Anda di halaman 1dari 12

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara-perkara berikut:

1. Pemasangan baru elektrik.


2. Pemasangan sedia ada untuk tujuan tambahan atau pengubahsuaian.
3. Tambahan pemasangan, khususnya tambahan besar
4. Pemasangan sedia ada secara berkala mengikut perancanaan untuk tujuan
penyelenggaraan.
5. Ujian diatas permintaan pengguna atau arahan. (Ini biasanya apabila berlaku
kerosakan terhadap pemasangan)
6. Ujian untuk proses kemasukan borang kepada TNB.

PEMERIKSAAN PENGLIHATAN

Tujuan pemeriksaan penglihatan dijalankan ialah:


1. Untuk memastikan bahan-bahan dan alat-alat yang dipasang mengikut piawaian
British (BS) atau dengan kelulusan SIRIM. Sekiranya alat-alat tersebut tiada
mempunyai sebarang tanda-tanda kelulusan pihak pemborong hendaklah
mengemukakan surat kelulusan berkenaan.
2. Untuk memastikan pemasangan tersebut dijalankan mengikut peraturan SJT, JKR,
dan TEN.
3. Untuk memastikan kerosakan yang nyata ( boleh dilihat ) ke atas pemasangan
atau kelengkapan elektrik.

Senarai pemeriksaan penglihatan adalah seperti berikut:


a. Semua wayar dan peralatan mestilah dipasang di tempat yang boleh dilihat, tidak
terdedah dan boleh membahayakan keadaan.
b. Sambungan tamatan kabel pada soket keluaran dan pemegang lampu
c. Penggunaan kabel yang betul untuk membawa arus dan susutan voltan
d. kerosakan fizikal ke atas kabel, perkakas dan aksesori pendawaian.

ILPNT 1
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

e. Semua alat-alat yang digunakan seperti suis, soket, fius dan lain-lain mestilah
diluluskan oleh ketua pemeriksa elektrik ( Sirim ).
f. Beban bagi suatu litar dan bilangan poin di dalam satu litar, contohnya bagi litar
gelang bagi pemasangan domestic, bilangan soket tidak terhad bagi kawasan tidak
melebihi 100m2, sambungan yang betul ke atas soket alur keluar dan pemegang
lampu.
g. Papan meter contohnya bagi fasa tunggal domestik saiznya 9” x 12” jenis kayu
keras / PVC.
h. Pengalir Bumi :-
i. Perlindungan mekanikal mestilah baik
ii. Perlindungan dari karat
iii. Sambungan yang teguh ke elektrod bumi
iv. Mengikut saiz
g. Eletrod Bumi:-
i. Saiz dan ukuran panjang ( garis pusat 5/8 “ ( 16m2 ) x 6’ rod bersalut
Tembaga / kuprum) dan juga paip GI dengan garis pusat 2” x 8’
ii. Jenis bahan (copper / kupram / GI)
iii. Kotak bumi (Earth chamber saiz 12” x 12” / PVC)
v. Lebel amaran
h. Tanda – tanda pengenalan dan amaran
i. Pengenalan condiut dan trunking dengan cat berwarna oren
ii. Tanda amaran kehadiran voltan 250V atau 415V tiga fasa.

PENGUJIAN PEMASANGAN
Tujuan utama pengujian adalah untuk memastikan pemasangan itu betul-betul selamat
semasa digunakan. Walau bagaimanapun ujian ini tidak menjamin pemasangan tersebut
di sepanjang hayatnya. Oleh itu perlu diuji dari masa kesemasa mengikut tempoh yang
dikehendaki supaya sebarang bahaya dapat di elakkan.

Tempoh sesuatu pemasangan hendak diuji biasanya bergantung pada jenis pendawaian,
keadaan tempat dan kebenaran yang diberi oleh pehak pembekalan. Setiap pemasangan
yang telah siap jika kedapatan sebarang pemasangan tambahan atau sebarang kerja yang
dibuat perlu diuji dengan beberapa ujian sebelum digunakan dengan selamat.

ILPNT 2
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

Turutan Ujian-ujian tersebut ialah:-


i. Ujian keterusan/keselanjaran (continuity test)
ii. Ujian Penebatan (insulation test).
iii. Ujian kekutuban (polarity test).
iv. Ujian rintangan elektrod bumi (Earthing test).
v. Ujian kendalian pemutus litar bocor kebumi

ILPNT 3
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

Ujian Keterusan/Keselanjaran (Continuity test).

Ujian ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-


a. Ujian keterusan antara pengalir dan
b. Ujian keterusan antara pengalir dan bumi.

 Ujian keterusan antara pengalir fasa dan neutral.


Ujian ini bertujuan untuk memastikan bahawa litar akhir fasa dan neutral mepunyai
keselanjaran yang sempurna dan tidak mempunyai kerintangan yang tinggi:-
Sebelum ujian ini dijalankan pastikan:-
1. Semua fius, suis dan pengasing dihidupkan.
2. Pengasing utama dimatikan dan fius utama dicabut.
3. Untuk litar lampu sebaik-baiknya ujian dibuat sebelum sambungan kepada kipas
dan lampu dibuat. Jika sambungan telah dibuat ujian ini boleh dibuat pada
penyambungan.
Bacaan:
1. Bacaan rintangan yang rendah menunjukan keselanjaran yang baik ( hanya bacaan
rintangan antara pengalir fasa dan neutral )
2. Jika kebel fasa dan neutral sama besar dan sama jenis maka boleh dianggap
masing-masing mempunyai rintangan yang sama. Ini bermakna nilai rintangan
masing-masing bernilai separuh daripada bacaan jangka ohm, oleh itu jika
diketahuai jumlah beban yang disambung boleh dikirakan susut voltan pada litar
berkenaan.
Nota:- ujian ini boleh dijalankan serentak dengan keselanjaran litar perlindungan ini
adalah kerana kedua-duanya dilakukan mengikut kaedah yang sama.

 Ujian keterusan pengalir pelindungan.

Ujian ini adalah untuk memastikan bahawa pangalir pelindungan di tiap-tiap terminal
bumi dan soket dan lain-lain pengikatan disambung secara terus menerus ketiminal bumi
utama juga memastikan penyambungan bumi betul tersambung terus menerus ke eletrod
bumi.

ILPNT 4
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

Peralatan:-
Alat yang digunakan ialah ohmmeter yang akan dapat memberikan arus yang agak besar
lebih kurang 1.5 kali lebih besar dari arus biasa litar. Tetapi tidak lebih dari 25amp. Alat
ini juga mengeluarkan voltan yang tidak melebihi 50V arus ulang alik atau arus terus.

Kaedah-kaedah:-

a. Pintaskan sambungan terminal bumi utama dan terminal utama neutral.


b. Kemudian uji setiap soket di antara terminal bumi dan terminal neutral.
Dicadangkan dengan menggunakan soket. Keselanjaran adalah betul apabila
bacaan ohmmeter kurang daripada 1 ohm iaitu bacaan pengalir neutral dan bumi
sahaja. Sebaliknya kalau bacaan tinggi keselanjaran adalah tidak betul (mungkin
terminal longgar).
c. Untuk mengukur keselanjaran pengalir bumi gunakan pengalir bumi seperti dalam
gambarajah.
d. Untuk lain-lain terminal bumi alat-alat eletrik seperti pengasing, suis fius
pemegang lampu dan sebagainya kaedah ( a ) dan ( b ) boleh dipakai.
( Lihat gambarajah 1.0 , 1.1 dan 1.2 )

ILPNT 5
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

13 A s/o

Rintangan di antara fasa


Neutral dan neutral di soket alur
keluar.

Earth

Sambungan di antara
Fasa dengan neutral

Rajah 1.0 Ujian keselanjaran di antara pengalir fasa dan neutral

13 A s/o

Rintangan di antara fasa


Neutral dan neutral di soket alur
keluar.

Earth

Sambungan di antara
Pengalir pelindungan
dengan neutral

Rajah 1.1 Ujian keselanjaran di antara pengalir pelindungan dan neutral

Rajah F. Ujian keselanjaran di antara pengalir pelindungan dan

neutral

ILPNT 6
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

Ohmmeter
Ohmmeter

Terminal bum
utama
Pengalir bumi
Pengalir bumi

Eletrod bumi
Eletrod bumi

Ujian keselanjaran
Rajah Pengalir Bumi
1.2 Ujian keselanjaran Pengalir Bumi

ILPNT 7
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

Ujian Rintangan Penebatan (Insulation Resistance Test).

i. Ujian ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa pada penebatan antara pengalir-
pengalir dan pada penebatan antara pangalir dan bumi tidak berlaku sebarang kebocoran
atau litar pintas yang mana akan menyebabkan mana-mana bahagian logam akan menjadi
hidup. Ini akan menimbulkan bahaya kepada pengguna alat-alat dan pemasangan paip-
paip air dan sebagainya

ii. Arus sebesar lebih kurangg 0.05 Amp boleh menyebabkan kematian kepada manusia,
ini bererti rintangan penebatan ke bumi bernilai 4800 ohm ( 240 / 0.05 ) sudah cukup
mendatangkan bahaya.

iii. Di samping itu arus kebucoran juga boleh bukan sahaja mencepatkan kelunturan
(deterioration) kepada penebat tetapi juga akan menyebabkan kerugian tenaga elektrik
kerana tenaga akan terbuang bagitu sahaja.

