Anda di halaman 1dari 10

TAJUK: PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN DULANG KABEL

(CABLE TRAY)

TUJUAN:
Helaian Penerangan ini bertujuan menerangkan rekabentuk dan fungsi aksesori
peralatan yang terdapat pada pepasangan dulang kabel voltan rendah bekalan tiga
fasa untuk sesuatu pepasangan industry serta dapat memantapkan lagipengetahuan
dan kemahiran dalam melakukan kerja-kerjapenyelengaraan pepasangan elektrik
tiga fasa.

PENERANGAN

Penyaluran adalah satu sistem penutup dan perlindungan bagi kabel yang
mengandungi suatu logam berterusan. Bagi satu sistem dulang kabel adalah satu
kaedah menyokong kabel bersalut oleh satu saluran logam bertebuk yang dipasang
kepada braket. Kabel-kabel dipasang kepada dulang dengan klip atau pelana
dibolkan melalui lubang dan lubang alur. Pemasangan ini adalah sangat popular
sebagai suatu perantaraan pemasangan. Dulang kabel biasanya digunakan untuk
pemasangan penyaluran kabel bersalut dengan kaedah secara menyokong kabel.
Dulang kabel mengandungi saluran logam bertebuk terbuka yang cetek., dalam saiz
berlainan, daripada 50mm kepada 900mm, dan dibekalkan dalam ukuran 2.4mm
Dulang kabel banyak digunakan dalam rumah pendandang dan dalam keadaan –
keadaan yang serupa di mana larian kabel biasa berkemungkinan dihalang oleh
kerja paip atau bentuk-bentuk struktur di tempat pemasangan.

Kabel tray merupakan satu sistem pemasangan struktur yang teguh yang digunakan
dengan selamat bagi mengikatkannya atau menyokong kabel serta laluannya

Kegunaan kabel tray

 menyokong kabel dengan cara menghubungkan laluan kabel.


 Satu jambatan ialah struktur memberikan laluan selamat bagi merentasi jarak
yang luas/terbuka.
 Kabel tray merupakan aksesori/komponen yang menjadi penyokong kabel
bagi sistem pendawaian yang selamat merentasi jarak yang jauh/luas.
 Maka, dapat disimpulkan bahawa dulang kabel sebagai struktur komponen
yang penting terhadap satu sistem yang berkaitan dengan kerja-kerja
pendawaian elektrik

Semasa pemasangan kabel tray, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu tray
tersebut hendaklah dipasang dengan kukuh serta kemas agar tidak tertanggal atau
tercabut terutama tray yang dipasang terbalik di atas siling. Bagi memudahkan kerja-
kerja pemasangan dan mengelakkan berlakunya pelelasan terhadap kabel
Rajah 1: Gambarajah dulang kabel

Panjang dulang adalah berganding bersama oleh beberapa kaedah seperti


pertindihan sambungan, sambungan tepi atau dengan sambungan-sambungan
gandingan plet dan berbagaibagai lenturan dan pengecil boleh didapati.

Pemasangan ini adalah bergantung kepada kepintaran seseorang pendawai letrik


bagi membentuk, menyambung dan mereka dulang kabel bagi pemasangan, dan
penyaluran kabel-kabel.

Kabel yang lebih kecil boleh dipasang kepada dulang dengan mengikat pengikat
p.v.c, tetapi bagi kabel yang bersaiz besar dipasang dengan klip atau pelana yang
dibolkan melalui tebukkan. Jenis klipan kabel ditunjukan seperti di bawah.
Sungguhpun jenis klipan memberi rupa dan bentuk yang cantik dan bersih adalah
tidak digalakkan kerana ia boleh membawa kepada masalah dengan faktor
kumpulan kategori litar. Jika kabel-kabel yang disalurkan dalam dulang kabel adalah
dalam satu kumpulan kategori litar yang sama, maka kabel-kabel tersebut bolehlah
diikat bersama.
Rajah 2: Contoh-contoh gambarajah pepasangan kabel pada dulang (tray).

Jika kabel itu dipasang dengan jarak tidak kurang daripada dua kali diameter kabel
diantara kabel-kabel maka faktor kumpulan kategori litar adalah tidak digunakan.
Gambarajah di bawah menunjukkan pemasangan dulang kabel dan penyambungan
secara lurus dan penyambungan bersudut dengan menggunakan braket.
Rajah 3: Gambarajah cara pemasangan sambungan dulang kabel

Rajah 4: Gambarajah pepasangan kabel pelbagai teras berperisai pada dulang.


Jenis-jenis kabel tray.

 Perforated Cable Tray (Jenis talam kebel berlubang).


Cable Tray (Dulang kabel) berlubang adalah salah satu jenis sistem pendawaian
seperti sesalur tetapi ia dalam keadaan terbuka (tidak bertutup) dan mempunyi
lubang-lubang. Ia diperbuat daripada metal / suitable non-metallic material.
Penggunaannya adalah mudah dan senang untuk pemasangan kabel dan kerja-kerja
menukar dan mengubah litar. System ini biasanya digunakaan dikilang-kilang atau
dibangunaan-bangunan sederhana dan besar. Ia digunakan apabila terdapat kabel-
kabel yang bersaiz sederhana dan besar serta mempunyai perlindungan mekanikal.
Pemasangannya seperti sesalur mempunyai sudut 90° , 45° , offset dan saddles

 Ladder Cable Tray (Jenis talam kabel bertangga)


Biasanya cabel ladder ini digunakaan dikilang-kilang atau dibangunaan-bangunan
besar terdapat kabel-kabel yang bersaiz besar dan mempunyai perlindungan
mekanikal digunakan pada jarak sokongan yang panjang antara 12 kaki hingga30
kaki.

 Solid Bottom Cable Tray (Jenis talam kabel bawah pejal).


Dulang kabel yang dasar dan kukuh adalah biasanya digunakan pada pemasangan
elektrikal dengan kadar kepanasan yang minima atau apalikasi telekomunikasi.
Dengan jarak sokongan yang sederhana antara 5 kaki untuk 12 kaki.

 Trough Cable Tray (Jenis talam kabel palung).


Trough Cable Tray ini biasanya digunakan pada pemasangan yang mana
boleh menjana kepanasan pada tahap sederhana dengan jarak sokongan
yang pendek iaitu antara 5 kaki hingga 12 kaki.

 Channel Cable Tray (Jenis talam kabel terusan)


Dalam system ini ia sebagai suatu sokongan laluan kabel yang ekonomi dimana
digunakan sebagai pecahan daripada laluan kabel utama.

6. Wire Mesh Cable Tray (Jenis talam kabel jaringan wire).


Jaringan Dawai (Wire mesh) biasanya digunakan untuk pengunaan talian
telekomunikasi, gentian kaca (fibre optic applications) dan ia dipasang pada
jarak yang dekat antara 4 hingga 8 kaki.
1

6.
Rajah 5 : Aksesori kabel tray
Soalan pengukuhan

1. Nyatakan dua (2) ciri-ciri penggunaan kabel tray

(a). …………………………………………………………………………………………

(b). …………………………………………………………………………………………

(c). …………………………………………………………………………………………

(d). …………………………………………………………………………………………

2. Nyatakan lima (5) jenis kabel tray.

(a). …………………………………………………………………………………………

(b). …………………………………………………………………………………………

(c). …………………………………………………………………………………………

(d). …………………………………………………………………………………………

(e). …………………………………………………………………………………………

3. Terangkan tujuan utama kegunaan braket pada pemasangan kabel tray.

……………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………

4. Namakan jenis kabel tray berikut,

a. b.

(a) .........................................................................................................................

(b) .........................................................................................................................
Pepasangan dulang ini digunakan secara meluas dlm pendawaian perindustrian dan
kebanyakannya digunakan utk dijadikan laluan kepada kabel berperisai (amour cabel)

Definisi kabel tray

Satu sistem mengetatkannya atau menyokong sistem struktur yg teguh /tegak yg


digunakan dgn selamat

Berfungsi menyokong kabel dgn cara menghubungkan laluan kabel dan


membolehkan penghantaran pendawaian yg selamat

Kebaikan Dan Keburukan Cable Tray

Menggunakan ruang khas dan mudah diselenggara


Kerja pemasangan yg cepat dan mudah
Tidak mudah dirosakkan oleh cuaca dan suhu
Tambahan litar mudah dibuat

-Mudah dimasuki habuk


-Sukar dibawa dan dipasang
-Tidak kemas
-Tiada perlindungan mekanikal

faktor-faktor yang menpengaruhi pemilihan kaedah pendawaian ini

i. Jenis beban
ii.keadaan tempat pemasangan
iii. Kos perbelanjaan
iv. Tempoh ketahanan
v. kekemasan & kecantikan
vi. Tempoh masa
vii. Jenis voltan bekalan
viii.Lokasi yg sesuai

cara pepasangan dulang dipraktikkan

pepasangan dulang biasanya dipasang kedinding lantai dan siling


biasanya dipasang bersama-sama dengan penyokong samada U/L shape bracket
dulang dipasang kemas pada laluannya beban yg melalui dulang diletakkan pada
kedudukan yg baik agar tidak tercabut
Bilakah pepasangan sesalur dipraktikkan
Sistem pepasangan sesalur digunakan pada sebarang kedudukan yg sesuai
seperti salur atas,menegak,mengufuk dan sebagainya

4 keburukan pepasangan sesalur.


 Lantai semasa pepasangan dibuat
 Pesekitaran kotor dan berhabuk
 Memerlukan kos baikpulih yg tinggi
 Membazir kerana tidak digunakan secara keseluruhan

4 kebaikan pepasangan dulang ini.


 Dapat menempatkan kabel yg banyak
 Mudah utk melakukan penyenggaraan
 Kos pepasangan yg murah
 Kemas dan mudah dipasang ke alat-alat keluaran

Anda mungkin juga menyukai