Anda di halaman 1dari 3

Kaedah dan jenis pemasangan

Ujian litar mati yang dilakukan tidak menjamin pemasangan dapat digunakan dengan
selamat sepanjang hayat. Oleh itu, ia perlu diuji dari semasa ke semasa mengikut jangka
masa yang ditetapkan. Sekiranya keputusan ujian tidak memenuhi atau memenuhi syarat
yang diperlukan, kerja penyelenggaraan atau penggantian harus dilakukan. Ujian litar mati
harus dilakukan sebelum bekalan kuasa dimasukkan. Ujian ini terbahagi kepada dua
kategori iaitu pemeriksaan penglihatan dan ujian menggunakan peralatan ujian.

Tempoh ujian pemasangan bergantung pada jenis pendawaian, tempat pendawaian dan
pembekal tenaga elektrik. Secara umum, masa pemeriksaan pemasangan elektrik
pengguna adalah seperti berikut: -

Jenis pemasangan Tempoh pemeriksaan


Pemasangan domestik 5 tahun
Pemasangan Pertanian 3 tahun
Pemasangan sementara 3 bulan
Pemasangan penggera kebakaran 1 tahun
Pemasangan penggera kecemasan Tidak ditetapkan
Pemasangan panggung 1 tahun
Pemasangan stesyen minyak 1 tahun
Pemasangan masjid/gereja Setiap 2 tahun pertama setiap tahun jika
melebihi 5 tahun
Pemasangan kedai dobi 1 tahun
Pemasangan industri Kerap-kali
Langkah pengujian

1. Pengujian Litar lampu


i. Putuskan bekalan utama (‘OFF’ Suis Utama)
ii. Putuskan beban
iii. Sambungkan probe hitam ke life lampu 1 dan probe merah ke DB
iv. Sambungkan probe hitam ke neutral lampu 1 dan probe merah ke DB
v. Sambungkan probe hitam ke pembumian lampu 1 dan probe merah ke
DB
vi. Jika litar tersebut mempunyai lebih dari satu lampu, maka ulang
Langkah diatas pada lampu seterusnya.
vii. Keputusan – bacaan yang dicatatkan adalah hampir 0Ω.
viii. Ini menunjukkan pengalir tersebut adalah pengalir fasa
ix. Litar berada di dalam keadaan baik dan selamat digunakan

2. Pengujian Suis
i. Putuskan bekalan utama (‘OFF’ Suis Utama)
ii. Putuskan beban
iii. Sambungkan probe hitam ke L1 suis dan probe merah kepada life
lampu
iv. Sambungkan probe hitam ke common dan probe merah kepada DB
v. Sambungkan probe hitam ke neutral lampu dan probe merah kepada
DB
vi. Sambungkan probe hitam kepada pembumian lampu dan probe merah
kepada DB
vii. Kesemuan bacaan keputusan menunjuk hendaklah hamper 0Ω
viii. Litar suis berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan

3. Pengujian litar soket alir keluar


i. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan pengalir fasa pada soket alir
keluar.
ii. Keputusan – ada bacaan (0Ω)
iii. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan pengalir neutral pada soket
alir keluar.
iv. Keputusan – ada bacaan (0Ω)
v. Jika litar tersebut mempunyai lebih dari satu soket alir keluar – ulang
langkah diatas pada soket seterusnya.
vi. Litar pintaskan pengalir pelindung litar dan pengalir neutral pada soket
alir keluar
vii. Keputusan – ada bacaan (0Ω)
viii. Jika litar tersebut mempunyai lebih dari satu soket alir keluar – ulang
langkah diatas pada soket seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai