Anda di halaman 1dari 18

PROSES PENGUKURAN Pengukuran adalah satu proses di mana parameter fizikal diubah kepada nombor-nombor bermakna dengan menggunakan

n instrument tertentu.

Takrifan meter Alat yang digunakan untuk menentukan nilai atau magnitud sesuatu kuantiti atau pemboleh ubah. Takrifan ralat Selisih atau lencongan dari nilai sebenar kuantiti yang diukur.

Jenis Ralat Ralat kasar (Gross Error) Disebabkan oleh manusia/pengguna sendiri

Punca Disebabkan oleh manusia yang menggunakan alatan tersebut seperti salah mengambil bacaan pelarasan yang tidak betul- Terlupa set zero cuai-Salah mengendalikan instrument tidak ada pengalaman - Kesilapan memilih instrumen yang tidak sesuai

Cara Atasi Memberi perhatian yang sepenuhnya semasa membuat pemilihan instrumen pengukuran, semasa membuat pengukuran dan kiraan Baca penunjuk dengan tepat dan sebagainya Ambil bacaan dengan betul. Ambil bacaan sekurang-kurangnya 3 kali untuk mengelakkan ralat kasar Elakkan kecuaian. Berjaga-jaga dengan had keupayaan instrumen Pastikan anda tahu menggunakan meter tersebut Membaca manual instrumen

Jenis Ralat Ralat Sistematik (Systematic Error) Ralat yang berulang jika beberapa pengukuran dilakukan dalam keadaan dan menggunakan instrumen yang sama

Punca

Cara Atasi

1. Ralat Jangka/ instrumen

Ia disebabkan oleh ciri elektrik dan mekanikal seperti geseran, histerisis, tegangan spring dan sebagainya

Melakukan penentukuran alat (calibration) Dapatkan faktor pembetulan daripada ralat yang didapati Melakukan lebih dari satu cara pengukuran. Selalu lakukan pemeriksaan alatan untuk memastikan bacaan adalah tepat seperti yang dikehendaki. Pilih jangka yang sesuai untuk kegunaan ukuran tersebut.

2. Ralat Sekitar

Mengurangkan kesan-kesan yang disebabkan Akibat dari pengaruh keadaan sekitaran seperti perubahan suhu, kelembapan, magnetik dan suhu , kelembapan elektrostatik dengan menggunakan penghadang medan magnet, magnetik dan lain-lain Lakukan eksperimen/tempatkan instrumen pada elektrik/elektrostatik suhu/kelembapan sekitaran yang dibenarkan, hindarkan dari kesan medan magnet Gunakan instrumen yang tahan terhadap perubahan keadaan sekitaran/tahan lasak.

Jenis Ralat Ralat Rawak (Random Error) Ralat yang selain dari ralat kasar/pengguna dan sistematik yang telah dipertimbangkan dalam pengukuran. Ralat yang selain dari ralat kasar/pengguna dan sistematik yang telah dipertimbangkan dalam pengukuran.

Punca

Cara Atasi

Punca berlakunya Dengan menambahkan bilangan ralat ini tidak bacaan dan menggunakan kaedah diketahui. Ia statistik untuk mendapatkan kiraan muncul walaupun yang hampir sekali dengan nilai semua ralat sebenar kuantiti yang diukur. sistematik telah diperhitungkan. Ia tidak boleh diperbetulkan tanpa penyelidikan yang rapi.

Ralat penghad/menghad (Limiting Error)


Nilai yang telah ditentukan oleh pihak pengeluar ataupun pembuat komponen / alatan tersebut. Meter penunjuk telah dijamin ketepatannya hingga ke peratus tertentu bacaan skil penuh. Komponen seperti perintang, kapasitor dan lain-lain dijamin dalam lingkungan peratus tertentu kadaran nilai komponen tersebut. Had lencongan dari nilai yang ditentukan dipanggil sebagai ralat penghad. Contoh : 600 10% ralat penghad