iv. Ujian ini dijalankan secara litar mati (belum diberikan bekalan) iaitu dengan
menggunakan alat pengujian penebatan (Insulation resistence test) yang mengeluarkan
voltan dua kali ganda voltan pemasangan iaitu 240V (500V A.T ) / 415V (1000V A.T )
ini berdasarkan kehendak-kehendak ujian penebatan ini.

v. Mencatatkan bahawa dua jenis ujian rintangan penebatan yang patut dijalankan iaitu:-

a. Ujian 1 – ujian penebatan di antara pengalir


i. Bagi sistem satu fasa – di antara fasa dengan neutral.
ii. Bagi sistem tiga fasa - di antara pengalir fasa
di antara pengalir fasa dan neutral
Tujuan – untuk memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran atau litar pintas

b. Ujian 2 – ujian antara pengalir pelindungan dan semua pengalir yang membawa arus.
Tujuan - untuk memastikan tiada kerosakan arus kebumi.

ILPNT 8
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

 Ujian –1 Ujian penebatan di antara pengalir

1. Ujian ini dilakukan di antara pengalir hidup dan neutral; hasilnya dapat diketahui
samada berlaku sebarang litar pintas ataupun kebocoran pada pengalir hidup dan
neutral.
2. Bahagikan kepada beberapa kumpulan, setiap kumpulan sekurang-kurangnya 50
keluaran.
3. Keluaran dimaksudkan sebagai setiap poin seperti suis, soket alur keluar, alat tetap
dsb nya
4. Semua beban mestilah di tanggalkan sekiranya beban tidak boleh ditanggalkan, suis
yang mengawalnya hendaklah dibuka (off).
5. Semua suis yang mengawal litar mestilah ditutup (on).
6. Suis utama dibuka/dimatikan (off), kedua-dua punca alat penguji rintangan penebatan
disentuhkan pada punca keluaran suis utama iaitu pada terminal L dan N
7. Bacaan yang diperolehi mestilah melebihi 1MW; jika kurang maksudnya
penebatannya tidak sempurna.
8. Jika bekalan diberikan juga, kebocoran dan litar pintas akan berlaku antara pengalir L
dan N.
9. Alat-alat dan perkakas yang ditanggalkan perlu dilakukan ujian penebatan secara
berasingan. Dimana bacaan ujian rintangan penebatan pada perkakas antara pengalir
L dan N mestilah melebihi 0.5MW

Pembahagian litar

Untuk pemasangan yang besar pembahagian unit-unit perlu dibuat tidak kurang daripada
50 salur keluaran atau mata (poin) tiap-tiap satunya. Salur keluar di sini dimaksudkan
kepada poin dan setiap suis yang berasingan, kecuali satu soket keluar, alat-alat lampu
yang terbina bersekali dengan suis maka ini dikira sebagai satu salur keluar.

i. Lihat gambarajah 2.0- Pembahagian litar-litar


ii. Lihat gambarajah 2.1- ujian penebatan antara pengalir di pemasangan satu fasa )

ILPNT 9
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

Soket alur keluar


bersuis
atau tidak ( 5 mata )

Salur keluar mata lampu


( 4 mata )

Pemanas air ( 1 mata )


Alat memasak disertakan
dengan suis ( 1 mata )
Suis-suis (1mata )

Pemanas lantai
tiap-tiap satu.

Thormostat ( 1mata )

DFB

Suis Utama

Alat penguji penebatan

Bekalan 240V

Rajah 2.0 – gambarajah pembahagian litar-litar

ILPNT 10
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

Rajah 2.1 - Ujian penebatan antara pengalir di pemasangan satu fasa.

ILPNT 11
PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN PEMASANGAN

 Ujian – 2 Ujian diantara punca bumi dan semua pengalir yang membawa arus.

1. Dilakukan ujian antara pengalir (L dan N) dan bumi (E).


2. Jika penebatan antara pengalir dan E tidak sempurna; pengguna akan
mendapat renjatan elektrik apabila terpegang pada rangka beban yang diperbuat
drpd logam.
3. Langkah-langkah ujian sama seperti ujian penebatan anatara pengalir L dan N.
4. Bazanya cuma pada pengalir L dan N dicantumkan dan disambung pada
punca alat penguji manakala punca lagi satu alat penguji disentuh pada pengalir E.
5. Hasil pengujian mestilah lebih drpd 1MW, jika kurang menunjukkan adanya
kebocoran antara pengalir L & N ke bumi.

Rajah 2.2 - Ujian penebatan antara punca bumi dan semua pengalir.

ILPNT 12

Anda mungkin juga menyukai