Anda di halaman 1dari 9

Dalam sistem kehidupan manusia yang serba canggih ini, penggunaan alat elektrik dan elektronik

semakin meluas. Di samping ia telah menjadi satu alat penting bagi melicinkan perjalanan kerja harian dan
penggunaan tenaga elektrik tidak dapat dielakkan lagi. Untuk mengalirkan tenaga elektrik tersebut ia
memerlukan suatu medium bagi membenarkan arus elektrik melaluinya. Jadi bagi penggunaan tenaga elektrik
di rumah memerlukan suatu pendawaian yang bersistematik dan bersesuaian dengan keperluan di rumah dan
pengguna. Pendawaian yang bersistematik diperlukan untuk memudahkan pengiraan kos bahan, merancang
pendawaian, memudahkan pemilihan kaedah yang diperlukan dan memudahkan kaedah penyenggaraan.

Di Malaysia khususnya, bekalan kuasa yang disediakan oleh pihak berwajib kepada rumah
kediaman adalah 240volt/50hz dan perbezaan toleransinya hanya adalah 0.25%. Semua perkakasan elektrik yang
digunakan adalah ditetapkan oleh pihak berwajib iaitu JABATAN BEKALAN ELEKTRIK (JBE). Di mana
bekalan masukan bagi setiap set adalah bernilai 240volt dan 50hz. Semua set peralatan elektrik yang dipasangkan
di negara kita atau yang diimport dari luar hendaklah diselaraskan masukan voltannya supaya ia dapat
memudahkan pihak pengguna.

Proses penghantaran tenaga elektrik pula dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Ini
adalah bagi menampung keperluan pengguna. Jadi, pendawaian domestik iaitu melalui kaedah pembuluh PVC
dan Kondiut adalah salah satu sistem pendawaian yang bersistematik bagi memastikan sesuatu pendawaian itu
memenuhi spesifikasi yang dibenarkan. Ianya juga dijamin selamat.

Antara pendawaian domestik ialah pendawaian pembuluh logam dan pembuluh bukan logam. Terdapat
pelbagai jenis pembuluh logam antaranya termasuk keluli tolok ringan, keluli boleh lentur, aluminium dan
kuprum. Pendawaian pembuluh bukan logam atau pendawaian pembuluh PVK ialah satu sistem yang
menggunakan pembuluh PVK bagi menyokong kabel pendawaian dan dipasang terus ke dinding atau secara
tersembunyi.Kabel PVK dimasukkan ke dalam pembuluh. Pembuluh digunakan sebagai pelindung makanikal
dan dicengkam menggunakan pelana (saddle) dan bar atau klip U (U-clip). Pendawaian-pendawaian jenis ini
juga menggunakan aksesori pendawaian dan alat tambah.Pendawaian jenis ini biasanya digunakan di tempat-
tempat yang mana tahap kerosakan mekanikal tidak terlalu tinggi.
Bahan/Peralatan Fungsi
Kotak Agihan Fius •Kotak Fius Agihan 1fasa ( Distribution fuse
board )
DB adalah papan terakhir sebelum bekalan
disalurkan ke beban. Terdapat DB satu fasa
dan tiga fasa. Jika bilangan lampu atau soket
adalah banyak, Dua DB berasingan khas untuk
soket dan lampu diadakan bagi memudahkan
kerja-kerja. KFA ini menepatkan suis utama,
pemutus litar bocor ke bumi dan MCB.
ELBC •Pemutus Litar Bocor Ke Bumi, E.L.C.B
adalah singkatan dari pada Earth Leakage
Circuit Breaker berfungsi sebagai memutuskan
arus elektrik apabila berlaku kebocoran
arus elektrik pada alatan. Alatan ini terletak
dalam DB.
Suis Utama •Suis Utama ( Main switch ) berfungsi sebagai
pengasingan litar dan pelindungan lebihan arus
dan beroperasi seperti suis utama iaitu bekalan
masuk akan melalui suis dan seterusnya ke
fius.
Soket & Base Soket adalah alat yang membekalkan arus
elektrik yang boleh dipasang dan
ditanggalkan. Ia mempunyai tiga tamatan
iaitu bumi, life dan
neutral.
Suis & Base
Suis berfungsi memutuskan dan menyambung
litar kepada alatan elektrik
Lampu + base Lampu elektrik yang dibuat daripada kaca
lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya
dan di
dalamnya terdapat dawai filamen. Ia akan
mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus
elektrik, filamen akan menjadi panas dan
menyinar.
Bar Kuprum Menghubungkan antara dua atau lebih
Pemutus Litar Keunit , MCB.
Paku Skru yang digunakan adalah bersaiz kecil
bersesuaian dengan tujuan dan kehalusan
tugas. Paku digunakan untuk memaku
pemegang komponen kepada papan
Wayar Warna merah menandakan wayar tersebut
berfungsi menghantar arus elektrik daripada
MCB ke tamatan life yang terdapat pada soket
dan suis.

• Wayar neutral merujuk kepada wayar


pengalir yang berfungsi bagi membawa arus
balikan dari peralatan elektrik ke punca
bekalan kuasa arus ulang-alik wayar neutral
memunyai arus.

• Wayar bumi dapat dikenali dengan


warnya yang hijau. Ia berfungsi menghantar
sebarang kebocoran elektrik serta litar pintas ke
bumi. Ia tidak mempunyai arus. Wayar bumi
bertindak sebagai langkah keselamatan kepada
pengguna bagi menghindarkan renjatan
elektrik jika terdapat kebocoran elektrik. Jika
wayar bumi tidak dipasang, seseorang boleh
menerima renjatan elektrik kerana arus akan
mengalir melalui tubuhnya untuk masuk ke
bumi. Tetapi pemasangan wayar bumi
membolehkan arus dihantar dengan selamat ke
dalam bumi melalui wayar tersebut.
Pemutar Skru Memutarkan skru seperti pada bahagian soket
dan suis. Ia juga digunakan untuk memulakan
pemasangan skru sebelum skru diputar pula
menggunakan cordless screwdriver.
Penjalur Wayar
Ia digunakan bagi membuang bahagian
penebat pada bahagian luar wayar sebelum
dawai tersebut diikat pada tamatan atau
terminal.
Test pen Test pen digunakan bagi memeriksa
samada pendawaian dilakukan dengan
betul dengan menentukan terdapat arus
yang mengalir pada sesuatu bahagian
pendawaian. Jika lampu pada test pen
menyala, ia menunjukkan bahawa sesuatu
bahagian pendawaian telah dipasang dengan
betul. Selain itu, ia berfungsi sebagai pemutar
skru bagi bahagian penyambung wayar dan
tamatan pada suis dan soket.
Playar Gabung Playar gabung digunakan untuk memegang
bahan, memotong dan memintal dawai atau
kabel elektrik

4.0 LANGKAH KERJA

Sebelum

Merujuk Lampiran 1 kertas A4 dilakarkan sistem pendawaiannya sebelum pendawaian dilakukan dan dikira
jumlah wayar yang diperlukan terlebih dahulu.
Pendawaian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pendawaian soket dan pendawaian lampu.
Wayar neutral (biru), life (merah) dan bumi (hijau) dipotong terlebih dahulu
Sebelum proses pendawaian dilakukan, lakaran litar perlu dilukis pada papan menggunakan pensel dan pita
pengukur untuk memudahkan proses pendawaian dilakukan.

Rajah : Melukis Litar

Semasa

Wayar dijalurkan terlebih dahulu menggunakan penjalur wayar sebelum proses


penyambungan dan pemasangan soket

Rajah : Proses menjalur wayar

Setelah siap pendawaian pada dinding bagi soket. Tapak soket dipasang dengan menggunakan pemutar
skru.
Selepas tapak soket dipasang proses penyambungan wayar pada soket dilakukan melibatkan wayar
neutral, bumi dan life.

Rajah : Proses peyambungan wayar pada soket

Soket dipasang selepas penyambungan siap dilakukan menggunakan pemutar skru philip
/pena ujian. Kemudian pendawaian yang bermula dari soket akan dibawa kepada kotak fius agihan (DB).

Seterusnya pendawaian pada bahagian lampu. Setiap wayar akan dilekatkan dengan melilitkannya pada skru
di bahagian holder lampu tersebut
Seterusnya pemasangan tapak bagi soket lampu menggunakan pena ujian
Bagi soket lampu terdapat tiga wayar iaitu satu wayar merah yang akan menuju ke suis, satu wayar biru dan
satu wayar hijau yang akan disambung pada kotak fius agihan (DB).

Rajah : Proses pemasangan soket lampu


Satu suis mengawal lampu digunakan dimana melibatkan peyambungan dua wayar merah dari soket lampu
dan kotak fius agihan.
Selepas pendawaian pada dinding siap dilakukan, penyambungan pada suis dilakukan.

Rajah : Proses pemasangan suis lampu

Langkah seterusnya, suis utama (MS), MCB Ampere dan MCB Ampere serta ELBC dipasang pada kotak
fius agihan (DB). Pada MCB dan perlu dipasang cooper bar
Kabel L, N dan E yang dilabel dengan 1 ,2 dan 3 juga dipasang pada DB berdasar pada gambar rajah litar
dibawah.
Rajah :Lukisan pendawaian pada DB

11. Seterusnya pemasangan kotak fius agihan pada dinding.

Rajah : Pemasangan DB

12. Selepas itu lakukan proses penyambungan wayar neutral, life dan bumi pada DB yang
telah siap dipasang. Sebelum penyambungan dilakukan, wayar perlu dijalurkan terlebih
dahulu.
13. Merah menunjukkan penyambungan bagi wayar life, hijau untuk penyambungan
wayar bumi dan hitam untuk penyambungan wayar neutral.

Rajah : Penyambungan wayar pada DB

5.0 PERBINCANGAN

Terdapat pendawaian wayar yang kami lakukan ke atas papan sedikit tidak ketat dan kurang kemas
menyebabkan wayar kendur. Hal ini kerana kaedah ketukan paku pada kepingan timah tidak rapat dan
menyebabkan wayar tidak dicengkam dengan kemas. Selain itu kami tidak mengabungkan wayar-wayar pada
laluan yang sama tetapi mengasingkan antara satu wayar dengan wayar yang lain. Oleh sebab itu, kami
membuka semula kepingan timah tersebut dan mengikat dengan cara yang betul. Kesannya litar kami nampak
kemas dan dapat litar berfungsi dengan baik.

Seterusnya terdapat alatan yang tidak mengcukupi sebagai contoh cordless drill yang mempunyai bilangan
yang terhad dan mengalami kerosakkan. Oleh sebab itu kami terpaksa bergilir- gilir dengan kumpulan lain
dan terpaksa menghabiskan masa menunggu giliran untuk menggunakan Cordless drill. Selain itu semasa
proses menguji litar pencahayaan mentol tidak menyala pada cubaan pertama tetapi pada cubaan kedua
mentol menyala. Hal ini berpunca daripada mentol yang rosak pada percubaan pertama. Bagi mengatasi
masalah ini kami mengantikan mentol tersebut dengan mentol yang baru.

6.0 KESIMPULAN

Amali ini dijalankan bertujuan untuk membuat pendawaian litar pengcahayaan dan pendawaian litar kuasa.
Penggunaan jenis dan warna wayar adalah berbeza mengikut fungsinya bertujuan bagi memudah dan
mengelak kesilapan sewaktu pendawaian. Objektif bagi amali ini tercapai.

Anda mungkin juga menyukai