Anda di halaman 1dari 17

PEMERIKSAAN DAN

PENYELENGGARAAN
PENAMATAN, SOKONGAN
DAN LENTURAN KABEL
PENAMATAN KABEL

Jenis-jenis penamatan kabel :


Penamatan skru ringkas
Penamatan terowong
Penamatan cuping
 Penamatan mestilah baik dari segi elektrik dan menganik serta mempunyai semua
lembaran pengalir
 Saiz penamatan juga perlu sesuai dengan arus beban litar yang akan dibawa.
 Apabila kabel ditamatkan (di ‘terminate’) di atas basbar, penebat hendaklah berupaya
bertahan dengan suhu pengendalian maksimum basbar.
 Sekiranya gagal, penebat hendaklah dilucutkan semula sekurang-kurangnya 150mm
dan diganti dengan penebat rintangan haba yang sesuai.
 Proses penamatan kabel :

Buang sarung/penebat kabel

Pisau akan digunakan untuk memotong bahan kabel yang bukan bukan logam.
Pisau digunakan pada sudut runcing (senget) bagi mengelakkan kerosakan pada pengalir.
 Bagi dawai yang lebih kecil, sarung dibuang dengan menggunakan pelucut wayer.
 Bagi perisai dawai keluli, alat yang digunakan adalah gergaji kecil manakala mineral
kabel bersarung logam bertebat dilucut menggunakan pelucut kabel M.I.M.S.
 Adalah penting untuk memastikan bahawa kabel tidak dibenarkan mengenakan
tegangan ke atas penamatannya. Amalan biasa ialah membenarkan sejumlah kecil
kenduran supaya gerakan berikutnya tidak mewujudkan ketegangan.

 Kabel bersarung hendaklah diikat dengan selamat semasa ia memasuki terminal


penamatan, sama ada secara mengklip atau dengan cara suatu sesendal. Di mana kord
boleh lentur ditamatkan dalam alat tambah seperti Pemegang lampu dan palam,
genggaman kord adalah dipasang seperti dalam rajah 16.15 dan rajah 16.16.
SOKONGAN KABEL

 Kabel yang tidak disokong boleh mengalami kerosakan akibat daripada


regangan mampatan lampau penebatan itu. Dalam larian mengufuk
penyaluran dan conduit, kabel tidak memerlukan sokongan. Dalam larian
tegak yang melebihi 5 meter, sokongan adalah dikehendaki supaya
kabel tidak tertakluk kepada ketegangan berlebihan. Bagi kabel yang
dipasang secara langsung kepada permukaan seperti dalam jadual 16.1
memberikan suatu panduan kepada jarak maksimum di antara klip.
Contoh klip kabel adalah diberi dalam rajah 16.20 hingga rajah 16.22.
Jarak Sokongan Kabel
Jenis Kabel Saiz Pengalir Dimensi Jarak
(mm) keseluruhan (mm) Mendatar (mm) Tegak (mm)
Kembar rata dan 1.0 4.3 × 8.0 250 400
c.p.c (kegunaan 1.5 5.0 × 9.8 250 400
am) 2.5 5.7 × 9.8 300 400
4.0 6.2 × 12.0 300 400
6.0 7.2 × 13.8 300 400
10.0 8.7 × 17.8 350 450
16.0 10.0 × 20.0 350 450
3 teras rata c.p.c 1.0 4.4 × 10.3 300 400
(kegunaan am) 1.5 4.9 × 11.5 300 400
2.5 5.7 × 13.5 300 400
p.v.c/s.w.a/p.v.c 2.5 9.4 350 450
2 teras bulat 4.0 11.4 350 450
6.0 12.6 350 350
10.0 15.65 400 550
16.0 17.7 400 550
m.i.m.s 2 teras 1.0 5.1 600 800
tugas ringan 1.5 5.7 600 800
tertedah 2.5 6.6 600 800
4.0 7.7 600 800
m.i.m.s 2 teras 1.0 6.6 600 800
tugas ringan p.v.c 1.5 7.2 600 800
bersalut 2.5 8.1 600 800
4.0 9.4 600 1200
LENTURAN KABEL

 Di mana kabel itu melentur, adalah penting bahawa ia tidak melentur


terlalu tajam, jika tidak ia boleh menjadi rosak. Jejari dalam yang
minimum adalah dikira dengan menggunakan faktor yang sesuai kepada
diameter luar kabel itu seperti dalam rajah 16.23.
Anggapan suatu kabel bertebatkan mineral mempunyai diameter luar 10 mm. Faktor
mendarab yang sesuai bagi semua kabel bertebat mineral ialah 6 seperti dalam jadual 16.2,
supaya jejari lenturan dalam yang minimum ialah seperti dalam rajah 16.24.

R=6×d
R = 6 × 10
R = 60 mm
Jejari lenturan dalam yang minimum dalam kabel untuk pendawaian teras

Jenis Kabel Saiz Pengalir (mm) Dimensi keseluruhan Faktor yang akan
(mm) digunakan
Kembar rata dan 1.0 4.3 × 8.0 3
c.p.c 1.5 5.0 × 9.0 3
2.5 5.7 × 9.8 3
4.0 6.2 × 12.0 4
6.0 7.2 × 13.8 4
10.0 8.7 × 17.5 4
16.0 10.0 × 20.0 4
16.0 ke atas 25.0 ke atas 6

3 teras rata dan 1.0 4.4 × 10.3 4


c.p.c 1.5 4.9 × 11.5 4
2.5 5.7 × 13.5 4
p.v.c/s.w.a/p.v.c Sebarang Semua 8
m.i.m.s dengan atau Sebarang Semua 6
tanpa salut

Anda mungkin juga menyukai