuan kertas penerangan ini adalah untuk menerangkan pengiraan dan lukisan
perseimbangan beban untuk pendawaian domestik tiga fasa perlu dibuat untuk
mengetahui jumlah permintaan arus beban di setiap fasa adalah sama dan penggunaan
peralatan mengikut saiz yang sesuai seperti saiz papan suis utama, ELCB, kabel dan
lain-lain
PENERANGAN/INFORMATION :

1
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

PENGENALAN
Terdapat pelbagai jenis barangan dan alatan kelengkapan elektrik serta peralatan
aksesori pendawaian.Setiap peralatan dan aksesori mempunyai fungsi dan tugas yang
berlainan diantara satu sama lain.Untuk memastikan pengenalan alatan dan aksesori
supaya tidak mengelirukan pengguna,dengan itu setiap satunya ditunjukkan secara
lukisan simbol pada pelan pendawaian.dalam sistem pendawaaian memerlukan satu
pelan khas yang dinamakan pelan pendawaian elektrik.pelan ini sebagai rujukan
kepada pendawai untuk membuat kerja-kerja pendawaian pada suatu premis.Dalam
pelan pendawaian inilah mengandungi maklumat lengkap seperti bentangan
pendawaian,rekabentuk litar,komponen,aksesori,faktor keselamatan pengguna dan
faktor kos yang ekonomi.

Setiap pelan elektrik mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
pihak yang bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik,contohnya seperti
i) Peraturan Suruhanjaya Tenaga-Elektrik
ii) Peraturan-Peraturan Elektrik
iii) Peraturan I.E.E
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

1.PROSES LAWATAN TAPAK DAN PENILAIAN

I. Rajah 1 Menunjukkan Carta Aliran Merancang Pemasangan Pendawaian


Bangunan Kediaman Bekalan Fasa Tungal Dan Tiga Fasa

RAJAH : 1
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

2. PENGENALAN TARIF ELEKTRIK

I. Definisi Tarif
a) Tarif ialah sesuatu skala bayaran yang dikenakan kepada pengguna
bergantung kepada jumlah beban,jenis bangunan dan jenis
penggunaannya.Tarif yang dikenakan mestilah tidak membebankan
pengguna dan tidak merugikan pihak pembekal.
b) Oleh itu tarif yang hendak dikenakan kepada pengguna mestilah
dipersetujui oleh Suruhanjaya Tenaga.Tujuannya adalah untuk
menampong segala kos yang ditanggung oleh pihak pembekal bermula
dari penjanaan hingga kepada pembekalan kepada pengguna.
c) Sebelum tenaga elektrik sampai kepada pengguna, pihak pembekal
terpaksa menampung dua jenis perbelanjaan bagi mengeluarkan tenaga
elektrik iaitu perbelanjaan kos tetap dan kos berubah

2.1 Kadar Samarata Atau Sekata


Tarif jenis ini membahagikan kadar bayaran tenaga elektik kepada dua
bahagian iaitu bayaran tenaga elektrik untuk lampu dan bayaran tenaga elektrik
untuk kuasa. Oleh itu tarif ini memerlukan dua buah meter kilowatt jam untuk
mengambil dua bentuk bacaan, satu untuk bacaan unit tenaga elektrik lampu
(pencahayaan) dan satu untuk bacaan unit kuasa. Kadar bayaran dengan tarif
ini akan bertambah tinggi dengan bertambahnya tenaga elektrik yang
digunakan.

Pada hari ini tarif sama rata ini jarang-jarang digunakan kecuali untuk
perusahaan- perusahaan kecil kerana membazirkan meter dan menyukarkan
pembacaan di samping bayaran tinggi yang dikenakan kepada pengguna.

Contoh 1

Pengguna perumahan menggunakan 100 unit lampu dan 200 unit kuasa
dalam tempoh sebulan. Kadar tarif yang dikenakan ialah 20 sen bagi satu
Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

unit lampu dan 25 sen bagi satu unit kuasa. Kira bayaran uang perlu
dibayar oleh pengguna tersebut.

Lampu 100 unit x 20 sen - RM 20 00


Kuasa 200 unit x 25 sen - RM50.00
Jumlah bayaran - RM 70.00

Kwj1- Mencatatkan Tenaga Lampu


Kwj2-Mencatatkan Tenaga Kuasa

Rajah 2 : Kaedah Tariff Sama Rata

2.2 Kadar Dua Bahagian

Sebahagian kadar sama rata, tarif jenis ini membahagikan skala bayarannya

kepada 2 bahagian juga, bezanya pembahagian ini dibuat secara terus.

Pembahagian pertama ialah bayaran permintaan maksimum yang telah

dibekalkan kepada pengguna itu atau dengan kata lain bayaran yang mesti

dibayar kepada pengguna pada bulan itu ialah jumlah penggunaan tenaga

elektrik yang mencapai permintaan maksimum.

Biasanya bayaran di bahagian ini dikenakan dalam kilowatt bukannya unit dan

bergantung pada kawasan atau luas lantai atau bilik atau nilai yang sama pada

semua rumah dalam sesuatu tempoh vang tertentu (bergantung pada pihak
Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

pengguna) Bahagian yang kedua pula lalah bayaran terhadap banyaknya unit

tenaga yang telah digunakan pada sesuatu tempoh.

Tarif cara ini menggunakan sebuah meter kilowatt jam sahaja dan digunakan

meluas di kilang-kilang perusahaan yang besar. Namun begitu tidaklah memadai

dengan meter kilowatt jam itu.Biasanya meter ini digunakan beserta dengan

penunjuk permintaan maksimum KW untuk mengetahui kadar permintaan

maksimum yang telah dibuat pada sesuatu tempoh.

Litar akhir
lampu dan
kuasa

Rajah 3 : kadar tarif dua bahagian

Contoh 2

Sebuah syarikat perlombongan (voltan sederhana) menggunakan 1000

unit dan permintaan arus maksimum pada bulan itu ialah 6 KW.

Berapakah bayaran yang perlu dibayar jika tarif yang ditentukan seperti

jadual dibawah;

KATEGORI TARIF UNIT KADAR

Tarif F1 - Tarif Perlombongan Am


Voltan Sederhana
Bagi setiap kilowatt kehendak maksimum
RM/kW 13.60
sebulan
Bagi semua kWj sen/kWj 20.10
Caj minimum bulanan ialah RM120.00
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

Penyelesaian

Bayaran bagi permintaan maksimum 6 KW ialah 6 x RM 13.60 = RM 81.60


Bayaran bagi 1000 unit yang digunakan ialah 1000 x 20.10 sen = RM 201.00
Jumlah bayaran = RM 282.60

2.3 Kadar Blok

Tarif ini biasanya memberi 3 skala bayaran iaitu pertama, jika melebihi beberapa
unit tertentu, baki daripada unit itu dikenakan beberapa skala bayaran lagi. Tarif
jenis ini memerlukan sebuah meter sahaja dan merupakan tarif yang paling
banyak digunakan dirumah kediaman.

Suis utama
Bekalan

Litar akhir
lampu dan kuasa

Meter KWJ

Contoh 3
Sebuah rumah menggunakan 500 unit tenaga elektrik pada suatu bulan.
Kira kadar bayarannya jika tarif yang ditentukan seperti jadual di bawah;

KATEGORI TARIF UNIT KADAR


Tarif A - Tarif Kediaman
200 kWj pertama (1 - 200 kWj) sebulan sen/kWj 21.80
800 kWj berikutnya (201 - 1,000 kWj) sebulan sen/kWj 28.90
Lebih dari 1,000 kWj (1,001 kWj ke atas) sen/kWj 31.20
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

sebulan
Caj minimum bulanan ialah RM3.00

Penyelesaian
200 unit pertama = 200 x 21.80 sen = RM 43.60
300 unit kedua = 300 x 28.90 sen = RM 86.70
Jumlah bayaran = RM 130.30

3. Jenis Pendawaia Tiga Fasa

Sistem pendawaian adalah cara sebenar bagaimana sesuatu kabel pemasangan


tersebut di pasang.Ia juga mengaitkan dengan jenis kabel dan sistem perlindungan
yang digunakan.Di malaysia sistem pendawaian biasanya dibahagikan kepada 2
jenis iaitu domestik dan industri.Pengkelasan ini bergantung kepada faktor seperti
premis,jenis voltan dan beban.

a) Sistem Pendawaian Domestik Di antara pendawaian domestik ialah:


 Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)
 Pendawaian Tersembunyi (Concealed Wiring)
 Pendawaian Selongsong PVK (PVC Casing Wiring)
 Pendawaian Pembuluh PVK (PVC Conduit Wiring)

b) Sistem Pendawaian Industri Sistem pendawaian industri biasanya melibatkan


pemasangan yang perlu dilindungi daripada kerosakan mekanikal.Pendawaian
ini dilakuka di dalam dan juga di luar bangunan.Di antara sistem pendawaian
industri yang sering digunakan di negara kita ialah:
 Pembuluh Logam(Konduit G.I)
 Sesalur (Trunking)
 Kabel Berperisai

4. PEMBUMIAN
Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

4.1. Pengenalan Pembumian

Pembumian merupakan pasangan yang perlu ada bersama dalam sistem


pendawaian elektrik, terutamanya dalam pemasangan di premis pengguna.
Pembumian ini diwakili oleh kabel bumi (earth). Kabel bumi ini dihubungkan
kepada punca yang tertanam di bumi.

Matlamat utama pembumian adalah untuk memberi perlindungan keselamatan


kepada pengguna daripada sebarang bahaya renjatan elektrik dan kerosakkan
arus. Akibat kerosakkan tersebut akan memberi ruang yang membolehkan arus
mengalir kebahagian-bahagian yang berkaitan dengan sistem elektrik.

Apabila ini berlaku maka segala logam tersebut amat bahaya dan jika disentuh
akan mengakibatkan kemalangan renjatan yang boleh menyebabkan kematian
atau berlakunya kepanasan pada kabel disebabkan arus berlebihan yang
memboleh kan kebakaran pada kabel.

Dalam persediaan pencegahan daripada berlakunya renjatan serta kebakaran


kabel disamping memberi perlindungan kepada pengguna, oleh itu segala
bahagian logam pada akseskori pendawaian dan sistem pendawaian perlu
dibumikan. Ini bermaksud bahawa kabel bumi hendaklah melalui tamatan di
bahagian-bahagian yang dinyatakan. Kerana bumi dianggap keupayaannya sifar
(0)

4.2 kebaikan dan kekurangan pemasangan pembumian

Kebaikan Sisitem Pemasangan Disambung Kebumi

i) Keseluruhan sistem terikat dengan daya jisim umum bumi.


ii) Semua logam yang telah dimasukkan, satu laluan yang disediakan bagi arus
bocor ke bumi dan memutus litar

Kekurangannya

i) Kos perbelanjaan untuk menyediakan satu system pembumian yang


Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

lengkap adalah mahal.


ii) Bagi sistem TT di mana punca bumi tidak disediakan oleh pembekal,
sekiranya salah satu sambungan pengalir bumi putus atau tercabut maka t
tidak ada lagi laluan arus bocor ke jisim bumi, ini akan membahayakan
pengguna.

4.3 Jenis-Jenis Sistem Pembumian

Jenis-jenis sistem pembumian ada kaitan dengan punca bekalan pengguna yang
dibekalkan oleh pihak berkuasa bekalan. Diantaranya yang diluluskan oleh IEE
ialah seperti berikut :-
i) Sistem TT.
ii) Sistem TN – S.
iii) Sistem TN – C – S.
iv) Sistem TN – C.
v) Sistem IT.

5. JENIS-JENIS KABEL

1.1 Binaan Kabel


Secara amnya kabel elektrik bawah tanah yang lengkap dan boleh berfungsi
dengan baik dan selamat terbahagi kepada bahagian-bahagian berikut:

i. Bahagian pengaliran elektrik


ii. Bahagian penebat kepada pengalir
iii. Bahagian perlindungan mekanikal

Bahagian pengaliran elektrik adalah konduktor elektrik yang akan


menyalurkan bekalan elektrik. Ia diperbuat dari logam seperti tembaga dan
aluminium. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan yang dipanggil teras
(core). Bilangan pengalir terkecil dalam setiap teras dipanggil lembar
(strand). Kabel untuk penghantaran kuasa elektrik lazimnya mengandungi
satu, dua, tiga atau empat teras. Bilangan lembarnya pula bergantung
Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

kepada saiz kabel. Saiz setiap lembar akan menentukan kemudahlenturan


sesuatu kabel. Lebih kecil saiz lembar lebih mudahlah ianya dilenturkan
walaupun memerlukan banyak bilangan lembar.

1.2 Perbezaan Tembaga Dan Aluminium

No Tembaga Aluminium

1 Pengalirannya baik, oleh itu Pengalirannya kurang baik, oleh itu


saiznya lebih kecil untuk sesuatu saiznya lebih besar bagi sesuatu
kadaran arus kadaran arus yang sama
2 Harganya mahal Harganya murah
3 Lebih berat Ringan
4 Tidak mudah patah Mudah patah
5 Mudah lentur Tidak mudah lentur

1.3 Faktor-Faktor Pemilihan Kabel

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sewaktu membuat pemilihan


sesuatu jenis kabel yang hendak digunakan ialah seperti yang berikut :

a. Kabel yang dipilih itu berupaya membawa tenaga elektrik dengan cekap:
maknanya saiz kabel itu mampu membawa arus yang diperlukan oleh
sesuatu beban tanpa memanaskan kabel. Di samping itu susut voltannya
tidak melebihi 4 % voltan bekalan sebagaimana yang dinyatakan dalam
peraturan IEE 525-01-02 edisi ke 16.
b. Kabel itu mestilah selamat digunakan pada tempatnya. Maknanya,
penebat kabel yang akan dipilih itu bersesuaian dengan keadaan
sekeliling tempat kabel itu hendak dipasang. Setiap penebat mempunyai
suhu maksimun yang ia mampu bertahan, misalnya kabel p.v.k sesuai
untuk suhu 0º C hingga 65º C. Suhu yang lebih atau kurang daripada julat
ini akan menyebabkan kabel p.v.k rosak. Jadi keselamatan kabel yang
dilindunginya akan tergugat dan seterusnya akan mendatangkan bahaya
kepada pengguna kabel tersebut.
c. Kabel yang dipilih itu seboleh-bolehnya hendaklah hendaklah berharga
murah. Kadangkala beberapa jenis kabel mempunyai keupayaan,
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

kecekapan dan ciri-ciri keselamatan yang hampir sama tetapi harganya


berbeza-beza. Untuk menjimatkan belanja eloklah ddiberi keutamaan
kepada kabel yang harganya lebih murah.

1.4 Jenis Jenis Kabel


Jenis-jenis kabel bawah tanah:

1. Kabel PVC/PVC Single Core Bertebat PVC.


2. Kabel PVC/SWA/PVC 2 Core
3. Kabel PVC/SWA/PVC multicore pilot cable.
4. Kabel X.L.P.E ( Cross Link Poly Ethylene)

1.5 Saiz Kabel Yang Digunakan


Kabel yang hendak digunakan bergantung kepada jenis beban yang
dipasang dan jenis pendawaian yang hendak digunakan.satu pengiraan
khas perlu dilakukan bagi mendapatkan saiz kabel yang tepat.Hal ini ada
dibincangkan dengan terperinci dalam buku peraturan pemasangan atau
buku-buku pemasanga elektrik.Bagi memudahkan kerja melukis dan sebagai
panduan awal tanpa pengiraan khas, jadula di bawah bolehlah digunakan
untuk kerja-kerja melukis gambarajah skematik

Saiz kabel Jenis Kabel Beban

1.5 mm² pvc PVC Lampu- 6 amp

2.5 mm² pvc PVC Soket Alur Keluar 13 amp

4 mm² pvc PVC Pemasak/pemanas dan


Penghawa Dingin

6/10 mm² pvc PVC Bekalan Utama bagi jumlah


permintaan arus tidak
melebihi 30 amp

16 mm² pvc /25 mm² pvc PVC Bekalan Utama bagi jumlah
permintaan arus tidak
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

melebihi 60 amp

2. Komponan-Komponan Pelindung Tiga Fasa

BIL KOMPENAN FUNGSI NILAI KADARAN ARUS

Menyambung dan 60A/63A/100A/415V


1 Suis Utama 3Ø memutuskan bekalan
utama

Memutuskan bekalan
secara automatik 60A/63A/100A/300mA/415V
2 RCCB 3Ø apabila berlaku lebihan
arus bocor ke bumi.

Melindungi arus lebih


3 Pemutus Litar Kenit dan melindungi 6A,10A, 16A, 20A dan 32A
(MCB) daripada litar pintas

i. Suis Utama (Main Switch)

- Suis utama untuk sistem bekalan 3 fasa tidak banyak bezanya dengan suis
utama yang digunakan dalam sistem bekalan 1 fasa. Fungsinya
menyambung dan memutuskan bekalan. Ia mempunyai 3 terminal iaitu
terminal dari Fasa RED, Fasa YELLOW dan Fasa BLUE. Setiap salah satu
fasa berikut bertugas menyambungkan bekalan kepada beban-beban
elektrik.
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

Gambarajah Suis Utama 3Ø


- Kadar arus bagi suis utama jenis suis fius juga tertakluk pada arus beban maksima.
Kadar arus yang biasa terdapat dipasaran adalah seperti berikut :-

3 Fasa 60A, 3 atau 4 Kutub


3 Fasa 100A, 3 atau 4 Kutub

ii. Pemutus Litar Arus Baki (RCCB)

 Pemutus Litar Arus Baki didalam sistem bekalan 3 fasa lebih dikenali
dengan panggilan RCCB. Ia mempunyai 4 terminal iatu R, Y, B dan
Neutral. Namun fungsinya tetap sama.
 Nilai arus kepekaan RCCB bagi sistem bekalan 3 fasa ialah 300mA.

Operasi Pemutus Litar Arus Baki (RCCB)

 Operasi Pemutus Litar Arus Baki (RCCB) menerangkan tentang cara


kendalian RCCB 3 fasa. Setiap RCCB mempunyai arus operasi yang
tersendiri iaitu 60A, 63A dan 100A.
 Apabila berlaku kerosakan ke bumi sebahagian arus akan mengalir ke
bumi. Oleh itu, arus pada pengalir neutral tidak seimbang dengan arus
pengalir fasa (Life). Medan magnet menjadi tidak seimbang. Terdapat
satu gelung kecil yang dipanggil gelung pengesan yang bertindak
mengesan ketidak seimbangan medan magnet. Ia akan teraruh dan
menyebabkan gelung
pelantik terpelantik (Trip).
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

3. FACTOR KEPELBAGAIAN (DIVERSITY FACTOR)

3.1 Pegenalan

Suatu perkiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus pada alat,


saiz kabel, dan alat perlindungan perlu ada dalam sesuatu pepasangan

3.2 Penggunaan Faktor Kepelbagaian

Faktor kepelbagaian hanya dibenarkan untuk mengira saiz pengalir dan


peralatan kawalan seperti suis utama dan pemutus litar pada pengalir utama
dan sub-utama. Faktor kepelbagaian tidak boleh digunakan untuk mengira
saiz pengalir litar akhir kecuali bagi litar akhir pemasak.

Peraturan IEE menerangkan bahawa faktor kepelbagaian boleh digunakan


untuk mengira saiz pengalir dan peralatan kawalan kecuali litar akhir.

Cara Menggunakan Faktor Kepelbagaian

Persamaan yang digunakan bagi pengiraan faktor kepelbagaian adalah:

Faktor Kepelbagaian = Jumlah beban serentak yang digunakan


Jumlah beban yang digunakan

Faktor ini boleh ditentukan oleh perancang-perancang pemasangan elektrik


dengan berpandukan secara asas jadual khas yang disediakan oleh IEE.
Jadual khas ini memberi anggaran kepelbagaian bagi setiap jenis beban
yang terdapat di dalam pemasangan elektrik dan jenis bangunan seperti
rumah kediaman, rumah pangsa, hotel dan sebagainya.

Di bawah adalah jadual 4B petikan dari bab Peraturan-peraturan I.E.E Edisi ke 15


Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

Jenis Pemilik Bangunan


Bil Penggunaan kepelbagaian
bagi litar kecil akhir yang Pemasangan Rumah Kedai kecil,stor,pejabat Hotel kecil,rumah
disuapkan dari pengalir Persendirian termasuk dan bangunan rehat,rumah tamu dan
atau peralatan suis Blok Penginapan perniagaan persendirian sebagainya
Persendirian

1. Lampu 66% daripada jumlah 90 % daripada jumlah 75% daripada jumlah


permintaan arus permintaan arus permintaan arus

2. Bekalan Kuasa dan 100% daripada jumlah 100% beban penuh 100% beban penuh
pemanas (lihat bil 3 hingga permintaan arus yang perkakas yang terbesar perkakas yang terbesar
8) melebihi 10 Amp tambah tambah 75% beban penuh tambah 80% beban penuh
50% daripada arus yang perkakas baki perkakas yang kedua
melebihi 100 Amp terbesar tambah 60%
beban penuh perkakas
baki

10 Amp yang pertama


tambah 30% beban penuh 100% beban penuh perkakas yang terbesar tambah 20%
3 Perkakas Memasak perkakas memasak yang beban penuh perkakas yang kedua terbesar tambah
melebihi 10 Amp tambah 5 60% beban penuh perkakas baki
Amp jika unit itu
menyediakan soket alir
keluar

100% beban penuh motor 100% beban penuh motor


4. Motor yang terbesar tambah yang terbesar tambah
(selain pengangkut yang 80% beban penuh motor 50% beban penuh motor
memerlukan perhatian yang kedua terbesar baki
khusus) tambah 60% beban penuh
motor baki

100% beban penuh 100% beban penuh


5. Pemanas air(jenis segera) perkakas yang terbesar perkakas yang terbesar
tambah 100% beban penuh tambah 100% beban
perkakas yang kedua penuh perkakas yang
terbesar tambah 25% kedua terbesar tambah
beban penuh baki 25% beban penuh baki

6. Pemanas air Tidak dibenarkan kepelbagaian


(kawalan laras suhu)

7. Pemasangan pemanas Tidak dibenarkan kepelbagaian


lantai

8. Pemasangan ruang Tidak dibenarkan kepelbagaian


simpanan haba

9. Susunan litar akhir yang 100% permintaan arus litar yang terbesar tambah 40% 100% permintaan arus
piawaian mengikut permintaan arus bagi setiap litar lain litar yang terbesar tambah
lampiran 5 50% permintaan arus bagi
setiap litar lain

100% permintaan arus titik 100% permintaan arus 100% permintaan arus
10 Soket alir keluar selain Bil penggunaan yang terbesar titik penggunaan yang titik penggunaan yang
9 dan kelengkapan yang tambah 40% bagi setiap terbesar tambah 75% terbesar tambah 75%
dinyatakan diatas titik penggunaan yang lain bagi setiap titik permintaan arus setiap
Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

penggunaan yang lain titik di bilik utama


( seperti di ruang makan )
tambah 40% permintaan
arus bagi setiap titik
penggunaan yang lain
Contoh 1 :
Sebuah rumah kediaman memerlukan pendawaian berikut dengan bekalan 1
fasa dengan bekalan 240 volt

1) 15 mata lampu kalimantang 1x 40 watt


2) 3 mata kipas angin siling 85 watt
3) 8 mata soket alir keluar 13 amp (500 watt setiap satu)
4) 2 mata penghawa dingin 1 hp (kuasa kuda)
5) 1x2 kw dapur Elektrik
6) 1x1 kw Pemanas Air Segera
Bil. Beban / Litar Arus Maksima Faktor Arus Anggaran
Kepelbagaian

1. 15 mata lampu I = P X 1.8


kalimantang 40 watt V = 4.5 x 66 %
66%
I = 15 x 40 x
1.8 = 2.97 amp
240
I = 4.5 amp

I= P
V X 0.85
2. 3 mata kipas angin siling 66% 1.25 amp x 66 %
85 watt I= 3 X 85
240 X 0.85
= 0.83 amp
I = 1.25 amp

Jumlah
permintaan
arus pertama
3. 8 mata soket alir keluar Yang terbesar 100% 4.2 amp x 100%
13 amp (500 watt setiap I = 2 X 500 watt
satu) 240 = 4.2 amp
4 Litar = 8 suis soket
keluaran I = 4.2 amp
Jumlah
permintaan
40% 12.5 x 40 %
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

arus yang
selebihnya = 5 amp
I = 6 X 500 watt
240
I = 12.5 amp

4 2 mata penghawa dingin I= P 100 % A/C 1 = 1 x 746


1 hp (kuasa kuda) V X 0.85 240 x
0.85
I = 2 x 746
240 x 0.85 = 3.65 Amp x
80 % 100%
I =7.31 amp = 3.65 amp

A/C 2= 1 x 746
240 x
0.85

= 3.65 Amp x
80%
= 2.92 amp

5 1 X 2 kW Dapur Elektrik I= P
V

I=1X2X 100% 8.33 x 100%


1000
240 = 8.33 amp

I = 8.33 amp

6 1 X 1 kW Pemanas Air I=P


Jenis Segera V

I=1X1X
1000 100% 4.2 x 100 %
240
= 4.2 amp
I = 4.2 amp

Jumlah Keseluruhan 42.26 amp 32.07 amp


Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

Suis Utama yang di pilih = 63Amp satu fasa dan neutral

Saiz RCD yang dipilih = 300 mA (0.3Amp)

Kadaran fius = 63 Amp.

Saiz kabel utama yang digunakan = 16mm² pvc

Contoh 4
Sebuah syarikat ingin mendirikan sebuah syarikat kilang memproses getah.
Kilang tersebut mempunyai beban-beban seperti berikut.Bekalan bagi kilang
ini ialah 3 fasa 415 volt,50 HZ dengan faktor kuasa 0.85

1) 100 kuasa kuda motor 3 fasa


2) 30 kuasa kuda motor 3 fasa
3) 10 kuasa kuda motor 3 fasa
4) 3 kuasa kuda motor 3 fasa
5) 63 nos 2 x 40 watt lampu pendaflour
6) 8 nos 85 watt kipas siling
7) 40 soket alir keluar 13 amp (250 watt setiap satu)

Kirakan jumlah beban tersambung (KW) dan jumlah arus yang digunakan untuk
keseluruhan pemasangan tersebut (Faktor Kepelbagaian 100%)

Bil. Beban / Litar Beban Tersambung Faktor Arus Sebenar


(KW) Kepelbagaian

1 100 kuasa kuda motor 3 100 x 746 = 74,600 watt 100 x 746
fasa 1000 √3 x 415 x 0.85
100 %
= 74.6 kilowatt =122.1 amp x 100%
= 122.1 amp

2 30 kuasa kuda motor 3 30 x 746 = 22,380 watt 30 x 746


fasa 1000 100 % √3 x 415 x 0.85

= 36.63 amp x 100%


= 22.38 = 36.63 amp
kilowatt

3 10 kuasa kuda motor 3 10 x 746 watt = 7460 100 % 10 x 746


fasa watt √3 x 415 x 0.85
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

= 7.46 kilowatt =12.21 amp x 100%


=12.21 amp

4 3 kuasa kuda motor 3 3 x 746 watt = 2238 watt 100 % 3 x 746


fasa √3 x 415 x 0.85
= 2.24 kilowatt
=3.66 amp x 100%
=3.66 amp

Bil. Beban / Litar Beban Tersambung Faktor Arus Sebenar


(KW) Kepelbagaian
5 63 nos 2 x 40 watt lampu 63 x 2 x 40 x 1.8 Beban lampu dan kipas
pendaflour = 9072 watt disatukan
1000
= 9.072 kilowatt
100 %
6

8 nos 85 watt kipas siling 8 x 85 watt 9.752 x 1000


= 680 watt √3 x 415 x 0.85
1000
=0.68 kilowatt
= 15.96 amp x 100%
9.072 + 0.68 = 9.752
kilowatt = 15.96 amp

7 40 soket alir keluar 13 amp 40 x 250watt 40 x 250


= 10,000 watt √3 x 415 x 0.85
1000 100 %
= 16.36 amp x 100%
= 10 kilowatt = 16.36 amp

Jumlah Beban = Jumlah Arus = 126.43 x 1000


126.43 kw Sebenar √3 x 415 x 0.85
Tersambung
= 206.93 amp

Suis Pemutus Litar Udara (ACB) yang di pilih = 300A tiga fasa dan neutral

Saiz Busbar Pada papan Suis Utama = 6.3 mm x 31.5 mm

Saiz Alat Ubah Arus (CT) = 300/5 amp


Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

Saiz kabel utama yang digunakan = 4 X 150 mm²

6. Bill of Quantity ( BQ/ BoQ) / Senarai Kuantiti

Satu bil/ senarai kuantiti (BOQ) adalah dokumen yang menerangkan butiran
dan kuantiti kerja yang akan dilaksanakan. Dokumen ini kebiasaannya disediakan
semasa dalam proses tender dalam industri pembinaan atau pembekalan di mana
maklumat bahan, bahagian, upah kerja serta kos keseluruahan dinyatakan secara
terperinci.

Kegunaan Senarai kuantiti


i. Mempelawa Tender
ii. Menyediakan Bayaran Kemajuan / Bayaran Interim
iii. Menilai Pindaan Kerja
iv. Menilai Pindaan Kerja
v. Memesan dan Membeli Bahan-bahan
vi. Data Kos

Rajah 6: Contoh Bill of Quantity


Muka Surat / Page : 22
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

7. Hukum Ohm
I. Satu ohm ditakrifkan sebagai rintangan yang membenarkan satu ampere arus (1
A) untuk mengalir bila voltan satu volt (1 V) dibekalkan merentanginya.

II. Hubungan ini dirumuskan oleh seorang ahli sains bernama George Simon Ohm
dan dinamakan Hukum Ohm.

III. Hukum Ohm menyatakan bahawa pengaliran arus di dalam sesuatu litar elektrik
adalah berkadar terus dengan voltan tetapi berkadar songsang dengan
rintangan.

Voltan (V)

Arus (A)

Rajah 7: Graf arus berkadar terus dengan voltan

Rintangan tetap, Arus meningkat jika voltan meningkat


Arus menurun jika voltan menurun

Voltan tetap, Arus meningkat jika rintangan menurun


Arus menurun jika rintangan meningkat

Arus berkadar terus dengan voltan IV

Arus berkadar songsang dengan rintangan I  1/R

Untuk memudahkan kita mengingat formula Hukum Ohm ini, cuba fahami
gambarajah dibawah.

Kalau hendak mencari voltan, tutup bahagian V untuk

mendapatkan V = I x R
Muka Surat / Page : 23
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

Kalau hendak mencari arus, tutup bahagian I untuk


mendapatkan I = V
R

Kalau hendak mencari rintangan, tutup bahagian R untuk


mendapatkan R = V
Jadual I dan Simbol Kuantiti Elektrik
10.2 Unit

Kuantiti Elektrik Unit Simbol


Arus Ampere A
Voltan Volt V
Rintangan Ohm 

Contoh Pengiraan Hukum Ohm.


Contoh 1 :

Kirakan voltan yang diperlukan untuk mengalirkan arus sebanyak 3 A melalui


rintangan 10 .
Penyelesaian:

V = IR

= 3 x 10

= 30 V

Contoh 2 :

Kirakan rintangan yang diperlukan untuk mengalirkan arus 15mA dari bekalan
voltan 50V.
Muka Surat / Page : 24
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

Penyelesaian:

R = V/I

= 50/(15 x 10-3)

= 3333.333 ohm

= 3.333 k

Contoh 3 :

Penyelesaian:

V = IR, oleh itu,


V/R = I, adalah sama dengan,
I = V / R, maka,
I = 12v / 6 Ω
I = 2A

SOALAN/QUESTION:

1. SENARAIKAN JENIS-JENIS SISTEM PEMBUMIAN ?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. TERANGAN PENGUNAAN FAKTOR KEPELBAGAIAN ?


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

RUJUKAN/REFERENCE :
Muka Surat / Page : 25
NO. KOD / CODE NO. EE320-3:2012-CO1/P(1/2)
Drpd / of : 20

1. Undang-Undang Malaysia. 2005. Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-


Peraturan Elektrik 1994, Pindaan sehingga 2005. MDC Publisher Sdn Bhd
Malaysia.
2. Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Standard Pendawaian Malaysia (Electrical
Installations Of Buildings - MS IEC 60364) Jabatan Standard Malaysia
3. The Institution of Electrical Engineers, 1998, Peraturan-Peraturan bagi
Pemasangan Elektrik, Edisi 16. Golden Books Centre Sdn Bhd
4. Giesecke, F. E. et. Al. 2002. Technical Drawing. Prentice Hall
5. BS 7671: 2001 Requirements for Electrical Installations (IEE Wiring Regulations,
Sixteenth Edition) Institution of Electrical Engineers

Anda mungkin juga menyukai