Semua alat penunjuk elektrik mempunyai tiga bahagian utama: Alat pesongan dimana daya kilas dihasilkan untuk menggerakkan jarum penunjuk. Alat kawalan dimana nilai pesongan adalah bergantung kepada magnitud dan kuantiti diukur Alat redaman untuk menghalang ayunan sistem bergerak dan

Daya kilas pesongan (Td) Deflecting Torque


Dikenali juga sebagai daya kilas kendalian. Ia terhasil daripada kesan magnetik elektrostatik. Pesongan meter berlaku bila Daya Kilas Pesongan, Td (Deflecting Torque) dihasilkan. Daya kilas ini akan menyebabkan jarum penunjuk bergerak dari kedudukan sifar

Satu gelung tunggal PQ yang terletak dalam medan magnet. P membawa arus ke atas, Q membawa arus ke bawah. Arus di P menghasilkan medan magnet dalam arah yang berlawanan jam disekeliling P. Oleh kerana uratdaya magnet bersifat menolak antara satu sama lain dan cuba mengambil jalan paling pendek diantara kutub Utara Selatan, ini akan menghasilkan daya kilas yang akan cuba menolak PQ keluar dari medan magnet. Jarum penunjuk bergerak dari kedudukan sifar.
P Q

Binaan Meter Gelung Bergerak Magnet Kekal

B = Ketumpatan uratdaya dalam Wb/m2 atau Tesla (T) N = Bilangan lilitan gegelung A = Luas keratan rentas - m2 I = Arus yang mengalir melalui gegelung Ampiar Oleh itu, Daya kilas pesongan = BANI unit = Newton meter (Nm)

Td = (Nm)

BANI

Daya kilas Kawalan (Tc) Controlling Torque Kawalan Pesongan mengawal pesongan, Daya Kilas Kawalan, diperlukan-menentang daya kilas pesongan. terhasil oleh spring kawalan. Alat penunjuk berhenti apabila magnitud daya kilas pesongan bersamaan dengan magnitud daya kilas kawalan. Terbahagi kepada dua jenis :

Kawalan Graviti

Daya kilas Redaman (Damping Torque)


Berfungsi untuk mempercepatkan jarum berhenti. Jarum mungkin berayun sebelum menunjukkan bacaan dan daya kilas redaman diperlukan untuk mempercepatkan jarum berhenti.

Lengkung Redaman
Redaman melampau (over damping) lengkung A Penunjuk akan bergerak dengan perlahan menuju nilai akhir. Nilai ini akan kurang dari nilai sebenar. Ini akan menyebabkan meter menunjukkan nilai yang salah.

Kurang redaman (under damping) - lengkung B Penunjuk meter akan berayun dalam jangka masa yang lama sebelum berhenti pada nilai tetap. Ini mengakibatkan kesukaran untuk membuat bacaan. Redaman genting (critical damping) lengkung C Penunjuk mencapai keadaan tetap (nilai sebenar) tanpa ayunan dalam masa yang pendek. Jadi pengguna dapat membaca bacaan dengan tepat dan cepat.

Jenis-jenis redaman
Redaman arus pusar -Rajah menunjukkan satu bentuk redaman arus pusar yang terdapat pada suatu sistem jarum penunjuk. -Suatu cakera aluminium D, dikawal oleh satu gelendong, boleh bergerak di antara kutub-kutub sebuah magnet kekal M. -Jika cakera tersebut bergerak ikut jam,d.g.e yang teraruh dalam cakera tersebut mengedarkan arus pusar seperti yangditunjukkan (garisan putus-putus). -Dari Hukum Lenz, arus ini akan mengenakan suatu daya yang menentang gerakan yang membentuk mereka. -Oleh itu arah daya redaman yang terhasil ini adalah melawan arah jam.

Jenis-jenis redaman
Redaman udara Sekeping bilah dilekatkan pada bahagian bergerak pada meter. Rintangan yang dihasilkan oleh udara sekitar akan memberikan redaman yang dikehendaki. Redaman bendalir Prinsip yang sama digunakan tetapi bilah tersebut dibiarkan bergerak didalam bekas yang mengandungi cecair dengan kelikatan yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai