Anda di halaman 1dari 2

Peraturan IEE:

Bahaya elektrik tidak boleh dianggap ringan. Oleh kerana aliran arusnya tidak
nampak, bahaya ini sukar dikesan. Jika tersilap ia boleh mencacatkan anggota,
menyebabkan renjatan, lumpuh, kebakaran, letupan, kematian dan sebagainya.
Gejala ini hanya boleh diatasi jika semua peraturan keselamatan dipatuhi. Peraturan
keselamatan ini bertujuan untuk melindungi pekerja, pengguna, alat-alat dan bangunan dari
bahaya yang disebabkan oleh elektrik.Peraturan ini diambil berdasarkan peraturan IEE
(Institution Of Electrical Engineers) dan Jabatan Bekalan Elektrik & Gas yang dikemaskini
dari masa ke semasa.Berikut adalah antara langkah keselamatan terpenting yang perlu
dipatuhi :
1. Lantai tempat bekerja mestilah bersih daripada minyak, air atau gris. Semua bahan
ini boleh menyebabkan pekerja tergelincir semasa mereka bekerja ditempat tersebut.
2. Peralatan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan baik dan sempurna. Jika
tidak, sila beritahu pegawai yang bertugas. Peralatan harus disimpan ditempat yang
betul dan selamat supaya mudah dicari bila diperlukan, lebih-lebih lagi di waktu
kecemasan. Pastikan semua peralatan diletakkan ditempatnya yng asal selepas
digunakan.
3. Pakai pakaian yang bersesuaian, tidak terlalu sempit atau terlalu longgar. Kasut
bertapak tebal dan berjahit disekelilingnya lebih digalakkan semasa membuat kerja-
kerja pendawaian.
4. Seseorang tidak dibenarkan bergurau atau bermain peralatan yang tajam atau panas
dengan kawan semasa melakukan kerja dibengkel.
5. Pastikan pembumian disetiap pemasangan berkesan. Elakkan dari berkarat.
6. Pastikan pengalir (dawai) yang digunakan memenuhi saiz dan penebatan yang
sesuai.
7. Penambahan litar mesti dielakkan kecuali mendapat kebenaran dari pegawai.
8. Jangan menceraikan bahan-bahan elektrik yang digunakan dalam ujikaji tanpa
pengetahuan pegawai bertugas.
9. Sebelum sesuatu ujikaji diuji dengan bekalan elektrik, dapatkan bantuan dari
pegawai yang bertugas untuk memeriksa litar dan penyambungannya.
10. Selepas bekerja atau selepas menggunakan mesin elektrik, pastikan suisnya
dimatikan.
11. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan, pegawai yang bertugas harus diberitahu
dengan serta-merta.
12. Semua bekalan elektrik harus dimatikan selepas kerja atau semasa hendak
meninggalkan makmal.
13. Sebelum memasangkan plug pada soket, pastikan suis pada soket dimatikan terlebih
dahulu.

Anda mungkin juga menyukai